Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Khamis, 30 Jun 2011

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi


Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

NONE"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

“Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi.”

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan tersebut, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan itu.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulangkali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

azlanPerarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.MalaysiaKini

Media Harus Terus!! Promosi Bersih 2.0 Kasi Hatam Itu Kerajaan Kuku Besi...

Pesanan : Tak Guna Ikut Arahan Yang Menzalimi Rakyat... Semakin Di Tekan...Rakyat Semakin Melawan...Percaya lah Umno Akan Tumbang Pada PRU13 In...........

Putrajaya Arah Stesen Swasta "Kubur" Berita Bersih 2.0


KUALA LUMPUR 30 JUN : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

“Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?” kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider.

Putrajaya memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengadakan siaran radio dan televisyen, malah menyediakan lesen kepada stesen swasta seperti Astro, The Star Publications yang turut mempunyai stesen radio, Media Prima Berhad yang mengendalikan stesen radio dan televisyen serta stesen radio BFM.

“Kami kena menghantar skrip radio kami untuk diteliti (pihak berkuasa). Ia sesuatu yang mengarut,” kata seorang lagi eksekutif kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan arahan itu datang daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di sebalik tindakan polis menghalang perhimpunan anjuran Bersih, yang dijadual untuk diadakan 9 Julai ini menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Perkasa dan Pemuda Umno juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Hishammuddin mengisytiharkan kemeja-T sebagai haram manakala pihak polis menyerbu sekretariat Bersih di Petaling Jaya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara untuk mempromosikan perarakan haram.TVSNEWS

Polis Sial ni Dah Kena Puaka Bik Mama Kot....!! Ceramah Pas Kecoh!!

Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh

Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedPada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.MalaysiaKini

Rabu, 29 Jun 2011

Kelab GreenBoc Libas Baik Dato T Dan Percacai Umno..!!

Ulasan GB

Pertama, GB lihat penerbitan video klip yang menyerang ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul oleh papagomo itu lansung tidak ada merit dan tidak ada kelas untuk disiar dan diulas. Kerana, penerbitan video klip itu sendiri adalah respons bodoh setelah Datuk T tersentak & terkejut beruk dengan pendedahan video dokumentari Datuk Johari yang telah merungkai hal sebenar mengenai konspirasi video seks "Anwar".

Sekalipun sebelum ini peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Muhammad Shafee Abdullah menyatakan mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, kononnya terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah, namun beliau enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Malaysiakini melaporkan, Walaupun Shafie mendakwa pakar-pakar tersebut melaporkan bahawa mereka 99 peratus pasti, tetapi Malaysiakini tidak nampak maklumat tersebut pada dokumen berkenaan.

Bukankah pendusta namanya tu! Tetapi aneh, laporan yang dusta itu diperbesarkan oleh media perdana di negara ini dan polis juga turut mempercayainya setelah berulangklali membuat kenyataan kononnya video seks itu tulen dan kenyataan yang seumpamanya.

Video dokumentari yang dikeluarkan Datuk Johari Abdul lebih meyakinkan. Bahawa, wajah di dalam video seks yang dikeluarkan oleh Datuk T itu rupa-rupanya wajah "make-up" dari Thailand. 99.99% seiras. Tetapi bukan Anwar. Itu sebab kita lihat pelaku seks di dalam video asal, orang berwajah Anwar tetapi bertubuh badan Eskay dan Rahim Tamby Chik!

Tentang papagomo, siapa tak kenal dengan penulis upahan UMNO ini yang selama kes video seks ini menjadi penulis upahan Datuk T? Malah polis sendiri tidak bertindak ke atas blogger jahat ini walaupun telah ternyata bahawa blogger tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab menyiar dan mengedar video lucah di alam maya.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,


Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Ada kaitan:

[Video] BONGKAR: Pendedahan Dalang Video Fitnah

Sumber : SINI

Panduan Himpunan BERSIH 2.0

Zabidie Abas Fakta :

Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur
(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL).
Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :
BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
Reformasikan Undi Pos
Gunakan Dakwat Kekal
Akses Media Yang Bebas & Adil
Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
Kukuhkan Institusi Awam
Hentikan Rasuah
Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik :
Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

Jangkaan/ Unjuran :
Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .

Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan :


1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM100 sahaja.


3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0


4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.


5. Sediakan baju hujan berwarna kuning.


6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.


8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.


9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.


10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.


11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.


12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.


13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.


14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.


15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.


Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.


Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.


Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.


Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.


Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.


Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.


Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.


Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.


Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.


Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.


Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :


Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.


Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.


Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.


Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.


Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.


Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru


Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.


Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.


Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).


Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..


Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :


Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.


Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.


Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.


Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.


Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.


Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.


Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.


Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.


Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.


Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.


Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.


Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.


Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.


Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


Selepas Perhimpunan :


Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.


Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.


Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.


Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.


Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.


Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.


Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.


Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
Jangan hampiri mereka.


Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.


Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.


Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.


Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan
Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.


Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.


Duduk jika pimpinan arahkan.


Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.


Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.


Ambil gambar mereka jika sempat.


Buat laporan Polis jika anda dikasari.


Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :


Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.


Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).


Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.


Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.


Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.


Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.


Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.


Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.


Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.


Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.


Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :


Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.


Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.


Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.


Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.


Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.


Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.


Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.


Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.


Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.


Tunggu! Perhatian… :


Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.


Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.


Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Harapan Kita Semua :


Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.


Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.


Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.


Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada “Field Commander” atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


http://amkj.blogspot.com/

Selasa, 28 Jun 2011

Dato Johari Dah Tahu Dia Di Rakam..Kah..kah...

Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

parliament briefing 030408 johari abdul"Hati nurani saya jelas,” kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

Beliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

NONEDatuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi.MalaysiaKini

Himpunan Bersih: Pembuka jalan politik baru

Perhimpunan Bersih 2.0 telah mengundang berbagai tindak balas dari penyokong Barisan Nasional. Dari respon persatuan-persatuan peniaga kepada yang paling ekstrim dalam bentuk ancaman membunuh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.

Walau apa sekalipun respon dan alasan, kesemuanya bertujuan untuk menghalang berlakunya himpunan ini. Respon dan tindak balas sebegini merupakan bukti betapa BN amat gentar dengan himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Mereka khuatir kerana perhimpunan ini bakal merupakan pembuka jalan kepada era politik baru dan penamat kepada politik pimpinan BN.

Hakikatnya, rakyat semua mengetahui bahawa Pilihan Raya yang dianjurkan selama ini adalah tidak adil, berat sebelah dan diurus dengan tujuan untuk memenangkan BN.

Pilihan Raya dan kebebasan bersuara yang dibenarkan sekadar untuk memberikan persepsi adanya demokrasi, tetapi tahapnya dikawal supaya tidak menjejas kedudukan BN. Dalam keadaan begitu sekalipun BN telah dapat dikalahkan di beberapa negeri pada tahun 2008.

Sekiranya Pilihan Raya pada ketika itu diadakan secara bebas dan bersih, dengan diberi semua pihak akses kepada media perdana, tiadanya undi pos dan lain-lain seperti terkandung dalam tuntutan BERSIH (1), insyaAllah sudah pasti BN akan dapat dikalahkan diperingkat Kebangsaan juga.

Oleh yang demikian, Bersih (2) perlu diteruskan supaya BN memahami bahawa rakyat tahu bagaimana mereka telah ditipu selama ini dan bagaimana penipuan ini mengekalkan sebuah kerajaan yang telah hilang kredibiliti serta legitimasinya dalam kedudukan berkuasa.

Kerajaan BN wajib menghormati rakyat dan itulah sebenarnya intipati tuntutan Bersih. Iaitu supaya suara dan kehendak rakyat dalam memilih kerajaan yang ingin diamanahkan dengan kuasa pemerintahan dihormati dan diterima. Tanpa adanya sebarang usaha penyalahgunaan kedudukan dan kekuasaan untuk menentukan pilihan rakyat melalui proses pemilihan yang berat sebelah lagi songsang.

Sekiranya melalui proses pemilihan yang Bersih ini rakyat menolak BN di peringkat Negeri dan Negara, maka BN wajib menerima pilihan rakyat dan berundur secara terhormat. Itulah intipati demokrasi. Bukan hanya sebagai cogankata dan retorik semata-mata, sambil pandangan dan pendapat rakyat dikuasai dan kehendak rakyat dinafi melalui proses yang tercemar.

Semua yang ingin menghalang Bersih, samada PERKASA, Pemuda UMNO atau pihak Polis sekalipun, hanya menzahirkan keinginan untuk mempertahankan sesuatu yang ditolak rakyat, iaitu proses Pilihan Raya yang dicorakkan mengikut kepentingan BN.

Sepatutnya mereka, lebih-lebih lagi pihak Polis, berdiri bersama rakyat dalam usaha membersihkan proses pilihan raya. Supaya penipuan terhadap rakyat dan kekuasaan ke atas rakyat melalui penipuan ini dapat dihentikan. Himpunan Bersih merupakan usaha mulia, tuntutan adil lagi berasas dan menepati kehendak Syariat Islam dan Perlembagaan Negara; sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Prof. Aziz Bari.

Oleh itu, pihak Polis sepatutnya menjaga dan melindungi peserta himpunan, menjaga lalu lintas supaya kesan kesesakan dikurangkan, menjaga keselamatan peserta supaya tiada sebarang provokasi dan dengan itu ianya akan berjalan dengan selamat dan aman.

Sepatutnya PERKASA dan Pemuda UMNO turut bersama menyokong dan bukan bertindak-balas seperti sekarang. Namun, hakikatnya, mereka bukan mementingkan rakyat dan hak rakyat. Mereka hanya mementingkan status quo dan usaha mempertahankannya walaupun rakyat inginkan ianya ditukar.

9 Julai 2011, tarikh keramat, tarikh perubahan, tarikh kebebasan. Saya berharap agar warga Shah Alam khususnya dan Malaysia amnya akan bersama saya, turun pada hari itu untuk bersama-sama mencatat sejarah di bumi Malaysia yang kita cintai.

KHALID SAMAD

Puisi Pak Samad - Unggun Bersih

bersih_2

Oleh A. Samad Said

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

http://samadsaid.wordpress.com/

Polis Lawan Pelembagan Malaysia..!! (video)

Working class MP Dr.Jayakumar with 30 PSM activists nabbed!

Isnin, 27 Jun 2011

KEADILAN Ranau terima 226 anggota baru,,!!!

Jonathan bertopi merah menerima borang keanggotaan baru KEADILAN Ranau

KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau.

Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar.

“Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini.

“Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu.

“Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong ‘Bersih’ di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

“Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu,” katanya.

Keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi Anwar Leef Malandi (0198407014), Yasis @ francis Bangkilan (0198007872), Kaibi Laiman (0135578062) dan Mahat Saidin (0148733107).KeadilanDaily

Tidak Masuk Surga Bagi SPR Dan Pemimpin Yang Menipu..!! (video harun din)

TVSelangor09 27062011 BERSIH 2 0 SPR BN Jangan Sombong Terima Teguran, K...

Surat Terbuka Buat Yang Di Pertuan Agong.

Gerakan Anti Korupsi
Gerakan Kebangkitan Rakyat
Gerakan Pembela Rakyat
Gerakan Anti ISA
______________________________________________________________

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K (Terengganu), S.P.M.T., S.P.M.J., D.K. (Johor), S.S.M.T., D.K.T, D.K. (Perlis), D.M.., yang bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia dengan amat kebesaran dan kemulisannya.

.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Seri Paduka Baginda Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanuhu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

Dengan rendah diri, patik ingin melafazkan taat setia patik terhadap pemerintahan Tuanku sebagai payung rakyat. Tuanku adalah tempat terakhir untuk patik dan hamba rakyat mengadu.

Seperti yang Tuanku ketahui pada 9 Julai 2011, satu perhimpunan BERSIH akan diadakan di ibu negara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Tuanku di hadapan Istana Negara. Apa yang rakyat Tuanku mahukan hanyalah satu keadilan yang sentiasa diimpikan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Rakyat Tuanku sudah mula muak dengan skandal-skandal dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Memanda Tua Tuanku. Apakah menjadi satu kesalahan buat rakyat Tuanku yang ingin melihat cahaya keadilan dan betapa bersatunya rakyat Tuanku dalam perkara ini. Rakyat Tuanku semakin sedar akan apa yang telah dilakukan oleh Memanda Tua terhadap negara.

Penyalahguna kuasa oleh Memanda Tua semakin berleluasa tanpa dapat dibendung oleh rakyat Tuanku. Kekayaan negara di kaut dengan rakus oleh Memanda Tua, keluarganya, adik beradiknya, kroni-kroninya dan yang sentiasa menjadi pengampunya. Bagi isteri Memanda Tua pula, beliau tanpa merasa segan atau malu telah mengelarkan diri sebagai 'First Lady' sedangkan gelaran itu hanya layak digunakan oleh Permaisuri Tuanku.

Semua rakyat Tuanku sedia maklum akan perkara ini kerana dari Senaraian Keutamaan Persekutuan Malaysia, kedudukan Tuanku adalah yang tertinggi dan diikuti oleh Raja Permaisuri Tuanku. Mohon patik menyenaraikannya dibawah ini.
  1. Yang Di Pertuan Agong
  2. Raja Permaisuri Agong (First Lady)
  3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
  4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
  5. Bekas-bekas Raja permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada kerajaan persekutuan.
  6. Perdana Menteri.
  7. Timbalan Perdana Menteri. / Kehormat -7A. Bakal-Bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
  8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
  10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.) / Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri sembilan dan Tengku besar Tampin, Negeri Sembilan.
  11. Ketua hakim negara.
  12. Yang DiPertua Dewan Negara.
  13. Yang Dipertua dewan Rakyat.
  14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
  15. Bekas-Bekas Timbalan perdana Menteri.
  16. Ahli-ahli Jemaah Menteri
  17. Setiausaha Jemaah menteri/ Ketua Setiausaha Negara. / Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan ketua-ketua Menteri.
  18. Peguam negara.
  19. Panglima Angkatan Tentera.
  20. Ketua Polis Negara.
"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.
(2) Permaisuri Yang D-Pertuan Agong (yang bergelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang Di-Pertuan Agong.

Apabila isteri Memanda Tua mengarahkan agar diwujudkan satu seksyen yang dinamakan FLOM iaitu First Lady Of Malaysia, beliau seperti ingin merampas kedudukan Raja Permaisuri sebagai Wanita Pertama. Sedangkan dari senaraian di atas, beliau tidak mempunyai apa-apa kedudukan pun melainkan sebagai seorang isteri Memanda Tua.

Jabatan yang beliau tubuhkan itu cukup dengan pegawai dan kakitangan yang mana gaji mereka dibayar dengan wang rakyat. beliau telah menyalah gunakan kuasa yang ada pada Memanda Tua dengan membuka jabatan tersebut bersebelahan dengan pejabat Perdana menteri di Putrajaya.


Teguran demi teguran dilakukan oleh hamba rakyat mahu pun pemimpin politik, semua teguran itu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sikap egonya tidak pernah berubah sejak Memanda Tua Tuanku menjadi Menteri Besar Pahang lagi.

Di manakah kewajaran isteri Memanda Tua mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dianggap rahsia negara. Walau pun beliau menafi akan perlibatan beliau dalam urusan negara dan mengawal Memanda Tua, tetapi beliau tidak boleh menutup bangkai gajah dengan daun kelapa. Semua hamba rakyat tahu bagaimana borosnya isteri Memanda Tua bila berbelanja.

Beliau menyuruh hamba rakyat agar berjimat cermat dan belilah barangan yang dikeluarkan oleh negara tetapi beliau sendiri berbelanja di luar negara. Beliau sanggup menghabiskan ratusan ribu hanya untuk pakaiannya sahaja. Semua agensi kerajaan dipergunakan oleh beliau tanpa apa-apa teguran dari memanda Tua Tuanku.
Ampun Tuanku,

Sejak 10 tahun ini, jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin menyedihkan kerana yang kaya semakin kaya dan miskin semakin dihimpit kesusahan. Untuk pengetahuan Tuanku, kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin kerajaan Tuanku amat-amat luar biasa. Mereka tidak pernah mengambil peduli nasib rakyat Tuanku yang boleh di umpama mengemis di negara sendiri.

Mereka juga sedang bersaing sesama mereka membina istana-istana yang bernilai berpuluh-puluh juta tanpa merasa malu terhadap rakyat yang mempertikaikan dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi.

Ampun Tuanku,
Perhimpunan BERSIH bukannya demontrasi tetapi satu perhimpunan aman yang mana ianya termaktub didalam perlembagaan negara di mana hamba rakyat berhak bersuara apabila ada sesuatu kepincangan dalam pengurusan. Apa yang hamba rakyat tuntut ialah satu reformasi dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah dipergunakan oleh pihak pemerintahan Memanda Tua Tuanku.

Ini bukannya kehendak pemimpin politik tetapi adalah kehendak hamba rakyat Tuanku sendiri. Apabila satu Suruhanjaya yang menjaga pilihan raya sudah tidak lagi beramanah, maka jalan terbaik ialah menunjukkan satu bantahan besar-besaran kerana jalan bersemuka tidak lagi dilayan oleh SPR. Kami hamba rakyat menuntut 8 perkara bagi memulihkan kembali demokrasi dan sistem pilihan raya yang sudah lama tercemar. Tuntutan hamba rakyat Tuanku ialah,
  1. Bersihkan senarai daftar pengundi.
  2. Reformasikan undi pos.
  3. Penggunaan dakwat kekal
  4. Akses media bebas dan adil.
  5. Tempoh minimum 21 hari berkempen.
  6. kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah.
  8. Hentikan politik kotor.
Ampun Tuanku,


Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat Tuanku sekalian dilanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya.


Amin Ya-Rabbal-Alamin.
Ampun Tuanku.

Gerakan Anti Najib/Rosmah
5.45 A.M.
27-06-2011

Umno Pengkianat Kepada Rakyat Dan Sultan..!!

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.

“Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak.

Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.

“Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?”

“Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan,” tanya beliau.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat.

Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.

Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.

“Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi.

“Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN,” ujarnya.HarakahDaily

Ahad, 26 Jun 2011

Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

NONEMemandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.

Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.

Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.MalaysiaKini

Bongkar!! Tun Mamak (Dr M) Agen Yahudi..!!

The MIND!!!: Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir

citer APCO ni citer baru.....cuba tengok fakta2 ini....

1968, Dr M sudah JOIN International Seminar, Harvard Business School tajaan Henry Kissinger....sila baca biografi Dr Henry Kissinger oleh Walter Isaacson....(masuk site Amazon.com). International Seminar ni ada ramai yang masuk....akhirnya masing2 dapat NAIK pegang jawatan penting negara masing2....Lee Kuan Yew ( PM Singapore), Yasuhiro Nakasone (jadi PM Jepun), Bulent Ecivit (jadi PM Turki), Dr M (naik jadi PM Malaysia selepas 13 tahun!)....dan ramai lagi saya sudah lupa....[Yahudi sudah ada peranan ‘menentukan’ SIAPA pemimpin Negara MANA?]

Bila DAPAT naik jadi PM....terus Dr M buat perjanjian keselamatan dengan USA....(maka rahsia negara abis terbarai?)....sejak masa tu...kalu tak silap, 1983 lagi....[Adakah ini payback time?...terikat dengan janji?]


sepanjang 1990an...USA mula memainkan api kemarahan memburukkan orang2 Arab/agama Islam....[Yahudi menanam di dalam minda dunia bahawasanya bangsa Arab DAN agama Islam adalah jahat dan merbahaya!]

Kita lihat insiden2 ini.....

1994 (Oklahoma City - Federal Building Bombing)....saya di USA....live telecast....[rumusannya, bangsa Arab/Islam DIPERSALAHKAN oleh media barat!].....tapi sebenarnya Timothy Mc Veigh, seorang whiteman didapati bersalah kemudiannya!...

1996 (New York - Pesawat terhempas diluar pantai...en route ke Paris)....[Bangsa Arab di USA dan Islam jugak dipersalahkan!].....saja digemparkan secara live reporting..... seorang Pak Arab dari Chicago di tahan di Heathrow Airport, London yang dikatakan ingin melarikan diri!....maka nama2 beberapa ‘terrorism expert’ pun keluarlah....ditemuramah dalam studio....menerangkan bahawa ianya SAMA dengan modus operandii pengeboman pesawat Pan Am oleh Libya!....abis rumah mamat Arab ni kena baling batu! (pun ada live reporting!)....saya masih di USA masa tu....CNN ada buat live coverage masa tu (guna stesyen TV lain)...saya ikut berita2 itu sehingga pukol 4 pagi....ada BEBERAPA SAKSI yang tinggal di tepi pantai serta nelayan telah nampak 3 letupan....pertama DARI aras laut!....kedua dan ketiga di udara....apa citer?....sebenarnya pada waktu yang sama ada satu LATIHAN TENTERA LAUT USA di kawasan itu!.....[dari beberapa saksi ini, nyata tentera laut USA tembak kapal terbang itu?]......lapuran itu terhapus keesokan harinya....saya menyaksikan wayang ini!......

berminggu selepas itu, 'mayat' pesawat itu masih tak timbul2....pemberita resah, tumpuan penduduk USA nyata terpaku kepada punca musibah...pengarah FBI New York marah ketua turus Navy dalam sidang akhbar apabila jawapan beliau atas asakan pemberita ‘membuka’ sesuatu possibility!!....maka tiap2 hari pengarah FBI New York itu ‘BERSILAT’ buat berbagai helah!....(dia ni berbangsa Yahudi)

akhirnya, nak larikan citer terdesak ni....maka timbullah citer pengeboman di taman Olympic Park!....seorang security guard yang ‘dikatakan marah’ kerana tak dapat jadi polis telah DIKHABARKAN membuat kecoh itu....maka tiap2 hari citer ni hot kat TV PULAK, pemberita BERKAMPUNG depan apartmennya!....maka citer ‘mayat’ pesawat yang masih belum timbul tu pun reda dan dilupakan oleh media...dan rakyat USA!...dan DUNIA!...

[citer backgroundnya Arab dan Islam adalah jAHAT!].....

Jadi bila peristiwa September 11, 2001 TERjadi, maka sedaplah Islam dan Arab dipersalahkan....tanpa soal, masyarakat dunia MENERIMA kata2 dan LABEL bahawa “Islam adalah agama Terroris”.... (PM kita, Dr M telah tambah kicap bagi sedap citer terroris ni dengan MENAMBAH bahawa budak2 Palestin yang letupkan diri di Israel jugak adalah teroris!)......

Jika kita kaitkan kesemua peristiwa2 ini dengan Pengeboman World Trade Centre oleh 'Pengikut2' Sheikh Abdul Rahman yang buta (dia ke USA katanya untuk mengubati matanya dan kerajaan USA katanya amat bersimpati dan ingin membantu!)....pulak tu, timbul citer kemudiannya, seorang Kolonel tentera Mesir, seorang yang mengaku rakan karib Pres Hosni Mubarak telah buat press Conference (kalu tak silap di London).....'Saya ingin membakar jambatan dengan Pres Hosni Mubarak!....dan saya ingin bersama HERO sebenar saya...iaitu Sheikh Abdul Rahman....di USA’ (USA terus beri dia suaka politik!).....

Apabila Sheikh telah ditangkap dan kemudian di dalam perbicaraan Sheikh, mamat kolonel ini dijadikan SAKSI UTAMA kerajaan USA .......dia telah membuat PERAKUAN yang menyatakan DAN mensabitkan tanpa keraguan bahawa pengikut2 Sheikh Abdul Rahman memang terlibat!....(siap gambar dan video beb!).....

[Ingat....Sheikh ni berbangsa ARAB dan beragama ISLAM!]

Pengeboman WTC ni telah menyebabkan US Senate luluskan 'World Terrorism Act 1'.....

Kemudian, pengeboman pesawat di luar pantai New York telah menyebabkan US Senate luluskan 'World Terrorism Act 2'.......

masa ini, budget telah dikeluarkan dalam masa 1 bulan sahaja untuk buat rangkaian seluruh dunia bagi US intelligence Network Centres.....yang akan dikendalikan oleh CIA dan FBI!.....matlamatnya, katanya, untuk USA mengetuai dunia ‘tracking’ rangkaian teroris!.......adakah kita tahu bahawa selepas Sept 11 2001, satu pusat itu telah terbina di Port Dickson?!........maka bertambah mudahlah USA dapat rahsia pertahanan kita?.......

Namun APCO ni amende?.....ia sekadar pelengkap urusan saja!.....

Rumusannya:

jambatan dengan Yahudi ni sudah terbina sejak 1968 lagi oleh mamak kerala....

maka kini APCO ke.....ini sudah jadi turutan saje....mamak sampai hari ni langsung tak bersuara pasal Yahudi-Israel-Apco-umno ni....senyap sunyi....kenapa?.....

pasal dialah yang membina tali ikatan bertuhankan Iblis dan syaitan ini.....kini orang2 melayu kena kenallah siapa mamak kerala ni sebenar2nya.....siapa dia? ...apa agenda dia?....siapa guru dia?.....siapa taja dia?.....
depan kita dia kutuk yahudi....tapi yahudi tahu siapa dia.....kawan sejak 1968 lagi!......

pada peringkat pertama, umno didukung oleh British.....hampir kesemua pemimpin umno asal belajar kat Britain....mamak buat jaringan baru....berkiblat ke Yahudi USA pulak.....maka kini sah umno itu parti apa.....mana Islamnya?....mana melayunya?......

yang nyata, hari ini najib pergi sembah obama....nak mintak pekenan baru kot....kita tengok apa sokongan baru yang USA beri umno.....mesti ada benda baru akan timbul....kita tunggu....

sementara itu, kita orang2 melayu dan rakyat marhaen di bumi malaysia ni kenal2lah dengan generasi melayu yang melayu umno sudah lahirkan....ada tua dan sudah pencen, ada muda, ada belajar kat USA, ada kerja menjalar dalam semak makan bangkai (umur tal boleh dipastikan pasal takde surat beranak!).....ada jilat jubur dan jamban!.....

bukalah mata...lihat keliling anda...ramai lagi muka kelabu asap....songkok tinggi....nama melayu + banyak eeeeeee.....perkasa untuk perkosa bangsa.....ganti umno yang sudah TERBOGEL!....

kita kena berhati2....mereka sudah terbogel...mereka sudah ada pengganti....apa mereka akan buat?.....
Iklan Penaja

The MIND!!! Sumber : SINI


Wanita Umno Belasah!!! SPR!!! Kah.. kah..kah..(video hot)

WANITA UMNO Sokong BERSIH

Pakatan Ke Putrajaya Pada PRU13 Ni...!!


Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.MalaysiaKini

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 25/06/2011

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Sabtu, 25/06/2011: "Senarai Blog 25/6/2011 Ranking Dunia Raking CartaBlog 18/6/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog Turun/ Naik T..."

Iklan Penaja

Sabtu, 25 Jun 2011

Demo Pemuda Pas Bantah Utusan (video)

Utusan dibakar di seluruh negara

Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis.

“Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa.

“Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain.

“Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap,” tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

“Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun,” bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

“Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya ‘testimoni pakar’ dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar,” soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno.HarakahDaily

AGEN DSAI....: Pendedahan!!! Dalang Video Fitnah (video hot now!!...

AGEN DSAI....: Pendedahan!!! Dalang Video Fitnah (video hot now!!...


Iklan Penaja

Jumaat, 24 Jun 2011

Ceramah Terbaru!! Dato' Husam Musa (video)

Rakyat Bangkit Melawan Fitnah - Dato' Husam Musa (BAHAGIAN 1)






Iklan Penaja

AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!! Azmin Ali (video)

AGEN DSAI....: Ceramah Terkini!! Azmin Ali (video): "Azmin Ali: Hanya Di Malaysia, Bomoh Digunakan untuk Menetapkan Tarikh Pi. Iklan Penaja"

Kah kah kah..Kesian Dato T kena dakwa...Bukti kamu golongan orang2 yang jahat....!!!

Kah kah kah... Walauapa pun fakta apa pun kamu beri...kami rakyat malaysia tidak akan percaya dengan kamu....!!!!! Kami mahu Pakatan Rakyat yang di pimpin Anwar pada PRU13 ni.... Kami mahu Anwar sebagai PM malaysia yang baru...ha ha ha... Pergi mampus!!!! lah dengan UmnoBN...Kah kah kah..Kesian Dato T kena dakwa...Bukti kamu golongan orang2 yang jahat....!!!

MalaysiaKini melaporkan :
Walau agak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah berjaya mencapai tujuannnya dalam "mendedahkan kemaksiatan" yang didakwa dilakukan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua menteri Melaka itu juga mendakwa, individu yang ditunjukkan dalam bahan kes perbicaraan hari ini juga tidak boleh lagi dikatakan "mirip Anwar."
Pautan
datuk t charged 240611 rahim thamby chik"Hari ini dalam mahkamah kita melihat perkara sebenarnya didedahkan

"Kita tidak dapat menerima lagi apa-apa penafian daripada mana-mana pihak.

"Kita sekarang yakin Anwar Ibrahim terlibat dalam video ini dan melakukan kemaksiatan," katanya dalam sidang media selepas perbicaraan kes berkenaan hari ini.Sambungan SINI


Power Gila!!!! Malaysia Gagah Atasi Lubnan

SKUAD Olimpik negara mara ke pusingan peringkat kumpulan Kelayakan Zon Asia Sukan Olimpik London 2012 selepas menewaskan Lubnan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Anak didik Ong Kim Swee tidak membuang masa apabila menguji gawang pelawat yang dikemudi Mohamad Dakramanji menerusi percubaan.

Penyerang sensasi, Irfan Fazail menggegar jaring Lubnan apabila melepaskan sepakan padu dalam kotak penalti untuk meletakkan pasukan Harimau Malaya di hadapan pada m-8.

Perlawanan rancak kedua-dua pasukan terhenti seketika selepas pemain Lubnan mendakwa terkena pancaran laser dari penyokong Malaysia.

Lubnan hampir menyamakan kedudukan pada m-35, namun tendangan kencang Mohamad Haidar sekadar singgah di palang gol negara.

Suasana stadium kembali gegak gempita pada m-41 apabila Wan Zack Haikal Wan Nor menjaringkan gol kedua selepas berlaku kelam-kabut depan gawang pelawat.

Shahrul Azwari sepatutnya mengukuhkan kedudukan jika tidak percubaannya tersasar sebelum babak pertama ditamatkan.

Babak kedua memperlihatkan anak didik Samir Saad mula menyusun strategi dan melancarkan gerakan berbahaya ke kubu tuan rumah.

Malang buat pasukan negara apabila Malaysia terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain gara-gara Gary Steven Robbat dibuang padang pada m-50 selepas mengutip dua kad kuning akibat mengasari pemain lawan.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin pasukan Lubnan dan hasilnya pada m-53 pelawat berjaya merapatkan jurang melalui Chadi Atie menewaskan Khairul Fahmi Che Mat yang sudah tertewas.

Kehilangan Gary amat dirasai kem negara kerana pasukan Asia Barat itu melancarkan serangan dari segenap arah.

Pada 10 minit terakhir, skuad negara diasak bertubi-tubi namun berjaya mengekalkan kelebihan jaringan sehingga ke tiupan wisel penamat.

Kemenangan itu memastikan Malaysia layak ke saingan kumpulan dan majlis undian berkenaan dijadual berlangsung di Kuala Lumpur, 7 Julai depan.

Kali terakhir skuad negara beraksi di Sukan Olimpik kira-kira 39 tahun lalu di Munich, Jerman.SinarHarian

Bersih 2.0: Hadiah lumayan gambar provokasi terbaik..!!

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Orang ramai di negara ini yang akan menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini berpeluang merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh PAS, sekiranya berjaya merakamkan gambar-gambar insiden provokasi terbaik yang dilakukan oleh pihak tertentu pada himpunan itu.

Tawaran tersebut dibuat bagi memberikan semangat kepada setiap pihak yang ingin hadir pada himpunan itu agar tidak takut dengan ugutan pelbagai pihak yang berusaha menghalangnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak berkenaan telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta.

Menurut beliau, tindakan tersebut mungkin akan turut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi.

Katanya, bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran oleh pihak-pihak terbabit, aksi-aksi mereka itu amat perlu dirakam untuk dijadikan tontonan semua pihak.

"Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," katanya pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, katanya, tetap akan diadakan walaupun cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan yang diadakan oleh rakyat untuk tujuan yang murni.

"Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata.

"Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai himpunan itu yang antara lain dikatakan akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut datangnya dari mereka yang tidak faham tentang demokrasi.

Dalam negara demokrasi, katanya, rakyatnya tidak dihalang dari mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan, apatah lagi setelah sistem pilihanraya di negara kita terbukti tempang sejak sekian lama.

"Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi.

"Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya.

Dakwaan seperti itu, katanya, adalah sebahagian dari usaha menghalang himpunan tersebut diadakan, tetapi Bersih dan rakyat negara ini sudah tidak akan berganjak dari keputusan untuk mengadakan dan menyertai perhimpunan itu, akibat sudah tidak tertahan dengan tindakan buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat selama ini khususnya dalam pilihanraya.

Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa.HarakahDaily


Khamis, 23 Jun 2011

Demo seluruh negara bantah Utusan esok

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.HarakahDaily

BERSIH 2.0 - Ingat Kita Takut (video)



Umno Dah.. Rasa Terdesak!!! SMS ugut bunuh Ambiga diedarkan


Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) telah menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mungkin terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

ngo pro selangor government rally 230111 ambigaAmbiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS seumpama itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".MalaysiaKini

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog