Langkau ke kandungan utama

Ghaddar sah milik JDT, yuran perpindahan dirahsiakan

Mohammed Ghaddar

Mohammed Ghaddar


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini mengesahkan bahawa pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar sah milik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menerusi satu sidang media membuat pengisytiharan secara rasmi mengenai perpindahan pemain penyerang tersebut.
"Maka ini, pihak Kafa secara rasminya membuat pengumuman bahawa Ghaddar dimiliki oleh JDT berkuat kuasa serta-merta setelah bayaran diserahkan.

"Mengenai yuran perpindahan pula, kami memilih untuk merahsiakannya namun apa yang boleh saya katakan ialah, ini merupakan bayaran tertinggi yang diterima Kafa untuk pemindahan pemain," katanya dalam satu sidang media di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Sebelum ini, Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir daripada pemain pasukan itu cuba dipancing oleh persatuan lain walaupun masih terikat dengan kontrak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa pemain Kelantan dipancing persatuan lain]



Annuar berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemain yang masih terikat dengan kontrak tidak boleh dihubungi oleh pasukan lain untuk ditawarkan kontrak baharu.
Semalam, Ghaddar mengesahkan dirinya meninggalkan The Red Warriors (TRW) bagi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua yang bermula semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ghaddar hijrah demi karier]

Kata Ghaddar, tawaran daripada JDT itu adalah peluang terbaik untuknya mengembangkan karier selain demi masa depan keluarganya.
Sementara itu, tambah Nasir lagi, mereka kini juga sudah mempunyai beberapa calon untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Ghaddar.
"Ada beberapa calon yang kami rasa layak untuk menggantikan tempatnya, walaupun pengganti tersebut tidaklah lebih hebat daripada Ghaddar namun pihak kami yakin bahawa beliau boleh menjadi sehebat Ghaddar," katanya lagi.

Sinar Harian Online

PERHATIAN : Jika anda tiada RM55, jangan klik link di bawah.
Mengenai link : Ini merupakan satu panduan yang dikongsikan cara teknik untuk menjana income hanya duduk-duduk di rumah secara online sahaja.
AMARAN : Jika anda tidak mempunyai 15 minit, tolong jangan klik link di bawah.

Ulasan