KUALA TERENGGANU 13 JUN : Kerajaan negeri Terengganu bersetuju membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di atas tanah seluas 16.2 hektar yang bakal menjadi mercu tanda di bandaraya itu.
Bangunan itu juga akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pejabat Yayasan Terengganu.
Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah berkata menara berkembar tersebut dijangka menelan nelanja sehingga ratusan juta ringgit.
"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu hari ini.
Mengenai pelan strategik Yayasan Terengganu, beliau berkata Yayasan Terengganu akan menjadi badan berkanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.
Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.
Untuk rekod, Yayasan Terengganu tahun ini akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.TVSNEWS
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..