Penyu bakal turun barisan penyerang Dan Mat Yo, Hadi rebut Kasut Emas 2011

SKUAD Penyu bakal menurunkan kesemua pemain kebangsaan termasuk penyerang berbisa Abdul Hadi Yahya dan Manaf Mamat bagi menghadapi Felda United di Stadium Bola Sepak Cheras, malam ini.

Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, harapan tinggi diletakkan kepada skuad itu memandangkan peluang Terengganu untuk menjuarai saingan Liga Super 2011 masih terbuka.

“Tidak mustahil kita mampu merebut gelaran juara Liga Super kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam setiap perlawanan. Jadi Kita akan memanfaatkan sepenuhnya peluang tanpa mengira apa keputusan yang diperoleh nanti.

“Harus diingat, Kelantan akan bertandang ke Sabah, yang mana ia bukan senang untuk mengalahkan tuan rumah itu.

“Jika dilihat, hanya tiga pasukan yang berjaya mencipta kemenangan ketika bermain di Sabah pada musim ini, iaitu Terengganu, Selangor dan Johor FC,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam masa sama, Irfan turut menasihati anak buahnya supaya menjaga status mereka sebagai juara Piala FA yang dimenangi Jun lalu.

Mat Yo, Hadi rebut Kasut Emas 2011

BIARPUN pemburuan trofi Liga Super terarah kepada pasukan Kelantan, Selangor dan Terengganu bersaing hebat, namun perebutan anugerah Kasut Emas 2011 tidak kurang hebatnya.

Peledak berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha memimpin senarai penjaring terbanyak Liga Super apabila mengegar jaring sebanyak 17 gol.

Namun, ia diekori rapat penyerang oleh Terengganu, iaitu Abd Hadi Yahya yang menjaringkan 16 gol sepanjang musim ini.

Sukar bagi menentukan siapakah bakal merangkul anugerah berkenaan kerana kedua-duanya merupakan pemain kebangsaan yang hebat dan memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada bila-bila masa. SinarHarian

Ulasan