Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Ahad, 31 Julai 2011

Apex Putus Tunang Laaa Pulak..!!!

KUALA LUMPUR 31 JULAI : Kegagalan skuad Harimau Malaya meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia merupakan satu tamparan hebat kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat walaupun beraksi cemerlang ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai “Apek” rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas dikaitkan dengan orang ketiga dalam hubungan dengan Elia, Khairul Fahmi, 22, nekad menceritakan perkara sebenar bagi menjelaskan kemelut yang melanda dirinya.

Mengikut laporan Metro Ahad, anak kelahiran Kelantan ini menjelaskan, fitnah yang dilemparkan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain di laman web dan blog adalah tidak benar sama sekali.

Kata Khairul Fahmi, disebabkan fitnah itu hubungannya dengan Elia semakin renggang.

“Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan ini kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan, selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

“Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas,” katanya.

Khairul Fahmi telah memutuskan pertunangannya dengan Elia pada Khamis lalu.

“Kerana isu berkenaan hubungan saya dengan Elia semakin renggang. Malah sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

“Selain itu beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa gambar yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia,” kata Khairul Fahmi.

Jelasnya, hubungan dengan Dahlia tidak lebih dari seorang kawan selain mengakui turut mengenali keluarga gadis itu.

“Namun Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan) malah saya juga rapat dengan keluarganya.

“Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

“Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar.TVSNEWS

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan..!!!


Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

shad saleem faruqi ukec student summitMenurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

azlanWalaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

NONEMenurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.MalaysiaKini

Sabtu, 30 Julai 2011

Lebih 50 Tahun Tadbir Kerajaan, Umno Gagal Tunjuk Teladan Islam

SUNGAI PETANI 30 JULAI : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Umno-Barisan Nasional(BN) yang selama ini didakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan dasar tersebut.

Abdul Hadi berkata, walaupun sudah lebih 50 tahun mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka hanya menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Menurut Abdul Hadi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " katanya dipetik Harakhadaily ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.

Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara.TVSNEWS

Cuba lagi Harimau Malaya..!!!!!

PERJUANGAN Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia tersekat selepas tersingkir kepada pasukan jiran, Singapura menerusi agregat 6-4 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Kita tunduk lagi kepada Singa-pura dan peminat setia Malaysia harus mengakui hakikat ini! Namun, aksi anak buah Datuk K Rajagobal sepanjang 90 minit perlawanan wajar mendapat pujian.

Malah, semangat juang tinggi yang dipamerkan dalam permainan berjaya menyentuh hati lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya yang tidak berganjak keluar stadium selepas wisel penamat dibunyikan.

Situasi ini tidak pernah berlaku (kecuali Ultras Malaya yang tetap bersorak sehingga lampu stadium dimalapkan). Apa pun penyokong sudah mula menunjukkan kesetiaan kepada Harimau Malaya kerana tahu Malaysia bermain dengan penuh maruah bukannya seperti Singapura yang lebih banyak berdrama daripada bermain bola sepak!

Bagaimanapun, kesilapan benteng pertahanan sekali lagi menghantui skuad kebangsaan dan Rajagobal perlu melakukan post mortem bagi mengatasi masalah dibahagian terbabit.

Selepas perlawanan, timbul persoalan mengapa Malaysia gagal memadam kelebihan defisit gol Singapura di laman sendiri.

Adakah republik itu menggunakan pemain naturalisasi atau taktik diamalkan selama ini mudah dibaca pemain lawan?

Mungkin juga ketiadaan ketua pasukan, Safiq Rahim yang digantung selepas menerima kad merah pada perlawanan pertama dan Norshahrul Idlan Talaha yang tidak bersama pasukan kerana mengalami kecederaan.

Tetapi, perlukan kita bersandarkan semata-mata kepada dua nama besar ini? Bagaimana pula dengan peranan Baddrol Bakhtiar dan Ashari Samsudin yang langsung tidak diturunkan Rajagobal kelmarin?

Apa pun, hanya Rajagobal tahu jawapannya!

Walau apa pun alasannya, pasu-kan kebangsaan sudah terkeluar dan perlu menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia.SinarHarian

Suasana Di Bukit Jalil Video Agen DSAI

Carta Blog Popular Hari Sabtu, 30/07/2011 Minggu Ke 13

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 30/07/2011 Minggu K...: "Senarai Blog 30/7/2011 Ranking Dunia Raking CartaBlog 23/7/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog ..."

Jumaat, 29 Julai 2011

PKR Gempur Kampung Semasa Ramadan Dan Cuti Aidilfitri

SHAH ALAM 29 JULAI : Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan mempunyai misi khas apabila pulang ke kampung halaman sempena bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri.

Mereka akan dibekalkan beg khas yang muat dengan risalah, cakera padat dan rakaman video yang memberi penjelasan mengenai isu-isu nasional untuk disebarkan kepada penduduk luar bandar.

Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menjelaskan anak- anak muda PKR akan pulang ke kampung dan membantu menangkis segala tomahan kerajaan Umno-BN terhadap Pakatan Rakyat.

"Orang- orang bandar akan balik kampung untuk meraikan Ramadhan dan Aidilfitri. Mereka akan jadi duta kecil kepada Pakatan Rakyat. Untuk balik ke kampung, mereka akan dibekalkan dengan ole- ole iaitu bahan- bahan kempen yang tertentu.

"Mereka akan laksanakan tugasan ini mengikut kemampuan mereka. Kalau mereka tidak ada kemampuan untuk berceramah, mereka boleh tinggalkan sahaja risalah, CD atau video kilp itu dikampung.

"Mereka boleh tinggal di surau, kedai kopi kampung, surau atau dimana sahaja yang jadi tumpuan," jelas Saifuddin kepada TvSelangor.

Beliau berkata, kesemua maklumat penerangan itu bertujuan memberi penjelasan kepada penduduk kampong yang tidak mempunyai akses terhadap kepada Internet dan sumber berita yang sahih.

Beliau menambah, modus operasi ini akan dilaksanakan ke setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pendekatan itu diambil kerana ia mudah dan murah serta berkesan untuk memastikan penduduk kampong tidak terkurung dalam dunia sempit propaganda Umno-BN.

"Masyarakat luar bandar lebih terikat kepada sumber maklumat yang konvensional seperti RTM, TV3 dan Utusan Malaysia, Jadi dikenal pasti langkah ini adalah paling mudah dan murah untuk dengan menggunakan tabiat balik kampong pada Hari Raya,” kata beliau "

TVSNEWS

Pusingan ke-2: Wan Ahmad Di Asak.....Kah kah kah


Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

NONEKatanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

NONEMengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

NONEMenurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

NONE"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

voter registration campaign 110707 registrationMengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.MalaysiaKini

Polis Ditekan Menteri Dalam Negeri - Nik Nazmi

PUTRAJAYA 28 JULAI :Tindakan polis menggunakan kekerasan pada peserta Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dipercayai atas tekanan politik dari pihak tertentu dan bukanlah kemahuan mereka.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad, tekanan, desakan dan arahan terhadap polis itulah yang akhirnya menyebabkan pelbagai pihak mencemuh tindakan mereka pada hari tersebut.

"Saya faham tekanan yang dihadapi polis. Malah saya salahkan ahli politik kerana yang beri tekanan dan arahan ialah Menteri Dalam Negeri.

"Biar polis lakukan kerja mereka. Sekarang imej mereka buruk kerana ahli politik menekan mereka dan wujudkan budaya (persepsi buruk) seperti ini," kata beliau.

Hal ini dinyatakan Nik Nazmi dalam Forum Debat Kematangan Demokrasi Malaysia anjuran Pemuda Umno Putrajaya semalam.

Pada Himpunan Bersih 9 Julai lalu lebih 1,600 rakyat ditangkap polis kerana menyertai himpunan tersebut.

Pelbagai dokumentasi gambar dan video serta testimoni orang ramai yang tersebar terutamanya di laman maya menunjukkan bahawa polis bertindak ganas dan tidak bersesuaian dengan penyuraian himpunan tersebut.

Malah, seorang peserta meninggal dunia manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihan raya berjalan secara adil dan telus.

Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.

Nik Nazmi turut bertanya mengapa himpunan seperti 'protes kepala lembu' di Shah Alam yang terang-terangan memprovokasi kaum Hindu dibiarkan sahaja oleh kerajaan sedangkan himpunan lain dikekang dengan keras sekali.

"Pokoknya di sini, siapa yang 'double standard?' Siapa yang emosi di sini? Atau adakah bila orang di satu pihak emosi, bukan sekadar emosi tapi cetuskan provokasi dibenarkan?," kata beliau.

Selain Nik Nazmi, panelis lain ialah Ketua Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia Dr Nawwar Ariffin.

Dr Nawwar yang dilihat mengambil sikap 'atas pagar' sepanjang forum semalam bagaimanapun memberi komen bahawa kadang-kadang tindakan dari pihak kerajaan dilihat bertentangan dengan mesej cuba hendak disampaikan.

"Sebenarnya (jika) niat kerajaan nak berdiskusi tapi dalam masa sama, lakukan tindakan seperti itu (maka) disalah anggap sehingga orang ramai tertanya-tanya apa mesej yang cuba nak diberitahu dengan tindakan sedemikian," ulas beliau lagi.TVSNEWS

TV3 Bodoh!!!! hahaha (video)

TV3 BODOH@Bersih Rally 9 July 2011

Muhyiddin jumpa 100 MP, tanda Najib bakal disingkir – Chegubard

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Datuk Seri Najib Razak bakal menerima nasib sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disingkirkan sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.

Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan),” kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard.

Menurutnya, ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk dari mantan PM itu.

Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan.

Beliau serterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis.

Chegu Bard sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.


Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesedian kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib.

Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.

Tambah Chegu Bard, melalui sumber dalaman umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu.

“Kerajaan Umno-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka,”

“Polemik ini dilihat semakin tajam di dalam pentadbiran kerajaan Umno-BN,” kata Chegu Bard kepada Keadilandaily.

Sebelum ini Paklah pernah dipersalahkan apabila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas Pilihan Raya umum Mac 2008.

Paklah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan berikutan tekanan hebat dari dalam Umno yang memintanya menyerahkan kuasa kepada Najib yang ketika itu merupakan timbalannya.


Ia juga berikutan desakan Mahathir supaya Abdullah segera berundur dari jawatannya sebagai perdana menteri.

Sebuah laman web popular, Tukartiub.wordpress.com, yang dikendalikan aktivis Hishamuddin Rais, hari ini membuat analisis yang lebih menarik berdasarkan sekeping gambar yang disiarkan media arus perdana.

Analisis itu dilakukan berdasarkan pendekatan ‘semiotik’ atau ilmu untuk memahami tanda ‘makna’ dan ‘imej’ berdasarkan paparan imej.

Gambar tersebut memaparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, jutawan terkenal Vincent Tan dan Muhyiddin Yassin.

Hishamuddin Rais menimbulkan persoalan mengapa Najib dan isterinya, tidak kelihatan pada gambar tersebut- yang disiarkan di akhbar arus perdana.

“Imej ini amat amat penting kerana ini adalah tanda-tanda bahawa satu kumpulan baru sedang disusun, satu kumpulan baru sedang diatur
bertujuan untuk menolak Rosmah dan Najib keluar,”

“Tak ada Rosmah dan Najib di sini makna yang cukup besar ini kerana madey (Mahathir) adalah orang yang menaikkan Najib
ertinya madey kini telah tidak lagi menyokong Najib, justeru Vincent Tan tahu lalu Rosmah dan Najib tidak dijemput,” tulis Tukar tiub.KeadilanDaily

Khamis, 28 Julai 2011

Buktikan Wahabi Itu Fahaman Pengganas - JIM

SHAH ALAM 27 JULAI : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) berpendirian ulamak tidak seharusnya dikaitkan dengan mana- mana fahaman terutamanya isu pengganas.

Justeru pengerusinya, Zaib Kamaruddin menegaskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu bertanggungjawab menjawab dan membuktikan penglibatan kesemua individu yang disenaraikan berpotensi menjadi pengganas, seperti yang didakwa.

Beliau yang dihubungi Tv Selangor berkata Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang membangkitkan isu tersebut, sejak awal tahun lalu harus menjelaskan kepada masyarakat tentang kesan fahaman itu samada dari sudut Feqah atau institusi gerakan.

Ini kerana menurut beliau Wahabi ternyata bukan sebuah pertubuhan yang didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti Al-Maunah dan Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan pengganas.

Namun jelas beliau sekiranya sesetengah pihak menganggap fahaman Wahabi bertentangan dengan pegangan As-Sunnah Wal-Jamaah maka ianya perlu dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum bertindak 'melabel' mana- mana individu.

"Kalau misalnya dikatakan individu tersebut mempunyai ciri-ciri (Wahabi) sedemikian, kita perlu melihat adakah ianya salah atau bertentangan dengan Islam.

"Jadi saya mendapati masalah label begini digunakan dengan bebas tanpa (disiasat) betul-betul," kata beliau.

MKN dalam satu mesyuarat baru- baru ini dikatakan telah meminta agensi- agensi agama negeri dan para mufti memantau perkembangan fahaman Wahabi.

Antara individu yang disenaraikan untuk dipantau termasuk bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda yang menyertai Pemuda Umno tahun lalu.

Dr Juanda dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini menyifatkan ianya sebagai tuduhan liar selain menuntut penjelasan kerajaan mengenai perkata itu.

Katanya beliau sudah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai perkembangan terbaru, namun masih belum mendapat sebarang respon.

Zaid kemudian berpendapat bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada bekas mufti dan mufti Perlis itu tidak munasabah memandangkan kedua- dua mereka merupakan pemimpin agama yang dihormati selain menjalani kehidupan normal.

"Bagi saya tindakan yang tidak bertanggungjawab kalau kita melabel orang dengan sewenang-wenangnya.

Justeru beliau menggesa agar kerajaan benar- benar memastikan samada kesemua individu tersebut berpegang kepada amalan Wahabi kerana sekiranya tidak, maka ianya akan menimbulkan syak wasangka oleh masyarakat.

"Bagaimana boleh melabel Dr Asri atau Dr Juanda yang menjadi mufti sebagai Wahabi? Adakah mereka ini turut dikaitkan dengan terrorisma sedangkan kita tahu kehidupan mereka amat telus bagi saya," ujar beliau.

Ekstremis Islam dan pakar letupan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), Nordin Mat Top antara individu yang pernah dikaitkan dengan ajaran Wahabi.

Beliau dipertanggunjawabkan terhadap serangan Hotel JW Marriot Jakarta (2003), Kedutaan Australia di Jakarta (2004), Bali (2005) dan Hotel Ritz Carlton (2009).

Nordin mati pada 17 September 2009 dalam satu serangan oleh pasukan polis Indonesia di Jawa Tengah.

Sehubungan dengan itu Zaid yang menganggap tuduhan yang dilemparkan kepada individu yang tersenaraikan adalah serius selain berisiko tinggi apatah lagi cuba dikaitkan dengan terrorisma.

"Langkah seterusnya perlu dipastikan samada mereka benar-benar Wahabi atau tidak. Jadi (perkara) akan bawa masalah dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang tidak sewajarnya dibebankan dengan perkara tersebut," ujar beliau lagi.TVSNEWS

Dr Uthman diundang bincang Wahabi, terorisme


Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi berdialog kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

NONEMenurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya," katanya.

