Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Dahulu jual burger kini jutawan [METROTV]

Kuala Lumpur: Siapa sangka dia bermula dengan menjual burger selama 10 tahun selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 1980-an untuk membantu keluarga. Namun, percaya kepada rezeki dan tidak jemu berusaha, kini Ali Syed Mohamed, 52, melebarkan sayap dengan membuka Ali Cafe di Jalan Pantai Baharu dengan bangunan tersergam bernilai lebih RM3 juta. Katanya, bermodalkan RM500 untuk mempunyai gerai burger, dia memulakan perniagaan seawal 10 pagi hingga 1 pagi untuk mencari sesuap nasi menyara keluarga. “Alhamdulillah, saya bertahan sampai hari ini. Sejak awal, tiada istilah bos atau tauke, sebaliknya dia bersama anak dan isteri berusaha sendiri mengendalikan perniagaan. “Saya lalui pelbagai pengalaman pahit manis, jatuh bangun. Pernah seharian berniaga, dua biji saja yang laku. Tapi, saya tak patah semangat kerana ini saja pekerjaan yang saya mampu buat,” katanya. Ali berkata, berkat prinsip tidak mudah mengalah dan berdisiplin dalam perniagaan, dia kemudian berniaga mi goreng bersa…