Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Isnin, 31 Januari 2011

PAS, PKR dan 71 NGO demo bantah Mesir


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur.

Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat.

Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ratusan telah terkorban apabila ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.HarakahDaily

Analisa Pasca PRK DUN Tenang


LABIS 31 JAN : Pilihan Raya Kecil (PRK) N 5 Tenang berakhir semalam dengan keputusan rasmi, calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim memperoleh 3,707 majoriti undi menumpaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Nomala Sudirman.

Bagaimanapun terdapat sedikit kekeliruan berkaitan jumlah yang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi.

Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.

Ini berikutan cuaca hujan lebat sepanjang proses mengundi termasuk beberapa kawasan di daerah Labis dinaiki air.

3,247 mangsa terpaksa dipindahkan ke 29 buah pusat pemindahan JKM di Labis dan Segamat.

Rata-rata masyarakat Tionghua masih yakin dengan Pakatan Rakyat apabila 64 peratus mengundi Normala namun dengan cuaca yang tidak menentu menyebabkan hanya 54 peratus golongan Cina keluar mengundi, jatuh 18 peratus dari 2008.

Hanya UPU Bandar Labis Tengah mencatatkan kutipan undi tertinggi dengan jumlah 801 undi berpihak kepada PAS yang rata-rata pengundi adalah masyarakat Tionghua.

Turut serta pertarungan sengit antara PAS dan BN di sekitar pekan Labis yang hanya mencatatkan perbezaan sebanyak 50 undi yang juga pengundi Cina.

Strategi PAS merangkul seberapa banyak undi masyarakat Cina ternyata berhasil namun ini tidak mampu menandingi undi yang diperoleh BN di tiga kawasan tanah rancangan Felda DUN itu.

Peratusan undi kaum Melayu yang diterima BN ialah 83.3 peratus, meningkat 4 peratus berbanding 2008.

Sementara itu, 81 peratus pengundi membuang undi, meningkat 2 peratus berbanding 2008.

Ini disimpulkan masih terdapat ruang yang mampu diperbaiki untuk mendekati masyarakat Felda terutama menerusi peranan Kumpulan Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketua Mazlan Aliman.

Penguasaan Umno-BN di kawasan Felda menjadikan majoriti pengundi Melayu yang kononnya masih percaya akan relevannya prinsip dan dasar yang disampaikan parti itu -dengan harapan martabat mereka dijulang walaupun sekian lama diperjuangkan.

Sementara itu, undian kaum India membimbangkan apabila hanya 39 peratus turun mengundi, kurang 23 peratus dari 2008.

Sokongan kepada BN pula menokok kepada 80 peratus, lebih 30 peratus dari yang diperoleh sebelum ini.

Provokasi yang dilontarkan kepada calon PAS, Normala Sudirman sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Tenang mampu ditangkis walaupun menyentuh isu keperibadian beliau.

Ketika air mula naik membanjiri Pekan dan Bandar Labis, DAP mempertikai diskriminasi bantuan SPR, dan jabatan kerajaan lain untuk membantu pengundi di kawasan itu yang majoritinya berketurunan Cina ke pusat pengundian.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Chen Hau kepada TV Selangor, hal ini adalah tidak adil kerana bantuan sepatutnya diberikan kepada semua golongan pengundi.

Ini menyumbang kepada peratusan keluar mengundi yang menurun.

Malah, hanya masyarakat Melayu di kampung dan Felda sahaja yang mencatat penambahan bilangan peratusan pengundi mengikut kaum sebanyak 2 peratus manakala kaum Cina dan India merosot teruk sehingga 23 peratus.

Sepanjang berlangsungnya pengundian aduan turut mengaitkan isu membeli undi oleh BN di kawasan Tenang Station di kalangan kaum cina.

Malah sehelai cek Public Bank Segamat bernilai RM 3 ribu milik 'MCA Cawangan Tenang' ditemui tanpa nama pembayar dipercayai untuk membeli Undi Kaum Cina.

Laporan Polis telahpun dibuat namun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihak Polis, MCA ataupun SPR berkaitan perkara ini.

Jumlah undi ini nyata berkurangan berbanding Pilihan Raya Umum lalu apabila calon PAS Saim Siram meraih 3,875 undi dikalahkan calon Umno Datuk Sulaiman Taha dengan majoriti 2,492 undi.

Perbezaan undi majoriti menyatakan sokongan kaum Melayu dan India semakin menurun terhadap PAS justeru memberi kata putus bahawa parti itu perlu mempertingkat usaha mendekati masyarat kedua-dua kaum itu.

Antara isu yang dikenalpasti perlu diatasi ialah kekurangan keyakinan bahawa PAS dapat menggantikan Umno dalam meyakinkan masyarakat desa dan Felda serta sentimen berkenaan penerimaan masyarakat India kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP dalam pelbagai isu seperti kes novel 'Interlok', pergolakan dalaman PKR dan lain-lain.

Malah, dapat dibaca di sini bahawa masyarakat India mungkin kurang berminat untuk mengundi kerana merasakan tiada faedah atau pembelaan ke atas mereka dari BN mahupun PR.

Walaupun menang, calon BN, Azahar Ibrahim masih tidak boleh menarik nafas lega kerana beliau perlu menangani masalah banjir yang berlaku pada ketika ini.

Malah, beliau terpaksa juga memikirkan tuntutan saman mahkamah oleh Norhana Mohd Ali berjumlah RM1.5 juta Februari nanti terhadap beliau.

Apapun, kini, Barisan Nasional perlu lebih giat mengubah polisi dan corak pentadbiran mereka kerana sudah pasti Pakatan Rakyat akan kembali mencaturkan strategi dan kempen serta sudah pasti bersedia untuk membalas dendam dalam PRK Merlimau 6 Mac ini.

