Jawapan Ketua Umum PKR, Isu Ketua PKR Sabah Letak Jawatan( Video Inside)

Anwar : Bantahan 18 Cabang, Mungkin Punca Pajuddin Keluar Parti


KUCHING 6 FEB :Tindakan Ketua Perhubungan Negeri PKR Sabah, Pajuddin Nordin melepaskan jawatan yang baru disandangnya tidak sampai sebulan, mungkin kerana rasa tertampar dengan bantahan 18 daripada 25 ketua cabang yang mahu Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbang semula keputusan yang dibuat bulan lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun peringkat pusat telah mencadangkan Pajuddin untuk mengetuai parti itu di Sabah, namun suara 18 cabang pihak yang tidak bersetuju harus diambil kira.

Namun belum pun sempat mengadakan perbincangan bersama Pajuddin, beliau yang mungkin rasa terpukul dengan bantahan dalaman terhadapnya, bertindak mengumumkan keluar parti.

" Kita hargai khidmat Pajuddin walapun beliau bukan ketua cabang tetapi kita fikir dia mungkin boleh membantu tetapi mungkin dia anggap ini satu tamparan kepada dia, jadi sebelum Azizah sampai pagi tadi, dia lompat dulu lah. Tapi i'm not giving excuses, it's not something we welcome but the fact must be clear," kata Anwar di sini hari ini.

Pajuddin semalam difahamkan telah mengemukakan surat perletakan jawatannya melalui faks, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dan e-mel ke pejabat PKR pusat.

Perlantikan Pajuddin sebagai ketua PKR Sabah tidak mendapat restu daripada cabang-cabang di Sabah kerana beranggapan beliau tidak berkelayakan untuk memegang jawatan terbabit.

Lantaran itu 18 ketua mengemukakan cadangan supaya jawatan itu disandang sementara oleh Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Ismail.

" Kehadiran Azizah di Sabah untuk menemui semua pimpinan cabang di Sabah kerana Presiden telah mencadangkan Pajuddin sebagai ketua di Sabah bulan lalu tetapi apabila cadangan itu dikemukakan, 3/4 daripada cabang membantah. Mereka merayu kepada Presiden untuk menimbang semula kerana bagi mereka Pajudin itu tidak cukup wibawa," katanya.

Sebelum ini perlantikan Pajuddin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Januari lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu. Pajuddin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.TVSNEWS


Ulasan