| Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR, 19 Jan: Para pengundi di kawasan Dun Tenang, khasnya dan penduduk di seluruh negara amnya, boleh melihat sendiri betapa Umno tidak mementingkan agama dalam sistem pentadbirannya dan dalam kehidupan di dunia ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) berkata, kejadian itu merupakan satu petunjuk Allah kepada orang ramai betapa Umno hanya bercakap mementingkan agama, tetapi tidak melaksanakannya. Menurut beliau, semua itu amat berbeza dengan PAS yang sememangnya mementingkan agama dalam segala hal, sehingga ternyata PASlah yang ternyata lebih terkehadapan dalam aspek agama dalam semua bidang berbanding Umno. "Pada hal, urusan menguruskan kematian seseorang itu adalah satu perkara penting. Ia termasuk dalam fardu kifayah. Jika tiada orang yang melakukannya, seluruh penduduk di kawasan itu menanggung dosanya. "Jadi kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tak pergi menjenguk jenazah itu, apa halnya pula dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno lain di kawasan itu sehinggakan mereka juga turut meninggalkan jenazah itu begitu sahaja?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menyedihkan apabila para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu. Harakahdaily hari ini melaporkan, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu. Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan. "Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ," kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam. Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pegawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun. "Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu. "Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini. Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat. Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka. Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat. Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor. Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Sheikh Ibrahim berkata, beliau difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana kesemua pemimpin Umno di kawasan itu dipaksa hadir ke majlis PM sehingga menyebabkan mereka tidak berani mengingkari arahan itu. "Itulah bezanya mereka dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Bagi ahli PAS, kalau pun kepimpinan tinggi datang ke kawasan mereka, tidak semua mereka akan hadir ke majlis itu sekiranya berlaku kematian di kawasan itu. "Sebaliknya, sebahagiannya pasti akan menguruskan jenazah sehingga selesai acara pengkebumian, manakala sebahagiannya akan berada bersama pemimpin. "Tetapi bagi para pemimpin dan ahli-ahli Umno, mereka ternyata berbeza dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Mereka sanggup meninggalkan jenazah begitu sahaja kerana lebih mengutamakan pemimpin mereka. Patutkah terjadi perkara seperti itu dalam kehidupan ini?" katanya. Namun katanya, mujur juga para petugas PAS dari Pahang berada di kawasan itu. Dengan itu, dapatlah mereka membantu menguruskan jenazah terbabit seperti yang dituntut dalam Islam./Harakahdaily |
Cari Data Anda Nak
Pelawat Sejak Mac 2009
Jumaat, 21 Januari 2011
Itulah Umno, jenazah terbiar rai pemimpin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Paling Popular
-
[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
Post 7 Hari Popular
-
kami sediakan sistem auto daftar tone wow ikut parlimen malaysia JOM JOIN SINI
-
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima hampir 1,000 orang memeluk agama Islam setiap tahun di seluruh nega...
-
Ada RM50 Anda di beri sekeping simkad dan RM30 topup. Anda topup sahaja setiap bulan. Maklumat detail KLIK SINI
Followers
Senarai Blog Bisnes
-
-
Laporan income pasif tw88 - Update : 26.1.2020 1. Jun 2019 RM66.60 2. Jul 2019 RM55.15 3. Aug 2019 RM47.80 4. Sep 2019 RM69.39 5. Oct 2019 RM65.73 6. Nov 2019 RM88.33 7. Dec 2019 RM13...
-
SIAPA NAK BUAT PELABURAN DENGAN SISTEM TW88? - Modal : RM50 sahaja Setiap bulan : lakukan topup RM30 ke atas Maklumat penuh *KLIK SINI*
-
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN. - NIAGAKAN WANG ANDA* Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
-
KEBAIKAN TONE WOW - Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu.. lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne... Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...
-
Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful - Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful tapi tiada kemampuan dan malas nak berurusan boleh ambil dlm pakej ini. http://www.gajimasyuk.c...
-
Kelebihan bisnes toneexcel berbanding dgn kebanyakkan bisnes2 lain. - MODALNYA KECIL. syarat untuk menjadi agen bisnes Tone excel ini. pertama sekali adalah anda sendiri perlu menjadi penguna simkad ini. Simkad ini berharga R...
-
Ahli terkini kelabsimkad.com - layari website mohd fauzi dari nilai negeri sembilan.. klik www.kelabsimkad.com/fauzinilai
-
Bonus Pakej untuk jualan 1 - 15 July 2017 sudah di bayar. - *Papan Kenyataan* *YG BERMINAT NAIKKAN JUALAN SYARIKAT ANDA BOLEH JOIN BISNES TELCO INI* *KLIK SINI* WEBSITE BIZ55 TERKINI LAYARI : *http://revo55.weebly....
-
Top 10 Income, Update 07 July 2017 - *1. Siti Zuraidah bt Sayudi RM1290.642. Mohd Ridhwan bin Saimi RM1083.86* 3. Mohd Ahmar bin Saipudin ...
-
-
Kini Telah Ada Peta Minda - Layari : http://www.petamindasains.com/
-
DAPATKAN WEBSITE REFLIKA TONE EXCEL PROMOSI PERCUMA - *PERHATIAN!!!* *KELABSIMKAD MENAWARKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SIMKAD. KHAS KEPADA PENGGUNA SIMKAD TONE EXCEL.* *DAPATKAN WEBSITE REFLIKA PROMOSI* * P...
-
-
Arkib Blog
-
▼
2011
(1092)
-
▼
Jan 2011
(85)
- PAS, PKR dan 71 NGO demo bantah Mesir
- Analisa Pasca PRK DUN Tenang
- PRK Pelabuhan Klang kemungkinan besar berlaku
- Anwar: Kami memang sudah jangka Gobala akan keluar...
- ANAK Akan Saman FELDA
- Kait Dengan Pengganas: Menteri KDN Sengaja Burukka...
- Video : Khas Untuk Warga Felda Wajib Tonton!!
- Video!! Panas!! Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Che...
- Laporan CNN: Anwar kecam Najib dakwa Saudi biaya PRU
- Video : Ds Nizar Dedah Kejahatan Umno!!
- Tok Guru Nik Aziz 'serang' Tenang
- Peneroka FELDA Sendayan Menang Rayuan Affidavit Ke...
- Mengapa Buku Jingga patut dilaksanakan
- NGO Islam gesa Soi Lek, Kuan Yew tidak campuri hal...
- Video Terkini!! CeramahAnwar Ibrahim: Negara Bankr...
- Panas!!!! Dari Sinar Harian Online, Undian 25/1/2011
- Umno Derhaka!!!!!!!!! Dulu, Kini Dan Selamanya.....
- P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?
- Anwar dedah bukti APCO dengan Konsep 1Malaysia
- Video Lautan Manusia Di Penamaan Calon Tenang..
- Keadilan Network Dipersiap Hadapi Perang Siber 23/...
- Rancangan TVS Terus Terang Bersama Dato Seri Anwar...
- Video Rancangan TVS : Terus Terang Nizar Jamaludin
- PANAS!!!!!! - Calon BN menerima padah, Tok Ai di '...
- Lagi Video Penamaan Calon Di Tenang Dr MediaRakyat
- Video : 100 ribu rakyat johor di penamaan dun tena...
- Video : Penyokong Pakatan Rakyat di luar Majlis Da...
- Video : Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan...
- Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR
- Video Normala Sudirman: Calon PAS (PRK Tenang)
- Itulah Umno, jenazah terbiar rai pemimpin
- Isu Agama: 'Jangan Menangguk Di Air Keruh' Nasihat...
- Ulasan pembaca BH Singapura kecam hujah Mahathir
- Video : Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat - 18 J...
- "Pemuda Tamil tidak sokong BN"
- Najib Ulangi Janji Santa Claus Di FELDA
- Teo Nie Ching Terima Nota Ugutan
- Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor
- Pilihan raya kecil DUN Tenang penentu tarikh PRU13
- Video Ceramah Nizar Jamaluddin Terkini
- Lagi!!! Skandal Ummi Hafilda terbongkar... Panas!!!
- Daftar Pemilih : Bantahan Naik Ketara, Dipengaruhi...
- Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan yang lebih s...
- Video Ceramah Azmin Ali: Lagi Kuat (UMNO) Pukul Ki...
- Saman Petronas: Pelik Pusat pohon jadi defendan
- Panas!!! Sah!!! Umno Main Dengan Pelacur, Untuk Ja...
- Video : CERAMAH PERDANA UBAH SEKARANG, SELAMATKAN ...
- Umno-BN Kian Tergugat Punca Serang PR Saban Waktu
- Gempak Lebih!! 10,000 Hadir Untuk Himpunan Kebangk...
- Terkini Undian Di SinarHarian ONline..DSAI cabar P...
- Ranking Terbaru Blog Mesra Pakatan Rakyat Dari Top...
- Video :Isu YB Shuhaimi Rakyat Selangor Bersama Anda
- Video : 1,000 sertai himpunan sokong Sultan, keraj...
- Video : Sidang Media Anwar Cabar Najib Debat..(Eko...
- Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan
- Solat Hajat & Pidato Perdana 9 Januari 2011: Tuan ...
- Perang Pilihan Raya 13 Bukan Di Malaysia Tetapi Di...
- Video Ceramah Perdana Shah Alam 09/01/2011: Anwar ...
- Video Chua Jui Meng: Ceramah At Tenang 03/01/2011
- Panas!!! Polis serbu belum sempat ceramah
- Video Ceramah Anwar Ibrahim: Ubah Sekarang, Selama...
- SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit
- Video : Ceramah Terkini Yb Saifuddin Nasution
- Saman Fitnah 100 Juta - Hak Anwar Tuntut Keadilan ...
- Migran CARE akui laporan kes rogol amah
- Media Online Paling Berpengaruh di malaysia
- Pertemuan 24 Dis: Pakatan 110 peratus komited, Umn...
- Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Isu Kehadiran ...
- MB Hadir Kerana Di Paksa Oleh Umno?
- Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar
- Khalid : Umno Hakis Kuasa Sultan Hakikat Sejarah
- Rogol Amah: SAMM Buat Laporan Polis Esok
- Video:Anwar Ibrahim: Ceramah Di Tenang
- Video Panas!!!!!!! Untuk Rakyat Serawak
- Panas!!!! : DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Su...
- Krisis SUK: Jangan Sampai Rencat Pembangunan Neger...
- Video : Dr Aziz bari Ulas Perlatikan SUK
- Peluang Cerah Pas Menang PRK Tenang
- Berita Panas!!!! : Polis Pukul Orang Awan
- Video : Jahat Sungguh!!! DAP Pulau Pinang Wajib To...
- Dr Aziz Bari : Perlantikan SUK,Putrajaya Tidak Ada...
- Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat
- Kenyataan Akhbar Menteri Besar Selangor
- Pas Yakin Menang Di Tenang
- Himpunan Kebangkitan Rakyat!! "Pas Ganti Umno"
-
▼
Jan 2011
(85)
Label
- Agama
- ajaran sesat
- Bantah GST
- Bantah Obama.
- Berita Bisnes
- Berita Dunia.
- Berita Semasa
- Bisnes
- biz55
- Carta Blog Popular.
- Dakwah
- Dunia Islam
- Fitnah
- Fitnah 2
- HIBURAN
- Hudud
- Hudud Kelantan
- Iklan Murah.
- Iklan Percuma
- Info
- IS
- Isu MB trg
- Isu Semasa
- kajian
- Kelantan
- Kerajaan Haram Najib.
- Kerajaan selangor
- Melaka
- MH370
- Motivasi
- Muhyiddin
- Mujahididn Malaysia
- Mujahidin
- PANAS
- PAS
- PKR
- PRK TELUK INTAN
- Refomasi 2.0
- Rencana
- Selangor
- sukan
- Tazkirah
- TGNA
- Tone Excel
- TV Selangor
- UAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..