Bagaimanapun, kredit kepada Pakatan Rakyat kerana pemimpin dan akar-umbi PAS, PKR dan DAP bekerja keras dan komited berkempen dengan kesatuan kukuh seolah-olah calon di Tenang adalah dari parti yang sama.

Berbeza dengan BN yang memberi mesej berbeza terhadap kelompok berlainan seolah masih menitik berat dasar pecah dan perintah warisan penjajah British satu ketika dulu.

Pengundi DUN Tenang adalah seramai 14,753 orang, dengan nisbah populasi mengikut kaum seperti berikut, 7,014 orang Melayu (47.54%), 5,766 orang Cina (39.08%) dan 1,780 orang India (12.07%); selain 171 orang kaum asli (1.16%), 6 orang bumiputera Sabah (0.04%) dan 5 orang bumiputera Sarawak (0.03% ).TVSNWES

Ahad, 30 Januari 2011

PRK Pelabuhan Klang kemungkinan besar berlaku

“Mungkin ada PRK”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgStmV_PYxl8IY2nef4vdAwjH6ygHcw3igJwf3a9i01OjYAnx4bPG4bkcUMQSCiZbQTFuUwQVBbJ3ANvvwBqnwtU1mUBuSw8ZxoYC3uORTNTDldb6B6LFr0-MmVSqkU6XO5oLVm7jmjBES-/s320/badrulsial.jpg
SHAH ALAM, 30 Jan. :
Penganalisis politik meramalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tetap diadakan berdasarkan faktor pengosongan kerusi itu dibuat menerusi peraturan tetap DUN Selangor.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Zainal Kling berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menerima keputusan tersebut dalam menetapkan tarikh pilihan raya kerana pengosongan tersebut dibuat mengikut peraturan yang sah.

Bagaimanapun katanya, SPR terlebih dahulu akan meneliti beberapa fakta sebelum berbuat sedemikian.

”Berkemungkinan SPR terpaksa menerima kekosongan tersebut dan menetapkan tarikh berdasarkan apa yang dicadangkan oleh speaker menepati peraturan tetap DUN negeri.

”SPR perlu menetapkan tarikh, tetapi pastinya suruhanjaya itu akan menyiasat terlebih dahulu pengosongan terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebarangkalian SPR akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Pelabuhan Klang setelah menetapkan tarikh bagi DUN Melimau sebelum ini.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri.

Chang Khim berkata, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Badrul pula dilaporkan gagal mendapatkan perintah interim dari mahkamah untuk menghalang SPR daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Sumber : sini

Anwar: Kami memang sudah jangka Gobala akan keluar PKR

TERKINI @ 03:31:48 PM 30-01-2011
January 30, 2011

SHAH ALAM, 30 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan N. Gobalakrishnan meninggalkan PKR berkuat kuasa semalam sudah lama dijangkakan sambil menolak ia akan membawa kesan jangka panjang ke atas parti itu.

Gobalakrishnan merupakan ahli Parlimen keenam meninggalkan PKR sejak setahun lalu dengan memberikan alasan beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti khususnya Anwar, yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Kami sudah lama menjangkakan yang ini, melihat pada trendnya, tidak, tidak ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita hari ini.

Anwar mengesahkan bahawa Gobalakrishnan tidak membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya dan begitu juga tidak memberika surat formal mahu meninggalkan parti.

“Setakat ini apa yang kami ada ialah beliau telah melepaskan jawatan (dalam parti, dibuat menerusi sidang media dan Twitter),” kata Anwar.

Ketika ditanya sama ada Gobalakrishnan ada bercakap dengan beliau baru-baru ini mengenai rungutannya mengenai parti, Anwar berkata:

“Tidak.” “Kali terakhir beliau bercakap secara peribadi dengan saya ialah ketika di Parlimen,” kata Anwar sebelum memasuki keretanya.

Pada sidang media di Kulim semalam, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah “bosan” dengan kepimpinan Anwar dan timbalan presiden Azmin Ali.

Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR.

“Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” kata Gobalakrishnan, 50.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai. Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

Gobalakrishnan berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.TheMalaysiaInsider

ANAK Akan Saman FELDA


LABIS 29 JAN: Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) akan bertindak menyaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkait isu wang tanam semula peneroka di tiga kawasan felda seluruh negara selepas selesai Pilihanraya Kecil DUN Tenang esok.

Felda yang dimaksudkan adalah Redong, Kertih 1 dan Gugusan Bera.

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman dalam sidang media berkata, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu isyarat kepada pengundi-pengundi terutama di kawasan FELDA untuk bersama dengan Pakatan Rakyat menentang kezaliman Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membenarkan permohonan 23 orang peneroka FELDA Raja Alias 2 dibayar dengan harga yang lebih tinggi.

Menurutnya, syarikat Huat Lee Rubber ingin memulakan kerja menebang namun hanya mahu membayar dengan harga RM28 ribu untuk 10 ekar.

Walhal peneroka mendapat harga yang lebih tinggi iaitu RM38 ribu.

"Ini satu lagi kemenangan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Mazlan menyifatkan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk berdepan dengannya dalam sesi debat yang dijadualkan berlangsung semalam di Felda Chemplak Barat, Labis.

Tambahnya, program debat tersebut telah mendapat permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun tetap digangu oleh pemuda Umno-BN yang berada disekitar kawasan Felda itu.

"Datuk Ahmad Maslan tidak bersedia berdebat untuk menjawab 25 soalan yang ingin diutarakan mengenai Felda. Beliau tidak berani bertanggungjawab." ujar beliau.
Pelawaan debat mengenai isu Felda semalam merupakan kali kedua selepas ditolak Ahmad Maslan sebelum ini.

