Tarikh : November 23, 2011
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein keliru mengenai peruntukan Akta Patriot dan Akta Antikeganasan yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pesuruhjayanya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, akta itu bertujuan memerangi keganasan dan mengekang kegiatan militan.
“Beliau jangan hipokrit dalam perkara ini, apabila membandingkan tahanan Kem Guatanamo, Cuba, tanpa perbicaraan selama beberapa tahun dengan ISA.
“Ini kerana mereka ditahan bukan dalam negara itu. Jika ditahan di Amerika misalnya, mereka mendapat hak asasi dan pembelaan. Tambahan, negara itu menghadapi ancaman militan dan pengganas, tidak sama dengan kita,” katanya.
Menurutnya, dengan Akta Patriot, pihak berkuasa boleh menahan mereka disyaki pengganas di bawah undang-undang pencegahan, bukan menahan tanpa dibawa ke muka pengadilan.
“Hishammuddin seolah-olah membenarkan polis menahan seseorang tanpa perlu dibicarakan sedangkan itu adalah hak asasi mereka yang perlu diberi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata, tindakan menteri itu mengeluarkan kenyataan, seolah-olah Suhakam mahu melihat negara ini huru-hara adalah tidak benar, apabila mengaitkan dengan pembebasan 13 tahanan dari Sabah minggu lalu di bawah ISA.SinarHarian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..