Calon PAS Optimis Menang PRK Di Merlimau


MERLIMAU 26 FEB : Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil ke-16 N27 DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah optimis dapat menawan kerusi DUN Merlimau kerana pengurangan drastik dalam pengundi dalam majoriti yang diperoleh oleh BN pada PRU-12, Mac 2008 berbanding PRU-11 pada tahun 2004.

Berucap di hadapan para penyokong selepas menghantar borang penamaan PRK DUN Merlimau, beliau berkata kemenangan PR di Merlimau bengantung sepenuhnya kepada kepercayaan ahli kepada teras perjuangan parti serta kepada usaha anggota parti sepanjang kempen pilihanraya.

"DUN Merlimau didakwa oleh BN merupakan kubu kuat BN, kita nafikan pada 2008 pada pilihnaraya umum ke 12, kita berjaya mengurangkan hampir 3 ribu undi. Jadi pada PRK pada 6 hb ini, kita yakin dan percaya kalau seluruh tuan-tuan yang hadir pada pagi ini bekerja bertungkus-lumus berjumpa setiap pengunndi, nescaya kita akan menobatkan calon pertama dari PR khususnya dari PAS dalam DUN Melaka," kata beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut hadir menyatakan sokongan berkata, tidak mustahil untuk seorang 'anak Melaka' menang pilihanraya kerana beliau sendiri bersal dari Melaka.

Katanya lagi, semua pihak harus bekerjasama sekiranya inginkan perubahan yanng sihat di negeri itu.

"Kita menang seluruh Wilayah Persekutuan, takkan Melaka kita tak boleh bebaskan? takkanlah Melaka kita tak boleh merdekakan daripada cengkaman Umno-BN? kalau kita ingin menyaksikan perubahan, kita harus buat kerja dan dari sini, saya dan semua rakan-rakan seperjuangan akan berusaha sekuat daya bagi menjayakan PR," kata beliau.

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu membidas khabar angin yang mengatakan rata-rata warga Melaka merasakan kerajaan negeri boleh menjadi mundur sekiranya menyokong parti pembangkang.

Beliau menegaskan kemenangan di kerajaan negeri Melaka tidak sama sekali akan memundurkan malah akan memperkayakan lagi negeri bersejarah itu.

"(Kalau) Yuhaizad menang, PR menang, akar pokok kelapa tetap di bumi, jalanraya tetap dibasuh oleh (Datuk Seri) Ali Rustam, dan projek pembangunan tetap berjalan di peringkat negeri dan persekutuan," jelas beliau.

Katanya lagi, hanya dengan meletakkan seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dapat membersihkan kerajaan negeri daripada gejala rasuah dan penyelewengan.

"Kalau dia menang, dia tak buat kerja, kita tolak dia ke Selat Melaka. Boleh atau tidak? Tapi nak hukum dia, bagi dia menang dulu! Kena kerja kuat, kena dampingi semua pengundi dan lepas itu hadirin sekelian, barulah segala bentuk rasuah, penyelewengan dapat didedahkan di DUN dan kerajaan yang memerintah ini kita akan ambil alih dalam pilihanraya umum yang akan datang," tegas beliau lagi.TVSNEWS

Ulasan