SHAH ALAM 7 JAN : Peguam bela Ketua Pembangkang S.N Nair kecewa dengan tindakan mahkamah membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan dalam kamar membenarkan permohonan Anifah dengan kos.
Walaubagaimanapun, peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Dalam kenyataan media ringkas malam tadi S.N Nair berkata keputusan tersebut dibuat dengan tanpa diberikan apa-apa alasan.
"Ini menunjukkan Menteri dan Kerajaan tidak boleh disaman walaupun memfitnah dan mencemar nama baik Anwar.
"Ini merupakan satu lagi penafian bagi menuntut keadilan.
"Keputusan ini juga seperti membenarkan mana-mana Menteri memfitnah sesiapa sahaja dan 'kebal' terhadap saman malu," tegas S.N Nair.
Ujarnya lagi, sejak kebelakangan ini, wujud kecenderungan bagi mengganggu saman fitnah yang dibuat oleh Anwar terutamanya yang melibatkan Menteri dan orang-orang penting dalam kerajaan (VVIP).
Mereka selalunya terlepas daripada peringkat awal saman (sebelum perbicaraan bermula) bagi menggelakkan mereka duduk d dalam kandang saksi untuk disoal balas dalam perbicaraan penuh, kata S.N Nair lagi.
"Selain daripada terlepas dari saman fitnah, Anwar juga dikenakan bayaran kos yang terlalu tinggi dan besar.
"Tindakan ini dilihat seperti menghalang Anwar daripada memfailkan tuntutan yang serupa pada masa yang akan datang.
"Jikalau begini situasinya, mana mungkin beliau dapat menuntut keadilan yang sewajarnya," soal S.N Nair.
Pada 27 Mei 2009, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan saman terhadap Anifah ekoran kenyataannya berbaur fitnah pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton pada 16 Mei tahun sama.
Anifah mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008.
Anwar juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau cuba membeli anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara.
Anwar dalam tuntutannya telah menyaman Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai anggota Parlimen Kimanis serta kedudukannya sebagai Menteri Luar, dan menteri itu dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, sementara Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga. TVSNEWS

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..