PIZZA Hut Malaysia menawarkan hadiah tunai bernilai RM35,000 setiap seorang kepada 10 pemenang bertuah, menerusi Peraduan Gores & Senyum yang dilancarkan sempena ulang tahun restoran itu ke-35.
Peraduan itu terbuka kepada pelanggan yang berbelanja RM35 atau lebih di rangkaian restoran Pizza Hut tidak termasuk Pizza Hut Express, dan berpeluang membawa pulang sama ada tunai, baucar ataupun produk dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM10 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Berhad, Merrill Pereyra berkata, pelanggan layak menerima satu kad gores dengan berbelanja RM35 dalam satu resit untuk mana-mana produk Pizza Hut, sama ada menikmati hidangan di restoran, membeli secara dalam talian, bawa pulang mahupun menerusi penghantaran.
"Pelanggan dikehendaki menggores kad tersebut untuk mengetahui hadiah yang mereka menangi. Semakin banyak pelanggan berbelanja di Pizza Hut, semakin banyak kad gores mereka terima.
"Ini peluang terbaik bukan sahaja untuk meraikan kejayaan Pizzat Hut Malaysia, tetapi juga berterima kasih kepada pelanggan di Malaysia atas sokongan mereka selama 35 tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.
Peraduan Gores & Senyum bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2017, terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) ketika ini memiliki 60 lapangan menghasilkan minyak dan gas di Sarawak yang mengeluarkan purata 850,000 tong minyak sehari, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Beliau berkata, sektor minyak dan gas di Sarawak juga diperluaskan ke aktiviti hiliran sambil menambah kilang pembuatan kimia pertama di Bintulu dibina pada 1980.
Petronas memulakan rangkaian stesen minyak runcit pada pertengahan 1980an, katanya.
“Kini terdapat 81 stesen minyak dikendalikan oleh orang Sarawak, menyediakan bahan api kepada bandar-bandar di negeri ini yang sedang berkembang maju dan juga kawasan di luar bandar.
“Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan kami untuk berkembang di Sarawak dan menambah nilai kepada sumber minyak dan gasnya,” katanya.
Wan Zulkiflee berkata demikian pada majlis permeterian kontrak antara Petronas Carigali Sdn Bhd dan Brooke Dockyard and Engineering Works Corp di sini, hari ini.
Beliau berkata, Sarawak menyasar untuk menjadi hab minyak dan gas utama di rantau ini dan Petronas diberi penghormatan untuk memainkan peranan penting dalam merealisasikan wawasan ini.
“Sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga sumber minyak dan gas negara, Petronas komited untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyokong aspirasi pertumbuhannya,” katanya.
Beliau berkata sebahagian daripada komitmen ini termasuk menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Sarawak sebagai pemacu nilai jangka panjang, sambil menambah setakat ini Petronas telah melabur sebanyak RM140 bilion untuk membangunkan sektor minyak dan gas negeri itu.
“Kami juga giat terlibat dalam membangunkan keupayaan tempatan. Setakat ini, 420 syarikat Sarawak berdaftar sebagai vendor Petronas.
“Hampir 5,000 orang Sarawak bekerja dengan Petronas di sini serta di seluruh operasi global,” katanya.
Wan Zulkiflee berkata sejak 2010, Petronas telah membelanjakan hampir RM400 juta bagi pembangunan pendidikan dan modal insan yang memberi manfaat kepada lebih 5,000 pelajar Sarawak dan 15 institusi pendidikan.
Beliau berkata menerusi pembabitan dalam industri minyak dan gas negeri, Petronas mendapat keistimewaan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi utama tempatan.
“Sebagai organisasi yang berasaskan kepada merit berprestasi tinggi, kami berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat Sarawak yang meminjamkan kepakaran mereka kepada projek Petronas,” katanya.
Wan Zulkiflee berkata perkongsian Petronas dengan Brooke Dockyard bermula 20 tahun lalu sambil menambah pembaharuan semula kontrak pada hari ini menandakan kejayaan penting dalam hubungan syarikat-syarikat ini dengan Sarawak.
“Ia merupakan bukti komitmen kami untuk menyokong aspirasi negeri bagi mengembangkan kepakaran tempatan yang menokok nilai kepada industri. Kami gembira bekerjasama dengan Brooke, syarikat yang turut sama komited bagi tujuan ini,” katanya.
Petronas hari ini memeterai dua kontrak bernilai RM480 juta dengan Brooke Dockyard and Engineering Works Corp untuk melaksanakan kerja-kerja di projek pembangunan semula Bokor Fasa 3 dan pembangunan Anjung Gas di luar pantai Sarawak.
Kontrak pertama yang bernilai kira-kira RM290 juta dan diberikan pada 12 April tahun ini, merupakan penyediaan reka bentuk kejuruteraan dan kejuruteraan terperinci, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian tiga pelantar kepala telaga minyak bagi projek Pembangunan Semula Bokor Fasa 3.
Kontrak kedua, yang dianggarkan bernilai RM189 juta dan diberikan pada 25 April, 2017, adalah penyediaan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian sebuah pelantar kepala telaga minyak dan jaket bagi Projek Pembangunan Anjung Gas, yang terletak 200 kilometer di luar pantai Bintulu.- Bernama
Mohd Izzuddin dan isteri bersama produk patty burger keluaran mereka
KIRA-kira 20 tahun lalu, dia hanya seorang peniaga burger di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran sebuah kolej di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Baginya, perniagaan gerai burger yang diusahakan ketika itu lebih daripada sebagai sumber pendapatan kerana dia turut mencari pengalaman berdepan selok-belok perniagaan demi mencapai wawasan masa depannya untuk bergelar seorang usahawan.
Kini Mohd Izzuddin Mohamed, 41, berada di landasan tepat dalam merangka arah tuju wawasannya itu apabila dia berjaya mengembangkan perniagaan daripada peniaga burger biasa kepada perniagaan francais jenamanya sendiri, Akie Burger, di bawah Program Pra Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Dia yang berpandangan jauh ke depan dalam perniagaan pada mulanya membuka beberapa gerai burger di sekitar Kuantan yang diuruskan sendiri pada 2009 sebelum mengambil keputusan membuat sendiri patty burger untuk kegunaan gerainya.
Ketika itu dia hanya memproses patty burger ayam dan daging di rumah dan selepas dua tahun, melihat kepada sambutan dan komen positif pelanggan dan para pemegang francaisnya, dia membuat keputusan berani untuk membuka kilang sendiri dengan konsep lebih komersial melalui syarikat Akie Group Sdn Bhd.
“Pada mulanya saya hasilkan patty burger ini untuk keperluan 10 gerai yang diusahakan secara francais namun melalui pembukaan kilang ini sejak Mac lalu, produk yang dihasilkan turut dijual kepada peniaga burger lain,” katanya.
Menurutnya, nama Akie Burger dipilih kerana nama itu berkait dengan keluarga dan ada identiti negeri Pahang.
“Arwah ayah, cucu-cucu panggil aki. Dia meninggal pada hujung tahun 2008 dan saya mulakan perniagaan ini pada 2009 jadi kami ambil keputusan guna perkataan aki tu untuk produk kami,” katanya.
RM400,000 naik taraf mesin
Penerima Anugerah Usahawan Berjaya Tekun 2016 ini berkata, perjalanan perniagaannya hingga ke tahap sekarang bukan mudah.
Sebaliknya dia berdepan pelbagai dugaan terutama aspek modal dan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan produk daging burger berkualiti.
Namun dengan bantuan dan sokongan isteri, Zaharah Zainuddin, 38, serta keluarga, Mohd Izzuddin tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya terus menjayakan agenda masa depan perniagaannya dengan memberikan tumpuan penuh kepada operasi kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Mahkota, Bandar Indera Mahkota.
“Melalui wang simpanan sendiri kira-kira RM200,000 dan RM200,000 lagi melalui pinjaman mudah serta geran daripada pihak SME Corp berjumlah lebih RM400,000, kami menaik taraf mesin di kilang ini kepada jenis ‘heavy duty’ dan berkualiti tinggi dari luar negara.
Mohd Izzudin bersama wakil pelbagai agensi kerajaan yang mengadakan lawatan ke kilangnya.
“Setakat ini, dengan kemampuan mesin yang ada, kita mampu mengeluarkan 3,000 patty burger sehari bagaimanapun kapasiti sebenar jauh lebih tinggi," katanya.
Katanya, produk yang dihasilkan sebahagian besar masih untuk keperluan francais manakala selebihnya dijual secara terbuka termasuk di satu pasar mini di sekitar Kuantan.
“Kita juga turut mengeluarkan produk ayam dan daging cincang dan sedikit masa lagi Insya-ALLAH, kita keluarkan patty burger kambing dan oblong.
“Pada masa sama, kita sasarkan dalam tempoh enam bulan akan datang, produk Akie Burger akan berada di pasaran dengan imej pembungkusan yang lebih baik,” katanya.
Menurutnya, produk Akie Burger keluarannya kini mendapat kelulusan Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
“Berdasarkan maklum balas pelanggan, mereka akui patty burger kami lembut dan berjus serta setanding atau mungkin lebih baik daripada jenama lain,” katanya.
Katanya, mengendalikan francais dan kilang satu cabaran besar namun dia perlu fokus kepada kedua-duanya supaya segala yang diusahakan itu bergerak seiring.
“Sebab bila ada francais kena ada produk sendiri, jadi kami kena fokus kepada kilang dan pada masa sama, kembangkan lagi gerai francais. Jadi dalam tempoh sebulan lagi, 10 lagi gerai dibuka secara francais,” katanya.
Katanya, pelanggan yang menikmati burger di gerai Akie Burger berpeluang menikmati isu daging yang lebih tebal berbanding patty daging keluarannya yang dijual di pasaran.
Dia yang kini mampu menggajikan lapan pekerja mengakui perjalanan perniagaan masih jauh namun yakin impiannya akan tercapai melalui bantuan dan sokongan pelbagai agensi kerajaan setakat ini.
Zalman Aefendy (dua, kanan) pada majlis pengenalan pelan Xpax baharu.
CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.
Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.
“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.
“Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang mereka lihat adalah apa yang mereka dapat,” katanya.
Pelan internet Xpax termasuk pelan sedia ada iaitu pelan harian pada RM3 (1GB), pelan mingguan pada RM10 (2GB) dan Pelan Internet Bulanan pada kadar RM30 (5GB) dan RM50 (10GB) yang didatangkan bersama Music Walla Percuma tanpa had.
Pek Sim Permulaan Xpax berharga RM10 menawarkan Internet Asas Bulanan sebanyak 10GB dan 10GB internet berkelajuan tinggi untuk Facebook selagi pelanggan terus aktif dengan talian mereka. Kuota internet Xpax boleh digunakan untuk apa sahaja, pada mana-mana hari, sama ada dengan rangkaian 3G atau 4G, tanpa pembahagian kuota.
Jika anda membeli simkad atau mendaftar menjadi agen Tone Excel, pihak Tone Excel Nilai3 menyediakan RM40 jika ada orang membeli atau mendaftar melalui link anda.
untuk dapatkan link anda hanya beli simkad atau jadi agen simkad. Bermodal RM150.00 sekali sahaja.
TONE WOW PARLIMEN JASIN MELAKA
-
* Nama* : Mohamad Hadi Haqimie
*Nomber ID Referral* : TWE 1421534
*Link daftar Ahli* : https://shop.tonewow.com/ms?promoterID=TWE-1421534
*No HandPhone*...
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN.
-
NIAGAKAN WANG ANDA*
Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang
simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
KEBAIKAN TONE WOW
-
Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu..
lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne...
Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...