SHAH ALAM 17 FEB: Penurunan kadar tol dibeberapa lebuhraya yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar.
Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat menyarankan agar semua bayaran tol lebuhraya dihapuskan serta merta.
Ini  berikutan pemotongan subsidi yang telah dikenakan terhadap rakyat  menerusi petrol, gas dan minyak masak sepanjang tempoh pemerintahan  Umno-Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan  Ismail yang dihubungi Tv Selangor berkata penarikan subsidi petrol  kerajaan sebanyak empat kali sehingga awal tahun ini berjaya menjimatkan  lebih daripada RM25 bilion.
"Daripada RM25 bilion ini sepatutnya  boleh digunakan untuk mengambil alih semua tol-tol dan lebuhraya yang  ada termasuk Lebuhraya Pantai yang terbaru ini. Harganya tidak sampai  tahap itu. Paling tinggi RM10 bilion hingga RM15 bilion sahaja. Maknanya  kalau ambil alih tidak perlu bayar tol," kata beliau.
Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kadar tol semasa  RM1.60 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2), kawasan antara  Petaling Jaya Selatan dan Kampung Medan, akan diturunkan daripada RM1.60  kepada RM1 berkuatkuasa esok.
Pengumuman ini merupakan kali ketiga kerajaan Malaysia menurunkan kadar tol sejak Bajet 2011 dibentangkan Oktober lalu.
Azan  yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu turut  mempersoalkan pendirian Perdana Menteri yang tidak konsisten sebelum ini  berhubung dasar ekonomi "Buku Jingga" yang diperkenalkan kerajaan  Pakatan Rakyat.
Jelasnya, dakwaan negara akan muflis jauh sekali tersasar sebaliknya kerajaan pusat giat menciplak pendekatan tersebut.
"Najib  sebagai Perdana Menteri selama ini tidak tahu akan perkara ini. Beliau  hanya mengambil alih tampuk pemerintahan tanpa mengetahui secara khusus.  Maknanya pentadbiran Najib turut tertipu oleh kroni yang selama ini  mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat," jelas Azan.
Tambah beliau, ini termasuk pemberian subsidi yang dimanipulasikan segelintir pihak.
Azan  yang sering mengutarakan pandangan sudut ekonomi Pakatan Rakyat turut  melabel kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai "pak turut"  tanpa  sensitif terhadap kepentingan umum.
Jelasnya lagi, keperluan asas  yang semakin mahal saban hari membuktikan ketidakcekapan pentadbiran  kerajaan sedia ada justeru secara senyap mengakui relevannya dasar "Buku  Jingga".
Azan juga tidak menolak taktik memancing undi oleh  Umno-BN menjelang spekulasi Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal diadakan  tidak lama lagi.
Namun jelasnya, kini kerajaan tidak mudah untuk  memanipulasi kepintaran rakyat berikutan pemahaman lebih komprehensif  terhadap isu subsidi dan dasar ekonomi negara.TVSNEWS
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..