“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya.
Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?
PAS: Islam agama rasmi
“Sudah  tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi  mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan  Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya  yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.Lantaran  itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih  bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh  menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk  kepentingan politik.
PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia  menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan  suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat  apa sahaja kerana ia milik Umno.
“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera. 
"Tindakan  double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah  semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan  pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks  video dan perkara-perkara perkaumanan,” bidas Tuan Ibrahim.
Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia  sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali  memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat  berbilang kaum.
“Sebelum ini, akhbar inilah yang  memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu  masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit  yang dikeluarkan.Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.
“Menteri  Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu  sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung,  ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,”  tegas Tuan Ibrahim.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..