Langkau ke kandungan utama

Pelacur pun tak sokong BN," BN Dah Kalah Teruk..!!!

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.

NONE"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, perkara itu membuktikan rakyat pelbagai lapisan mengakui lapan tuntutan BERSIH sebagai permintaaan yang munasabah.

rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipaDitemui Malaysiakini selepas menyampaikan ceramahnya, Mohamed Hanipa (kanan, berkaca mata) bagaimanapun berkata, aktivis itu memberitahunya, pelacur berkenaan mengambil keputusan menyertai BERSIH setelah perhimpunan itu hebat diperkatakan di media.

Dalam ceramah bertajuk "Betulkah ganas himpunan BERSIH?" di Taman Melewar, Mohamad Hanipa juga berkata perhimpunan tersebut berjaya "menghapuskan" ketakutan rakyat terhadap BN.

"Mereka boleh tahan, boleh dakwa, dengan (harapan) tindakan itu kita (menjadi) takut. Mereka silap. Pada 9 Julai, rakyat Malaysia telah menghapuskan ketakutan kepada kerajaan BN," katanya.

'Gembira melawan BN'

Turut hadir berceramah Naib Presiden PKR N Surendran, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Mohamed Hanipa berkata, walaupun rakyat menerima pelbagai ugutan atau ancaman daripada polis, semua bangsa dan agama tetap bersatu dalam perhimpunan tersebut.

"Ini kerana kemuncak kemarahan mereka tidak dapat dibendung disebabkan tindakan polis," kata pengamal undang-undang itu.

NONEBeliau juga mengkritik tindakan polis yang didakwa merempuh motosikal yang dibiceng oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sehingga menyebabnya ligamen lututnya terkoyak.

"Cara mereka tangkap Mat Sabu, langgar... (Macam) tidak ada nilai nyawa dan keselamatan. (Macam) tak ada nilai," sambil menambah Mohamad terpaksa diambil keterangan di balai polis Jinjang dalam keadaan dipapah selepas mendapat rawatan di hospital.

"Kezaliman ini, saya tidak pernah lihat (sebelum ini)," tegas Mohamed Hanipa yang mendakwa menyaksikan insiden itu berlaku di depan matanya.

Bagaimanapun, beliau yang turut ditahan polis bersama ramai pemimpin Pakatan Rakyat berkata merasa "gembira sebab melawan BN" - tindakan yang didakwa menimbulkan rasa pelik pihak polis.

PKR: Berjalan untuk Baharuddin

Sementara itu, Surendran yang terkenal sebagai peguam hak asasi manusia mengutuk apa yang disebut sebagai keganasan polis, khususnya ekoran kematian kontroversi Baharuddin Ahmad selepas menyertai perhimpunan itu.

NONEDakwanya, sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dan membenarkan BERSIH menggunakan stadium, sudah tentu allahyarham masih lagi hidup.

"Beliau wira kita, jadi (ini) salah siapa? Sabtu lalu, beliau berjalan untuk kita (BERSIH), maka esok pagi kita berjalan untuk Baharuddin.

"Saya tidak akan lepaskan (perkara ini) untuk mendapatkan keadilan kepada keluarganya dan rakyat Malaysia," katanya.

Pagi ini, Surendran (kanan) dijadual berhimpun di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung kematian Baharuddin.

Sementara itu, Wong pula berkata, antara kejayaan lain perhimpunan itu, semua kaum kini lebih "berasa dekat" sesama mereka.

"Cakap-cakap, video, gambar dan tulisan tentang hari (perhimpunan) itu, ramai yang menyebut mereka rasa terharu pada saat genting semasa polis berkelakuan ganas.

"Orang Melayu dan India memberi (mereka) garam dan air. Bagi orang Cina yang kali pertama, tidak pernah (merasai pengalaman itu) sebelum ini.

"Orang Melayu tahu, mereka (kaum Cina) tidak pernah datang, tetapi rakan Melayu beritahu, awak pergi dulu, kami di belakang. Mereka (kaum Cina) rasa dekat sekali," katanya yang mendapat tepukan hadirin.

BERSIH: Kita disatukan kezaliman

Menceritakan pengalamannya pada perhimpunan tersebut, Wong berkata perhimpunan tersebut menggambarkan persaudaraan "1Malaysia yang bersih" antara kaum.

flash mob read newspaper upside down 020510 wong chin huatWong (kiri) berkata, perhimpunan itu juga turut melahirkan "Malaysia 2.0" kerana berjaya menghilangkan rasa was-was dan prasangka antara kaum, budaya, warna kulit dan agama.

Ini kerana, dakwanya kemerdekaan yang dikecapi selama ini "tidak berjaya memerdekakan diri sepenuhnya" di kalangan rakyat Malaysia.

"Tuhan menciptakan (manusia) berlainan (bangsa dan budaya) supaya kita berkenal-kenalan. Dalam tempoh itu kita saling mensyaki antara satu sama lain.

"Kita disatukan oleh kezaliman... 1Malaysia tinggal sebagai propaganda," katanya.MalaysiaKini

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Guru tertipu skim pelaburan dijanjikan jiran

KUANTAN- Seorang guru wanita membuat laporan polis terhadap pasangan suami isteri yang juga jirannya selepas rasa tertipu dalam urusan pelaburan crypto-coin yang disertai melalui pasangan sejak tahun lalu.


Wanita berusia 57 tahun dari Lipis itu bertindak demikian bagi menuntut kembali wang pelaburannya berjumlah RM18,000 daripada pasangan berusia 60 dan 62 tahun itu kerana mendakwa langsung tidak menerima sebarang keuntungan hasil pelaburan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang juga pengadu dalam kes itu sudah bersemuka dengan jirannya (penama) bagi menuntut wangnya kembali namun mereka gagal memulangkan balik dengan alasan wang pelaburan sudah berada dalam sistem.


Menurutnya, guru berkenaan diperkenalkan tentang skim pelaburan tersebut oleh jirannya (isteri) pada September tahun lalu dan dipelawa untuk menyertai pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan yang diuruskan suaminya.

“Pengadu mendak…

Dari penjual burger, kini miliki kilang sendiri

Mohd Izzuddin dan isteri bersama produk patty burger keluaran mereka KIRA-kira 20 tahun lalu, dia hanya seorang peniaga burger di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran sebuah kolej di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Baginya, perniagaan gerai burger yang diusahakan ketika itu lebih daripada sebagai sumber pendapatan kerana dia turut mencari pengalaman berdepan selok-belok perniagaan demi mencapai wawasan masa depannya untuk bergelar seorang usahawan. Kini Mohd Izzuddin Mohamed, 41, berada di landasan tepat dalam merangka arah tuju wawasannya itu apabila dia berjaya mengembangkan perniagaan daripada peniaga burger biasa kepada perniagaan francais jenamanya sendiri, Akie Burger, di bawah Program Pra Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Dia yang berpandangan jauh ke depan dalam perniagaan pada mulanya membuka beberapa gerai burger di sekitar Kuantan yang diuruskan sendiri pada 2009 sebelum mengambil keputusan membuat sendiri patty burger untuk kegunaan gerainya. Ketika itu dia hany…

Bersih 3.0: FB pemimpin Umno cetus kontroversi

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas.  - Foto Bernama SHAH ALAM - Sementara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)  sedang terlibat dalam 'perang tuding-menuding' berkenaan Bersih 3.0, beberapa pihak dari Umno sendiri mempersoalkan tindakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin 'mendedahkan' kononnya anggota polis 'menyamar' sebagai peserta  perhimpunanm yang berakhir insiden ganas, kelmarin.

Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjkkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar.

Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.

Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas me…

Ayam goreng berharga RM1

Ayam Goreng Seringgit Sabariah menjadi kesukaan kanak-kanak dan dewasa. BERSAIZ kecil tetapi berbaloi. Keenakan ayam yang berharga RM1 atau dikenali sebagai Ayam Goreng Seringgit menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan ayam goreng seperti keluaran restoran makanan segera. Ayam ini digoreng rangup dan sedap, jika ingin rasa pedas, ia akan disaluti cili mengikut selera yang diinginkan. Ayam Goreng Seringgit bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, ia juga digemari pelbagai peringkat umur.
Memenuhi cita rasa
Kakitangan awam, Siti Rashikin Mat Zuki berkata, Ayam Goreng Seringgit yang diperkenalkan anak saudaranya sejak tahun lalu kini menjadi kesukaannya. “Saiznya yang kecil dan tanpa tulang menyebabkan ia mudah dimakan. Pada mulanya, saya agak terkejut kerana isi ayam goreng dijual dengan harga RM1, selalunya harga ayam goreng seketul RM3 ke atas. "Istimewanya Ayam Goreng Seringgit ini ia boleh dimakan sama ada pedas atau pun tidak. Selalunya saya beli yang pedas kerana ia lebih…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya