Seorang peniaga, Chia Buang Hing memberitahu mahkamah hari ini bagaimana selepas dia dipukul teruk, pegawai polis Norzali Rosle mengugut untuk meletak parang dan dadah dalam keretanya, jika dia enggan memenuhi tuntutannya.
Chia berkata, jika dia tidak mengatakan bahawa kecederaannya adalah disebabkan satu pelanggaran kereta dan dia dipukul oleh pembuli jalan raya, Norzali akan meletak parang dan dadah dalam keretanya.
Menurutnya lagi, Norzali berkata dia akan menyumbatnya ke penjara untuk tempoh yang lama dan dia (Chia) tidak akan terlepas dari tahanan polis.
Chia - seorang membuat bingkai - memberi keterangan dalam perbicaraan lima anggota polis yang dituduh menyebabkan kecederaan ke atasnya.
Dia juga mendakwa telah dibelasah oleh polis selepas dia ditahan di satu sekatan jalan di Damansara Mutiara, Petaling Jaya pada 18 Disember tahun lepas.MalaysiaKini
SOP TRADING FOREX 2026
-
GUNA FIBO YANG DI SELTING KHAS
MODAL 20 USD
1 ENTER SAHAJA
WAJIB ADA SL DAN TP
TP WAJIB LETAK IKUT SELTIING INDICATER FIBO KAMI
SL WAJIB LETAK ATAS S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..