Mazlan merupakan antara individu yang secara agresif menentang dasar dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Felda terhadap peneroka di seluruh negara.TVSNEWS

Sabtu, 29 Januari 2011

Kait Dengan Pengganas: Menteri KDN Sengaja Burukkan Imej Anwar


SHAH ALAM 29 JAN: Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pimpinan Umno sengaja menggunakan isu laporan CNN untuk terus memburukkan nama dan imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan imej pengganas.

Dakwa Hishammuddin laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi beliau mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

Semalam, Menteri Dalam Negeri itu berkata arahan telah dikeluarkan kepada polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Bercakap kepada Tv Selangor, Tian Chua menjelaskan isu itu telah digunakan oleh Umno untuk terus memutarbelitkan fakta dan membuat tohmahan palsu kepada Anwar.

"Hishamuddin serta beberapa kumpulan Umno ini sengaja memutarbelitkan berita ini untuk memburukkan imej Anwar.

"Ini satu pembohongan kerana laporan CNN bertentangan dengan maklumat ini tetapi nampaknya sudah ada konspirasi," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Jelas Tian Chua lagi, beliau menggesa rakyat tidak mudah terpedaya dengan satu lagi cerita rekaan yang dibuat oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) yang sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menjatuhkan imej pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

"Sebaliknya mereka mendedahkan bahawa dana ini telah disalurkan kepada beberapa kumpulan yang mungkin disyaki ada hubung kait dengan kumpulan pengganas, tetapi berita itu tidak mengaitkan dengan Anwar Ibrahim," katanya.TVSNEWS

Jumaat, 28 Januari 2011

Video : Khas Untuk Warga Felda Wajib Tonton!!

Fokus Berita 2011 01 06 Isu Felda Tenang

Video!! Panas!! Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat

Laporan CNN: Anwar kecam Najib dakwa Saudi biaya PRU

January 28, 2011
Anwar mendakwa Najib kian tertekan dengan gerakan politik PR. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa laporan Cable News Network (CNN) semalam menyerlahkan “ketakutan dan rekayasa” Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Dalam pendiriannya yang tegas, Anwar berkata beliau tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri yang juga presiden Umno sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmahnya.

Laporan CNN itu muncul ketika tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang dan di tengah-tengah spekulasi negara bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Dakwaan itu dilihat sebagai yang paling keras daripada Najib ke atas Anwar sejak menjadi perdana menteri keenam pada April 2009.

Satu laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat, tetapi mengesan sebuah pertubuhan fundamentalis Islam yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang telah memanfaatkan rangkaian al Qaeda menerusi sokongan ahli-ahli politik negara-negara Islam.

CNN juga menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit.

Laporan siasatan itu memutuskan bahawa tiada bukti menunjukkan pegawai-pegawai Saudi terlibat menyokong Anwar, yang bulan lalu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan.

Sebelum ini Anwar dilabelkan oleh Umno sebagai ejen Yahudi.

“Dakwaan sokongan daripada keluarga raja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal didapati tidak berasas,” kata laporan CNN lagi.

Justeru dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini Anwar memberitahu, kepimpinan Najib sudah mula merasai kesan yang dibawa oleh gerakan politik Pakatan Rakyat sehingga memaksa kerajaan membuat tuduhan sedemikian.

“Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan.

“Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” kata beliau lagi.

Kata Anwar, laporan CNN di bawah tajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk pilihan raya umum yang akan datang,” kata Anwar lagi.

Anwar menambah gerakan politik Pakatan Rakyat setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

“Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Datuk Seri Najib.

“Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat,” kata beliau.

Ketua Pembangkang itu berkata Najib yang juga pengerusi BN pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

“Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya.

“Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia,” katanya.TheMalaysiaInsider


Khamis, 27 Januari 2011

Video : Ds Nizar Dedah Kejahatan Umno!!

Rancangan Terus Terang TVS Nizar Jamaludin.

Tok Guru Nik Aziz 'serang' Tenang

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam tadi ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu, tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

NONEDalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Mengakui tidak mengenali lebih dekat calon PAS itu, Nik Aziz bagaimanapun memberitahu, "kehebatan" bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat.

"Beliau nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," katanya.

Nik Aziz juga menyeru agar usaha berkempen oleh mana-mana parti politik tidak disekat pihak tertentu agar rakyat dapat menilai pendekatan yang relevan untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa.

Pilih yang selamat dunia, akhirat

Menurut beliau, PAS berpendirian mengetengahkan calon yang mampu membela nasib rakyat dan berpegang teguh kepada landasan syiar Islam.

"Begitu juga pilihanraya, kita ada kempen, jangan sekat dan jangan halang. Biar beri peluang kepada pengundi memilih. Satu pendirian yang PAS saya mahu sebut adalah pilih yang selamat di dunia dan selamat di akhirat," kata Nik Aziz.

NONEDalam ucapannya, Nik Aziz berkata agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-BN mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu?

“Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari," kata Nik Aziz.

Menteri besar Kelantan itu juga membidas kerajaan pusat yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.

NONEBeliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.

"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.

"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," katanya kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas.

Bukan calon tepi jalan

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

NONEKatanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh kerajaan pusat sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Mengintai dari jauh


Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah Baru.

NONESebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut.MalaysiaKini

Peneroka FELDA Sendayan Menang Rayuan Affidavit Kes Jual Beli Tanah


PUTRAJAYA 26 JAN: Hakim Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan affidavit bagi 16 Peneroka FELDA Sendayan, Negeri Sembilan untuk memasukkan satu perjanjian jual-beli tanah di kawasan Sendayan sebagai bukti untuk kes di Mahkamah Tinggi Seremban.

Ketua panel hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar turut memerintahkan responden, Pentadbiran Tanah Seremban untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM20 ribu.

Peguam, Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili para peneroka memberitahu keputusan hari ini amat tepat kerana taksiran hakim Mahkamah Tinggi Seremban bahawa perjanjian tersebut merupakan satu penilaian nilai tanah adalah salah tetapi hanya satu lampiran untuk membuktikan kebenaran latarbelakang kes tersebut.

"Keputusan hakim mahkamah tinggi tidak membenarkan kemasukan atau 'admisability of affidavite' itu salah sebab undang-undang membenarkan sesiapa sahaja membuat kenyataan melalui afidavit. Afidavit ini adalah keterangan peneroka, ini sepatutnya diterima dan dibenarkan oleh mahkamah rayuan," kata beliau.

Katanya lagi, langkah seterusnya ialah menunggu pendengaran kes di Mahkamah Tinggi Seremban dan memandangkan perjanjian tersebut dapat digunakan sebagai bahan bukti, beliau berharap untuk mendapatkan pampasan sekurang-kurangnya RM3.00 sekaki persegi bagi tanah para peneroka tersebut.

Katanya lagi, pengurusan kes tersebut ditangguh ke 7 Februari, 2011 bagi menunggu keputusan mahkamah rayuan.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin yang ditemui di pekarangan Mahkamah Rayuan pagi tadi berkata, kerajaan Negeri Sembilan seolah-olah 'membalas dendam' terhadap 16 peneroka yang enggan mengikut telunjuk mereka mengambil pampasan seperti warga Sendayan yang lain.

Beliau menjelaskan, pampasan sebanyak RM1.70 ke RM1.90 yang ditawarkan kini jauh rendah daripada tawaran kepada peneroka Sendayan lain yang menerima skim pampasan pada awalnya iaitu pada RM3.00 sekaki persegi.

"Kes FELDA yang tertangguh sejak dari 1996 dengan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan MHS (MHS Land Sdn Bhd) datang ke Sendayan kononnya nak jadikan peneroka ini jutawan. Isu ini jelas igauan mimpi ngeri kepada warga FELDA tersebut dan ahkirnya cerita jutawan ini hanya tinggal angan-angan," kata beliau.

Peneroka memfailkan afidavit kerana sebelum ini, para peneroka yang hilang tanah akibat perampasan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan pada 1996 menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 telah memfailkan kes untuk mendapatkan pampasan sewajarnya dari kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan hanya menawarkan harga pembelian tanah antara RM1.70 ke RM1.90 sekaki persegi kepada 16 peneroka yang enggan mengambil pelan pampasan kerajaan pada masa itu, manalaka baki 497 peneroka Sendayan yang mengalami nasib sama memilih untuk menerima sahaja pampasan kerajaan negeri yang terbukti jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Penilaian yang dilakukan oleh sebuah syarikat berlesen mendapati tanah tersebut yang terletak berhampiran bandar Seremban 2 itu bernilai RM5.76 sekaki persegi.TVSNEWS

Rabu, 26 Januari 2011

Mengapa Buku Jingga patut dilaksanakan

KPRU
Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini;[1]

Jenis Barangan

Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol

2.4

Minuman Alkohol dan Tembakau

3.7

Pakaian dan kasut

-1.4

Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain

1.1

Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah

0.7

Kesihatan

1.6

Pengangkutan

1.4

Komunikasi

-0.2

Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan

1.7

Pendidikan

1.7

Restoran dan hotel

1.9

Pelbagai barangan dan perkhidmatan

2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak.[3] Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.[4]

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta[5] sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat? Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut ‘dikawal’ harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang.[6] Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.

Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.[7]

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 – RM5 semenjak setahun lalu.[8] Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 –RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram.[9] Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.[10]

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.[11] Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk ‘mengawal’ harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?

Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang.[12] Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?

Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak.[13] Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi? Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.

Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.[14]

Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari[15], pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah ‘produk’ yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya “mengawal” tindakan pihak pembekal “terpaksa” menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya “membetulkan” perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat “terpaksa” memotong subsidi rakyat dengan naratif “rasionalisasi subsidi” yang cuba “mislead” rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.

Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.

Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.

Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.

Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.

5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20% dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun? Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan[16] seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%. Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% - 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa.[17] Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun.[18] Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta[19] tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.[20]

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.[21]

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.[22]

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan.

---------------------------------------------

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.HarakahDaily

NGO Islam gesa Soi Lek, Kuan Yew tidak campuri hal Islam

January 25, 2011

SHAH ALAM, 25 Jan — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa bukan Muslim agar tidak mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan agama rasmi negara ini — gesaan yang merujuk kepada kenyataan presiden MCA dan Lee Kuan Yew baru-baru ini.

“Nampaknya bukan Muslim cuba mengajar Islam mengenai ajaran Islam,” kata Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Mohd Roslan Mohd Nor pada sidang media hari ini.

Mohd Roslan menyentuh isu bersalam yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengkritik calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang menurutnya enggan bersalam dengan kaum lelaki dan didakwa amalannya itu tidak boleh diterima oleh masyarakat Cina di Labis.

Barisan NGO itu yang diketuai oleh PUM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut mengecam kenyataan Lee, bekas perdana menteri Singapura dalam buku terbarunya.

Lee dalam bukunya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going” menggesa umat Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

“Kenyataan beliau kelihatan anti-Islam dan menggambarkan Islamofobia, yang tidak berasas dan tidak berasaskan pada fakta sejarah dan realiti semasa,” kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataan media.

“Umat Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Muslim dalam soal-soal agama,” kata Mohd Roslan sambil berkata, umat Islam juga tidak mempersoalkan amalan-amalan agama lain.

Mohamad Raimi berkata meskipun kebanyakan Muslim di rantau ini bersikap moderat dan mengutamakan keamanan, Lee mengambil sikap melangkah ke belakang dengan mengutarakan komen-komen yang sedemikian, tindakan yang mencetuskan reaksi negatif di kalangan kumpulan Islam yang radikal.

Mohd Roslan berkata isu permintaan agar laungan azan diperlahankan dan larangan pekerja Islam menjual minuman keras adalah antara contoh bukan Islam mencampuri hal ehwal umat Islam.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Perkasa juga menyokong desakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya presiden MCA agar memohon maaf kepada umat Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam — calon PAS dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang berlangsung sekarang.

“(Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek diingatkan dalam kempen MCA menentang DAP agar berhati-hati apabila menyentuh hal atau perkara-perkara yang membabitkan Islam, apatah lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam yang jelas,” kata Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali.

Katanya, menjadi tanda tanya kepada Perkasa sejak kebelakangan ini ada pihak yang kerap menyentuh sensitiviti orang Islam negara ini demi politik atau pun sengaja hendak menghina Islam.

“Apa pun alasannya, Perkasa beri amaran bahawa jangan sesekali mempolitikan Islam demi mendapatkan sokongan kaum bukan Islam kerana umat Islam dalam negara ini menerimanya sebagai satu penghinaan kepada kesucian Islam yang menjadi wajib kepada umat Islam menentang mereka,” kata beliau lagi.

Kata Syed Hassan, Perkasa akan mengambil tindakan lebih tegas selepas ini sekiranya penghinaan terhadap Islam terus berlaku.

Harussani menyifatkan tindakan Dr Chua, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai satu pendirian menghina agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddn Yassin menggesa MCA supaya tidak mengeksploitasikan pendirian calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Dalam pada itu Syed Hassan juga menyelar tindakan Lee.

“Nampaknya Kuan Yew senada dengan sesetengah pemimpin bukan Islam di negara ini. Kuan Yew sudah terlalu lama dalam politik yang pastinya dapat bezakan sesuatu isu itu sensitif atau tidak jika ingin disentuh.

“Perkasa tidak menganggap Kuan Yew seorang yang kurang faham bagaimana hendak menghormati sesuatu kaum yang berlainan agama dengannya. Perkasa menganggap Kuan Yew seorang tua yang sudah terlalu nyanyuk,” katanya.TheMalaysiaInsider

Video Terkini!! CeramahAnwar Ibrahim: Negara Bankrap Sebab Rasuah

Selasa, 25 Januari 2011

Panas!!!! Dari Sinar Harian Online, Undian 25/1/2011

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pas sudah kekeringan idea politik dan tiada modal untuk raih sokongan pengundi di Tenang sehingga pembangkang sanggup lakukan apa sahaja termasuk sebarkan fitnah demi memecahkan perpaduan ummah.

Setuju
16%
Tidak setuju
84%
Jum. Undian : 7126

Sumber : SINI

Umno Derhaka!!!!!!!!! Dulu, Kini Dan Selamanya.....


AMPANG 25 JAN : Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN apabila menolak usul pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan medianya.

Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar "Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya".

"Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula," ujarnya.

Zuraidah yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, insiden penderhakaan itu juga akan menjadi satu lagi 'trade-mark' kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

"Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar," katanya.

Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno "Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya".

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.TVSNEWS

Isnin, 24 Januari 2011

P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?

Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN.

NONETinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan
raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka.

Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan.

Mereka yang ditemui Malaysiakini menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong
agendanya mengenai negara Islam.

Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha.

Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon.

Ditanyakan mengenai rancangan PAS untuk mengisyatiharkan Malaysia sebagai negara Islam, sesetengah daripada mereka mengakui merasa takut ketika isu itu pertama kali dibangkitkan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi selepas bertahun berlalu, kini perasaan itu tidak seperti dahulu lagi.

mahathir responses to suaram report 02Sebahagiannya menceritakan mengenai pengumuman mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 21 September 2001 mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, yang menurut mereka, tidak membawa banyak perubahan terhadap negara ini.

Yang lainnya pula berpendapat jika dan bila benar-benar diisytiharkan sebagai 'negara Islam', mereka tidak ada masalah selagi ia tidak menjejaskan sistem pendidikan Cina, hak untuk makan, alkohol dan berjudi, dan selagi kerajaan terus melayan masyarakat Cina dengan baik.

Isu negara Islam yang dimainkan oleh MCA mungkin boleh menarik sokongan pengundi yang berumur tetapi generasi muda pula mempunyai pandangan yang berbeza.

Tinjauan itu juga memberi gambaran mengenai sikap sebahagian pengundi di situ.

"Pengundi di Tenang selama ini menyokong MCA di peringkat parlimen (kerusi Labis), tetapi menyokong pembangkang di peringkat DUN (Bekok dan Tenang), bagi mewujudkan semak dan imbang," kata salah seorang pengundi yang ditemui.

Pengundi Cina merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.MalaysiaKini

Anwar dedah bukti APCO dengan Konsep 1Malaysia



Sunday, 23 January 2011 | Ruangan: Berita

Oleh : Hadri Yaziz

LABIS, 23 Jan -Felda Tenang digegarkan dengan pendedahan bukti hubungan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide bersabit isu 1 Malaysia.

Perkara itu didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembuka tirai kempen pilihanraya kecil DUN Tenang bermula malam tadi.

Menerusi salinan dokumen perjanjian Malaysia-APCO Worldwide yang dikemukakan Anwar, menyatakan penglibatan Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai saksi perjanjian tandatangan pegawai kerajaan Malaysia dengan syarikat perunding Israel itu.

Justeru menurut beliau, penafian berterusan syarikat yang berpengkalan di Washington and Tel Aviv oleh Perdana Menteri Najib Razak selama ini merupakan pembohongan semata-mata.

“Ada tak perjanjian? Ada. Pertama saya ada, kerajaan Israel dan Apco yang mereka kata tiada dan menteri-menteri kita nafi. Tahun 1991. Kerajaan Israel dan Apco, ini perjanjian. Kedua 2009, perjanjian kerajaan Datuk Seri Najib dengan Apco.

“Tandantangan bukan setakat wakil kerajaan, saksinya Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Sekretariat Akhbar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini dia. No kad pengenalan pun ada, 620707015781,” kata beliau di hadapan ratusan masyarakat felda yang hadir ke Markas PAS Felda Tenang malam tadi.

Anwar ketika ini digantung enam bulan oleh Parlimen Malaysia tanpa diberi peluang membela diri kerana dituduh mengelirukan dewan setelah lantang mendedahkan konsep 1 Malaysia yang meniru ‘One Israel’ oleh APCO Worldwide.

Seterusnya, Najib tampil menafikan tuduhan itu sebaliknya menyatakan konsep tersebut adalah ilhamnya sendiri.

“1999, Ehud Barak sebut ‘One Israel, People First”. Apa maknanya? Rakyat didahulukan. Sepuluh tahun kemudian, rakyat didahulukan. Tanya mereka (Umno-Barisan Nasional), kebetulan. Satu Israel, Satu Malaysia, kebetulan. Macam cerita P Ramlee, cubaan,” disahut ketawa sinis penduduk felda yang hadir.

Beliau turut akan mengedarkan salinan dokumen tersebut kepada markas-markas parti Pakatan Rakyat.

Dalam ceramahnya, beliau turut mengecam pemimpin yang bersikap bongkak terhadap kuasa dan tanggungjawab yang dimandatkan oleh rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak gusar akan tentangan hebat yang diberikan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyekatnya daripada mendedahkan perbuatan salah pemimpin-pemimpin parti itu justeru mengajak rakyat menilai integriti wakil masyarakat yang dipilih.

Jelasnya lagi, rakyat harus didedahkan dengan maklumat sahih agar dapat menilai sejauh mana tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu hadir ke kawasan DUN Tenang bertemu masyarakat di tiga lokasi sekitar Labis malam tadi yang rata-ratanya memberi respon positif terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.SelangorKini

Video Lautan Manusia Di Penamaan Calon Tenang..

Keadilan Network Dipersiap Hadapi Perang Siber 23/01/2011 Share


AMPANG 23 JAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancarkan program baru, 'Keadilan Network' bagi menangani dan berhadapan perang siber yang dilancarkan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat oleh pihak lawan terutamanya Umno-BN dengan menubuhkan satu rangkaian aktivis pengguna alam maya seperti para blogger dan pengguna laman Facebook.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kepada hadirin bahawa usaha menyatukan dan mengatur aktivis di alam maya akan diteruskan sehinggalah ke pilihanraya umum akan datang bagi menahan serangan pihak lawan yang menggunakan laman web untuk menabur pelbagai fitnah dan dakwaan palsu terhadap PR.

"Keadilan Network ini adalah inisiatif kita nak bina rangkaian di kalangan aktivis-aktivis kita di dunia maya, dan juga untuk mengatur informasi di internet untuk menghadapi perang informasi," jelas beliau.

'Keadilan Network ini fokusnya kepada pilihanraya umum ke 13, untuk pilihanraya Tenang ini memang ada usaha tetapi matlamat utama kita ialah piliharaya umum ke 13," kata beliau.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 aktivis parti serta pengguna Facebook turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nor Manuty.

Nik Nazmi menjelaskan program sebegini akan turut memuatkan penguna dan aktivis laman maya lain seperti Twitter dan blog-blog lain bagi menyelaraskan gerak kerja antara aktivis-aktivis di alam maya.

"Apa yang kita buat hari ini misalnya lebih kepada rakan-rakan kita di facebook. jadi kita akan buat 'engagement' ini secara berterusan untuk kita selaraskan gerak kerja dan pendekatan kita tetapi perkara ini bukan kita buat sekali sahaja," jelas beliau.
TVSNEWS

Sabtu, 22 Januari 2011

Rancangan TVS Terus Terang Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim


Rancangan TVS Terus Terang Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
KLIk: DI SINI

Video Rancangan TVS : Terus Terang Nizar Jamaludin

PANAS!!!!!! - Calon BN menerima padah, Tok Ai di 'boikot' !

PANAS BERAPI - Calon BN menerima padah, Tok Ai di 'boikot' !

17 Safar 1432H | ABC

Setelah tidak terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili parti itu mula menunjukkan protes atas pencalonan Tok Ai dimana kehadiran mereka pada pagi ini dilihat sekadarnya saja.

Sumber risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan calon pagi ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut yang ditujukan kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua Wanita, Haslinda Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih Tok Ai, menjadi calon.

Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.

Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai). Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.

Ketika ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas memaklumkan bahawa tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih menjadi calon, kerana itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman.

Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.

Menurut Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan khalayak susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut Haslinda apabila ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan penurunan besar pengundian kepadanya.

“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.


Bagi naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (Tok Ai),” katanya ketika dihubungi pagi ini di sebuah kedai kopi di Pekan Labis.

" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.

Agensi Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata bahawa, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut.

Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. “Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” katanya dengan nada yang sedikit angkuh.

(*) Diterbitkan oleh Agensi Berita ABC: Agensi Berita Choilek Gigi Cap Kote Kulop

(*) Nota : Walaupun calon Umno ni banyak gadai tanah melayu Labis waktu di pejabat daerah... sanggup ke kubur minta restu arwah...mana punya khurafat dia bikin, mohon restu kat atas kubur...tapi jangan silap! SPR lebih licik ala Mossad, yang berterusan mengkhianati rakyat.. boikot lebih baik !

Sumber : SINI

Lagi Video Penamaan Calon Di Tenang Dr MediaRakyat

Video : 100 ribu rakyat johor di penamaan dun tenang..22-01-01

Video : 100 ribu rakyat johor di penamaan dun tenang..22-01-01
KLIK SINI

Video : Penyokong Pakatan Rakyat di luar Majlis Daerah Labis ketika penamaan cal...



Video : Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB

Jumaat, 21 Januari 2011

Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR


LABIS 21 JAN: Pakatan Rakyat menyuarakan rasa dukacita dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar lokasi tiga pusat mengundi DUN Tenang sehari sebelum tarikh penamaan calon berlangsung.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang ditemui Tv Selangor dipetik sebagai berkata, keputusan tersebut memberi masalah kepada pengundi-pengundi di kawasan itu berikutan lokasi yang lebih jauh.

"Saya pernah menyatakan perubahan di saat akhir tidak begitu baik. Sepatutnya ini dimaklumkan lebih awal kepada kami supaya boleh membuat persiapan. Jadi apabila saat akhir tidak begitu bagus kepada pengundi sebab perubahan tempat ini lebih satu kilometer," jelas beliau selepas perasmian Jentera Muslimat PAS di sini petang tadi.

Perkara pertukaran lokasi mengundi itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Azri Yusof pagi tadi.

Pusat mengundi yang terklibat adalah SK Labis, SJKC Labis dan SJKT Labis.

Mustapha turut tidak menolak cubaan pihak tertentu mengurangkan undi kaum Cina kepada PAS.

"Saya tidak tahu apakah muslihat perubahan ini sebab SPR ini ada cara yang kita rasa tidak begitu menepati apa yang sepatutnya dilakukan," ujar beliau lagi.

Mustapha menambah Pakatan Rakyat akan membawa perkara tersebut supaya dibincangkan pada mesyuarat bersama SPR 24 Januari nanti.

Pada mesyuarat Pakatan Rakyat bersama SPR minggu hadapan, Mustapha bersama kepimpinan PKR dan DAP akan membincangkan empat isu penting iaitu tentangan 100 peratus undi proksi, undi pos, persempadanan pilihanraya cukup tempoh dan penukaran lokasi mengundi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihanraya Malaysia(Marfel), Syed Ibrahim Syed Noh ternyata kecewa kerana perubahan ini seolah-olah sudah menjadi trend kepada SPR.

"Saya lihat sudah menjadi satu trend dimana pemakluman pemindahan pusat mengundi ini dibuat hampir kepada pusat penamaan calon atau proses mengundi. Perkara ini sepatutnya ada ruang kepada parti-parti mengemukakan pandangan mereka berkenaan pemindahan ini.

"Memang betul ini dibawah kuasa SPR, tetapi saya rasa lebih baik mereka dapat pandangan daripada parti politik. ini dapat mengelakkan dari tanggapan dan kekeliruan khususnya kepada pegundi-pengundi pada hari mengundi," katanya.

"Dalam aspek pemantauan pilihanraya, kami (mafrel) melihat dalam konteks senarai daftar mengundi. Dengan berlakunya pemindahan ini, maknanya senarai daftar itu pun kita perlu dapat yang terkini supaya kita tahu benar-benar siapa dibawah pusat itu ialah pengundi-pengundinya.

Tambahnya apa yang membimbangkan perubahan saat akhir ini akan membuatkan pengundi keliru.

"saya rasa ada keburukan kerana tempoh masa diberi singkat. Jadi kita bimbang pengundi akan terkeliru. Memang benar mereka boleh datang pada hari mengundi itu. Tetapi mereka yang biasa pergi mengundi di situ(yang ditutup), dan dipindahkan ke tempat lain. Kemungkinan di sana akan berlaku sedikit kekecohan dan pengundi terpaksa mencari tempat baru," ujarnnya.

Kata Syed Ibrahim, perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pemindahan ini dilaksanakan lebih awal. Bermakna setelah diumumkan kekosongan kerusi DUN contohnya, SPR terus buat kajian dan memanggil parti-parti untuk memaklumkan tentang perpindahan dan mengapa dipindahkan.TVSNEWS

Video Normala Sudirman: Calon PAS (PRK Tenang)

Itulah Umno, jenazah terbiar rai pemimpin

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Para pengundi di kawasan Dun Tenang, khasnya dan penduduk di seluruh negara amnya, boleh melihat sendiri betapa Umno tidak mementingkan agama dalam sistem pentadbirannya dan dalam kehidupan di dunia ini.

Bukti terbaru yang paling jelas boleh dilihat terhadap sikap mereka yang tidak langsung mengambil peduli tentang tanggungjawab fardu kifayah, apabila Setiausaha Umno di kawasan Dun Tenang meninggal dunia semalam dibiarkan begitu sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) berkata, kejadian itu merupakan satu petunjuk Allah kepada orang ramai betapa Umno hanya bercakap mementingkan agama, tetapi tidak melaksanakannya.

Menurut beliau, semua itu amat berbeza dengan PAS yang sememangnya mementingkan agama dalam segala hal, sehingga ternyata PASlah yang ternyata lebih terkehadapan dalam aspek agama dalam semua bidang berbanding Umno.

"Pada hal, urusan menguruskan kematian seseorang itu adalah satu perkara penting. Ia termasuk dalam fardu kifayah. Jika tiada orang yang melakukannya, seluruh penduduk di kawasan itu menanggung dosanya.

"Jadi kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tak pergi menjenguk jenazah itu, apa halnya pula dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno lain di kawasan itu sehinggakan mereka juga turut meninggalkan jenazah itu begitu sahaja?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menyedihkan apabila para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Harakahdaily hari ini melaporkan, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ," kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pegawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Sheikh Ibrahim berkata, beliau difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana kesemua pemimpin Umno di kawasan itu dipaksa hadir ke majlis PM sehingga menyebabkan mereka tidak berani mengingkari arahan itu.

"Itulah bezanya mereka dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Bagi ahli PAS, kalau pun kepimpinan tinggi datang ke kawasan mereka, tidak semua mereka akan hadir ke majlis itu sekiranya berlaku kematian di kawasan itu.

"Sebaliknya, sebahagiannya pasti akan menguruskan jenazah sehingga selesai acara pengkebumian, manakala sebahagiannya akan berada bersama pemimpin.

"Tetapi bagi para pemimpin dan ahli-ahli Umno, mereka ternyata berbeza dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Mereka sanggup meninggalkan jenazah begitu sahaja kerana lebih mengutamakan pemimpin mereka. Patutkah terjadi perkara seperti itu dalam kehidupan ini?" katanya.

Namun katanya, mujur juga para petugas PAS dari Pahang berada di kawasan itu. Dengan itu, dapatlah mereka membantu menguruskan jenazah terbabit seperti yang dituntut dalam Islam./Harakahdaily

Isu Agama: 'Jangan Menangguk Di Air Keruh' Nasihat Dr Asri


SHAH ALAM 21 JAN: Rakyat Malaysia diminta tidak terbabit dalam sebarang bentuk tindakan ekstremisme yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menyifatkan sebagai ada pihak yang "menangguk di air keruh" beliau meminta rakyat agar mengambil pendekatan sederhana dalam memberi pandangan dan tindakan dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti kebebasan beragama, toleransi, keamanan dan kesaksamaan tanpa menyentuh sensetiviti agama masing-masing.

"Melaga-lagakan isu perkauman itu dijadikan isu. Setiap hari dibangkitkan macam permusuhan kaum, permusuhan agama. supaya ada barangkali setengah pihak suka benda ini berlaku untuk membolehkan mereka "menangguk di ari keruh" apabila berlaku hal sebegini, maka berlaku ketegangan.

"Sesetengah orang ekstremis dan cuba untuk berkeras dengan pandangan mereka sahaja," katanya.

Beliau turut mengaitkan isu seperti ini timbul apabila pihak media sengaja menghangatkan isu tersebut sehingga berlaku salah faham dikalangan rakyat.

Semalam, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao memberitahu, beliau yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

"Bila media mengapikan isu perkauman, tidak mustahil bila ada implikasi tindakan tak terkawal yang dibuat rakyat bawahan yang tidak tahu agenda pihak tertentu dan dibakar oleh media tertentu," katanya.

Dr Asri turut menyifatkan isu perkauman yang dimainkan sejak mutakhir ini adalah tindakan provokasi tidak bertanggungjawab semata-mata demi kepentingan serta agenda pihak tertentu dengan memainkan isu sensitif berhubung kejadian tersebut.

"Adanya tafsiran Islam yang agak sempit apabila ada isu orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, tak boleh petik ayat quran, walaupun betul. Ini semua isu yang cuba di sempitkan. Ini memberi ruang untuk pihak-pihak menimbulkan provokasi kerana ada kepentingan tertentu," jelasnya.

Beliau turut menambah, apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah cara penafsiran yang bersifat peribadi oleh setiap individu dengan menggunapakai nilai-nilai perkauman dan agama tanpa berpandukan asas yang sebenar.

"Ini kita lihat dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi kerajaan.

"Hal ini berlaku mungkin sudah timbul kebencian agama. Kalau ini berlaku amat mendukacitakan, kita fikir kenapa sekarang berlaku? Sebab ada pihak tertentu yang membakar semangat seperti ini," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, insiden rambut remaja Sikh dipotong di PLKN Sungai Bakap di Seberang Prai, 16 Januari lalu menimbulkan persoalan sejauh mana program PLKN mampu mendidik pesertanya agar menjaga sensiviti kaum demi mengekang ketegangan kelak.

Insiden terbaru itu membuktikan kritikan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa program PLKN tidak berperanan melahirkan pembangunan modal insan meliputi semua aspek, adalah tidak meleset.TVSNEWS

Khamis, 20 Januari 2011

Ulasan pembaca BH Singapura kecam hujah Mahathir

January 20, 2011

SINGAPURA, 20 Jan – Bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.

Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir.

"Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," kata Sallim.

Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.

Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi."Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," ungkap Sallim.

Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau "menyelidik dulu keadaan kami."

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam.

Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi", dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.

Katanya, "alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut."

Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan tidak semestinya semua yang dinyatakan beliau adalah benar.

Namun, setiap manusia ada kelemahannya, katanya, dan beliau amat terkejut apabila melihat surat-surat yang mengutuk Dr Mahathir, malah, ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya "seorang tua yang nyanyuk".

Walid berkata walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.

Katanya Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.

"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam: sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Islam di mana-mana sahaja, seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," tambah Walid.

Menurutnya, Dr Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian, untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.

"Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," jelas Walid.

Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, Walid bertanya, "tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?"

Bahkan, katanya kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai "Harimau Asia" oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.

Walid berkata Dr Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia, dan, "Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa-jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam."

"Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar, kita tidak melihat masalah-masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," tambah Walid. – Bernama

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog