Cari Data Anda Nak
Pelawat Sejak Mac 2009
Selasa, 31 Mei 2011
Hadiah lawatah ke Eropah jika Terengganu juarai Piala FA dan Liga Super
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dorongan kepada Skuad Penyu beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini selain berusaha menempah tiket untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Super.
Katanya sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan menghantar seberapa ramai rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.
Beliau berkata, demikian pada majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada Ketua Kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.
Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri Terengganu akan mengekalkan ganjaran wang tunai seperti sebelum ini kepada atlet yang berjaya memenangi pingat pada Kejohanan Sukan Malaysia di Kuala Lumpur bulan depan.
Insentif bernilai RM5,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat emas, RM3,000 perak dan RM2,OOO gangsa sekiranya kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 2 hingga 12 Jun itu.
"Jika sebaliknya, ganjaran RM3,000 akan diberi kepada mereka yang meraih pingat emas, RM2,OOO perak dan RM1,OOO gangsa," katanya.
Pada kejohanan kali ini, Terengganu diwakili oleh 214 atlet yang akan beraksi dalam 15 daripada 20 acara yang dipertandingkan dengan sasaran 27 pingat emas, 18 perak dan 12 gangsa.- Bernama
Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah
|
Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan, lapor Keadilan Daily. Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan. Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar. “Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada Keadilandaily.com Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar. Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta. Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor. Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan. Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah. Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.HarakahDaily |
Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.MalaysiaKini
Isnin, 30 Mei 2011
AGEN DSAI....: Najib Ingat Putrajaya Bapak Dia Punya!!(video Hot)...
Umno Sabah bergolak?
| KENINGAU, 30 Mei: Umno Sabah didakwa sedang mengalami pergolakan dalaman yang serius berikutan pengguguran Azman Ruslan sebagai ketua pemuda Umno negeri ditentang ahli mereka sendiri. Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan krisis itu sudah sampai ke kemuncak dan tidak mampu lagi dikawal pengerusinya Datuk Sri Panglima Musa Aman. Selain Musa, Adun Liawan Sairin Karno yang didakwa antara adun yang berpengaruh di Keningau juga gagal memberi penjelasan berhubung pemecatan Azman yang juga ketua pemuda Umno Keningau. Difahamkan, mereka mahu 'lepas tangan' dan meletakkan beban kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin. "Kenapa Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan Sairin Karno yang juga wakil rakyat Liawan membisu seribu bahasa apabila Khairy (Jamaludin) memecat Azman," soal Hishammuddin. Azman digugurkan serta-merta dari jawatannya berkuat kuasa 29 April lalu kerana didakwa 'tidak sebulu' dengan kepempinan Umno negeri. Biarpun pemilihan Umno ditangguhkan buat tahun ini, namun pemecatan itu jelas memberi petanda Umno Sabah sedang bergolak. Sehubungan itu, Hishammuddim mahu rakyat negeri itu menilai sendiri sikap Umno yang hanya sibuk dengan permasalahan dalam mereka sehingga mengabaikan permasalahan rakyat.HarakahDaily |
Umno '5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'....kesian kah kah kah kah.!!!!!!
Terima Kasih TGNA kerana tidak mengkianati pakatan rakyat...... pergi mampus lah dengan umno tu...... takbir!!!!!!!!!!Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.
"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.
Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.MalaysiaKini
Ahad, 29 Mei 2011
Lebih 10,000 hadir dengar ceramah Anwar di Temerloh
TEMERLOH: Fitnah berterusan yang dilemparkan Umno Barisan Nasional terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berjaya menyemarakkan lagi sokongan rakyat jelata kepada beliau.
Buktinya semalam di Temerloh, lebih 10,000 hadir mendengar ceramah Anwar di majlis Himpunan Kebangkita Warga Felda Pahang bertempat di Markas Besar Pas Pahang, Kerdau.
Kawasan di sekitar markas seolah-olah berpesta untuk semalaman di Temerloh apabila seorang lagi penceramah superstar dari Pas, Mohammad Sabu turut serta memeriahkan pentas berceramah kepada warga Felda.
Memulakan ceramahnya, Anwar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersilap membaca mood anak muda apabila menganggap anak muda yang hadir pada program Perhimpunan Sejuta Belia hadir kerana ingin mempertahankan Putrajaya daripada
pembangkang.
“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.
“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.
“Silap Najib itu. Yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar.
Menurut Anwar lagi, Najib juga gagal memahami idealisme anak muda kerana menjadikan fitnah sebagai asas untuk terus berkuasa di Malaysia.
“Fitnah itu tidak boleh dijadikan asas kepada perjuangan,” kata Anwar.
Anwar seterusnya menyeru hadirin agar melihat perjuangan Pendita Zaaba sebagai contoh perjuangan sebenar membela nasib rakyat, dan bukannya perjuangan Umno yang sarat dengan rasuah dan fitnah sekarang ini.
“Tahu tak pejuang Melayu sebenarnya siapa? Tengok Tun Sri Lanang. Tengok Zaaba diangkat menjadi pendita.
“Beliau berbicara (tentang Melayu) sewaktu berumur 21 tahun. Umur 29 ke 30 tahun sudah mula menulis tentang masalah kemiskinan Melayu, miskin harta benda, miskin ilmu pengetahun dan dangkal ilmu agama. Miskin akal budi dan akhlak. Kalah sebelum melangkah berjuang.
“Jadi kata Zaaba kalau Melayu mahu pertahan maruah dan berjiwa besar, mahu kembalikan zaman kehebatan dulu, Melayu mesti bangkit dan jangan miskin ilmunya, akal budi dan akhlaknya.
“Mesti kaya ilmu, kaya akhlak, baru boleh buat perubahan.
“Bukan kaya maki hamun, kaya ugut orang, kaya fitnah seperti ditaja pimpinan Umno sekarang ini,” kata Anwar.
Pada majlis yang sama, Pas turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.
Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.
Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.
Di akhir majlis, Anwar turut diberikan penghormatan bersama Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyaksikan
penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan
Aliman.KeadilanDaily
Najib-‘gila kuasa’
KUALA LUMPUR, 29 Mei: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.
Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.
Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.
“Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.
Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.
“Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.
“Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.
“Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".
Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.
Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.
“Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.
“Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu,” katanya.
Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan ‘gila kuasa’ dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.HarakahDaily
CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 28/05/2011
Sabtu, 28 Mei 2011
Bob Lokman ikrar bantu Pakatan ke Putrajaya
Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya.
"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.
Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.
"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " katanya.
Beliau berceramah di pentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Yang dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan.
Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.
Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu.
Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.
Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.MalaysiaKini
Panas..!!!!! Polis Didakwa Bersekongkol Mencuri Kereta..!!
Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.
"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan,” katanya.
Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.
Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.
Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.
Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.
Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.
MalaysiaKini
Jumaat, 27 Mei 2011
Harga RON95 Naik Jika BN Terus Perintah
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah menjadi kelaziman kepada pemimpin dunia yang menghindarkan kepentingan rakyat selama ini, tersentak tatkala menjelangnya pilihan raya di negara mereka.
Justeru itu menurut Idris, pimpinan Umno kini sedaya upaya menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat demi memancing undi, lapor portal Harakahdaily.net.
Namun malangnya ujar beliau, pilihan raya yang bakal menjelang bukan lagi seperti era 60-an dan 70-an.
“Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat,” kata Idris.
Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.
“Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik,” ujarnya.
Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.
“Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang,” ujarnya lagi.
PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.
Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.
Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.
Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.
“PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.
“Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.TVSNEWS
Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya Sarawak
Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.
Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.
Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.
Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.
Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.MalaysiaKini
Khamis, 26 Mei 2011
Lelaki India Marah!! Ustaz Harun Din, Akhirnya.........
Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islamsedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.
Ibu pejabat PKR hadapi kemungkinan dilelong
PKR mungkin diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.
Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.
Mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini, bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini.
“Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa.
“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya.
Pada 2008, ibu pejabat parti itu berpindah dari sebuah pejabat kecil di Brickfields, Kuala Lumpur ke bangunan sekarang di Merchant Square Tropicana.
Leong berkata PKR sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk berpindah.
“Kita juga boleh terus menyewa daripada pemilik baru, ataupun membeli bangunan itu sendiri,” katanya.
'Bukan milik Soh Chee Wen'
Apabila ditanya mengapa PKR tidak berbuat demikian daripada mula, Leong berkata tindakan tersebut adalah untuk menjimatkan dana parti bagi 'operasinya'.“Kami belum buat keputusan lagi. Semuanya bergantung kepada perbincangan oleh pemimpin parti,” katanya,
Apabila diasak mengenai siapa pemilik bangunan itu, Leong yang memegang jawatan bendahari sejak 2008 tidak mahu mendedahkannya.
“Saya tak boleh ingatlah. Saya kena semak dulu dan bagi tahu awak,” katanya.
Apabila ditanya sama ada bangunan berkenaan milik ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen, beliau menafikannya.
Soh adalah bekas ahli PKR sebelum berpaling tadah yang banyak membantu parti itu dari segi kewangan antara 2007 dan 2009.MalaysiaKini
Hot!!! Keputusan Lelaki Tukar Nama Wanita 18 Julai
Note : Apa dah jadi manusia sekarang..!!!!! Adakah kiamat sudah hampir....Wahai manusia kembali la ke jalan yang benar iaitu Islam .....KUALA TERENGGANU 26 MEI : Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Ashraf selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.
Ashraf, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain.
Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.
“Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya dipetik laporan itu.TVSNEWS
Rabu, 25 Mei 2011
Subsidi IPP: Lagi pembohongan, penipuan BN
“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.
“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Sikap tak bertanggungjawab BN
“Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.
Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.Katanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.
Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.
Tipu diri sendiri“Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini,” katanya.
“Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.
“Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga,” katanya lagi.MalaysiaKini
Post Paling Popular
-
[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
Post 7 Hari Popular
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
-
@amrinor88 Listen to this... Follow for more! #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRi
-
kami sediakan sistem auto daftar tone wow ikut parlimen malaysia JOM JOIN SINI
-
Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA Saksi pembela dalam p...
-
5 Sebab kenapa anda kena mulakan Bisnes simkad Tone Wow. Especially pada yang memang sedang mencari peluang untuk tambah income, ini adalah ...
Followers
Senarai Blog Bisnes
-
TONE WOW PARLIMEN JASIN MELAKA - * Nama* : Mohamad Hadi Haqimie *Nomber ID Referral* : TWE 1421534 *Link daftar Ahli* : https://shop.tonewow.com/ms?promoterID=TWE-1421534 *No HandPhone*...
-
-
Laporan income pasif tw88 - Update : 26.1.2020 1. Jun 2019 RM66.60 2. Jul 2019 RM55.15 3. Aug 2019 RM47.80 4. Sep 2019 RM69.39 5. Oct 2019 RM65.73 6. Nov 2019 RM88.33 7. Dec 2019 RM13...
-
SIAPA NAK BUAT PELABURAN DENGAN SISTEM TW88? - Modal : RM50 sahaja Setiap bulan : lakukan topup RM30 ke atas Maklumat penuh *KLIK SINI*
-
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN. - NIAGAKAN WANG ANDA* Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
-
KEBAIKAN TONE WOW - Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu.. lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne... Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...
-
Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful - Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful tapi tiada kemampuan dan malas nak berurusan boleh ambil dlm pakej ini. http://www.gajimasyuk.c...
-
Kelebihan bisnes toneexcel berbanding dgn kebanyakkan bisnes2 lain. - MODALNYA KECIL. syarat untuk menjadi agen bisnes Tone excel ini. pertama sekali adalah anda sendiri perlu menjadi penguna simkad ini. Simkad ini berharga R...
-
Ahli terkini kelabsimkad.com - layari website mohd fauzi dari nilai negeri sembilan.. klik www.kelabsimkad.com/fauzinilai
-
Bonus Pakej untuk jualan 1 - 15 July 2017 sudah di bayar. - *Papan Kenyataan* *YG BERMINAT NAIKKAN JUALAN SYARIKAT ANDA BOLEH JOIN BISNES TELCO INI* *KLIK SINI* WEBSITE BIZ55 TERKINI LAYARI : *http://revo55.weebly....
-
Top 10 Income, Update 07 July 2017 - *1. Siti Zuraidah bt Sayudi RM1290.642. Mohd Ridhwan bin Saimi RM1083.86* 3. Mohd Ahmar bin Saipudin ...
-
-
Kini Telah Ada Peta Minda - Layari : http://www.petamindasains.com/
-
DAPATKAN WEBSITE REFLIKA TONE EXCEL PROMOSI PERCUMA - *PERHATIAN!!!* *KELABSIMKAD MENAWARKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SIMKAD. KHAS KEPADA PENGGUNA SIMKAD TONE EXCEL.* *DAPATKAN WEBSITE REFLIKA PROMOSI* * P...
-
-
Arkib Blog
-
▼
2011
(1092)
-
▼
Mei 2011
(91)
- Hadiah lawatah ke Eropah jika Terengganu juarai Pi...
- Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah
- Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?
- AGEN DSAI....: Najib Ingat Putrajaya Bapak Dia Pun...
- Ceramah Perdana Mat Sabu Terkini!! (video)
- Umno Sabah bergolak?
- Umno '5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'...
- Berita Panas!! Najib Dan Muhyiddin Bergaduh..!!!(v...
- Lebih 10,000 hadir dengar ceramah Anwar di Temerloh
- Najib-‘gila kuasa’
- CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sa...
- Bob Lokman ikrar bantu Pakatan ke Putrajaya
- Royalti- Mahkamah Tolak Saman Kerajaan Kelantan(vi...
- Panas..!!!!! Polis Didakwa Bersekongkol Mencuri Ke...
- Dr Asri Belasah Baik Punya UmnoBN.!!(video)
- Harga RON95 Naik Jika BN Terus Perintah
- Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya Sarawak
- Ladang Rakyat & Penipuan UMNO(video)
- Lelaki India Marah!! Ustaz Harun Din, Akhirnya.......
- Ibu pejabat PKR hadapi kemungkinan dilelong
- Hot!!! Keputusan Lelaki Tukar Nama Wanita 18 Julai
- Subsidi IPP: Lagi pembohongan, penipuan BN
- Ceramah Pakatan Rakyat di Muar bersama Anwar, 27 M...
- Aziz Bari: PAS jangan syok sendiri tapi perlu seri...
- Naib Presiden Umno..yang Bangang..!!!!
- AGEN DSAI....: Ceramah Hebat Saifuddin Nasution Te...
- SPR Ni Bodoh..!! Jom Sertai Bersih 2.0..!!(video)
- SPR Pula Dah Jadi Gila Babi..!!!!
- Sham Kamikaze berubah ke arah kebaikan
- YB Tian Chua gagal rayu denda RM2,000
- Elektrik: Putrajaya patut kaji konsesi IPP, bukan ...
- Terkini!!! Ketua hakim dilaporkan kritikal
- Kerajaan Pakatan bantu mangsa tanah runtuh
- Rakyat Malaysia Wajib Tolak UmnoBn..!!(video)
- Ribuan Berhimpun Bantah Lynas(video)
- Himpunan Bersih 2.0 9 Julai tuntut pilihan raya be...
- Roketkini muncul Isnin ini, akses DAP kepada suara...
- CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sa...
- Gerakan Anti Najib/Rosmah: Sah! Najib Razak Ejen Y...
- Ceramah YB IR Nizar Jamaluddin Terbaru!!(video)
- Final FA Kelantan-Terengganu di stadium Bukit Jalil
- Hah..Haha...Umno Kena Tipu..!!!!
- Bola sepak: Chelsea bertemu Malaysia 21 Julai
- Woooii SPR Kenapa Pengundi Hulu Selangor Meningkat...
- Azmin : Kecam Tapi Rompak Dasar Buku Jingga(video)
- Ladang Rakyat dan nota cemburu Umno Kelantan
- Ladang Rakyat: PAS sahut cabaran Pemuda Umno
- Polis Semakin Melampau..!!! Macam Sial..!!!(video)
- KES ANWAR -HAKIM - PENDAKWARAYA BERSEKONKOL
- Tiada tanah rakyat dirampas- TGNA
- Umno Dah Kena Makan Sumpah..!!! Rakyat Sudah Sedar...
- Umno Yahudi Ni Main Drama la Pulaaa..!!
- Kezaliman Akan Kalah Juga..!! TGNA
- Tahniah..!!! Kepada Ahli Dan Penyokong UmnoBN!! Mi...
- AGEN DSAI....: Ucapan Keras!! DSAI Di Selayang(video)
- Bekas Wartawan Utusan : Utusan Sekarang Jijik Bagi...
- Restu Utusan Malaysia wujud sentimen ancaman, Naji...
- Restu Utusan Malaysia wujud sentimen ancaman, Naji...
- Tahniah..!!! Pakatan Rakyat Selangor..!!(video)
- Pelik Undang-undang Malaysia : Orang Buat Laporan ...
- CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular 14/05/2011
- Akibat Di Makan Sumpah!! Umno Dah Jadi Gila Babi.....
- Tak masuk syurga tuduh Anwar, kata Nik Aziz
- Nurul Cabar Najib..!!!!!!
- Nik Aziz Gesa "Henti Aibkan Anwar"
- Sejak PAS bersama Pakatan...
- No 2 PAS: Ulama penentu kemenangan, kata penganalisis
- PKR gesa polis siasat dakwaan Umno guna warga asin...
- Anwar Berucap Di Kuala Pilah.!!(video)
- Kah..Kah..Kah....Orang Umno Pun Tak Percaya Utusan...
- CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular 7/5/2011
- Laporan Polis Oleh Pemandu Datuk Seri Anwar Ibrahim
- YB Dato Husam - Mentransformasi Ekonomi Islam; Mod...
- Chia: Polis ugut letak parang, dadah dalam kereta
- Konspirasi Kristian: Jeff Ooi lapor polis
- PAS: Utusan makin melampau..!!
- Pakatan: Islam kekal agama rasmi Malaysia
- Umno musuh nombor 1 negara!!
- Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jad...
- Zentrum: Kemarahan rakyat tak lagi relevan di Perak
- Nizar : Sokongan Rakyat Kekal Bersama PR
- Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja s...
- Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik
- Mamat Umno Bongkar Rahsia..!!! Jom Tonton!!(video)
- AGEN DSAI....: Ceramah Saifuddin Nasution Di Macha...
- DAP, PAS Mahu Anwar Terus Menjadi Ketua Pembangkang
- Osama mati atau tidak? Teori konspirasi mula muncul
- Panas!!! DS Ir Nizar Debat Pasa Rasuah..!!(video)
- Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama Bin L...
- Ceramah Azmin Ali Belasah Teruk.!! Umno Di Ampang!...
- Husam cabar jalani ujian poligraf
-
▼
Mei 2011
(91)

