Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Isnin, 28 Februari 2011

Islam sederhana Umno ditemplak Nik Aziz

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.

Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.MalaysiaKini

Demo : Polis Sekali Lagi Guna Kekerasan, Ratusan Peserta Ditangkap



KUALA LUMPUR 27 FEB : Polis Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini sekali lagi menggunakan kekerasan sebelum menangkap ratusan rakyat kaum India yang membantah dasar-dasar rasis Umno dan penggunaan sebuah novel kontroversi sebagai buku teks di sekolah.

Menurut pihak polis, seramai 109 penunjuk perasaan ditahan, namun mengikut penganjur perhimpunan jumlah tangkapan melebihi 300 orang.

Sebelum ini ratusan aktivis dan orang ramai berhimpun di beberapa tempat sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur, dalam adegan-adegan yang mirip dengan tunjuk perasaan anjuran Hindraf pada tahun 2007.

Tunjuk perasaan lebih 10,000 orang itu menjadi puncak kemarahan kaum India terhadap Umno-Barisan Nasional , sebagaimana yang dizahirkan pada pilihanraya umum tahun 2008.

Kali ini, walaupun jumlah yang hadir adalah lebih rendah, namun kemarahan terhadap dasar-dasar diskriminasi Umno-BN masih kuat membara.

Mereka berkumpul dari awal pagi, penduduk kaum India yang sekali lagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap dasar-dasar Umno-Barisan Nasional.

Walaupun diberi pelbagai janji oleh Perdana Menteri Najib Razak, namun mereka terus terpinggir dalam pelbagai isu, walaupun merangkumi kaum ketiga terbesar di Malaysia.

Kali ini api kemarahan disemarakkan dengan keengganan kerajaan menarik balik buku novel Interlok yang menggunakan ungkapan yang menghina kaum India.

Penganjur bantahan menjanjikan tunjuk perasaan yang aman, dengan syarat tidak ada campurtangan polis. Dan mereka merujuk nasihat Perdana Menteri Najib Razak kepada dunia Islam untuk tidak menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang mahu menyuarakan pandangan mereka.

Namun nasihat Perdana menteri itu jelas tidak digunapakai di Malaysia sendiri.

Penunjuk perasaan dikasari, ada yang dipijak kepala sebelum digari untuk di bawa ke lokap polis.

Mereka berkumpul secara aman di beberapa lokasi termasuk Hotel Maya, Hotel Renaissance, KLCC dan sebuah kuil di Jalan Pudu.

Ratusan polis lengkap dengan trak meriam air, senjata automatik dan gas pemedih mata, melakukan tangkapan ke atas sesiapa sahaja yang dipercayai menyertai tunjuk perasaan ini .Seramai 103 orang di tangkap di bawah Akta Polis dan Akta Pertubuhan.

Antara yang ditahan adalah P.Uthayakumar, seorang peguam dan pengasas Hindraf serta Parti Hak Asasi Malaysia. Beliau sebelum ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana menganjur tunjuk persaan Hindraf yang terdahulu. Turut ditahan dua wartawan dari media alternatif yang dituduh menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka.

"Kami dilayan seperti anjing oleh polis. Kita menganggotai Majlis Keselamatan PBB tetapi kerajaan melayan rakyatnya sendiri seperti ini," kata M.Ganeson, penasihat Parti Hak Asasi sebelum beliau ditangkap oleh polis.

Mereka yang ditahan di bawa ke beberapa balai polis di sekitar Kuala Lumpur. Penyokong termasuk ahli keluarga mereka yang ditahan berkumpul di luar balai polis setelah tidak dibenarkan masuk untuk berjumpa mereka. Isteri Uthayakumar turut dilarang berjumpa suaminya. Antara yang hadir untuk memberi bantuan guaman adalah peguam dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

"Ini satu lagi contoh penyalahgunaan kuasa untuk menghalang protes, jadi kami mahu tahanan dibebaskan secepat mungkin," kata Gobind.TVSNEWS

Sabtu, 26 Februari 2011

Calon PAS Optimis Menang PRK Di Merlimau


MERLIMAU 26 FEB : Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil ke-16 N27 DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah optimis dapat menawan kerusi DUN Merlimau kerana pengurangan drastik dalam pengundi dalam majoriti yang diperoleh oleh BN pada PRU-12, Mac 2008 berbanding PRU-11 pada tahun 2004.

Berucap di hadapan para penyokong selepas menghantar borang penamaan PRK DUN Merlimau, beliau berkata kemenangan PR di Merlimau bengantung sepenuhnya kepada kepercayaan ahli kepada teras perjuangan parti serta kepada usaha anggota parti sepanjang kempen pilihanraya.

"DUN Merlimau didakwa oleh BN merupakan kubu kuat BN, kita nafikan pada 2008 pada pilihnaraya umum ke 12, kita berjaya mengurangkan hampir 3 ribu undi. Jadi pada PRK pada 6 hb ini, kita yakin dan percaya kalau seluruh tuan-tuan yang hadir pada pagi ini bekerja bertungkus-lumus berjumpa setiap pengunndi, nescaya kita akan menobatkan calon pertama dari PR khususnya dari PAS dalam DUN Melaka," kata beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut hadir menyatakan sokongan berkata, tidak mustahil untuk seorang 'anak Melaka' menang pilihanraya kerana beliau sendiri bersal dari Melaka.

Katanya lagi, semua pihak harus bekerjasama sekiranya inginkan perubahan yanng sihat di negeri itu.

"Kita menang seluruh Wilayah Persekutuan, takkan Melaka kita tak boleh bebaskan? takkanlah Melaka kita tak boleh merdekakan daripada cengkaman Umno-BN? kalau kita ingin menyaksikan perubahan, kita harus buat kerja dan dari sini, saya dan semua rakan-rakan seperjuangan akan berusaha sekuat daya bagi menjayakan PR," kata beliau.

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu membidas khabar angin yang mengatakan rata-rata warga Melaka merasakan kerajaan negeri boleh menjadi mundur sekiranya menyokong parti pembangkang.

Beliau menegaskan kemenangan di kerajaan negeri Melaka tidak sama sekali akan memundurkan malah akan memperkayakan lagi negeri bersejarah itu.

"(Kalau) Yuhaizad menang, PR menang, akar pokok kelapa tetap di bumi, jalanraya tetap dibasuh oleh (Datuk Seri) Ali Rustam, dan projek pembangunan tetap berjalan di peringkat negeri dan persekutuan," jelas beliau.

Katanya lagi, hanya dengan meletakkan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dapat membersihkan kerajaan negeri daripada gejala rasuah dan penyelewengan.

"Kalau dia menang, dia tak buat kerja, kita tolak dia ke Selat Melaka. Boleh atau tidak? Tapi nak hukum dia, bagi dia menang dulu! Kena kerja kuat, kena dampingi semua pengundi dan lepas itu hadirin sekelian, barulah segala bentuk rasuah, penyelewengan dapat didedahkan di DUN dan kerajaan yang memerintah ini kita akan ambil alih dalam pilihanraya umum yang akan datang," tegas beliau lagi.TVSNEWS

Ceramah TG Nik Abdul Aziz - Majlis isytihar calon PRK Kerdau(video)

Pengasas S'wak Report: Bukan kerja saya jatuhkan Taib

Seorang wartawan Britain yang mengendalikan lamanweb dan radio online yang kritis terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tugasnya bukanlah untuk menggulingkan pemimpin tersebut.

NONE"Saya tidak lihatnya sebagai tugas saya untuk menjatuhkan Taib. Itu
terpulang kepada rakyat Sarawakian untuk memutuskan," kata Clare Rewcastle Brown dalam sebuah wawancara melalui e-mel dengan Malaysiakini.

Clare mengendalikan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report - yang telah mendedahkan dakwaan empayar perniagaan ketua menteri itu dan dakwaan kegiatan rasuah.

Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan stesen radio Free Sarawak, yang mulai ke udara November tahun lalu.

"Saya hanya ingin memastikan bahawa mereka mendapat semua maklumat tentang apa yang telah terjadi pada sumber dan kekayaan mereka, supaya mereka dapat membuat pilihan bermaklumat," katanya.

'Bukti mudah diperolehi'


NONEClare berpendapat dia menyediakan "perkhidmatan penting dari jarak
yang selamat" demi hak rakyat Sarawak kepada kebebasan media yang dinafikan oleh penggunaan Akta Dalam Negeri (ISA) dan penyalahgunaan kuasa.

"Terpulang kepada rakyat Sarawak bagaimana mereka mahu menyebarkan berita (yang kami sediakan)," katanya.

Bekas wartawan BBC itu, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1983, juga berkata tugasnya berdasarkan kepada bahan yang boleh dibuktikan dan dia bersedia menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Malaysia.MalaysiaKini

Wanita Umno kecewa suara mereka dipinggirkan





MERLIMAU - Wanita UMNO Jasin berasa kecewa d:engan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih wakil daripada pergerakan itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau seperti diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Selain tersinggung, mereka mendakwa pemilihan itu menunjukkan suara Wanita selama ini tidak pernah didengar dan dipedulikan barisan atasan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang berkata, keadaan itu menunjukkan pucuk pimpinan tidak mahu memberi peluang kepada Wanita, sedangkan pembangkang pernah meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang, sebelum ini.

“Wanita ada melancarkan program ‘Gelombang Merah Wanita’ untuk menunjukkan kepada pucuk pimpinan komitmen dan persediaan kita, tetapi nampaknya ‘signal’ tidak diperhatikan.

“Jika pihak pembangkang boleh mengeluarkan calon dalam kalangan wanita kenapa tidak BN. BN tidak pernah meletakkan wanita sebagai calon walaupun sudah 15 kali PRK,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Zaleha yang juga antara tujuh nama calon tersenarai berkata, beliau kecewa kerana calon dipilih bukan pilihan pengundi di kawasan itu.

“Kami menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berada di luar negara melalui setiausahanya,” katanya.SinarHarian

Khamis, 24 Februari 2011

Tindakan Umno Cuba Rasuah Ahli PKR Mencemar Politik


PETALING JAYA 24 FEB : Pimpinan UMNO Pahang dikesan cuba merasuah lima pemimpin Parti Keadilan Rakyat negeri itu untuk membawa keluar 500 ahli PKR menjelang pilihananraya kecil Kerdau dan Merlimau pada 6 Mac depan, kata Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution hari ini.

Menurut beliau, pemimpin PKR terbabit ditawarkan wang ringgit dan projek untuk mengisytiharkan diri mereka keluar parti bersama ahli-ahli peringkat cabang dalam tempoh terdekat.

Saifuddin berkata ibupejabat PKR mendapat maklumat mengenai usaha-usaha tersusun Umno untuk merasuah pemimpin PKR menjeang pilihanraya kecil Kerdau.

"Mereka dijanjikan wang dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat. Perkara ini perlu dipandang serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana tindakan merasuah pimpinan akar umbi dan wakil rakyat parti lawan semakin menjadi-jadi," kata Saifuddin dalam kenyataan yang dibacakan oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"KEADILAN membuat ketetapan untuk tidak berdolak dalik dengan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang dibuktikan terbabit dengan cubaan menerima rasuah sebegini dari UMNO BN", tambah beliau.

PKR menganggap usaha tersusun UMNO cuba merasuah ahli parti itu supaya meninggalkan perjuangan mereka sebagai mencemar imej politik negara ini, kata Saifuddin.

Taktik Umno mengumumkan ahli PKR lompat parti sering digunakan menjelang pilihanraya kecil untuk menyakinkan rakyat sokongan masyarakat terhadap Umno-Barisan Nasional, kononnya, semakin kuat.

Namun, kebanyakan pengumuman itu kemudiannya didapati meleset apabila mereka yang diumumkan sebagai keluar parti itu didapati bukan ahli atau jumlahnya jauh lebih kecil daripada apa yang diuar-uarkan oleh media kawalan Umno-BN.

"Gejala ini adalah suatu kesalahan rasuah yang nyata dan sekiranya SPRM tidak memberi fokus, ia akan menjadi sebahagian dari amalan politik Malaysia, " kata Saifuddin.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Terengganu, Azan Ismail berkata desas-desus Umno bersiap sedia untuk sekali lagi mengeluarkan imbuhan bagi membeli pemimpin-pemimpin PKR peringkat negeri kuat bertiup sejak awal bulan ini.

"Sebaik saja selepas mesyuarat kabinet pertama di luar Putrajaya, ada beberapa berita terbaru mengatakan ahli PKR dikunjungi pemimpin UMNO BN untuk memujuk keluar parti," kata Azan.

"Kami mengambil insiatif untuk beri amaran keras terhadap usaha tak bermoral ini. Dahulu ada usaha menarik pemimpin peringkat tertinggi, tapi mungkin kerana gagal, mereka tumpu pula pada peringkat pertengahan dan bawahan." tambah Azan.TVSNEWS

Hasanuddin calon PAS di Kerdau


TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.HarakahDaily

Malaysia Atasi Pakistan 2 - 0, Bekalan Selesa Ke Lahore


SHAH ALAM 24 FEB : Malaysia membawa bekal sedikit selesa ke Lahore selepas menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertemuan pertama pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail muncul wira negara apabila masing-masing menjaringkan gol seawal minit ketiga dan keempat waktu tambahan separuh masa pertama.

Perlawanan timbal balik pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Punjab, Lahore pada 9 Mac depan.

Beraksi di depan 7,000 penyokong, skuad Olimpik negara yang bermula garang tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi sepakan luar kotak penalti oleh pemain tengah Wan Zaharulnizam, yang berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohamad Fandi Othman seawal minit ketiga, menewaskan penjaga gol Pakistan Yousof Ejaz Butt.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kecoh apabila pemain Pakistan, Ansar Abbas diperintah keluar padang oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man apabila sengaja menyiku muka Khairul Fahmi Che Mat ketika penjaga gol Malaysia itu menangkap kemas bola pada waktu kecederaan separuh masa pertama.

Skuad anak didik Ong Kim Swee nyata mengambil peluang daripada skuad Pakistan yang bermain 10 orang apabila Mohd Irfan tidak mensia-siakan hantaran lintang sebelah kiri gawang gol lawan oleh Wan Zaharulnizam pada waktu tambahan separuh masa pertama bagi menghukum kelemahan barisan pertahanan Pakistan sebelum wisel ditiup.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, jurulatih Pakistan Tariq Lutfi membuat sedikit pertukaran pada separuh masa kedua, dengan menggantikan Yousof, yang bermain untuk sebuah kelab di Denmark, dengan penjaga gol kedua, Muhammad bagi memperkemas gawang gol.

Malaysia yang mengawal permainan, hampir menjaringkan gol seterusnya apabila mendapat beberapa peluang menarik di depan gawang gol Pakistan, namun Muhammad bijak menangkis serangan bertali arus pasukan tuan rumah.

Skuad negara bawah 23 tahun terus menggandakan asakan demi mencari jaringan gol, namun kekebalan gawang gol Pakistan pada babak kedua nyata menutup peluang skuad negara hingga tamat permainan.

Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir Sukan Olimpik Munich 1972, iaitu 39 tahun lalu, dan lapan tahun kemudian, negara sekali lagi melakar sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun tidak mengambil bahagian atas faktor politik (iaitu membantah pencerobohan Soviet Union terhadap Afganistan). TVSNEWS

Rabu, 23 Februari 2011

Kes Fitnah 2 : Giliran Ahli Kimia Forensik DNA Kemuka Keterangan ( Kemaskini)


KUALA LUMPUR 23 FEB : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memanggil Ketua Unit DNA Paterniti, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon selaku saksi ke enam perbicaraan kes fitnah 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saksi yang kini bekerja di Jabatan Kimia, Petaling Jaya sejak 12 tahun dahulu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menguruskan lebih dari 100 ribu sampel DNA sepanjang kariernya.

Aidora yang mengambil tempat di kandang saksi jam 9.30 pagi memberitahu mahkamah bahawa beliau berada di makmal kimia, Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 diperolehi.

Keempat-empat bungkusan tersebut menurutnya diterima daripada seorang anggota polis, DSP Jude Blacious Pereira pada hari yang sama untuk dibuat analisa pengecaman 'Deoxyribonucleic Acid' (DNA).

Bahan-bahan bukti yang terkandung dalam keempat-empat bungkusan itu termasuk sehelai kertas, berus gigi, tuala muka dan botol air mineral yang dipertontonkan kepada mahkamah.

Walaubagaimanapun katanya, DSP Jude tidak memberitahu lokasi dan tempat bahan bukti tersebut diperoleh apabila ditanya Timbalan Pendakwaraya (DPP), Noorin Baharuddin.

Jangkamasa 19 hari daripada tarikh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis (28 Jun 2008) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menimbulkan tandatanya di kalangan peguambela.

Peguam Sankara Nair yang dihubungi Tv Selangor kemudian enggan mengulas berikutan pihak peguambela sedang meneliti perkara tersebut.

"Kita tidak mahu komen mengenai perkara itu lagi setakat ini kerana sesi soalbalas beliau (Aidora) masih belum selesai," kata beliau.

Aidora dijangka akan kembali ke kandang saksi pada 25 Februari nanti.

Dalam sesi soalbalas sebelah pagi, DPP Noorin menyoal Aidora tentang keadaan empat bungkusan yang diterima daripada DSP Jude pada tarikh tersebut.

"Masih dalam keadaan baik dan ditutup rapat," jelas Aidora selain peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut.

Justeru mahkamah mendapati terdapat lima bungkusan sampul dan saksi menjelaskan bahawa sampul terakhir ditambah oleh beliau untuk mengasingkan sehelai rambut yang ditemui.

"Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada bahan pameran berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," katanya lagi.

Beliau menambah, pemprofilan DNA dilakukan pada hari berikutnya dan keputusan lengkap diperolehi beliau pada 21 Julai 2008.

Seterusnya prosiding terhenti apabila peguam Karpal Singh mendapati Aidora merujuk laporan Kiraan Statistikal yang diperoleh melalui perbandingan dua laporan Elektroferograf (EPG) antara beliau dan saintis forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong.

Dalam perbandingan tersebut Aidora berkata telah menemui DNA 'lelaki Y' pada tuala muka, berus gigi dan botol mineral sama seperti laporan Dr Seah. Justeru pihak peguambela menuntut mahkamah membekalkan laporan tersebut untuk diteliti.

"Graf adalah rumit dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar kimia," ujar Sankara Nair.

Hakim Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan prosiding jam 3.30 petang untuk memberi lalu kepada peguambela meneliti laporan tersebut dan seterusnya memanggil semula saksi Aidora pada hari Jumaat nanti.

Pendakwaraya dijangka akan mengemukakan saksi baru bagi prosiding yang akan bermula jam 8.30 pagi esok. TVSNEWS

Kejayaan PR Tadbir Tiga Tahun Selangor Akan Disambut 8 Mac Depan


SHAH ALAM 23 FEB : Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Selangor selama 3 tahun akan dikongsi bersama rakyat dalam sambutan sederhana yang akan diadakan pada 8 Mac depan, sekaligus bagi memperingati detik bersejarah itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa komited dalam memastikan pentadbiran di bawah kelolaannya berjaya dilaksanakan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan.

"Ulang tahun ketiga ini, selain daripada terus mentadbir dengan lebih bertanggungjawab dan telus, fokus Kerajaan Negeri adalah lebih kepada memastikan implementasi dasar-dasar dan program yang telah kita rangka," katanya.

Majlis sambutan ini diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi bersifat informasi agar rakyat peka dan memahami tentang dasar-dasar program kebajikan yang memberi manfaat kepada mereka.

Pelbagai acara disediakan untuk orang ramai seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, program remaja termasuk futsal, ceramah perdana oleh tokoh-tokoh terkenal termasuk barisan pemimpin Negeri, solat Maghrib Berjamaah dan pelancaran Buku Jingga yang mengandungi Dasar Bersama dan komitmen Pakatan Rakyat untuk membawa pembaharuan kepada negara dan rakyat.

Majlis sambutan ini akan dimulakan Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di Stadium Melawati selama dua hari bermula 5 dan 6 Mac.

Tambah Khalid, pada 26 Mac pula, Kerajaan Negeri akan melancarkan rangka kerja "Selangor Untuk Rakyat" yang membabitkan pameran PBT dan anak syarikat, pelancaran buku "Liku-Liku Reformasi" serta program seni seperti membaca sajak dan puisi.

Menurut beliau lagi, pada Mac ini juga kerajaan Negeri akan mengadakan Siri Jelajah seluruh Selangor bagi mendengar permasalahan rakyat.

"Kita juga akan menganjurkan Siri Jelajah seluruh Selangor yang melibatkan Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai kanan kerajaan turun turun padang ke pejabat daerah untuk bulan Mac ini."

Beliau berkata demikian di Bilik Media, Tingkat 20, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah selepas mesyuarat exco hari ini.TVSNEWS

Tayangan perdana The Message di De Palma Ampang

AMPANG, 23 Feb: Bersempena sambutan Maulidur Rasul, jawatankuasa Surau Nurul Hikmah dengan kerjasama pihak Hotel De Palma Ampang menganjurkan satu Tayangan Perdana sebagai satu aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) untuk umat Islam tempatan.

Sehubungan itu, menurut jurucakap program, pihaknya menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis tayangan perdana yang bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam itu.

Sesiapa yang ingin hadir ke majlis di Grand Ballroom De Palma Hotel Ampang itu sila RSVP tempat duduk melalui SMS ke nombor 016-6560047 dengan menaip: TM Nama anda Email anda Jumlah RSVP, contoh: TM Ahmad AAA@gmail.com 5

Atau melalui emel kepada roomsdivision@depalmahotel.com / depalmahotel@yahoo.com

“Kami mengharapkan majlis seumpama itu dapat menyuntik kembali ruh Islam dalam kalangan generasi mutakhir ini.

“Semoga Allah merahmati kita semua, Insya Allah,” katanya.HarakahDaily

Mahalnya Barang Dan Kos Kehidupan Kini!!


KUALA LUMPUR 23 FEB : Bila harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan.

Sejak kebelakangan ini kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lepas kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50.

Ramai pemilik kenderaan tidak begitu gemar petrol RON95, yang diberi subsidi tinggi,berikutan ia menjejaskan prestasi kenderaan sedangkan penggunaan RON97 meningkatkan perbelanjaan bulanan.

Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4.00 sekilogram sebulan lepas kini dijual dengan harga RM14.00 di beberapa tempat, manakala harga sayur,ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan telah naik sebaliknya tidak pula berlaku dalam pendapatan bersih orang ramai.

Ramai yang tidak sedar dengan kadar kenaikan yang begitu kerap hingga ada yang berputus asa dan hanya berharap harga akan stabil. Pada masa sekarang, para pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut.

PENGANGKUTAN YANG MAHAL

Kos pengangkutan awam bukan sahaja telah naik malahan menjadikan perjalanan sukar kepada pengguna.

"Teksi masih ada yang tak mahu guna meter untuk perjalanan dekat. Alasan mereka, tak berbaloi mengambil penumpang, kecuali perjalanan jauh atau pada harga yang dipersetujui dengan penumpang.Hakikatnya tambang tanpa meter lebih mahal daripada harga sepatutnya," kata Sawaliyah Mohd Nor yang terpaksa membayar kadar yang berlainan setiap kali menaiki teksi untuk pulang ke rumah, yang terletak hanya 7 kilometer dari sebuah stesen komuter di Lembah Klang.

Alasan pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter berikutan kehidupan mereka tertekan kerana harga barang semuanya naik dan mereka perlu mencari lebih wang.

Selain itu, bayaran sewa harian teksi yang perlu ditampung serta harga minyak yang semakin naik, turut menjadi faktor tambang teksi lebih mahal daripada kadar sebenar.

Kalau teksi, yang menggunakan gas asli atau NGV yang lebih murah, pula memberi alasan masa yang perlu diluangkan untuk beratur mendapatkan gas itu setiap kali ia perlu diisi, sebagai satu kehilangan pendapatan.

TAK PERASAN

Ada juga yang melalui pengalaman harian yang berlainan kerana harga barang yang diperlukan seolah-olah tiada beza sejak setahun yang lepas.

"Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanan di sana lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan lauk ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7 saja. Berpatutan harganya bagi saya. Saya rasa masih mampu untuk terus makan di situ," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan.

Mungkin harga ini dirasakan berpatutan di Nilai berdasarkan jumlah pengunjung yang sentiasa ramai.


PILIHAN TEPAT

Seorang pelajar Universiti Malaya beranggapan harga barang tidak akan pernah turun. "Semuanya semakin tinggi. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet seharian," kata Mildred dari Sabah.

Seorang pengusaha gerai makanan Siti Gayah Muhammad menjelaskan bagaimana harga makanan yang dijualnya ditetapkan.

"Kita tengok harga bahan mentah untuk lauk itu. Harga bawang kecil dan besar, putih dan merah, sudah naik berlipat kali ganda, stok pun payah ditemui.Harga sebiji bawang besar Holland bersaiz sederhana ialah 40 sen. Saya beli juga sebab bawang besar India cepat rosak. Akibatnya, sama ada masakan perlu dikurangkan penggunaan bawang atau harga dinaikkan dengan membeli bawang mahal,"kata Siti sambil mengacau masakan lemak cili apinya dalam periuk.

Walaupun pembeli berungut, ia terpaksa dilakukan untuk memastikan penjual tidak rugi dengan masakan yang tidak sedap.

HARGA RUMAH KEDIAMAN

Selain kos perjalanan dan makanan yang semakin mahal, tanpa disedari harga bumbung kediaman tempat berteduh juga semakin tinggi. Beberapa syarikat pembinaan yang ditanya mengenainya, rata-rata menyatakan projek yang menjadi tumpuan syarikat lebih cenderung ke arah rumah mewah seperti rumah dua tingkat, berkembar dua dan banglo.

Sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana sahaja kini boleh mencecah harga sehingga RM$1 juta di Lembah Klang manakala banglo pula berharga tiga hingga empat kali ganda jumlah itu.

"Tumpuan syarikat kami ialah rumah yang lebih luas dan selesa. Kualiti pembinaan sememangnya yang paling utama. Bahan yang digunakan juga mempunyai gred yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa harga rumah di Selangor lebih tinggi. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai!" jawab seorang pekerja syarikat perumahan ketika ditanya mengenai harga rumah yang 30 peratus siap dikawasan projek terbarunya di Shah Alam.

Apa yang menjadi persoalan adakah pembeli mampu membayar ansuran bulanan kalau hanya bekerja makan gaji memandangkan nilai pinjaman yang perlu diambilsangat tinggi.


KOS BELANJA HARIAN

"Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM$500 sebulan," kata Datuk Dr Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian warga Malaysia masa kini.

Kalau ada pembantu rumah sudah pasti lebih besar perbelanjaannya. Dengan pendapatan bersama, kelamin beranak dua, berumur lingkungan 30 tahun, yang berjumlah antara RM$7,000 dan RM$8,000, jika ingin tinggal di pinggir bandar pun pasti tidak selesa hidup jika rumah semahal itu menjadi pilihan untuk ditanggung liabiliti membayar pinjaman sehingga 35 tahun lamanya.

Bayaran bulanan kepada bank swasta, jika pinjaman sebesar RM$1 juta itudiambil hari ini, akan ditolak lebih RM5,000 daripada pendapatan bersih mereka,katanya.

MASALAH KEWANGAN

Dr Ma'amor berkata harga barang yang mahal sudah tentunya menggalakkan penggunaan kad kredit dan amalan yang sepatutnya dikikis.

"Pastikan bajet tetap sama. Jangan berikan peniaga satu mesej yang salah.Mereka yang berpendapatan tetap tidak dapat mencari jalan keluar sekiranya harga barang terus naik.

"Misalnya bawang yang menjadi bahan utama dalam hampir semua masakan tempatan naik mendadak baru-baru ini akibat kesan cuaca. Dan ini menjadikannya satu bebanan baru.

Mereka yang berniaga tak berapa merasai tambahan beban ini kerana jika harga barang naik, peniaga turut naikkan harga jualannya kepadapengguna," kata Dr Ma'amor.

Beliau melihat kos perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat adalah sesuatu yang perlu dikawal dan dipantau supaya rakyat tidak terus terbeban.

Tambahan pula kenaikan gaji tahunan sekiranya diberikan bukanlah tetap dankadarnya pada kebiasaan tidak melebihi 5 peratus. Harga tiket bas ekspres ke negara jiran Singapura meningkat kepada RM$95sehala berbanding tidak RM$75 tahun 2010, lebih murah hanya RM$4 berbandingharga tiket promosi kapal terbang ke republik ini. Alasan kenaikan harga ialah kerana musim cuti sekolah.

KEADAAN CUACA
Harga barang yang semakin tinggi tidak boleh disalahkan kepada peniaga dan pembekal semata-mata, begitu menurut wakil FOMCA.

"Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan cuaca kemarau yang melampau,yang melanda dunia, antara sebab kekurangan bekalan barang keperluan seharian.Lagipun kebanyakan sumber makanan negara ini diimport termasuk gula, tepung danberas.

"Sudah lumrah, bila permintaan melebihi bekalan, pasti harganya meningkat secara semula jadi kerana bekalan yang teramat terhad ini," kata Mohd Yusof Abdul Rahman, pengarah komunikasi kumpulan gabungan Persatuan Pengguna Malaysia,FOMCA kepada Bernama baru-baru ini.

Walau apapun, pengguna perlu membuat pilihan keperluan dengan berhati-hatibila harga tidak stabil.

"Barang keperluan biasanya akan stabil pada harga baru dan sekiranya bekalanpulih seperti sediakala, adakalanya penurunan semula harga tidak mendadak berbanding ketika ia dinaikkan. Kadang-kadang ia tak berlaku langsung. Carilah alternatif kalau boleh," Yusof berpesan.

Warga pengguna yang bijak membuat pilihan dan sanggup bersuara pasti akan dapat mengubah keadaan masa kini kepada tahap yang lebih baik.

FOMCA baru melancarkan album lagu tentang hak dan peranan pengguna untuk mengajak warga pengguna tempatan ke arah penggunaan berhemat. Album yang memuatkan 9 buah lagu itu antaranya memberi fokus terhadap hak pengguna dalam membuat pilihan, untuk bersuara, mendapat alam sekitar yang sihat, pendidikan berguna dan mendapat perlindungan keselamatan.

Album ini akan diedarkan secara percuma kepada stesen media elektronik,peserta program kesedaran pengguna termasuk di sekolah-sekolah. Pengguna yang bijak pasti akan menikmati kehidupan yang selesa dengan berbelanja berhemat dan mengikut kemampuan diri sendiri, memilih barang dan servis berkualiti yang bertepatan dan berpatutan harganya.TVSNEWS

Selasa, 22 Februari 2011

Tugas getir Harimau Malaya!!



BARANGKALI, sudah terlalu lama kita tidak melihat pasukan bola sepak negara melangkah ke pusingan akhir Sukan Olimpik selepas kali terakhir menyertainya pada 1972 di Munich, Jerman Barat.

Walaupun gagal melangkah ke pusingan seterusnya, kejayaan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 segar dalam ingatan pemain dan penyokong Malaysia walaupun selepas itu tewas kepada Maghribi 6-0 serta 3-0 pada aksi pembukaan kepada tuan rumah.

Lapan tahun kemudian, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke pusingan akhir di Moscow, namun kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sejak itu, tidak kedengaran lagu Jalur Gemilang dimainkan di mana-mana venue Sukan Olimpik khususnya dalam sukan bola sepak.

Kini, sudah tiba masanya pasukan negara kembali bangkit dan digeruni lawan apabila dijadualkan bertemu Pakistan pada perlawanan pertama peringkat kelayakan zon Asia di Stadium Shah Alam, esok.

Lupakan seketika memori indah merangkul gelaran Sukan Sea 2009 dan muncul juara Asia Tenggara di kejohanan Piala AFF Suzuki lalu. Pentas Sukan Olimpik lebih berprestij dan besar jika dibandingkan dua kejohanan itu.

Sesungguhnya, peminat tempatan perlu memberi sokongan terhadap skuad bimbingan Ong Kim Swee dengan membanjiri Stadium Shah Alam malam esok sebagai tanda sayangkan bola sepak kebangsaan.SinarHarian

Harga petrol mungkin naik?


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.

Sumber : SINI

Terkini!! Ceramah Anwar Ibrahim: "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia", Kerdau (Video)

Tahniah!!! DSAI Pusing Satu Malaysia Dedahkan Kejahatan UmnoBN...







Pluralisme: Najib Cuba Juarai Serang Anwar -SU PKR


KOTA BHARU, 22 Feb 11: Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib agar umat Islam tidak terjebak dalam pluralisme agama, Najib dipercayai cuba menjuarai isu ini bersama dengan para penguasa agama dalam Umno yang cuba menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian kenyataan Saifudin Nasution Setiausaha Agung PKR

Menurutnya, Anwar dituduh menerima konsep pluralisme agama iaitu menyamakan semua agama yang dinafikan sama sekali oleh Anwar. Bagi Saifudin, antara masalah penghayatan Islam yang utama adalah mematuhi tuntutan asas bagi umat Islam termasuk menutup aurat.

Antaranya, kata Saifudin, pihak berkuasa Umno tidak perlu forum Maulidul Rasul kalau tidak berani untuk sebut kepada Perdana Menteri perkara paling asas sekali. "Wahai Perdana Menteri, sudi apa kiranya menerima pandangan kami, bahawa kewajiban suami nombor satu adalah memerintahkan atau mengarahkan isterinya agar menutup aurat, sebagai salah satu tuntutan Islam, agama yang diterima di sisi Allah.

"Boleh buat tak perkara ini agak-agaknya...itu isunya bukan kepelbagaian agama," kata Saifudin kepada pemimpin dan penguasa agama yang berada dalam Umno.

Bagi Saifudin, isu di negara ini sekarang bukan Islam dan kepelbagaian agama tetapi rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, jurang yang besar antara kaya dan miskin, kroni pemerintah kaut harta dan yang miskin tetinggal. Isu pluralisme agama tidak berbangkit di negara ini kerana semua umat Islam sedar dan yakin bahawa satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam.

"Ini adalah keyakinan umat Islam dan bukan menjadi masalah di negara ini. Yang menjadi masalah adalah penghayatan ke atas agama," kata anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis dekat sini. (IH)

Berita Panas!!!!! Sampel Diambil Awal Dua Hari Sebelum Laporan Polis (Terkini)


KUALA LUMPUR 22 FEB :Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu Dr Seah Lay Hong bahawa dua sampel DNA dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari diambil terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat.

Sampel tersebut bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

Percanggahan tarikh spesimen B4 dan B5 yang diterima oleh Jabatan Kimia bertarikh 26 Jun 2008 walhal tarikh pengadu diperiksa merupakan dua hari kemudian.

Peguambela membuat kesimpulan sempel diambil daripada pengadu sebelum aduan polis dibuat.

Peguam Sankara Nair yang menyoal balas turut menuduh Dr Seah tidak mengikut prosedur selain memilih untuk tidak mencatatkan percanggahan maklumat tersebut.

"Anda tipu. Anda ada kesempatan (untuk mencatit percanggahan tarikh) tapi tidak berbuat demikian," ujar Sankara.

Dr Seah juga mengakui kepada mahkamah bahawa mustahil untuk DNA berada di dalam dubur sekiranya mangsa hanya dikenakan cubaan liwat.

Peguambela Karpal Singh sebelum itu merujuk borang 'proforma' yang mencatatkan cubaan meliwat oleh tertuduh.

"Jika ianya adalah cubaan liwat, bagaimana DNA boleh berada di dalam dubur mangsa? Adakah itu mustahil?" tanya Karpal.

Dr Seah yang kelihatan cuba mengelak daripada menjawab soalan itu akhirnya mengakui selepas ditanya beberapa kali oleh peguambela.

"Ia adalah mustahil," jawab beliau dalam kandang saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Karpal bertanyakan kepada ahli kimia itu samada beliau bersetuju mangsa Saiful Bukhari Azlan adalah seorang 'gay' pasif berikutan terdapat lebih daripada satu DNA pada badan dan pakaian dalam beliau.

Dr Seah enggan menjawab soalan tersebut.

Pendakwaraya Noorin Badaruddin meneruskan sesi soalbalas Dr Seah.

Mahkamah akan bersambung pada jam 2.30 petang.TVSNEWS

Calon MCLM perlu sertai PKR jika mahu tanding

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata parti itu mengalu-alukan kerjasama dengan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

NONENamun, beliau menegaskan bahawa calon MCLM itu perlu dimasukkan dalam kumpulan calon PKR, sekiranya ingin bertanding atas tiket parti berkenaan.

Bagi tujuan itu, calon berkenaan mestilah menjadi anggota PKR, tegas Rafizi (berbaju putih) pada satu sidang media hari ini.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan calon berkenaan menukar sokongan setelah memenangi pilihan raya.

Tambahnya, kerjasama itu tidak boleh dilakukan semata-mata demi mencapai tujuan sama.MalaysiaKini

Isnin, 21 Februari 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS(Video)

KWSP Patut Beri Dividen Lebih Besar- Lim Kit Siang


SHAH ALAM 21 FEB: Dividen 5.8 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak wajar oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sepatutnya KWSP memberikan dividen yang lebih besar kerana peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 2.7 peratus dari 5.65 peratus tahun 2009 ke 5.8 peratus sahaja untuk tahun lepas.

"Banding dengan pulangan untuk tabung-tabung yang lain sepatutnya lebih tinggi dari apa yang diumumkan supaya pekerja-pekerja dapat satu dividen yang lebih munasabah," katanya.

Beliau berkata, DAP melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman ini kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009.

"Tak dinafikan bahawa ekonomi kita akan lebih sihat dan mempunyai daya saingan jika kita boleh mengadakan reformasi. Tapi sampai sekarang selepas dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri tidak dilihat pelaksanaan yang sepatutnya dilakukan yang dulu kononnya dicadangkan Model Ekonomi Baru(MEB)," jelasnya kepada Tv Selangor.

Dividen KWSP adalah salah satu sumber pendapatan penting kepada 11 juta pekerja di Malaysia.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 yang meningkat 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.TVSNEWS

Harta Taib Babitkan 49 Syarikat Didedah NGO Antarabangsa


KUALA LUMPUR 21 FEB: Empat benua di dunia didedahkan sebagai tempat 49 firma yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan keluarganya.

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini menyenaraikan negara berkenaan termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa, lapor Malaysiakini.

BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.TVSNEWS

Siapa akan tinggalkan negara (Video Ada Dalam)

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 20 Feb: Siapa yang akan lari meninggalkan negara

selepas pilhan raya umum

nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah,

kata Ketua Umum PartiKeadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut

kekayaan kroni

menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.

Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya

sebagai Duta Besar ke Mongolia.

"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang

berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.

“Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat

dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar

macam pemimpin Tunisia," tegasnya.

Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan

penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh

menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.

Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat

soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya

Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku

di bilik hotel pada tahun 1997.

Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan

oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang

Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu

negara akan bankrap.

Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil

Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.

Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan

Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga

minyak dan seumpamanya.

"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga.

Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi,

saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga

Ahli parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah

Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin,

Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

HarakahDaily



Pas, PKR dalam keadaan bahaya

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi sekiranya undi Melayu lari lima peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak kebelakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Menurutnya, melalui laporan sejak PRU lalu, kemenangan calon Pas berpunca daripada undi kaum bukan Melayu, sekali gus menggugat hasrat PR menawan Putrajaya.

"Itulah kenyataannya sekarang, kalau dahulu, undi Pas tinggi jika ada majoriti Melayu, tetapi hari ini bertentangan sama sekali.

"Bagaimana sebuah parti memperjuangkan Islam tidak berjaya mendapatkan sokongan Melayu Islam? Di mana silapnya?” katanya pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di sini, semalam.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas kerana pada PRU lalu, kebanyakan calon PR menang disebabkan banyak faktor, di samping trend Pilihan Raya Kecil (PRK) kebelakangan ini.:

"Mengikut perkiraan, jika undi Melayu lari lima peratus, kemungkinan PR akan kehilangan 34 kerusi Parlimen seluruh negara.

"DAP dijangka kekal kerana undi dari kawasan majoriti Cina membantu mereka,” katanya.

Selain itu, Chin Huat turut mempersoalkan sama ada trend itu dikatakan kegagalan atau kejayaan Pas dalam mendapatkan sokongan bukan Islam.

Konvensyen di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu daripada sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.SinarHarian

Ahad, 20 Februari 2011

KWSP bayar dividen 5.8 peratus

February 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan ia akan membayar kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, naik 15 mata asas berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Awal bulan ini, The Malaysian Insider melaporkan, KWSP dijangka akan mengumumkan kadar dividen lebih tinggi bagi tahun 2010 berbanding paras yang dibayar 2009 tetapi secara perbandingan kadar kenaikan itu rendah berbanding peningkatan yang diumumkan awal tahun lalu.

Sumber memberitahu Lembaga KWSP dalam mesyuaratnya bulan lalu memutuskan untuk membayar sekitar 5.85 peratus bagi tahun 2010 dengan kenaikan kecil, kira-kira 20 mata asas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

“Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti.

“Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.

Jumlah itu merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

“Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya.

Samsudin berkata untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli.

Jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada tahun 2009, katanya.

Beliau berkata walaupun KWSP optimis bahawa momentum yang positif ini akan berterusan pada 2011, namun prospek untuk tahun ini akan terus bergantung kepada kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.

“Sebagai tabung persaraan, KWSP akan mengekalkan matlamat untuk melabur mengikut objektif strategiknya dan pada masa yang sama mengambil inisiatif pengurusan risiko yang ketat bagi menguruskan secara berkesan sebarang ketidak tentuan dan ancaman yang dihadapi,” katanya.

Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai esok. TheMalaysiaInsider

Sabtu, 19 Februari 2011

Anwar : Ekonomi Negara Hakikatnya Masih Malap


PETALING JAYA 19 FEB : Malaysia masih terkebelakang dalam mencatatkan pertumbuhan ekonominya jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana ujar Anwar, kedua-dua negara itu masing-masing mencatat pertumbuhan 14.5 dan 6.1 peratus pada tahun 2010.

"Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura," kata Anwar.

Semalam Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu, berbanding penguncupan pada 2009.

Malah menurut kenyataan itu lagi, ekonomi negara dikatakan berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu dan diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Namun Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berbeza dengan pertumbuhan Singapura yang disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pengilangan pada kadar 29.7 setahun, pencapaian Malaysia masih malap dalam kedua-dua aspek.

Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi kita hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4 peratus hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza.

Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya.

Walhal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia.

" Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi.

" Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat," tambah Anwar.

Malah katanya, keadaan semakin meruncing apabila berlakunya penguncupan duak sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010.

"Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian).

"Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap," jelas Anwar.

Justeru itu Anwar turut mengingatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak agar lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang besar di antara yang kaya dan miskin di negara ini.

"Najib sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai.

" Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara,"kata Anwar.

"Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia," tambahnya lagi.TVSNEWS

Ribuan!!!! Banjiri Himpunan Pemuda PAS di Kedah

Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

PAS Kedah Youth gatheringMereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.

Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayub dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

pas leaders and YBs PAS Kedah Youth gatheringAntara penampilan istimewa, pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman yang hadir menyerahkan borang kepada Azizan untuk menyertai parti Islam itu.

Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat

Beliau menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatihkan presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.

Kedah MB azizan (left) PC after PAS Kedah Youth gatheringMenteri besar juga mengarahkan perhimpunan itu turut mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi muda kerana masih tidak berpuas hati degan jumlah pendaftaran golongan itu di negeri Kedah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.

Beliau enggan mengulas sama ada PAS akan bertanding lebih kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.MalaysiaKini

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu, jamin Nik Aziz

TERKINI @ 11:53:06 AM 19-02-2011
February 19, 2011
Nik Aziz bertanya sama ada masyarakat Melayu akan mundur tanpa Umno. — gambar fail
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?

“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.

“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).

“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.

“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.

Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.

“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.

“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.TheMalaysiaInsider

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog