Baget bagusss... tapi undi tetap Pakatan Rakyat.. Tq najibb...ha ha ha ha

RM500 untuk keluarga berpendapatan rendah

Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012, di Dewan Rakyat, hari ini, usaha itu untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak.

azlan“Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini,” katanya.

Menurut Najib, pemberian RM500 ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana manakala bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.

Selain itu, pada pembentangan belanjawan selama dua jam itu, Najib juga mengumumkan bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

“Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak.

NONE“Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit,” katanya.

Selain itu, strategi meringankan belanja seharian rakyat juga termasuk pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Katanya, bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.MalaysiaKini

Ulasan

  1. INSTRUMENT SERTA KAEDAH APAKAH YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN PENDAPATAN SETIAP KELUARGA DI MALAYSIA KURANG DARI RM3,000.00 SEBULAN?.... DAN SIAPAKAH YANG AKAN DIBERI KUASA UNTUK MEMUTUSKAN KELUARGA MANA YANG LAYAK DAN KELUARGA MANA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA PEMBERIAN INI?..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..