“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.
“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Sikap tak bertanggungjawab BN 
“Persoalan  yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa  tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan  harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat  Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.
 Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.Katanya  RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh  Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada  RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan  kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta  sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.
Menurut  Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana  kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada  Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal  selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja  Malaysia.
“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.
Tipu diri sendiri“Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini,” katanya.
“Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.
“Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga,” katanya lagi.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..