Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Isnin, 31 Oktober 2011

SPR Kena Saman!!!!!!!!

Warga Malaysia luar negara fail saman ke atas SPR

Sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

Keenam-enam mereka yang bekerja di United Kingdom memohon untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya ke-13 akan datang.

Sebaliknya, SPR hanya mendaftarkan mereka sebagai pengundi biasa yang mesti kembali ke negara untuk membuang undi secara fizikal.

Antara ‘litigant’ itu, Dr Teo Hoon Seong dalam dalam kenyataan medianya berkata hak untuk mengundi adalah asas bagi demokrasi.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan setiap warga negara diberi layanan adil mengikut undang-undang yang membenarkan mereka melaksanakan hak berkenaan,” katanya.MalaysiaKini

Kuliyyah Al-Azhar Malaysia guna kepakaran Mesir

PETALING JAYA – Kuliyyah Al-Azhar Malaysia tawar pengajian dikendalikan sepenuhnya tenaga pengajar daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr Yusri Mohamad berkata, ia sebuah fakulti khas di bawah Universiti As-Sofa yang baru ditubuhkan dengan menawarkan program-program pengajian secara kerjasama dengan universiti terkemuka dari Mesir itu.

“Pengisian akademiknya akan dikendalikan sepenuhnya oleh dekan dan tenaga pengajar daripada universiti yang dibawa khas dari Mesir.

“Bidang pengajian awal ditawarkan ialah Usuluddin dan Syariah dan kemudiannya disusuli Bahasa Arab dan Pengajian al-Quran,” katanya.

Beliau berkata, medium pengajaran adalah sepenuhnya dalam Bahasa Arab dan syarat kelayakan utama adalah kelulusan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia termasuk syarat-syarat lain bersesuaian dengan jurusan yang dipilih.

Selain itu katanya, pelajar juga tidak perlu ke Mesir sebaliknya menamatkan tempoh pengajian sepenuhnya di negara ini kerana ijazah bagi graduan Kuliyyah akan dikeluarkan secara bersama oleh Universiti Al-Azhar dan Universiti As-Sofa.SinarHarian


Pemuda PAS Cabar Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salah

GOMBAK, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.

Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.

"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini hari ini.

Jawapan tersebut dinyatakan beliau sebagai respon terhadap pandangan Dr Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Mengulas lanjut Nasruddin berkata, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut.

"Sebab itu saya cadang beliau (Dr Asri) ambik masa turun ke medan sekali dengan pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.

Tunjuk di mana salah

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyentuh teguran Dr Asri itu dan meminta bekas mufti itu membuktikan dimana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi yang terkenal sebagai ikon Gay di barat itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka 'dilihat salah' oleh Dr Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Dr Asri)...pendekatan ini perkara ijtihad.

"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam...kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan bantahan terhadap konsert Greatest Hits Tour itu yang menampilkan artis gay, Elton John yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Beliau mahu pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Daerah Bentong mengambil tindakan agar ianya dibatalkan.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.HarakahDaily

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 29/10/2011 Minggu 26

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 29/10/2011 Minggu K...: Senarai Blog 29/10/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog 22/10/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog Turun/ Naik ...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Najib Sudah Gila...!!!!!

Najib akan adakan Pilihanraya Umum tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Malaysia antara negara demokrasi terkebelakang dari segi proses pilihanrayanya. Sehingga kini tidak ada siapa boleh mengesahkan bila PRU itu akan berlaku yang ada hanyalah spekulasi-spekulasi. Mengambil kira semua spekulasi dan beberapa maklumat dalaman yang diperolehi maka diyakini Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.

Menurut sumber yang ada menyatakan, tahun ini Najib dan Rosmah akan menunaikan ibadah haji dan akan pergi dengan penerbangan terakhir. Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.Diyakini telah disusun di Tanah Suci nanti liputan media yang akan menyiarkan gambar – gambar pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu. Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip Najib dan Rosmah memasuki kaabah akan dimainkan tiap malam.

Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting. 11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah Bn juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR.

1 Disember dikatakan akan diadakan penamaan calon dan 10 Disember (sabtu) akan diadakan proses pengundian. Angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih menurut maklumat yang ada kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang biasa digunakan mereka yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor tuah bagi Najib dan Rosmah. Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun kuat yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

Pilihanraya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang makin meruncing.Sudah mula ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan ini merebak,mereka yang terlibat perlu disingkirkan. Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai Calon PRU.Bn perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi

Pada 9 Julai puluhan ribu rakyat telah turun ke jalanraya kerana menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Walaupun penuh sekatan hampir tidak masuk akal apabila melihat puluhan ribu yang masih berjaya hadir walaupun K.Lumpur dibuatkan seperti darurat oleh penguasa dengan melakukan kepungan dan memaksa banyak organisasi untuk tidak menjalankan operasi pada hari tersebut. Ini semua kerana iltizam dan kehendak kuat rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihanraya memerlukan reformasi. Satu jawatankuasa terpilihan Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau (baca : bn) sendiri terus mengerjakan banyak perkara jahat membunuh demokrasi khususnya dalam proses pilihanraya. Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf wargananegara secara mudah dengan syarat mengundi Bn dilihat antara kemuncak kekurang ajaran Bn ini.

Jesteru ini Solidariti Anak Muda Malaysia memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim bn keseluruhanya,JANGAN ADA SEBARANG PROSES PRU SEHINGGA SELESAI PROSES PENAMBAHBAIKAN PRU KHUSUSNYA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN BERSIH. Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi PRU diadakan maka PRU tersebut bakal m,enjadi PRU terkotor dalam sejarah negara.

Jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihanraya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan barisan Nasional selaku regim pemerintah. ia hanya satu proses demokrasi palsu dan menipu rakyat.

Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar – benar untuk menumbangkan regim, mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya. Mobilisasi rakyat kali ini akan benar – benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman. Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang dibawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit kehidupan mereka telah bersedia, rakyat tidak redha Bn terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam forum mengakar perubahan malam esok. Jumpa disana. Pihak media juga dijemput hadir Sumber : SINI
ditulis oleh che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
24 Jun 2011


Selangor urus air lebih terjamin!!

SHAH ALAM, 28 Okt: Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Petap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong (gambar) berkata kegagalan Syabas menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air itu gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

“Jika Syabas tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syabas masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus.

Katanya, walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Tambahnya, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

“Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan,” katanya.

Ini, ujarnya menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

Justeru, katanya tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji itu dinaik taraf.

Menurutnya lagi, menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno.

Beliau menambah, Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Katanya, isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Beliau berkata, pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

“Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun,” ujarnya yang juga Adun Bukit Lanjan.

Katanya, kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan Syabas dalam menyelenggara paip-paip ini.

Tambahnya, ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

“Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan,” ujarnya.HarakahDaily


Jumaat, 28 Oktober 2011

KWSP lulus pinjaman tanpa jaminan RM55.10 bilion

KUALA LUMPUR 28 Okt- Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu dengan status ‘meragukan’.

Ketuanya, Tan Sri Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP.

Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan jaminan kerajaan berjumlah RM35.69 bilion dan dua pinjaman kepada syarikat bukan subsidiari RM6.24 bilion.

“KWSP memaklumkan, pinjaman kepada dua syarikat itu perlu kerana ia milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan syarikat subsidiari di mana majorit pemegang saham dari agensi kerajaan sebanyak 66 peratus.

“Begitu pun, Manual Operasi untuk lima jabatan yang terlibat dengan pengurusan pinjaman masih dikaji semula dan ada yang dikemas kini sebelum diluluskan pada 31 Disember 2012 akan datang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pinjaman untuk Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan berjumlah RM 4 bilion diluluskan Panel Pelaburan pada 3 Julai 2007 dilakukan tanpa dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

Malah katanya, ‘agak menghairankan’ apabila KWSP yang tidak mempunyai pegawai perundangan yang mahir dalam pinjaman Islamik telah meluluskan pinjaman itu.

“Mereka memaklumkan kepada Audit, peguam luar diupah dan mereka turut menyediakan draf. Manakala pegawai undang-undangnya membuat semakan.

“KWSP memaklumkan draf pinjaman Islamik itu telah mendapat kelulusan dari Penasihat Syariah,” katanya.KeadilanDaily


Aktivis PKR, wartawan diserang samseng umno ketika tinjauan

SEPANG, 28 Okt: Sekumpulan aktivis PKR diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Turut diserang krew TV Selangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang semalam, sekumpulan lelaki didakwa menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan tersebut, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan, lapor TV Selangor.

Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.

Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar.

Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan.

"Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya.

Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

"Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas.

"Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku."jelasnya.

Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TV Selangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan.

Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar.

"Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki.

"Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri.

"Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor."katanya.

Ekoran kejadian itu, Krew TV Selangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, manakala PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang.HarakahDaily

AGEN DSAI....: Video Ini Untuk Zulkifli Nordin Yang Bodoh Agama.....

AGEN DSAI....: Video Ini Untuk Zulkifli Nordin Yang Bodoh Agama.....: 09/10 YB Nasaruddin Daud (PAS) VS YB Dato Nozula Mat Diah (UMNO) - Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FRE...

Tun Mamak punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'

'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'

Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

NONEPakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.

NONEKenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.

NONEMenurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.MalaysiaKini



Khamis, 27 Oktober 2011

Gejala ponteng sekolah di Melaka pada tahap serius

Kerajaan negeri Melaka besar kemungkinan akan memaparkan gambar wajah dan gelagat pelajar ponteng sekolah di dalam satu laman web khas yang akan dihasilkan tidak lama lagi.

Rakaman berkenaan yang akan diambil oleh orang awam sebagai satu langkah drastik menangani gejala ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi, selain menjadi bukti kepada ibu bapa mengenai aktiviti negatif anak mereka itu.

pig farmer vigil 210907 gan tian looPengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo berkata, pihaknya sedang berurusan dengan pakar-pakar Teknologi Maklumat (IT) untuk mewujudkan laman web berkenaan.

Menurutnya, apabila siapnya nanti, orang awam boleh memuatnaikkan sebarang gambar pelajar ponteng sekolah di dalam laman berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

"Kita terpaksa mengambil langkah ini sebagai usaha menangani gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa, terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah di kawasan bandar.

"Bukan itu sahaja. Ibu bapa juga sering menafikan anak mereka ponteng apabila dimaklumkan pihak sekolah. Dengan adanya laman web ini, sekurang-kurangnya akan ada bukti untuk ditunjukkan kepada mereka," katanya.

Menurut Gan, setiap sekolah menengah mempunyai data lengkap mengenai pelajar mereka dan gambar mana-mana pelajar yang dipaparkan dalam laman berkenaan akan dapat dikesan sekolah.

"Kita terpaksa mengambil langkah drastik ini untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Sekiranya ini tidak dilakukan, ia berkemungkinan menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk," katanya.

adam yong abdullah plaza melaka raya corruption 130307 front 02Sambil menamakan beberapa lokasi seperti Melaka Sentral dan Dataran Pahlawan sebagai lokasi mereka membuang masa, Tian Loo berkata, budaya lepak ini bukan sahaja menular dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.

Menurutnya, ini terbukti ketika operasi membanteras gejala ponteng baru-baru ini, apabila ramai pelajar lelaki dan perempuan didapati melepak di sebuah pusat membeli-belah popular di Bandaraya Melaka.

"Mereka ini seolah-olah tidak peduli berjalan di khalayak ramai dengan berpakaian seragam sekolah sedangkan pada waktu itu mereka sepatutnya berada di sekolah," katanya.MalaysiaKini

AGEN DSAI....: Terbongkar!!!!! Parlimen Bubar 11.11.11, PRU13 10 .12.11

AGEN DSAI....: Terbongkar!!!!! Parlimen Bubar 11.11.11, PRU13 10 ...: Najib bubar parlimen 11.11.11, PRU 10 Dis REMBAU : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November ...

Rabu, 26 Oktober 2011

TV Selangor dan Pemimpin Pakatan Rakyat mengucapkan Selamat Hari Deepavali

TV Selangor dan Pemimpin Pakatan Rakyat mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kesemua rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang

Hari Deepavali disambut sebagai pesta cahaya, menzahirkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Kemenangan kebaikan, tidak dapat tidak berteraskan amalan berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran. Bait dari Thirukural ada menyebut;

"Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan."

Hikmah dari bait itu mengungkap fitrah pertembungan cahaya dan kegelapan. Oleh kerana itu, setiap kali kita mendekati kezaliman dan melakukan perbuatan jahat maka semakin malaplah kemuliaan, keadilan serta karamah insaniah.

Justeru saya menyeru agar semua rakyat Malaysia turut serta bersama menegakkan keadilan yang merupakan kelangsungan dari fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan menolak kebatilan.

Sempena sambutan Deepavali tahun ini saya ucapkan Deepavali Nal Vathukal

Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP

Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia.

Sempena perayaan Deepavali ini, marilah kita semarakkan cahaya kasih sayang, keadilan dan kesederhanaan untuk mengatasi sifat kebencian, fahaman melampau dan sikap tidak bertoleransi yang diamalkan selama ini bagi mewujudkan masyarakat majmuk Malaysia yang bersatu padu, adil dan makmur.

Perayaan Deepavali adalah meraikan kemenangan untuk mengatasi kejahatan dan cahaya ke atas kegelapan.

Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung tidak lama lagi, semua rakyat Malaysia diseru untuk menyertai dan bersatu bersama masyarakat kaum India bagi meraikan majlis penuh bermakna ini dengan hasrat :

Semarakkan cahaya kasih sayang, keadilan dan kesederhanaan untuk mengatasi sifat kebencian, fahaman melampau dan sikap tidak bertoleransi bagi mewujudkan masyarakat majmuk Malaysia yang bersatu padu, adil dan makmur.

Baru-baru ini, badan politik Malaysia telah diracun dengan limpahan kebencian, fahaman melampau dan sikap tidak bertoleransi.

Semua rakyat Malaysia yang bijak dan muhibah, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan, mestilah bersatu untuk menuntut negara kita bebas dari kongkongan kebencian melampau dan sikap tidak bertolak ansur bagi membina sebuah negara yang dimiliki sepenuhnya rakyat Malaysia yang boleh dibanggakan.TVSNEWS




Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, KDEB mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham.

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar “Hasil Negeri Untuk Rakyat” menerusi program “Merakyatkan Ekonomi Selangor“(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Selaku pemegang amanah, Kerajaan Negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab. Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini.

Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat.

Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.

Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh kerana itu, pemberian air ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, tidak perlu timbul langsung
kerana dana untuk program pemberian air percuma ini disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri kepada KDEB untuk pembayaran.

Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan.

Jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan dengan syarat beliau juga menunjukkan perjalanan perbelanjaan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

AGEN DSAI....: NGO Melayu Sudah Muak Dengan Fitnah Umno..!!!!

AGEN DSAI....: NGO Melayu Sudah Muak Dengan Fitnah Umno..!!!!: NGO: Politik lucah bukan falsafah budaya Melayu Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan ahli-ahli politik Mela...

AGEN DSAI....: Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya (video)

AGEN DSAI....: Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya (vid...: Gandakan KWSP Anda Dengan Pelaburan Bijak TerKini!!! Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!! Kongsi2u Mesin Wang U...

AGEN DSAI....: Video Khas Untuk Para2 Blogger (video)

AGEN DSAI....: Video Khas Untuk Para2 Blogger (video): Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! Digital Al-Qura...

Selasa, 25 Oktober 2011

WASPADA - PRU 13 -NAJIB DAN RM SEDANG MERANCANG UNTUK MENIPU!!!


ANAK MUDA BERSEDIA




NOTA:
anak muda bersedia
untuk ditipu!







SPR : MAKLUMAT 40,000 PENGUNDI DIRAGUI DIPAMER MULAI KHAMIS - minsider

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini.

Ia akan dipamerkan bersama daftar pemilih suku ketiga tahun ini di sekitar 1,000 tempat pameran yang diwartkan dan juga menerusi laman web SPR.

Difahamkan kebanyakan nama itu melibatkan kawasan luar bandar.

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemilih-pemilih yang terdapat dalam senarai itu boleh menghubungi suruhanjaya itu untuk mengesahkan kedudukan masing-masing.

“Pengesahan ini boleh dilakukan dalam tempoh satu minggu sepanjang pameran diadakan,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.


NOTA:

apakah maknanya berita ini?

jangan tersilap baca
ini bukan bermakna spr sedang memperbaiki
dan membersih nama pemngundi
jangan silap faham
ini bukan bermakna spr kini telus

kalau tidak apa makna berita ini?

berita ini adalah percubaan untuk terus menipu
kerana rakyat turuin berdemo
kerana rakyat turun ke jalan raya
spr kini cuba melakukan sesuatu
bukan untuk menerima 8 tuntutan
tapi untuk terus menipu

berita sebenarnya ini hanya percubaan
untuk menutup jenayah yang lebih besar

40,000 ini hanya taik palat

ada beratus ribu mat idon
ada beratus ribu mat bangla
ada berpuluh ribu mat burma
semuanya telah buat akujanji untuk mengundi rosmah dan najib

semua rancangan telah diatur
semua rancangan telah di buat
hanya menunggu masa untuk selesai
bila selesai kerja jahat ini
makan pilihanraya akan diadakan


selangor akan jatuh
selangor jatuh bukan kerana tak ada sokongan rakyat
selangor jatuh bukan kerana kerajaan pakatan gagal
selangor akan dijatuhkan kerana najib ketua perhubungan
jika selangor tidak dapat di tawan
bermakna rosmah dan najib akan ditendang oleh muhyiddin


tahukan para pembaca berita rumah pasong jalan travers
rumah pasong yang kecil ini tetiba ada 300 anggota polis didaftar
tahukah para pembaca tetiba ada 1500 rela di daftar di pantai dalam
semua ini adalah rancangan tersusun


JUSTERU
tipu kad pengenalan telah diketahui
tipu nama kita ketahui
tipu alamat kita ketahui
rakyat semuanya telah disedarkan
rakyat semua tahu kes kes penipuan ini
rakyat baca harakah
rakyat baca suara keadilan
rakyat baca malaysia kini
semua berita tipu telah diketahui umum

JADI:

soalan kepada pemimpin pakatan rakyat ialah:
apa langkah yang akan diambil?
apa tindakan akan diambil?
apakah akan terus jadi nato?
inilah persoalan yang wajib dijawab oleh pemimpin pakatan rakyat


NOTA:
rancangan gelap mewujudkan pengundi hantu sedang disusun rapai
angiota rela
bini angota rela
anak anggota rela
tentera wataniah
bini tentera wataniah
tentera
Pautan
polis
dan bini mereka
semua pengundi pos


lu pikir laaa sendiri!

Sember : TUKAR TUIB

TUNAIKAN INI DAHULU







AGEN DSAI....: Pidato Terkini!!!!! DSAI Di KL (video)

AGEN DSAI....: Pidato Terkini!!!!! DSAI Di KL (video): Anwar: Jentera PKR di Wilayah Persekutuan harus diperkukuhkan lagi Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FRE...

Isnin, 24 Oktober 2011

Terbongkar!!! Rahsia kenapa Final Piala Malaysia 2011 di Shah Alam



Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh - KUALA LUMPUR, 24 Okt 2011 - Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Semakan Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini.

“Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.

Katanya, masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Selain Stadium Nasional, Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.’

Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini, Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh.

Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu.

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Ia mempunyai tempat duduk berbumbung untuk 100,000 penonton.

Maklumat sebelum ini menunjukkan ia mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga dan telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.

Ambrin berkata pihak Audit berpendapat berlaku kelewatan melaksanakan kerja-kerja penukaran bumbung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah tamat tempoh jaminan kerana peruntukan yang dimohon semenjak 2006 tidak diluluskan.

“Ini boleh menjejaskan keselesaan pengguna kerana terdesah kepada hujan serta membahayakan pengguna sekiranya berlaku bumbung runtuh terutamanya bagi penganjuran acara dan kejohanan peringkat antarabangsa.

“Selian itu, PSM perlu membuat perancangan rapi untuk kerja penukaran bumbung tersebut supaya kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan hasil penyewaan stadium tidak terjejas sekiranya berlaku kelewatan penukaran bumbung,” kata beliau.

Laporan itu menyebut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan memohon peruntukan bagi mengatasi masalah itu dengan membuat enam permohonan dan telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mulai 2006 hingga 2010

PSM telah membuat dua permohonan tahun lalu, RM40 juta pada 8 Februari dan RM35 juta 20 September di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Bagaimanapun kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada bulan Disember 2010.

“PSM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium kepada Jabatan Kerja Rayat pada April 2011 kerana PSM tidak mempunyai kepakaran teknikal,” katanya lagi.

Ambrin berkata kelewatan bukan disebabkan pihak PSM kerana perbadanan telah memulakan tindakan awal mulai 2006 bagi mengatasi masalah yang timbul.

“Kelewatan juga adalah berpunca daripada pihak lain dan disebabkan kekangan kewangan kerajaan adalah faktor utama kelewatan ini berlaku. PSM selaku pengurus dan pentadbir Kompleks Sukan Negara telah melaksanakan tugas dengan melaporkan masalah yang dihadapi,” katanya lagi.

Malah katanya, semakan lanjut mendapati PSM telah memohon peruntukan bagi menukar bumbung Stadium Putra sebanyak empat kali, antara 2006 dan 2010, tetapi tidak diluluskan.

“Pada Mac 2010, PSM sekali lagi telah memohon peruntukan sejumlah RM6 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan telah meluluskan permohonan sejumlah RM6 juta pada Januari 2011,” katanya. Sumber : SINI


AGEN DSAI....: Ceramah Terbaru!! YB Saifudin Nasution Di Sel..(video)

AGEN DSAI....: Ceramah Terbaru!! YB Saifudin Nasution Di Sel..(vi...: Saifudin Nasution: Ceramah Boleh, Tapi Mengunakan Peralatan IT Tak Boleh Free Advertising - Get millions of visitors for your websit...

Wooiiii Beg Kak Ros mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000)

Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

NONEDalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.

"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.

Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.

Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.

najib razak and rosmah mansor 1"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"

Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).MalaysiaKini


Ahad, 23 Oktober 2011

Carta Blog Popular Hari Sabtu, 22/10/2011 Minggu 25

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 22/10/2011 Minggu K...: Senarai Blog 22/10/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog 15/10/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog Turun/ Naik ...

AGEN DSAI....: Tamparan Untuk Umno!! 70 ahli Umno Kelantan masuk PAS..

AGEN DSAI....: Tamparan Untuk Umno!! 70 ahli Umno Kelantan masuk ...: KUALA LUMPUR, 22 Okt: Seramai 70 orang ahli Umno di Kelantan telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, semalam. B...

Kes Aziz Bari Tambah Hitam Rekod UmnoBN

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius isu terbaru yang melibatkan penggantungan profesor undang-undang terkemuka dan kritis negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Isu ini adalah satu lagi titik hitam sejarah negara. Ia hanya akan menghitamkan lagi rekod Barisan Nasional memerintah negara kita,” kata ketua penerangannya, Mohd Nasir Zakaria (gambar).

Katanya, penggantungan Dr Aziz selaku pensyarah sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

Ini, katanya kerana Dr Aziz adalah pensyarah kanan Universiti Islam Malaysia yang sudah berkhidmat selama 22 tahun dan antara putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan.

“Adakah hanya kerana memberi pandangan berdasarkan pengalaman akademik dan pengalaman beliau dan beberapa laporan polis sudah cukup untuk menamatkan riwayat akademik beliau?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Dr Aziz terkenal berani dan kontroversi dan beliau bukan sekadar berkongsi ilmu di media perdana, wacana, kelas toturial malah menjangkau kepada media alternatif yang mesra pembangkang.

“Beliau sekadar mengkritik kerajaan tetapi pernah mengkritik kepimpinan pembangkang. Beliau berani dan tegas terhadap pandangan beliau walaupun berdepan cemuhan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Padang Terap.

Baginya, alasan yang diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ialah kerana "membuat kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" adalah satu alasan yang sangat subjektif bagi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, masyarakat tertanya-tanya, bertentangan dengan kepentingan universiti itu juga bermaksud bertentangan dengan kepentingan pemerintah lanjutan laporan polis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Baginya, penggantungan ini akan menjatuhkan lagi imej universiti Malaysia di mata dan ranking universiti di dunia.

“Sudahlah para mahasiswa dan pensyarah terpaksa berdepan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kali ini pensyarah pula berdepan dengan pelbagai akta dan halangan 'kepentingan' universiti,” katanya.

Selepas peristiwa ini, ujarnya DPPNK dapat merasakan pendemokrasian ilmu akan semakin terhakis dan akan menyebabkan kebebasan bersuara akan semakin kelam.

Katanya, imej universiti sebagai menara ilmu dan harapan ummat sebagai lubuk kebijaksaaan akan semakin dipandang sinis dan autoriti seorang sarjana akan semakin diperlekehkan.

“Alangkah malangnya negara ini,” ujarnya lagi.

Tambah Nasir, apa yang kebih besar ialah kesan terhadap para mahasiswa yang sedang menyiapkan tesis serta mengikuti kelas yang dipimpin oleh beliau.

Tambahnya, apapun alasannya termasuk alasan beliau menghina raja, DPPNK mengharapkan agar penggantungan beliau sebagai sarjana dan pensyarah ditarik balik terlebih dahulu.

“Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis yang menyiasat beliau susulan isu ini juga akan menjadikan ahli akademik semakin terkongkong dalam menyampaikan ilmu dan menegakkan kebenaran,” katanya.HarakahDaily



Sabtu, 22 Oktober 2011

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog