Rogol Amah: SAMM Buat Laporan Polis Esok

SHAH ALAM 4 JAN: Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis esok berhubung salahlaku seorang menteri di dalam kabinet Malaysia yang didakwa terbabit merogol pembantu rumah warga Indonesia .

Laporan akan di buat di IPD Seremban Dua, Jam 10.30 pagi.

Dikendalikan Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul berkata segala dokumen berkaitan akan dedahkan sebagai bukti yang mengaitkan menteri terbabit dan mendesak agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Terdapat dokumen yang mengaitkan beliau. Jadi demi keadilan kepada mangsa dan menteri tersebut, polis harus tampil jalankan siasatan. Kedua, Najib(Perdana Menteri) perlu nyatakan pendirian tegas dalam hal ini dan rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu kalau tidak jangan marah jika orang Indonesia berkumpul dan menyerang identiti negara. Kerana sekali lagi rakyat Indonesia diperlakukan sebegitu, tanpa pembelaan. Malah diberi perlindungan dan keistimewaan kepada penjenayah itu," katanya.

Beliau menyifatkan pihak berkuasa dilihat sengaja menutup mata mengenai kes ini apabila ia mengaitkan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Perkara ini lebih kritikal apabila esok kita akan maklumkan dan dedahkan isyarat dari keluarga mangsa mereka dalam ketakutan dan kalau boleh jangan dedahkan identiti mangsa kerana mereka takut 'diAltantyuakan'. Malaysia punya rekod yang terpalit sebegini dan merugikan negara," jelasnya yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

Sebelum ini isu yang tersorok selama tiga tahun muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia didedah oleh laman WikiLeaks.

Kejadian rogol ini ddakwa berlaku semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa yang disiarkan di beberapa blog dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat adik perempuan mangsa.TVSNEWS

Ulasan