Takutnya Amaran Dari Menteri Lembik ni...!!!! Ayoh Rakyat Bangkit!!!!

Nota : Woo Ishamudin.. Rakyat tidak akan takut dengan ugutan ini.. rakyat malaysia akan humbankan kamu dan geng2 jahanam yang selalu menyusahkan rakyat... Umno mampus mu pada PRU13 ni.... Ayuh!!!!! rakyat turun beramai2 pada 9/7/2011... Beri sokongan Padu Pada TP PAS yang baru...... Takbir!!!!!!!!


KUALA LUMPUR 6 JUN : Pihak berkuasa memberi amaran tegas bahawa tiada pengecualian undang-undang terhadap perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau memberi layanan istimewa kepada demonstrasi berkenaan.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa,"dakwa beliau.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," tambahnya, petik portal Malaysiakini.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.
TVSNEWS

Ulasan