Dalam Islam, Ramadan adalah bulan yang berkat kerana menurut hadis Nabi, syaitan dirantai sepanjang bulan itu.

"Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

NONEDikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai imam daripada Mekah dijemput mengimami solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalan mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

azlanUsaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.MalaysiaKini

Rabu, 27 Julai 2011

Lagi Najib Di Malukan..Ka kah kah kah..!!!(video)

Seven PKR Youth arrested at KL Sentral

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Berlengah dalam memberikan respons hanya mengundang keraguan dan kesangsian pada pihak yang dituduh tanpa sebab," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini.

Kenyataan Dr Juanda (kiri) itu dipercayai ekoran tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang mengelak mengulas berhubung taklimat MKN itu walaupun beberapa kali ditanya pemberita.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Taklimat yang diserta mufti dan wakil majlis agama Islam negeri turut mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu. Malah, negara teluk lain seperti Kuwait dan Bahrain turut dikaitkan sama.

Malaysiakini difahamkan, kecuali Dr Juanda, semua mufti negeri lain diundang menghadiri taklimat yang antaranya disampaikan penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

azlanDr Juanda menegaskan bahawa keadilan kepada rakyat merupakan asas sebuah pemerintahan dan tidak wajar tidak diberikan sama rata, terutamanya kepada "pemimpin agama yang memandu kebaikan dunia dan akhirat".

Dr Juanda juga berkata, beliau, ulama dan anggota majlis fatwa negeri sedia berdialog dengan MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung perkara itu.

"Kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama," katanya lagi.MalaysiaKini

Najib Kena Lagi..!!! kah kah kah

Diamlah, kata pengguna internet pada Najib

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

NONEMalah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.MalaysiaKini

Selasa, 26 Julai 2011

Ambiga akui Tuanku tidak benar di jalanan


SHAH ALAM – Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreevanasan mengakui dalam titah khas Yang Dipertuan Agong pada malam 3 Julai lalu secara jelas dan tegas melarang sebarang perhimpunan jalanan diadakan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peserta pada Wacana: Apa Selepas 9 Julai? anjuran Sinar Harian namun beliau menambah himpunan terpaksa dibuat di jalanan kerana dakwanya masa yang suntuk selain janji dari pihak kerajaan yang membenarkan penggunaan stadium tidak dipenuhi.

Menurutnya lagi, bersih 2.0 akhirnya bersetuju himpunan tersebut dibuat di stadium kerana mentaati titah Tuanku tetapi dakwanya lagi pihak polis enggan bekerjasama supaya himpunan ini berjalan dengan lancar dan tiada huru hara.

“Saya sedar dalam titah Tuanku tidak membenarkan himpunan di jalanan, tetapi dalam titah tersebut juga tidak dinyatakan bahawa kami tidak boleh menggunakan Stadium Merdeka. Kami memilih stadium ini kerana peserta senang keluar masuk dan kemudahan pengangkutan yang ada.

“Oleh kerana kerumitan yang dihadapi dan juga masalah logistik serta masa yang semakin suntuk, akhirnya kami turun di jalanan kerana mahu tukar tempat baru amat sukar apabila sudah sampai ke tahap itu,” katanya.SinarHarian

Persaingan Melayu untungkan rakyat

Sejurus selepas pilihan raya 2008, agenda perpaduan Melayu tiba-tiba muncul dari mulut ahli-ahli politik dan NGO Melayu seluruh Malaysia.

Kalimah perpaduan Melayu menjadi siulan banyak ahli-ahli politik, terutamanya dari parti yang memerintah.

NONEMalahan, Jun tahun lalu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (kiri) dilaporkan berkata:

"Usaha-usaha pertemuan dan perbincangan bersama antara Umno dan PAS harus diteruskan. Pandangan-pandangan manusia boleh berubah, apabila kita 'cop' seseorang itu, tidak selamanya dia begitu. Mungkin Mat Sabu baik, itu saya tak tahulah," ujarnya mengulas kemenangan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ahmad diminta mengulas kemungkinan pintu rundingan kedua-dua parti itu yang gagal sejak zaman Nasharuddin Mat Isa menjadi timbalan presiden PAS.

Persoalan yang timbul sekarang, benarkah Melayu berpecah? Sepanjang wujudnya Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, PAS dan Umno sering berada di pihak yang berbeza.

Dari pilihan raya pertama lagi, PAS sudah bertanding melawan Umno. Ada calon Umno yang dikalahkan PAS. Malah, nama besar seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas speaker Dewan Rakyat Tun Zahir Ismail juga pernah menerima nasib itu.

Pendek kata, di mana Umno meletakkan calon, di situ ada calon PAS yang melawan. Jarang kita dengar Umno melawan calon parti lain. PAS lawan tradisi Umno. Justeru, yang menang sama ada PAS atau Umno.

PAS-Umno sentiasa berlawan

Dengan kata lain, selama mana wujud demokrasi di Malaysia, PAS akan berlawan dengan Umno. Hanya selepas 2008 sahaja isu perpaduan Melayu bermain di bibir politikus, terutamanya dari parti pemerintah.

Bagi saya, perpecahan bukanlah perkataan yang tepat bagi menerangkan fenomena PAS dan Umno dalam konteks pilihan raya Malaysia. Bagi saya, perbezaan PAS dengan Umno adalah satu persaingan, bukannya pepercahan.

umno pasJusteru, tidak wujud perpecahan Melayu. Oleh itu, perpaduan Melayu juga tidak perlu dibangkitkan.

Mari kita ambil misal sebuah pejabat. Antara semua pekerja dalam pejabat itu, terdapat seorang pekerja yang malas, tidak produktif dan sering datang lambat.

Adakah kita patut mengekalkannya sebagai pekerja ataupun memecat pekerja tersebut? Sudah tentu dia patut dipecat.

Soalan saya lagi: Sekiranya pekerja itu seorang berbangsa Melayu, patutkah beliau dipecat? Adakah kita memecat Melayu itu bermakna kita menentang perpaduan Melayu?

Hujah saya, perpaduan tidak harus menjadi alasan untuk membiarkan kebobrokan berterusan.

Alasan perpaduan tidak harus dijadikan alasan untuk mengekalkan orang yang korup, pemakan rasuah, penyalahguna kuasa, pemeras, pembohong dan mereka yang mempermainkan agama.

Perpaduan seharusnya tidak menjadi penghalang kepada proses pembersihan kepimpinan bangsa Melayu dari mereka yang korup dan rasuah. Jikalau tidak, perpaduan tersebut bukanlah perpaduan tetapi satu bentuk penipuan.

Setelah lebih 50 tahun berlawan, saya tidak nampak mana-mana bangsa Melayu rugi. Malahan, saya melihat bangsa Melayu mendapat mendapat keuntungan yang banyak dari persaingan antara PAS dan Umno ini.

Susah saya hendak melihat kerugian kepada bangsa Melayu yang terhasil akibat dari persaingan ini.

Perpaduan untuk kalahkan DAP

Kalau kita perhatikan retorik yang dilayangkan selepas 2008, tidak nampak sebab yang jelas mengapa PAS dan Umno mesti bersatu. Adakah penyatuan PAS dan Umno akan menjamin pentadbiran negara yang bersih dari rasuah?

Adakah penyatuan itu akan menaikkan taraf ekonomi Melayu? Adakah penyatuan ini akan menaikkan pegangan ekuiti Melayu? Adakah penyatuan akan menaikkan bilangan perniagaan yang dipunyai Melayu? Dan banyak lagi soalan-soalan praktikal seperti ini tidak dijawab dan tidak dihuraikan oleh promoter agenda ini, selepas 2008.

NONEAtas sebab itulah panggilan perpaduan Melayu ini hanya retorik kosong semata-mata. Ia tiada isi dan tiada asas yang kukuh.

Mungkin Ahmad mempunyai asas yang jauh lebih kukuh apabila beliau berkata penolakan agenda perpaduan adalah memenangkan DAP dan Karpal Singh (kiri). Ertinya, Ahmad mahukan perpaduan PAS-Umno untuk mengalahkan DAP dan Karpal.

Seluruh bangsa Melayu di Malaysia tidak jelas siapa sebenarnya yang akan untung dari perpaduan PAS dgn Umno? Adakah bangsa Melayu itu sendiri yang beruntung ataupun hanya beberapa kerat kepimpinan dari kedua-dua parti yang mendapat laba? Persoalan ini tidak jelas dan tidak pernah dijawab.

Sekiranya Umno menyimpang dan tidak mampu menjalankan tugas memimpin orang Melayu, maka PAS boleh menggantikannya. Begitu juga sebaliknya.

Mengapa orang Melayu perlu terus mengekalkan kepimpinan atau parti yang sama walaupun parti tersebut telah rosak dan bobrok.

Kelebihan persaingan

Kalau kedua-dua PAS menjadi rosak, sesiapa juga boleh menubuhkan parti baru dan menggantikan kedua-dua parti tersebut.

Yang utama adalah kepimpinan orang Melayu itu mestilah adil, berilmu, berkemampuan, berkelayakan, bersih, bijaksana, beragama dan amanah.

Hari ini kita mula melihat kelebihan persaingan antara parti-parti Melayu.

NONEJumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan berikut:

"Mereka (Pakatan) beri RM100 riuh sekampung. Kita sudah beri berbilion ringgit pada rakyat. Cuma pihak sebelah sana pukul gendang lebih kuat saja," katanya.

Najib merujuk kepada program kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang memberi wang kepada warga emas dan mereka yang miskin.

Ia menunjukkan persaingan sedang wujud antara kedua-dua parti utama di Malaysia. Yang untung dari persaingan ini adalah rakyat Malaysia.

Atas dasar inilah, saya berpendapat perpaduan Melayu hanya merugikan orang Melayu itu sendiri. Yang untung hanyalah beberapa kerat pemimpin parti-parti politik sahaja.


Abdul Rahman Abdul Talib merupakan pengelola blog politik terkenal Malaysia Waves. Beliau belatarbelakangkan bidang kejuruteraan, tetapi meminati politik semenjak di bangku sekolah. Beliau percaya, menilai politik dari sudut empirikal lebih utama dari ideologi semata-mata. Abdul Rahman boleh dihubungi di cabearth3@yahoo.com.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Isnin, 25 Julai 2011

Nazrin: Raja perlu penasihat berani nyata kebenaran

Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah bertitah adalah amat penting Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan.

"Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam hari ini.

judges conference 090408 raja nazrinMenurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Raja Nazrin Shah (kiri) bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran.

"Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda.

Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam.

"Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua tetapi kaedah mencarikemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama," titah Raja Nazrin.

Baginda bimbang jika suhu politik semakin panas, impian untuk membina perpaduan akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

Oleh itu baginda bertitah perlu ada institusi yang berwibawa untuk menurunkan suhu politik yang semakin panas, institusi yang kekal berkecuali dan institusi yang dapat diterima untuk membantu menenangkan suasana.

Raja Nazrin bertitah untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas polemik politik tetapi Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun secara damai.

"Tetapi Raja tidak memiliki lampu ajaib yang boleh memupuk perpaduan dalam sekelip mata apatah lagi jika suasana sudah terlalu berkecamuk," titah baginda.

Menurut Raja Nazrin, sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberi nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara mengenai tanggungjawab masing-masing supaya Raja tidak disalahtafsir mencampuri secara langsung urus tadbir negara.

Baginda bertitah bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang selepas pilihan raya umum ke-12 di mana perlu ada penerimaan kepada realiti dan pemahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam.

"Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan," titah baginda.

Raja Nazrin Shah juga bertitah bahawa dalam dinamik politik yang sedang berlaku, adalah bertambah penting Raja selaku tonggak kestabilan dan payung penyatuan rakyat, bersifat berkecuali supaya semasa berlakunya krisis, Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak.

"Payung kedaulatan negara ini (Raja) jangan sama sekali dirosakkan, jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah turun.

"Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan," titah baginda.

- Bernama

Kaji semula biometrik: Mafrel


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengkaji semula keberkesanan sistem biometrik yang dijangka akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sistem tersebut memerlukan semakan sama ada pelaksanaannya berkesan atau sebaliknya.

“Pelaksanaan sistem ini memerlukan kesahihan dan ketelusan bagi memastikan keberkesanannya dapat digunakan pada pilihan raya.

“Saya yakin sistem ini tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat terutama pada pilihan raya umum akan datang kerana perlu melalui pelbagai proses termasuk penjelasan kepada parti politik dan pihak berkaitan,” katanya,

Beliau berkata, sistem semakan perlu dilaksanakan bagi mendapatkan sokongan yang adil oleh setiap pihak untuk mengelakkan pertikaian dan keraguan berbangkit kelak.

“Kos biometrik jauh lebih tinggi daripada dakwat kekal termasuk kemampuan SPR menyediakannya di semua pusat pengundian.

“Saya juga difahamkan setakat ini masih tiada negara yang menggunakan biometrik dalam pilihan raya,” katanya.

Katanya, SPR perlu berbalik kepada objektif pelaksanaan sistem tersebut yang kelihatan masih samar-samar dalam penambahbaikan sebagai badan yang bertanggungjawab dalam pilihan raya.

“Penggunaan dakwat kekal adalah lebih efektif yang terbukti berkesan oleh negara India dan Bangladesh.

“SPR perlu mengkaji semula pengenalan sistem ini sama ada ia dapat menghilangkan keraguan orang ramai dan kredibiliti badan itu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchevlan berkata, SPR melaksanakan sistem tersebut kerana tekanan dan bantahan beberapa pihak terhadap badan itu.

“Pelaksanaan ini sengaja diada-adakan untuk menunjukkan seolah-olah SPR sedang melakukan pembaharuan dalam pilihan raya negara ini,” katanya.SinarHarian

Umno BN Jangan Anggap Rakyat Sekarang Bodoh..!!!

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Umno BN diingatkan bahawa rakyat zaman ini tidak boleh diperbodohkan lagi dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir dan mendapat maklumat biarpun cuba disembunyikan Umno BN.

"Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya.

Sambil menyifatkan zaman ini zaman kebangkitan rakyat, beliau menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini.

Ianya termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka.

Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain.

Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang.

"Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.

"Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka.

Dengan semangat slogan ‘Malaysia Boleh’ kerajaan jelasnya berani melakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media.

"Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana!

"Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim," tegasnya.HarakahDaily

Wacana inisiatif perjelas kekeliruan - MB Kedah

ALOR SETAR - Pertemuan secara bersemuka antara Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S Ambiga dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam wacana ‘Apa Selepas 9 Julai?’ anjuran Sinar Harian, Selasa ini, adalah inisiatif baik untuk perjelas kekeliruan antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, wacana itu wajar diadakan sekiranya dapat selesaikan permasalahan.

Mengulas beberapa kenyataan sebelum ini yang mendakwa penganjuran wacana itu ada kepentingan politik, Azizan berkata, apa jua perkara tidak dapat lari daripada pengaruh politik, termasuk program bersifat wacana.

“Sebarang perkara di negara ini sering dikaitkan dengan politik. Contohnya, lawatan Perdana Menteri ke Kedah minggu depan pun ada kepentingan politik. Usaha yang baik teruskan, tak perlu dengar cakap-cakap negatif,” katanya.

Wacana siri kelima anjuran Sinar Harian itu diadakan secara percuma di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, 2 petang, 26 Julai ini.SinarHarian

Sabtu, 23 Julai 2011

Ceramah Tian Chua Terkini!! (video)

Submarine Scorpene: Tian Chua (Part 1 of 2)


Jakim: Jangan ambil mudah fatwa merokok haram

NONE Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

cigaretteJusteru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di Putrajaya hari ini.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

- Bernama

Jumaat, 22 Julai 2011

Himpunan Bersih: Polis, media boleh disapina- Suhakam »

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung kekerasan yang melampau oleh polis, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai.

Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan hari ini, suruhanjaya itu menyatakan ia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sapina kepada saksi-saksi berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

Kuasa itu dinyatakan di bawah Seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Ia ekoran suruhanjaya itu akan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia ketika perhimpunan aman Bersih 2.0.

Siasatan dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Suhakam berkata orang awam boleh memberi maklumat, dokumen serta bukti, termasuk rakaman video/gambar, dengan menghubungi suuruhanjaya itu segera.

“Kuasa ini adalah menurut seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang Suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa,” katanya.

Untuk pertanyaan dan penyerahan awam, orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman di Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail sebelum 2 Ogos 2011.

Turut dinyatakan Nombor telefon untuk dihubungi di talian 03 2612 5669 /5623; Faks: 03 2612 5620 / 5694 dan Emel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.m

KeadilanDaily

Lagi Bukti SPR Tipu..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (video)

Khamis, 21 Julai 2011

AGEN DSAI....: Ceramah Yb Saifuddin Nasution Terkini!! Di Pasir P...

AGEN DSAI....: Ceramah Yb Saifuddin Nasution Terkini!! Di Pasir P...: "Part1 Polis Xsentuh Peserta Bersih2.0-Yb Saifuddin Nasution Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Aga..."

Bersih 2.0 Beri Momentum Baru Kepada PR - Anwar

SHAH ALAM 21 JULAI : Kejayaan Bersih 2.0 menggembling suara rakyat dan kemarahan awam terhadap tindakan kuku besi pemerintah untuk membatalkan perhimpunan aman itu menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke 13, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sokongan untuk gagasan pembangkang itu makin meningkat susulan tindakan Umno-Barisan Nasional merestui penggunaan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan itu yang menuntut pilihanraya umum yang adil dan telus.

"Rejim pemerintah kini di tahap terakhir untuk mengekalkan kuasa dalam keadaan terdesak. Kami kini mendapat momentum baru. Ada kemungkinan besar kami akan berjaya (dan) kami akan memang," beliau dipetik berkata oleh agensi berita antarabangsa Associated Press.

Puluhan ribu orang awam pelbagai kaum menongkah tembakan gas pemedih mata dan air berkimia oleh polis untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Lebih 1,600 orang ditangkap, termasuk pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Seorang peserta mati manakala Anwar dan pengawal peribadinya adalah antara yang tercedera dalam asakan polis untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Enam penyokong perhimpunan itu ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihanraya dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihanraya berjalan secara adil dan telus.

Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.
Umno-BN bagaimanapun tidak melayan tuntutan itu dan mengishtiarkan Bersih sebagai pertubuhan haram dan sesiapa yang memakai baju dengan logo Bersih ditangkap oleh polis.

Anwar memberitah AP bahawa Perdana Menteri Najib Razak dijangka memanggil pilihanraya umum lebih awal daripada pertengahan 2013, apabila mandat lima tahun kerajaan berakhir.

Pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun depan dengan prestasi ekonomi negara menjadi paksi kepada kempen Najib untuk mendapatkan sokongan.

Anwar menegaskan bahawa pentadbiran Najib hanya berjaya mencipta pelbagai slogan.

"Selain dari slogan, tidak ada apa-apa perubahan," kata beliau.TVSNEWS

PRU-13: PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen

July 21, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.

Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar).

Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.

Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.

Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.

“Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.

Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.

“Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.

Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi DUN di Perak.

Semalam, pemimpin DAP Zairil Khir Johari berkata pembahagian kerusi pilihan raya di DUN dan Parlimen antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini.TheMalaysiaInsider

Debat Ambiga - Wan Ahmad 26 Julai ini


Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.MalaysiaKini

Rabu, 20 Julai 2011

Semua agama larang maksiat..!!

SHAH ALAM – Setiap agama di dunia melarang penganutnya melakukan maksiat dan perlu mengamalkan nilai moral yang baik bukan hanya pada bulan Ramadan sebaliknya dilakukan sepanjang masa.

Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) RS Mohan Shan berkata, seperti agama lain, Agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya melakukan maksiat sama sekali kerana kegiatan terkutuk ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang ada dalam ajarannya.

Bagaimanapun menurutnya, di Malaysia tiada badan khas atau pihak berkuasa yang mewakili Agama Hindu untuk mengambil tindakan terhadap penganut Hindu yang melakukan maksiat.

“Oleh itu, MHS bekerjasama dengan polis memantau pusat-pusat hiburan untuk membanteras perkara terkutuk itu, terutamanya dalam kalangan remaja sekiranya mereka melampaui batas.

“Tidak salah kita berhibur untuk menghilangkan tekanan kerja tetapi bagi menghormati masyarakat Islam yang berpuasa pada bulan itu mungkin aktivitinya perlu dikurangkan,” katanya ketika mengulas kenyataan Pas Kedah yang bercadang menutup operasi 13 pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan nanti.

Sementara itu, Penasihat Persatuan Belia Buddhist Malaysia Wong Choon Tat berkata, dalam ajaran Buddha terdapat lima larangan yang perlu diikuti oleh penganutnya, kenapa ditutup hanya pada bulan puasa sepatutnya di bulan lain pun harus diambil kira.

“Agama Buddha ada ‘Pancasila’ iaitu melarang membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum arak. Sekiranya mereka melanggar peraturan itu, mereka akan mendapat balasannya nanti terpulang kepada mereka sama ada melakukan atau tidak," katanya.SinarHarian

Selasa, 19 Julai 2011

Orang Melayu Melaka Baru Sedar Mereka Di Tipu Umno..!!! Kah..kah..kah...!!

Usahawan Melayu kesal dengan KM Melaka

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kecewa dengan kerajaan negeri Melaka yang gagal memberikan kerjasama di dalam menangani beberapa masalah peniaga kecil bumiputera di negeri itu.

NONEPresidennya, Mohd Redzuan Abdullah (kanan) berkata, keengganan itu telah mendorongnya membawa perkara tersebut ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa, sehingga kini terdapat 890 kes membabitkan peniaga kecil bumiputera di Melaka didakwa gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri yang meliputi pelbagai masalah.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Jelasnya, kerajaan negeri Melaka tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat dan hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.

NONE"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.

"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu.

Justeru, kami sudahpun memberikan maklumat lengkap kepada Perdana Menteri," katanya.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya juga amat kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara peribadi baru-baru ini kepadanya menyatakan kononnya Ikhlas tidak perlu menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda kalangan peniaga di Melaka.

NONE"Sedangkan selama ini, Perdana Menteri sentiasa melaung-laungkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) agar bekerjasama dengan kerajaan dalam setiap masalah.

"Setiap masalah yang berlaku semakin berlarutan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikannya sehingga ramai di kalangan peniaga kecil terlibat berasa terhimpit berbanding ketika menjalankan perniagaan beberapa tahun dahulu.

"Segelintir pegawai kerajaan dan juga Ahli Majlis juga dilihat kurang sopan ketika berdepan dengan peniaga," dakwanya.MalaysiaKini

Ambiga: Putrajaya perlu respons tuntutan Bersih, bukan terus ugut

July 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Kerajaan persekutuan perlu secara aktif melibatkan Bersih 2.0 dan memberi respons ke atas segala tuntutan pilihan raya tanpa terus mengeluarkan amaran kepada orang ramai tidak menyertai demonstrasi, kata Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar).

Justeru, pengerusi Bersih 2.0 hari ini mengajukan persoalan untuk mengetahui mengenai respons pentadbiran Najib ke atas tuntutan-tuntutan gabungan tersebut sambil menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan demonstrasi pada masa-masa akan datang.

“Ada laporan mengatakan bahawa saya ada menyebut tidak akan ada lagi perhimpunan. Ini tidak tepat dan saya melihat para menteri mengulangi (perkara ini). Apa yang saya sebutkan ialah tidak akan ada perhimpunan dalam waktu terdekat. (Tetapi) kami tidak memandang ringan (idea) untuk mengadakan perhimpunan sedemikian (pada masa akan datang),” kata beliau lagi.

“Kami akan terus mengambil langkah-langkah sedemikian untuk memberi tekanan berhubung soal pembaharuan sistem pilihan raya tetapi apa yang kami harapkan ialah penglibatan aktif bersama pihak berkuasa dalam perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, kerajaan telah “mengabai perkara” sewajarnya dengan mengeluarkan ugutan dan bahawa lebih banyak halangan ke atas perhimpunan-perhimpunan pada masa depan sedangkan sewajarnya pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangani tuntutan yang diketengahkan pada 9 Julai lalu.

“Apa respons kerajaan ke atas permintaan kami mengenai pembaharuan? Kepada permintaan kami agar diadakan satu suruhanjaya siasatan diraja?” kata Ambiga dengan menegaskan bahawa kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang baik untuk menangani kebimbangan rakyat daripada hanya terus mengeluarkan ugutan.

“Mudah kata, adakah kerajaan hendak meneliti tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya atau tidak?” kata beliau.

Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan kepada SPR yang bertujuan membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

Sejak 1 Julai, Putrajaya telah mengharamkan Bersih 2.0.

Meskipun dihalang dan disekat, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya di ibu negara 9 Julai lalu dengan penganjur berkata ia disertai sekitar 50,000 orang.

Bagaimanapun polis mendakwa hanya 6,000 orang hadir.TheMalaysiaInsider

Isnin, 18 Julai 2011

Cristiano Ronaldo Di YouTube Agen DSAI (video)

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina


BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.MalaysiaKini

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog