Blogger Umno Balun Zahid Hamidi..Kah kah kah kah...

Kesian... perjuang2 alam maya kerajaan...ha ha ha kah kah kah...

sumber kat bawah di ambil kat SINI

Geng Blogger Umno Balun Zahid Hamidi pulak dah!!!

Zahid nak pi tembak blogger yang hentam dia la tu.
SK copi paste jaa apa yang ditulis oleh salah seorang blogger pencacai UmPORNO. Pak Zahid Hamidi pulak budak-budak blogger Umno Hentam dan tibai..hentamlah hampa semua pemimpin hangpa tu...Inilah alkisah yang dicoretkan oleh semut hitam nama pena nya.. "Bila bercerita pasal media baru ni, satu benda ni la yang buat Semut tak puas hati. Nak pulak kalau ianya dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Kalau dia tak tau pasal media baru ni, tanya la dulu. Jangan main hentam ikut suka hati je. Kang dah kena hentam, tak pasal-pasal je kena balun balik. Masa tu sibuk la nak menyalahkan orang itu dan ini. Semut bukan nak komen apa yang dinyatakan Datuk Zahid Hamidi ni. Tapi komen secara tak lansung ada jugak kena mengena dengan dia. Apa dia tak sedar ke kewujudan blogger-blogger yang Pro pada Kerajaan ni? Dia tak nampak ke bahawa kat Malaysia ni dah memang ada blogger yang mati-matian mempertahankan Kerajaan?

Dia tak tau atau dia sengaja buat tak rau mengenai perkara ni? Dia tak tau ke, top ranking blog Politik dalam Malaysia ni kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang Pro Kerajaan. Kalau ye pun nak buat komen, kaji dulu benda tu. Tanya dulu, ada ke tidak unit siber ni. Jangan main ikut sedap dia je nak bercakap. Itu satu hal. Satu lagi bila bercakap mengenai kepentingan media baru ni, pasti ada pemimpin UMNO yang kata, "Tak perlu benda tu. Tempat kita bukan banyak isu."

Ai! Nak tunggu ada isu dulu ke baru nak ditubuhkan unit media siber ni? Dah terantuk nanti baru nak terngadah, tak guna dah. Dah terberak, baru nak gali lubang, menda jadahnya. Baik ambik langkah awal. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jangan dah basah kuyup kena balun dek puak-puak Pakatan Pembangkang, baru nak sibuk. Nama je pemimpin. Tapi benda-benda macam ni dia buat 'dek'. Macam benda ni tak penting. Padahal diorang tak sedar, diantara sebab kekalahan besar Barisan Nasional tahun 2008 dulu disebabkan media baru. Dah jadi pemimpin tu, cerdik la sikit. Jangan buat-buat buta!!!



Kesian pulak SK dengar. Tapi betoi la yang dikatakan oleh pak zahid tu..Memang kena kuatkan lagi tentera siber Umporno ni..Tp...Tp...Tp...kenalah bayar skit ataupon huluq-huluq duit buat blogger pencacai depa tu wat cerita fitnah.Kan..kan..kan...kalau tak huluq duit maka tak kuat la perang siber Umporno ni..Umno kan berjuang demi duit.


Ulasan