Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 31 Mei 2017

Pendapatan Q1 KWSP, RM11.79b



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat pendapatan pelaburan RM11.79 bilion pada suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2017, meningkat 73.9 peratus berbanding RM6.78 bilion pada suku sama 2016. Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), KWSP mencatat rugi terjejas bersih lebih rendah tahun ini kepada RM775.92 juta berbanding RM1.64 bilion, iaitu penurunan sebanyak RM865.08 juta berikutan peningkatan di semua pasaran utama. Nilai aset pelaburan KWSP mencecah RM747.17 bilion, meningkat 2.20 peratus atau RM16.06 bilion berbanding 31 Disember 2016.

Daripada jumlah aset pelaburan itu, sebanyak RM352.73 bilion atau 47.2 peratus, dilaburkan dalam aset patuh Syariah, manakala selebihnya dilaburkan dalam aset bukan patuh Syariah. Mengulas mengenai prestasi pelaburan KWSP pada suku dikaji itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pasaran domestik dan global menunjukkan peningkatan ketara berbanding suku tahun pertama tahun lalu. Beliau berkata, Indeks FBM KLCI meningkat enam peratus didorong oleh pertumbuhan sektor perbankan, manakala indeks global pula meningkat sehingga 12 peratus, satu perbezaan yang nyata berbanding dengan persekitaran pasaran tahun lalu.

"Keadaan pasaran yang positif ini memudahkan aktiviti pengambilan untung yang mendorong kepada pendapatan pelaburan kasar yang lebih tinggi pada suku pertama 2017 dan rugi terjejas bersih yang lebih rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Shahril menegaskan, walaupun suku pertama tahun ini menunjukkan prestasi yang menggalakkan, KWSP tetap mengambil langkah waspada memandangkan pemulihan harga komoditi kekal lemah dan ketidaktentuan mata wang yang masih berterusan. Pada suku pertama 2017, pelaburan ekuiti, yang merangkumi 41.76 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menyumbang RM7.10 bilion, seterusnya mewakili 60.2 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan dalam suku tahun yang dikaji.

Peningkatan itu adalah 178.6 peratus lebih tinggi berbanding RM2.55 bilion yang dicatat dalam suku yang sama pada 2016. Pemulihan dalam sektor perbankan turut menyumbang kepada lebih kurang 30 peratus daripada pendapatan urus niaga dan dividen pada suku tahun berkenaan. "Selain peningkatan dalam pasaran ekuiti domestik, pasaran global juga terus menyediakan peluang kepada KWSP untuk mengambil keuntungan walaupun terus berhadapan dengan ketidaktentuan disebabkan oleh pilihan raya di negara anggota zon euro, akta penjagaan kesihatan Presiden Trump, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan rundingan sekitar Brexit.

"Kesan faktor yang mempengaruhi pergerakan pasaran ini dikurangkan oleh data ekonomi yang positif, termasuk semakan semula terhadap ramalan pertumbuhan ekonomi utama," kata Shahril. Pelaburan luar negara KWSP merangkumi 29 peratus dari keseluruhan aset pelaburan dan menyumbang 37 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan dalam suku dikaji. Setakat Mac 2017, sebanyak 49.08 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap yang terus menyumbang kepada pendapatan yang stabil dan konsisten. Suku pertama menyaksikan pelaburan pendapatan tetap mencatat pendapatan RM4.07 bilion, 34.6 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tahun.

Pendapatan daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) & Bon Setaraf dalam suku dikaji meningkat 3.67 peratus, atau RM68.56 juta, kepada RM1.94 bilion daripada RM1.87 bilion dalam suku sama 2016. Sementara itu, Pinjaman & Bon menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM2.14 bilion berbanding RM1.87 bilion dalam suku pertama 2016. Pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah & Infrastruktur, yang mewakili 5.04 peratus dan 4.11 peratus daripada jumlah aset pelaburan, masing-masing menyumbang RM372.79 juta dan RM246.27 juta pada suku pertama 2017.

Berikutan pelaksanaan Simpanan Syariah bermula 1 Januari lalu, sebanyak RM952.10 juta daripada pendapatan pelaburan kasar RM11.79 bilion dijana untuk Simpanan Syariah, manakala RM10.84 bilion untuk Simpanan Konvensional. Simpanan Syariah memperoleh pendapatannya hanya daripada bahagian aset patuh Syariah, manakala Simpanan Konvensional memperoleh pendapatan dari bahagian aset patuh Syariah dan aset bukan patuh Syariah.

Shahril berkata, prestasi Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada prestasi pasaran, menjadikan jurang perbezaan jangka pendek antara kedua-dua akaun itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dalam jangka masa panjang, prestasi antara kedua-dua akaun adalah sama kerana strategi pelaburan yang dilaksanakan adalah sama bagi kedua-dua akaun. Beliau menambah bahawa KWSP akan tetap fokus dalam mencapai sasaran dividen sebenar tidak kurang daripada dua peratus selepas inflasi untuk purata tiga tahun berturut-turut untuk Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/287921

Selasa, 30 Mei 2017

'Akulah Tuhan, sembahlah aku' kejutkan jemaah

Kejadian berlaku di Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul.
Kejadian berlaku di Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul.


KUALA LUMPUR - "Akulah Tuhan, sembahlah aku"  kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.
Laungan itu diikuti dengan kata-kata "ha bagus, sembah lagi" ketika jemaah sedang rukuk dan sujud.
Meskipun terganggu dengan situasi mengejutkan itu ia bagaimanapun tidak menjejaskan solat yang masuk pada rakaat ketiga setelah imam menguatkan suara.
Salah seorang jemaah, Mohd Ali Oshman, 52, yang berada di saf ketiga ketika kejadian berkata, dia terkejut dan terganggu dengan insiden itu.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai tidak bersama dalam saf solat namun tiba-tiba masuk ke ruang solat utama mengadap jemaah sambil melaungkan kata-kata itu.
"Imam menguatkan bacaan takbir 'Allahhuakhbar' bagi meredakan situasi sebelum beberapa kakitangan dapur masjid datang membawa keluar lelaki itu,"katanya.
Seorang lagi penduduk,  Mohd Syabandi Saarani, 40, berkata, ketika insiden itu dia sedang mengambil wuduk.

"Saya dengar kekecohan itu dan bunyi bising ketika ada pihak yang membawa lelaki itu keluar dari dalam ruang solat,"katanya.
Sementara itu, Bilal masjid, Reza Iskandar, yang mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun menasihati jemaah agar tidak bimbang dengan keadaan itu kerana dalam keadaan terkawal.
Ujarnya, insiden itu merupakan kejadian ketiga pada tahun ini melibatkan individu sama di mana lelaki berkenaan juga pernah mengaku diri sebagai dajjal.

"Lelaki berusia 30-an itu merupakan kariah tetap masjid dan mempunyai masalah kesihatan mental dan bergantung dengan ubat. Dia dalam keadaan berhalusinasi dan tidak sedar apa yang dia buat.
"Sebelum ini ada laporan polis telah dibuat. Namun untuk hari ini pihak masjid telah uruskannya. Tiada sebarang keganasan berlaku dan semuanya terkawal.

"Lelaki ini dikenali dengan perwatakan yang baik dan merupakan jemaah tetap pada setiap solat fardu di masjid ini," katanya.

Sinar Harian Online
28 MEI 2017

Sabtu, 27 Mei 2017

Elak tertipu dengan skim tanah lot

Salkukhairi
Salkukhairi


NAMA Salkukhairi Abd Sukor mungkin sudah tidak asing lagi dalam bidang undang-undang hartanah di negara ini.

Ikon Lanai yang dilahirkan di Kampung Bangau Tajong, Temerloh Pahang ini,  seorang peguam bela dan peguam cara serta peguam hartanah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang undang-undang hartanah selama lebih 13 tahun. 
Beliau yang juga penulis buku Pengenalan Undang-undang Pembangunan Hartanah di Malaysia memiliki kelulusan undang-undang pada tahun 2001.

Salkukhairi berkata, dia diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara pada tahun 2002 di firma guaman Tetuan Malek & Associates, Kuantan.
“Namun pada awal 2003, saya terjun ke bidang korporat dengan menyertai Pasdec Holdings Berhad (anak syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia) sebagai Penasihat Undang-undang kumpulan selama lebih kurang enam tahun. 

“Kemudian saya mengambil keputusan kembali semula ke bidang guaman dengan menubuhkan firma guaman sendiri iaitu Tetuan Alda Shukri Khairi & Associates di Kuantan pada 2009 sehingga kini bersama tiga rakan kongsi yang lain,” katanya. 
Bukan terikat dengan tugas hakiki sahaja, Salkukhairi sering mendapat undangan menjadi penceramah seminar undang-undang hartanah di seluruh negara termasuk di Brunei.

“Selain daripada itu, saya juga selalu berkongsi penulisan berkaitan perundangan hartanah dengan masyarakat di media sosial dan internet. 
“Setakat ini saya telah menulis lebih 200 artikel dan nota ringkas berkaitan undang-undang hartanah di dalam laman Facebook dan Fanpage saya,” katanya.

Kini, Salkukhairi berkata, beliau bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) dan telah dilantik sebagai Presiden HartaGuam untuk penggal 2015/2017. 

“Matlamat dan perancangan saya adalah, ingin menjadi pencetus ummah dalam bidang guaman hartanah ini, di mana saya berharap dapat mencetuskan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mereka memahami dan celik perundangan hartanah. 

“Ini sejajar dengan matlamat penubuhan HartaGuam itu sendiri iaitu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan urusan guaman hartanah yang sebenar,” katanya.

Menurutnya, masyarakat negara ini masih lagi tidak memahami sepenuhnya aspek perundangan dalam urusan berkaitan hartanah. 

“Disebabkan itulah mereka mudah terpengaruh dengan skim-skim pembelian hartanah yang meragukan dan menjadi mangsa transaksi urus niaga hartanah yang bertentangan dengan undang-undang.

“Justeru, saya harap semoga usaha ini diberkati ALLAH SWT dan dipermudahkan. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, tetapi dengan kerjasama daripada semua pihak, tidak mustahil suatu hari nanti ia dapat direalisasikan,” katanya.
Dalam bidang hartanah, jual beli hartanah adalah perkara paling penting perlu diambil berat agar proses pemilikan atau penjualannya berjalan lancar.

Banyak perbezaan cara pengurusan tanah yang berlainan status pemilikan, yang mana memerlukan masyarakat celik akan perkara tersebut. Ia termasuklah urusan jual beli tanah lot yang kini semakin banyak kelihatan diiklankan.
Justeru, bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai jual beli tanah lot, ikuti perkongsian peguam hartanah, Salkukhairi Abd Sukor yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Sejauh mana jual beli tanah lot memberi keuntungan kepada pelaburan hartanah?

Ia boleh menjadi pelaburan hartanah menguntungkan sekiranya ia mematuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan, seperti tanah lot itu sendiri mestilah bebas daripada sebarang bebanan. Misalnya tanah lot tersebut telah mempunyai geran individu berasingan serta berstatus bangunan dan boleh dipindah milik kepada pembeli. Selain itu, transaksi jual beli tanah lot itu mestilah mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang sebenar. Misalnya, ia hendaklah diuruskan oleh peguam hartanah berpengalaman dan mengguna pakai satu perjanjian jual beli secara bertulis yang memasukkan terma-terma melindungi hak dan kepentingan pembeli, seterusnya ia juga hendaklah dipindah milik daripada nama tuan tanah kepada pembeli tersebut.
Ketiga, tanah lot tersebut mestilah boleh digunakan untuk didirikan rumah di atasnya. Tiada guna membeli tanah lot tetapi tidak boleh digunakan untuk didirikan rumah di atasnya. 

Apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menceburi bidang ini?

Dalam apa perkara sekalipun kita lakukan, ilmu paling utama. Jangan lakukan sesuatu perkara sekadar ikut-ikutan sahaja. Atau jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga jualan tanah lot yang murah atau seolah-olah tidak logik. Begitu juga, jangan terpesona dengan lokasi dan keadaan fizikal tanah lot tersebut selagi belum lihat geran individunya. 
Rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam urusan jual beli tanah lot sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Selain daripada itu, digalakkan merujuk kepada peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli tanah lot sebelum membelinya. Lantiklah peguam sendiri yang boleh melindungi hak dan kepentingan anda dalam urusan jual beli tersebut. 

Bagaimana cara untuk pembeli memastikan tanah lot tersebut benar-benar wujud?

Pembeli hendaklah meminta daripada penjual salinan hak milik (geran) individu yang berasingan untuk tanah lot tersebut. Sekiranya penjual berdolak-dalik atau enggan untuk memberi salinan geran individu tanah lot yang ingin dijual, besar kemungkinan, tanah lot itu tidak wujud atau geran individu yang berasingan dan berstatus bangunan untuk tanah lot tersebut masih belum ada. 
Pembeli jangan mudah terpedaya apabila dibawa oleh penjual atau wakilnya untuk melawat tapak tanah lot yang dikatakan ingin dijual itu. Belum tentu tapak yang cantik dan terang atau lokasinya yang strategik memberi indikasi hak milik individu berasingan terhadap tanah lot tersebut telah wujud. Sebab itu, perkara pertama sekali yang anda kena dapatkan daripada penjual sebelum buat keputusan untuk beli tanah lot adalah salinan geran individu yang berasingan. 
Pembeli juga digalakkan membuat semakan di pejabat tanah mengenai lokasi dan kedudukan sebenar tanah lot tersebut supaya kedudukan dan lokasi sama. 

Bagaimana dengan status tanah dan apakah yang perlu diambil kira? 

Tanah lot yang sudah mempunyai geran individu berasingan boleh terus dipindah milik kepada pembeli sebaik sahaja segala bayaran harga jual beli dijelaskan oleh pembeli, manakala tanah masih di bawah geran bersama, kemungkinan besar tidak boleh dipindah milik kepada nama pembeli akibat kekangan dari segi perundangan. 
Walaupun ia boleh dipindah milik kepada nama pembeli, hak dan kepentingan mereka terhadap tanah lot tersebut tidak dilindungi sepenuhnya. Dan pembeli terpaksa berkongsi hak dan kepentingan dengan pembeli-pembeli yang lain di atas tanah tersebut. 
Di bawah Kanun Tanah Negara, pemilik bersama terhadap sesuatu hartanah mempunyai hak dan kepentingan yang sama terhadap semua bahagian di atas tanah tersebut. Misalnya, anda beli Lot 1 di atas geran bersama tadi dan pembeli-pembeli lain pula membeli lot-lot lain. Sungguhpun Lot 1 itu anda beli, tetapi dari segi undang-undang, pembeli-pembeli lain mempunyai hak dan kepentingan sama terhadap lot anda. Sekiranya seorang pembeli tadi meninggal dunia, waris-waris mereka berhak menuntut lot anda tadi sebagai tanah pusaka. 
Selain itu, sekiranya anda beli tanah lot yang berkongsi geran dan belum ada geran individu yang berasingan, dari segi perundangan anda tidak boleh mendirikan rumah di atas tapak lot tersebut. 

Sejauh mana transaksi penjualan tanah lot geran kongsi (lot lidi) yang mengguna pakai Surat Ikatan Amanah (SIA). Adakah ia selamat dan melindungi hak pembeli?

Dari segi perundangan, kedudukan SIA sama seperti Perjanjian Jual Beli (SNP) sesuatu hartanah. Sesuatu transaksi jual beli hartanah dianggap masih tidak sempurna sehinggalah hartanah tersebut dipindah milik kepada pembeli. Begitu juga dengan SIA. Walaupun wujudnya SIA dalam transaksi jual beli tanah lot geran kongsi tersebut, transaksi jual beli tersebut masih belum boleh dianggap sempurna sehinggalah hak milik individu berstatus bangunan dikeluarkan dan pindah milik didaftarkan kepada pembeli.
Selagi pindah milik belum dibuat, hak dan kepentingan pembeli terhadap tanah lot tersebut masih tidak dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang walaupun dengan adanya SIA tersebut. Ini kerana dari segi perundangan, hak dan pemilikan seseorang terhadap sesuatu hartanah hanya diiktiraf oleh undang-undang selepas nama mereka telah didaftarkan dalam geran.

Apakah panduan yang boleh diikuti orang ramai agar tidak menjadi mangsa penipuan?  

Pertama, anda kena semak dahulu status hak milik dan pemilikan tanah lot yang dijual tersebut, sama ada ia telah mempunyai geran individu yang berasingan dan berstatus bangunan serta dimiliki oleh tuan punya yang sah. 
Kedua, anda kena faham proses dan prosedur jual beli tanah lot yang sebenar dengan bertanyakan kepada mereka berpengalaman dan nasihat profesional  yang pakar dalam urusan tanah lot. Ketiga, lantiklah peguam hartanah sejak awal lagi anda bercadang untuk membeli tanah lot tersebut. Keempat, jangan mudah terpedaya dengan tawaran iklan jualan tanah lot yang menarik dan harga jualan tanah lot yang murah.

Sinar Harian Online

http://revo55.weebly.com/

Jumaat, 26 Mei 2017

Pelakon James Bond meninggal dunia

Sir Roger Moore

Sir Roger Moore


PELAKON yang terkenal sebagai watak James Bond, Sir Roger Moore meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor BBC.

Sir Roger melakokan watak pengintip dalam tujuh filem Bond termasuk Live and Let Die serta A View to a kill.

Keluarga pelakon itu mengesahkan kematiannya di laman Twitter memaklumkan pelakon itu meninggal dunia selepas menderita kanser.


"Dengan rasa berat hati, kami ingin berkongsi berita sedih bahawa, bapa kami, Sir Roger Moore meninggal dunia hari ini (semalam). Kami semua berada dalam kesedihan," kata mereka dalam laman Twitter.

Bintang veteran itu meninggal dunia di Switzerland dan akan dikebumikan secara tertutup di Monoco bagi memenuhi permintaan terakhir pelakon itu, kata anaknya.
Selain terkenal dalam filem Bond, Moore juga dikenali untuk siri TV The Persuaders dan The Saint.

Sir Roger juga dikenali melakukan kerja-kerja amal dan diperkenalkan kepada Unicef oleh mendiang Audrey Hepburn dan telah dilantik sebagai duta muhibah pada tahun 1991.

Sinar Harian Online

dana-100-all

Rabu, 24 Mei 2017

Rancang masa depan bermula RM100

Rancang masa depan bermula RM100
Najmi berharap masyarakat tidak terbeban, malah bantu mereka jadi pelabur cemerlang.


DENGAN kos sara hidup semakin meningkat dan keadaan ekonomi semasa negara yang mencabar menyebabkan masyarakat kurang melibatkan diri dalam pelaburan.
Menyedari situasi itu, PMB Investment tampil memberi kemudahan pelaburan unit amanah dengan bayaran permulaan serendah RM100.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Najmi Mohamed berkata, individu yang ingin melabur dengan PMB Investment boleh memulakan pelaburan dalam dana-dana di bawah pengurusan PMB Investment bermula hanya RM100.
"Kami di PMB Investment memahami cabaran masyarakat masa kini, dengan kemudahan itu, kami berharap ia tidak jadi bebanan kepada pelabur malah membantu mereka menjadi pelabur cemerlang pada masa hadapan dengan memulakan simpanan jangka panjang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, PMB Investment mempunyai pelbagai kemudahan dan cara ditawarkan kepada pelabur berminat antaranya pelaburan dana menerusi tunai dan juga menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain itu, pihaknya juga menawarkan kemudahan potongan gaji mahupun potongan akaun simpanan setiap bulan bagi pelabur yang ingin melabur secara konsisten.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa dana di bawah PMB Investment yang menawarkan manfaat takaful dengan pelaburan minimum RM5000.

"Kami ada kumpulan perunding komited di seluruh negara dan enam pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.
“Kami bekerjasama dengan pejabat Mara negeri untuk buka beberapa pejabat jualan dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Setakat ini, PMB Investment mempunyai 75,000 pelabur di seluruh negara.

Beri pendedahan kepada golongan Gen Y

Bagi memupuk kesedaran pelaburan di kalangan golongan muda di peringkat awal, PMB Investment menjalankan pelbagai aktiviti menerusi Program i-Generasi (i-Gen) iaitu aktiviti bagi mendekati kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 17 tahun sejak 2014.

Tujuan utama  i-Gen ialah mewujudkan generasi celik simpanan dan pelaburan demi membentuk kewangan kukuh pada masa hadapan.
"i-Gen terbahagi kepada dua kategori iaitu i-Gen Junior berusia 6 hingga 12 tahun dan i-Gen Teen berusia 13 hingga 17 tahun.

Pelancaran logo sambutan 50 tahun pelaburan Mara dan prestasi terkini dana-dana PMB Investment Berhad.

"Ia bertujuan memberi pendedahan kepada golongan muda tentang pelaburan dan simpanan menerusi aktiviti-aktiviti sihat selain daripada bengkel dan taklimat pelaburan," katanya.
Mengulas lanjut aktiviti i-Gen, Najmi berkata, PMB Investment turut menjalin kerjasama bersama Grup Buku Karangkraf dalam bengkel Easy English Tahun 4, 5 dan 6.

Kerjasama itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat melahirkan generasi fasih berbahasa Inggeris.

Menurutnya, PMB Investment mempunyai PMB Dana Bestari bagi pelabur yang merancang dana pendidikan untuk anak-anak dengan hanya RM100 sebagai permulaan pelaburan.
Selain itu, Najmi berkata, masyarakat juga boleh membuat pelaburan dalam 14 dana unit amanah lain di bawah pengurusannya.

Beri pulangan tinggi

Dana-dana di bawah pengurusan PMB Investment memberikan pulangan lebih baik jika dibandingkan dengan dana konvensional.
"Kami cuba beri kesedaran kepada masyarakat tentang wujudnya pelaburan 100 peratus Islamik yang setanding dengan dana konvensional.

"Dua dana kami buat masa ini bagi kategori pulangan tiga bulan dan lima tahun berada di tangga kedua teratas dalam pasaran iaitu PMB Shariah Aggressive Fund di mana pulangan selama tiga bulan kebelakangan ini masing-masing adalah 11.6 peratus dan lima tahun sebanyak 94 peratus.
"Manakala PMB Growth Fund, kadar pulangan bagi dana ini ialah 15.4 peratus bagi tempoh tiga bulan dan sebanyak 71 peratus bagi tempoh lima tahun," katanya.

Menurutnya, dengan prestasi itu beri kesedaran dan membuka mata kepada masyarakat tentang wujud pelaburan Islamik yang setanding dengan pelaburan konvensional.

PMB Investment mempunyai 14 dana unit amanah dan dua unit borong, yang mana lima daripadanya berada di tangga ke-10 teratas dalam beberapa kategori daripada 62 dana syariah dalam pasaran bagi tempoh 3 bulan dan 5 tahun berakhir pada 28 April 2017.

PMB Investment mempunyai RM1.3 bilion aset dalam pengurusan (AUM) dan menyasarkan capai RM2 bilion menjelang akhir tahun ini, yang mana RM300 juta di sumbang oleh jualan runcit dan RM400 juta daripada jualan korporat.

Sinar Harian Online

dana-100-all

Selasa, 23 Mei 2017

Iklan : Buat Duit Mudah dengan hanya membeli lot iklan

Bisnes Online, 

Hanya Daftar dan Terima duit ke CIMB atau Maybank anda.

Modal anda RM1100 anda akan dapat RM8000.
Modal anda RM2200 anda akan dapat RM16,000.
Modal anda RM3300 anda akan dapat RM24,000.
Modal anda RM4400 anda akan dapat RM32,000.
Modal anda RM5500 anda akan dapat RM40,000.

Untuk maklumat layari

No automatic alt text available.

Sabtu, 20 Mei 2017

Lebih 40 pelanggan lari, kedai dan rumah terbakar

Lebih 40 pelanggan lari, kedai dan rumah terbakar
Kebakaran yang memusnahkan dua rumah dan sebuah kedai malam tadi.


KOTA BHARU - Lebih 40 pelanggan yang sedang menjamu selera lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang terletak bersebelahan restoran itu terbakar secara tiba-tiba di Ketereh, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam tadi, kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian dapur sebuah rumah sebelum merebak ke Restoran Bro Din dan sebuah lagi rumah. 
Saksi kejadian, Razlan Che Rahim, 29, berkata dia sedang mencuci pinggan mangkuk sebelum terdengar beberapa dentuman kuat seperti bunyi mercun.

"Saya meninjau di bahagian belakang kedai sebelum melihat api sudah marak sehingga ke bumbung di rumah sebelah restoran.
"Pelanggan ada yang tidak sempat makan terus lari menyelamatkan diri dan pekerja bergegas menyelamatkan barang-barang restoran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Razlan yang juga pekerja restoran berkata, beberapa pelanggan dan pekerja turut cuba memadamkan api namun gagal kerana api terlalu marak.

Difahamkan ketika kejadian, pemilik rumah berniaga di Pasar Malam Melor sementara penyewa sebuah lagi rumah tiada di rumah kerana pulang ke kampung halaman.

Seentara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.56 malam. 
Beliau berkata, tiga jentera dan 17 anggota bomba termasuk daripada Balai Bomba Kota Bharu dan Balai Bomba Tunjung serta bomba sukarela terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

"Bomba mengambil masa tiga jam untuk memadam kebakaran yang dah merebak ke sebuah lagi rumah dari rumah mula-mula terbakar dan restoran, api padam sepenuhnya jam 1.20 pagi," katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sinar Harian Online

Khamis, 18 Mei 2017

Majlis penggiat seni bersama PM kecoh

Majlis penggiat seni bersama PM kecoh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan moderator Datuk Rosyam Nor menerima permohonan maaf pelakon dan pengarah ketika program Dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana malam ini. - Foto Bernama


GAMAT dan kecoh seketika majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini apabila berlaku satu insiden memalukan.

Difahamkan insiden memalukan itu berlaku dihadapan Najib apabila seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi bersama selebriti dalam program berkenaan.
Sementara itu menurut laporan Malay Mail Online, kejadian tersebut bermula apabila penerbit filem itu bertindak merampas pembesar suara daripada moderator, Datuk Rosyam Nor.

Tindakan itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.Kedua mereka kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

Pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.

Sinar Harian

PERHATIAN : Jika anda tiada RM55, jangan klik link di bawah.
Mengenai link : Ini merupakan satu panduan yang dikongsikan cara teknik untuk menjana income hanya duduk-duduk di rumah secara online sahaja.
AMARAN : Jika anda tidak mempunyai 15 minit, tolong jangan klik link di bawah.

Selasa, 16 Mei 2017

Ghaddar sah milik JDT, yuran perpindahan dirahsiakan

Mohammed Ghaddar

Mohammed Ghaddar


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini mengesahkan bahawa pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar sah milik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menerusi satu sidang media membuat pengisytiharan secara rasmi mengenai perpindahan pemain penyerang tersebut.
"Maka ini, pihak Kafa secara rasminya membuat pengumuman bahawa Ghaddar dimiliki oleh JDT berkuat kuasa serta-merta setelah bayaran diserahkan.

"Mengenai yuran perpindahan pula, kami memilih untuk merahsiakannya namun apa yang boleh saya katakan ialah, ini merupakan bayaran tertinggi yang diterima Kafa untuk pemindahan pemain," katanya dalam satu sidang media di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Sebelum ini, Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir daripada pemain pasukan itu cuba dipancing oleh persatuan lain walaupun masih terikat dengan kontrak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa pemain Kelantan dipancing persatuan lain]

Jumaat, 12 Mei 2017

Kisah seorang anak muda melayu menjadi jutawan diusia 26 tahun kini sudah viral!

Image may contain: 2 people, car and outdoor

[VIRAL]
Kisah seorang anak muda melayu menjadi jutawan diusia 26 tahun kini sudah viral!
Baru2 ni kami telah menemuramahnya untuk mengorek rahsia bagaimana beliau dapat menjadi jutawan diusia muda. Ikuti perbualan dialog dibawah:

Kami: Assalamualaikum dik Naim. Apa khabar? Maaf mengganggu, kami dari KERJAYA ONLINE ingin temuramah adik sekejap boleh?
Naim: Waalaikumussalam, alhamdulillah baik. Boleh tuan.

Kami: Sebenarnya dik buat apa sampai bole jd jutawan sekarang?
Naim: Ooh.. Saya buat bisnes kecik2 je.. Bisnes dari rumah..

Kami: Duduk rumah je buat bisnes ni? Adik jual apa?
Naim: Saya tak jual apa2 pun. Duk wat kerja copypaste link website je. Tu yg duk umah je, seronok buat bisnes online.

Kami: Wahh.. Best lah kan, duk umah je tapi mampu beli kereta GTR.. Memang adik punya ke kereta tu?
Naim: Alhamdulillah ya sy punya. Memang tu kete idaman sejak sy Tingkatan 2 lagi.. Tak sangka jgk sy boleh dpt capai impian hasil buat bisnes online ni. Kerja kopipes je. Lagipun da ramai jgk berjaya mcm sy.

Kami: Tu la kami pun jeles tgk adik ni senang2 je berjaya. Boleh tak kami kongsikan kisah kejayaan adik di page fb kami?
Naim: InsyaAllah boleh. Sy pun nk tgk dan bantu lebih ramai lg anak2 muda melayu kita berjaya di dunia & akhirat. Jadi jutawan yg beri manfaat kpd ramai org. Amin.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut dan berminat untuk buat bisnes online bersama jutawan muda Naim, boleh layari

Sabtu, 6 Mei 2017

Rugi RM18,000 disyaki mangsa Macau Scam

Macau Scam
Gambar hiasan
LANGKAWI - Seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa pertama penipuan 'Macau Scam' di Langkawi tahun ini setelah diperdayakan untuk memindahkan kira-kira RM18,000 daripada akaun banknya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, lelaki berumur lingkungan 40-an itu membuat laporan polis pada 26 April lepas dengan mendakwa ditipu melalui panggilan telefon oleh beberapa individu yang kononnya mewakili sebuah bank.

"Menurut mangsa, seorang daripada individu itu telah menelefonnya sebelum itu untuk menyelesaikan satu urusan pinjaman bank yang tidak pernah dibuat oleh mangsa," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diminta menggunakan mesin ATM untuk mengemaskinikan akaunnya bagi menyelesaikan masalah itu dan pada waktu itulah sindiket itu mengambil peluang mencuri maklumat akaunnya dan memindahkan wang daripada akaun itu.

"Kes ini kini disiasat oleh Bahagian Jenayah Komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan dikenakan denda," katanya.

Ekoran kes ini, Che Ghazali meminta orang ramai supaya mengambil langkah berwaspada apabila menerima sebarang panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang mendakwa mewakili bank atau institusi kewangan tertentu.

"Jika sudah ada menerima panggilan telefon sedemikian, sila rujuk kepada bank-bank atau institusi yang berkenaan untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat sebarang transaksi," katanya. - Bernama

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog