Maklumat Terkini Daripada Tulang Besi - Berkaitan Bersih 2.0

Facebook, Twitter dan mungkin Line Handphone Akan Dimatikan Sabtu Ini

Tulang Besi mendapat maklumat yang tidak dapat Tualng Besi sahkan tapi wajib Tulang Besi kongsi bersama keseluruhan rakyat Malaysia.

Diberitakan ada arahan telah dikeluarkan kepada MCMC untuk menutup aksess kepada Google,Facebook, Twitter, Youtube serta beberapa laman sosial yang lain pada hari Sabtu ini seluruh Malaysia./

Tujuannya adalah supaya semua komunikasi dimatikan bagi menyukarkan peserta-peserta BERSIH berkumpul dan berarak Sabtu ini.

Juga diharapkan supaya maklumat-maklumat yang "merbahaya" kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak mudah disebarkan kepada rakyat Malaysia.

Mereka telah belajar dari Kebangkitan Arab di mana gambar-gambar serta "footage" rakyat ditembak, dipukul, dibelasah dan disiksa tersebar dengan meluas menyebabkan revolusi menjadi semakin marak.

Mereka juga belajar dari Mubarak, Gaddafi, Assad dan Raja Khalifah untuk mematikan aksess ke laman-laman sosial ini bagi menjamin kelansungan perhimpunan BERSIH terjejas.

Tulang Besi juga diberitahu servis handfone sekitar Kuala Lumpur juga akan dimatikan oleh ketiga-tiga operator: CELCOM, MAXIS dan DIGI. Ini selaras dengan tindakan yang diambil oleh Mubarak sewaktu bermulanya Revolusi Mesir tempohari.

Namun, kasihan juga Mubarak sekarang ini disaman berpuluh-puluh juta kerana kerugian yang ditanggung oleh syarikat2 handfone di Mesir.

Maka, bersedialah wahai mereka yang bakal menjadi peserta.

Sekian

Tulang Besi

Ulasan