Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Selasa, 30 November 2010

Nik Aziz: Bukan Islam Boleh Petik Ayat Al-Quran

SHAH ALAM 30 NOV: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang lalu.

Menceritakan pengalamannya semasa berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, tokoh PAS itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.Pada Kongres Nasional PKR itu, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Dilapor Bernama, PKR memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.

“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid.

TVSNEWS

Nasihat Lim Kit Siang wajar – Khalid Samad

SHAH ALAM, 29 Nov – Ahli Parlimen Shah Alam,
Khalid Samad menyifatkan amaran yang diberikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada DAP Selangor bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan) berkemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika tidak bersatu padu adalah wajar.

Khalid Samad berkata, ketiga-tiga parti kompenan Pakatan wajar mengambil berat amaran dan pandangan tokoh politik itu agar kekalahan Pakatan di beberapa pilihan raya kecil (PRK) lepas dapat dijadikan panduan.

“Peringatan dan amaran Lim Kit Siang merupakan satu amaran yang wajar diambil berat oleh semua parti-parti dalam Pakatan dan pemimpin-pemimpin dalam pakatan rakyat.

Khalid berkata, demikian ketika dihubungi SelangorKini bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung amarannya kepada DAP Selangor agar sentiasa bersedia serta bersatu padu dalam menghadapi cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggagalkan usaha Kerajaan Negeri Pakatan melakukan reformasi.

Sebelum ini, Lim Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP itu menyeru perwakilan supaya menyokong wakil-wakil parti yang berada dalam kerajaan Selangor sebagai tanda kesatuan yang utuh.

Beliau melahirkan rasa khuatir dengan sikap lewa sesetengah pemimpin dan ahli yang beranggapan Umno dan BN tidak mungkin dapat menewaskan Pakatan di Selangor.

Tambah Khalid, sekiranya pentadbiran kerajaan negeri-negeri pakatan rakyat dapat meneruskan prestasi cemerlang mereka, beliau yakin usaha ini akan dapat merealisasikan matlamat Pakatan menuju ke Putrajaya.

“Hargai rakyat dan mereka akan terus memberi amanah kepada kita untuk memerintah, malahan insya-Allah bukan sekadar negeri-negeri sedia ada, termasuk negeri-negeri yang lain dan juga peringkat pusat,” katanya.

Selangorkini

Isnin, 29 November 2010

Video Anwar Ibrahim di Kongres ke 7

part1

part2

Video : ANWAR bidas media umno





Raja Melayu perlu awas dengan 'Si Kitul'

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "si kitul" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja." Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

Jelasnya, pada masa Krisis Perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi

."Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang DiPertuan Agung menandatangani'. Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan Yang Di-Pertuan Agung mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Malaysiakini

Ahad, 28 November 2010

Anwar : PKR Kini Lebih Kuat Dan Jitu

PETALING JAYA 28 NOV : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Parti keadilan Rakyat akan lebih kuat dan jitu selepas melalui proses pemutihan dalaman yang menyaksikan ahli-ahli yang mabuk kuasa dan jawatan meninggalkan parti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum lalu mempunyai hikmahnya tersendiri dalam memastikan PKR dibersihkan daripada pengkhianat-pengkhianat perjuangan, kata beliau selaku ketua umum parti.

"Ini ada hikmahnya...kerana tahap calon masih belum begitu baik..memang terbukti, lepas tujuh bulan saya kata yakin akan 'masuk' putrajaya, semuanya kata sokong, bila tak 'masuk' semuanya lompat...nawaitunya hanya jawatan dan kontrak sebab itu baguslah dia lompat... supaya kita bersihkan jentera parti," katanya lagi.

Dalam amanatnya kepada Kongres nasional parti itu, Datuk Seri Anwar berkata segala serangan, fitnah dan tohmahan anjuran Umno terhadap PKR penting untuk memperlengkapkan parti itu menghadapi musuh politiknya pada pilihanraya umum akan datang.

"Kita perlu yakin dan ikhlas kerana tak mungkin media yang dibawah kawalan Umno akan menyokong kita..12 tahun Umno mencari jalan menghapuskan tentangan...ribuan rakyat dizalimi dan ini semua kerana kekeciwaan besar mereka kerana kongres kita berjaya diadakan dan yang hadir lebih daripada 95 peratus cabang," katanya dan disambut dengan tepukan geuruh perwakilan.

Anwar juga membidas Umno kerana cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalannya membela nasib kaum Melayu yang merangkumi 90 peratus daripada keluarga miskin tegar di Negara ini.

"Jawapan di parlimen 2007, penyiasatan pendapatan isirumah, yang termiskin 673 ribu isirumah dan yang kaum melayu hampir 650 ribu yakni lebih 90 peratus jadi siapakah sebenarnya pengkhianat negara," ujar beliau lagi

Ketua Pembangkang itu menggesa ahli dan pemimpin merapatkan saf untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun depan.
Beliau berkata setiap ahli parti harus mempunyai keikhlasan sebagai cirri utama untuk mengangkat perjuangan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

TVSNEWS

Muhyiddin pun ajak saya balik, dakwa Mustaffa

Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya."Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin.

Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya.Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.

"Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim. "Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.Bukan parti puji-pujianSemalam, Mustaffa Kamil yang tewas teruk merebut jawatan timbalan presiden di tangan Azmin Ali memberitahu Malaysiakini beliau komited dengan PKR walaupun terdapat percubaan menariknya menyertai parti yang akan ditubuhkan Zaid.

Mustaffa juga masih kritikal kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang didakwanya memulang beban pembuktian aduan kepada pengadu dan berharap aduannya terus disiasat.Bagaimanapun, hari ini, Mustaffa Kamil berucap dengan nada yang berbeza apabila menunjukkan sikap 'jiwa besar' dengan menerima keputusan pemilihan dan akur pada kelebihan Azmin."Saya akur, setiap kita adalah pemimpin.

Saya akur, ada kelebihan pada saudara Azmin yang sama-sama kita pilih," katanya yang menyebabkan kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan - bangun memberikan tepukan.Sambil berkata menang dan kalah sebagai perkara biasa, Mustaffa Kamil sekali lagi menjelaskan kritikannya sebelum ini dibuat kerana sayangkan parti."Akhirnya kita parti reformasi, bukan parti puji pujian semata-mata. Pemimpin boleh ditegur dan menegur. "Inilah maknanya politik baru dan budaya baru," katanya yang menggunakan slogan "politik nilai" dalam kempennnya sebelum ini.

MalaysiaKini

Ketuanan Melayu Wajib Ditinggalkan

Konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan

PETALING JAYA - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan kecil Melayu ini adalah mereka yang lakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa hiraukan nasib kaum sendiri.
Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan. Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai. “Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.
“Semua ini membuktikan pemimpin UMNO bukan berjuang untuk bela Melayu. UMNO adalah parti tauke dan jauh sekali berwajah parti rakyat,” katanya dalam ucapan dasar presiden di Kongres PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam. Wan Azizah menyebut pentingnya kaum Melayu tinggalkan konsep ketuanan kerana Islam mengatakan sebaik-baik umat adalah mereka yang paling tinggi takwanya.
“Al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan hancurkan kaum yang bermegah konon jadi ‘tuan’ dan pandang rendah kaum lain. “Bangsa dan kaum itu jadi agung dan dipandang tinggi apabila bermaruah. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah,” katanya. Tegasnya lagi, dalam tradisi Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi.
Dr Wan Azizah menegaskan, isu survival Melayu dan Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika masih dilihat melalui teropong UMNO dan konco-konconya, sebaliknya perlu dilihat dari perspektif dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi. Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas, mereka harus hentikan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini dan menyuburkan iklim demokratik berasaskan Perlembagaan.
“Dengan ini, Islam yang murni akan lebih terserlah dan masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam serta melihatnya secara tepat. “Oleh demikian, kita menyeru kaum Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah Pakatan Rakyat,” katanya
SinarHaraian

Tentera Israel roboh masjid di Nablus

NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, semalam (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin.
Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.

Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.

Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu.
Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.

As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.

HarakahDaily

Memo Untuk Agong bantah kenaikan harga Air

Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh tindakan krajaan Selangor yang membantah tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan, kata pemangku ketuanya, Herman Samsudeen.

“Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd.

(PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.

”Sehubungan itu, Herman berkata sebagai mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dewan pemuda PAS merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar memorandum rakyat ke Istana Negara.“Jika pengguna air berdiam diri pada hari itu, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus ini,” katanya lagi.

MalaysiaKini

Sabtu, 27 November 2010

PKR ada 400,000 anggota, kata Saifuddin Nasution

PETALING JAYA, 27 Nov — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengulangi kenyataannya bahawa parti itu mempunyai 400,000 anggota di seluruh negara.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 50 peratus adalah Melayu, India (22 peratus), Cina (13 peratus) dan kaum di Sabah dan Sarawak (15 peratus)."Mengikut rekod keanggotaan parti, sehingga 25 Nov lepas, keahlian kita mencapai 370,000 anggota dan sebanyak 24,000 lagi permohonan dalam proses menjadi ahli parti," katanya ketika membentangkan laporan Setiausaha Agung di Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di sini.

Majlis perasmian kongres oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut dihadiri dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.Mengenai pemilihan parti, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Machang berkata sebanyak 99.7 peratus anggota PKR layak mengundi pada pemilihan tersebut yang melaksanakan kaedah "satu anggota satu undi".

Saifuddin juga berkata seramai 70,000 anggota di seluruh negara direkodkan keluar mengundi ketika pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang menyaksikan seramai 13,000 calon mencuba nasib bagi merebut pelbagai jawatan termasuk ketua cabang.

Mengenai jumlah aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Saifuddin berkata sehingga Khamis lepas, sebanyak 18 aduan diterima.Katanya, kesemua aduan itu masih dalam siasatan JPP dan ia tidak akan dipinggirkan.

Bernama

Kalau PAS punyai Nik Aziz, kita ada Anwar,

Ketua Umum: Kalau PAS punyai Nik Aziz, kita ada Anwar, kata perwakilan PKR

November 27, 2010

PETALING JAYA, 27 Nov – Perwakilan PKR meneruskan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus mengetuai parti itu dengan meminta jawatan ketua umum tidak perlu melalui proses pemilihan sebagaimana dicadangkan oleh sayap Wanita semalam.

Anwar (gambar) sebelum ini menolak untuk bertanding bagi jawatan presiden PKR yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 11 tahun lalu.

“Terdapat pihak yang mempersoalkan Anwar untuk membuat keputusan-keputusan, yang membuat kami meragui kepimpinannya. Ada juga yang mempersoalkan kecekapannya untuk menjadi ketua umum.

“Beliau tidak lantik diri sendiri untuk menjadi ketua umum. Kita yang melantik beliau,” kata perwakilan PKR Selangor Faris Musa ketika membahaskan usul dasar ucapan presiden pada hari pertama kongres.

Faris kemudian meminta supaya 1,200 perwakilan berdiri untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku ketua umum.

“Mari kita berikan sokongan tidak terhingga kepada Anwar,” kata timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan ini.

Sementara itu, perwakilan Srikandi Siti Aishah Shaik Ismail berkata, tindakan memaksa Anwar bertanding bagi jawatan presiden parti akan mengehadkan peranannya.

“Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Seri Anwar menolak untuk bertanding jawatan presiden. Saya kata itu adalah naif kerana kita tidak sepatutnya mengehadkan peranan Anwar untuk berkhidmat kepada parti.

“Beliau adalah pemimpin antarabangsa,” tambahnya.

Siti Aishah turut menyamakan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR seperti Mursyidul Am PAS yang kini dipegang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kedudukan ketua umum ini tidak boleh dipertandingkan atau dipertikaikan. Jika PAS ada Mursyidul Am, kita ada ketua umum untuk memberikan nasihat kepada parti,” katanya.

Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PKR ketika kongres parti itu pada 2007 selepas tidak dibenarkan untuk bertanding bagi jawatan presiden oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau dilarang daripada memegang mana-mana jawatan parti ekoran hukuman penjara yang dikenakan pada 1999. Larangan itu tamat pada April 2008.

Jawatan ketua umum tidak digubal secara rasmi dalam perlembagaan PKR yang sebelum ini dipersoalkan bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dan mencabar Anwar untuk mengambil alih jawatan presiden.

Semalam Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan supaya kedudukan Anwar sebagai ketua umum diwujudkan secara rasmi tetapi Dr Wan Azizah menolak cadangan itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider malam tadi, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara peribadi merasakan tidak perlu ada jawatan ketua umum yang formal bagi membolehkan Anwar, yang juga suaminya menyandang kerusi tersebut sebagaimana disarankan oleh Wanita PKR semalam.

Dr Wan Azizah berpendapat tidak perlu ada peruntukan perlembagaan khas bagi mewujudkan jawatan itu memandangkan amalan semasa membolehkan keputusan bersama dibuat membabitkan semua lapisan kepimpinan kanan parti.

Wanita PKR memberikan pandangan itu di sebalik pertikaian pihak-pihak pesaing PKR khususnya dari Umno-BN bahawa tiada jawatan khusus di bawah perlembagaan parti bagi membolehkan Anwar dipanggil sebagai ‘ketua umum PKR’.

“Itu pandangan ketua Wanita, ya saya menghormati pandangan beliau, tetapi saya kira bahawa walaupun tiada jawatan formal, namun ‘de facto leader’ itu, Saudara Anwar membuat keputusan yang efektif, tetapi dengan mengambil kira inputnya dengan kebijaksanaan (timbalan presiden Senator Dr) Syed Husin Ali, (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim, dan mereka-mereka seperti Azmin (Ali), Saifuddin (Nasution Ismail), William Leong, Tian Chua, Sivarasa, semualah.

“Jadi, saya rasa tak perlulah jawatan itu, yang formal, yang kita ikut perlembagaan kerana perkiraannya kita membuat keputusan secara bersama. Memang ‘de facto leader’ itu Anwar, tetapi bukan ‘reserve’ bagi beliau, bukan satu jawatan ‘reserve’, yang dipegang oleh Anwar, oh tidak... sebab kita ada input daripada semua,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di rumahnya di sini malam tadi sempena Kongres Nasional PKR selama dua hari yang bermula hari ini.

Malaysiainsider

Anwar Hadapi Serangan Dalaman Setelah Fitnah Umno Gagal

PETALING JAYA 27 NOV: Perwakilan Kongres PKR hari ini melahirkan rasa kesal atas keghairahan individu tertentu yang mencemar parti dengan kritikan melulu termasuk mempertikaikan jawatan Ketua Umum yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa mengetahui latar belakang di sebalik pengwujudan jawatan berkenaan.

Perwakilan Terengganu Fariz Musa berkata, serangan dalaman itu berlaku apabila tohmahan, tuduhan dan fitnah Umno gagal memberikan sebarang kesan."Di blog, Facebook juga sebut Anwar Ibrahim hilang arah, sebab itu perlu ditegur. Kita tak pertikai kebebasan bersuara dan hak mengkritik, tetapi sudah pasti biarlah dalam keadaan beradap.

Jangan cemarkan parti yang kita sayang ini ," katanya yang juga bekas timbalan ketua Pemuda PKR sesi lalu.Berucap membahaskan ucapan dasar presiden dalam kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Fariz juga menolak bahawa Anwar menerajui parti atas nama jawatan ketua umum secara tidak demokratik."Anwar Ibrahim bukan angkat diri sendiri menjadi Ketua Umum, tapi ia dilantik dalam kongres 2007.

Yang angkat (pilih dia)adalah kita sendiri."Ini tindakan yang demokratik kerana diputuskan oleh badan paling atas dalam parti," katanya.Fariz seterusnya berkata, sejak tahun 2009, PKR diserang secara sistematik oleh Umno-BN bermula dengan lapan pemimpin yanng terdiri daripada ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen 'lompat parti'.

Serangan diteruskan dengan dakwaan dan tuduhan palsu mengunakan isu pasir di Selangor dan kemuncak serangan dapat dilihat apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendedahkan kaitan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri dengan APCO dan Isreal."Kita (PKR) lahir dari serangan dan tuduhan tetapi bagi kita lawan tetap lawan. Kalau takut risiko, jangan bicara soal perjuangan!" kata beliau lagi.

TVSNEWS

Pesan Dan Ingatan Kepada Umat Islam "Khas Untuk Melayu"

Pendengki Tidak Akan Sukses

Janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membelakangi

“Janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membelakangi (saling berpaling), dan janganlah kalian saling memutuskan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (H.R. Muttafaq ‘alaih)

Hadis ini diriwayatkan Imam al-Bukhari dalam “Al Adab” dan Muslim dalam “Al Birr”. Lebih khusus tentang larangan dengki disebutkan oleh Rasulullah saw. dalam hadis lain:

“Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (H.R Abu Dawud).

Dengki didefiniskan oleh para ulama sebagai:
“Mengangankan hilangnya kenikamatan dari pemiliknya, baik kenikmatan (yang berhubungan dengan) agama maupun dunia.”

Dari definisi di atas kita dapat memahami bahwa iri dengki tidak hanya menyangkut capaian-capaian yang bersifat duniawi, seperti rumah dan kendaraan, melainkan juga menyangkut capaian-capaian di lingkup keagamaan, misalnya dakwah. Ini juga berarti bahwa penyakit dengki bukan hanya menjangkiti kalangan awam. Iri dengki itu ternyata dapat menjalar dan menjangkiti kalangan yang dikategorikan berilmu, pejuang, dan da’i. Seorang da’i atau mubalig, misalnya, tidak suka melihat banyaknya pengikut da’i atau mubalig lain. Seorang yang berafiliasi kepada kelompok atau jama’ah tertentu sangat benci kepada kelompok atau jama’ah lain yang mendapatkan kemenangan-kemenang an. Dan masih banyak lagi bentuk lainnya dari sikap iri dengki di kalangan para “pejuang”. Tapi bagaimana ini bisa terjadi?

Imam al-Ghazali r.a. menjelaskan, “Tidak akan terjadi saling dengki di kalangan para ulama. Sebab yang mereka tuju adalah ma’rifatullah (mengenal Allah). Tujuan seperti itu bagaikan samudera luas yang tidak bertepi. Dan yang mereka cari adalah kedudukan di sisi Allah. Itu juga merupakan tujuan yang tidak terbatas. Karena kenikmatan paling tinggi yang ada pada sisi Allah adalah perjumpaan dengan-Nya. Dan dalam hal itu tidak akan ada saling dorong dan berdesak-desakan. Orang-orang yang melihat Allah tidak akan merasa sempit dengan adanya orang lain yang juga melihat-Nya. Bahkan, semakin banyak yang melihat semakin nikmatlah mereka.”

Al-Ghazali melanjutkan, “Akan tetapi, bila para ulama, dengan ilmunya itu menginginkan harta dan wibawa mereka pasti saling dengki. Sebab harta merupakan materi. Jika ia ada pada tangan seseorang pasti hilang dari tangan orang lain. Dan wibawa adalah penguasaan hati. Jika hati seseorang mengagungkan seorang ulama pasti orang itu tidak mengagungkan ulama lainnya. Hal itu dapat menjadi sebab saling dengki.” (Ihya-u ‘Ulumid-Din, Imam Al-Ghazali, juz III hal. 191.)

Jadi, dalam konteks perjuangan, dengki dapat merayapi hati orang yang merasa kalah wibawa, kalah popularitas, kalah pengaruh, kalah pengikut. Yang didengki tentulah pihak yang dianggapnya lebih dalam hal wibawa, polularitas, pengaruh, dan jumlah pengikut itu. Tidak mungkin seseorang merasa iri kepada orang yang dianggapnya lebih “kecil” atau lebih lemah. Sebuah pepatah Arab mengatakan, “Kullu dzi ni’matin mahsuudun.” (Setiap yang mendapat kenikmatan pasti didengki).

Penyakit dengki sangat berbahaya. Tapi bahayanya lebih besar mengancam si pendengki ketimbang orang yang didengki. Bahkan realitas membuktikan, sering kali pihak yang didengki justru diuntungkan dan mendapatkan banyak kebaikan. Sebaliknya, si pendengki menjadi pecundang. Di antara kekalahan-kekalahan pendengki adalah sebagai berikut.

Pertama, kegagalan dalam perjuangan.
Perilaku pendengki sering tidak terkendali. Dia bisa terjebak dalam tindakan merusak nama baik, mendeskreditkan, dan menghinakan orang yang didengkinya. Dengan cara itu ia membayangkan akan merusak citra, kredibelitas, dan daya tarik orang yang didengkinya dan sebaliknya mengangkat citra, nama baik, dan kredibelitas pihaknya. Namun kehendak Allah tidaklah demikian. Rasulullah saw. bersabda:

Dari Jabir dan Abu Ayyub al-Anshari, mereka mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada seorang pun yang menghinakan seorang Muslim di satu tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirusak kehormatannya melainkan Allah akan menghinakan orang (yang menghina) itu di tempat yang ia inginkan pertolongan- Nya. Dan tidak seorang pun yang membela seorang Muslim di tempat yang padanya ia dinodai harga dirinya dan dirusak kehormatannya melainkan Allah akan membela orang (yang membela) itu di tempat yang ia menginginkan pembelaan-Nya.” (H.R. Ahmad, Abu Dawud, dan Ath-Thabrani)

Kedua, melumat habis kebaikan.
Rasulullah saw. bersabda, “Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (H.R. Abu Dawud).

Makna memakan kebaikan dijelaskan dalam kitab ‘Aunul Ma’bud, “Memusnahkan dan menghilangkan (nilai) ketaatan pendengki sebagaimana api membakar kayu bakar. Sebab kedengkian akan mengantarkan pengidapnya menggunjing orang yang didengki dan perbuatan buruk lainnya. Maka berpindahlah kebaikan si pendengki itu pada kehormatan orang yang didengki. Maka bertambahlah pada orang yang didengki kenikmatan demi kenikmatan sedangkan si pendengki bertambah kerugian demi kerugian. Sebagaimana yang Allah firmankan, ‘Ia merugi dunia dan akhirat’.” (‘Aunul-Ma’bud juz 13:168)

Ketiga, tidak produktif dengan kebajikan.
Rasulullah saw. bersabda, “Menjalar kepada kalian penyakit umat-umat (terdahulu): kedengkian dan kebencian. Itulah penyakit yang akan mencukur gundul. Aku tidak mengatakan bahwa penyakit itu mencukur rambut melainkan mencukur agama.” (H.R. At-Tirmidzi)

Islam yang rahmatan lil-’alamin yang dibawa oleh orang yang di dadanya memendam kedengkian tidak akan dapat dirasakan nikmatnya oleh orang lain. Bahkan pendengki itu tidak mampu untuk sekadar menyungging senyum, mengucapkan kata ‘selamat’, atau melambaikan tangan bagi saudaranya yang mendapat sukses, baik dalam urusan dunia maupun terkait dengan sukses dalam perjuangan. Apatah lagi untuk membantu dan mendukung saudaranya yang mendapat sukses itu. Dengan demikian Islam yang dibawanya tidak produktif dengan kebaikan alias gundul.

Keempat, menghancurkan harga diri.
Ketika seseorang melampiaskan kebencian dan kedengkian dengan melakukan propaganda busuk, hasutan, dan demarketing kepada pihak lain, jangan berangan bahwa semua orang akan terpengaruh olehnya. Yang terpengaruh hanyalah orang-orang yang tidak membuka mata terhadap realitas, tidak dapat berpikir objektif, atau memang sudah “satu frekuensi” dengan si pendengki. Akan tetapi banyak pula yang mencoba melakukan tabayyun, mencari informasi pembanding, dan berusaha berpikir objektif. Nah, semakin hebat gempuran kedengkian dan kebencian itu, bagi orang yang berpikir objektif justru akan semakin tahu kebusukan hati si pendengki. Orang yang memiliki hati nurani ternyata tidak senang dengan fitnah, isu murahan, atau intrik-intrik pecundang. Di mata mereka orang-orang yang bermental kerdil itu tidaklah simpatik dan tidak mengundang keberpihakan.

Orang yang banyak melakukan provokasi dan hanya bisa menjelek-jelekkan pihak lain juga akan terlihat di mata orang banyak sebagai orang yang tidak punya program dalam hidupnya. Dia tampil sebagai orang yang tidak dapat menampilkan sesuatu yang positif untuk “dijual”. Maka jalan pintasnya adalah mengorek-ngorek apa yang ia anggap sebagai kesalahan. Bahkan sesuatu yang baik di mata pendengki bisa disulap menjadi keburukan. Nah, mana ada orang yang sehat akalnya suka cara-cara seperti itu?

Kelima, menyerupai orang munafik.
Di antara perilaku orang munafik adalah selalu mencerca dan mencaci apa yang dilakukan oran lain terutama yang didengkinya. Jangankan yang tampak buruk, yang nyata-nyata baik pun akan dikecam dan dianggap buruk. Allah swt. menggambarkan prilaku itu sebagai prilaku orang munafik. Abi Mas’ud al-Anshari r.a. mengatakan, saat turun ayat tentang infaq para sahabat mulai memberikan infaq. Ketika ada orang Muslim yang memberi infaq dalam jumlah besar, orang-orang munafik mengatakan bahwa dia riya. Dan ketika ada orang Muslim yang berinfak dalam jumlah kecil, mereka mengatakan bahwa Allah tidak butuh dengan infak yang kecil itu. Maka turunlah ayat 79 At-Taubah. (Al-Bukhari dan Muslim)

Keenam, gelap mata dan tidak termotivasi untuk memperbaiki diri.
Pendengki biasanya sulit melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri dan tidak dapat melihat kelebihan pada pihak lain. Akibatnya pula jalan kebenaran yang terang benderang menjadi kelam tertutup mega kedengkian. Apa pun yang dikatakan, apa pun yang dilakukan dan apa pun yang datang dari orang yang dibenci dan didengkinya adalah salah dan tidak baik. Akhirnya dia tidak dapat melaksanakan perintah Allah swt. sebagaimana yang disebutkan dalam ayat, “Orang-orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (Q.S. Az-Zumar 39: 18)

Di sisi lain, pendengki –manakala mengalami kekalahan dan kegagalan dalam perjuangan— cenderung mencari kambing hitam. Ia menuduh pihak luar sebagai biang kegagalan dan bukannya melakukan muhasabah (introspeksi) . Semakin larut dalam mencari-cari kesalahan pihak lain akan semakin habis waktunya dan semakin terkuras potensinya hingga tak mampu memperbaiki diri. Dan tentu saja sikap ini hanya akan menambah keterpurukan dan sama sekali tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun untuk mewujudkan kemenangan yang didambakannya.

Ketujuh, membebani diri sendiri.
Iri dengki adalah beban berat. Bayangkan, setiap melihat orang yang didengkinya dengan segala kesuksesannya, mukanya akan menjadi tertekuk, lidahnya mengeluarkan sumpah serapah, bibirnya berat untuk tersenyum, dan yang lebih bahaya hatinya semakin penuh dengan marah, benci, curiga, kesal, kecewa, resah, dan perasaan-perasaan negatif lainnya. Nikmatkah kehidupan yang penuh dengan perasaan itu? Seperti layaknya penyakit, ketika dipelihara akan mendatangkan penyakit lainnya. Demikian pula penyakit hati yang bernama iri dengki. “Di dalam hati mereka ada penyakit maka Allah tambahkan kepada mereka penyakit (lainnya).” (Q.S. Al Baqarah 2: 10)

Jika demikian, mengertilah kita makna pernyataan seorang ulama salaf, seperti disebutkan dalam kitab Kasyful-Khafa 1:430

“Pendengki tidak akan pernah sukses.” Wallahu A’lam.

sumber: http://www.kisahteladan.com/ DAN
http://idhamlim.blogspot.com/2010/11/pendengki-tidak-akan-sukses.html

Azizah Cabar Umno-BN Tengok Laporan Audit Negara, Jangan Asyik Serang PKR


SEGAMBUT 27 NOV : Jika Umno-BN terus mempertikaikan perjalanan pemilihan pusat PKR baru-baru ini, Presidennnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan pihak-pihak terbabit agar mencerminkan diri mereka dengan melihat Laporan Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun.

Sehubungan itu Dr Wan Azizah, presiden sulung PKR, yakin dakwaan wujudnya kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan, yang menggunakan kaedah langsung bersejarah, tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya kira tidak (akan menjejaskan keyakinan rakyat) sebab, yang pertama BN, apakah yang BN sudah lakukan selepas 53 tahun kita berikan mereka mandat.

"Saya tidak mahu cakap banyak, (tengok) Laporan Audit Negara sudah cukup, tiap-tiap tahun Ketua Audit Negara buka, buka... kelemahan yang sama, dibuat heboh besar-besaran dan kemudian diam, kita kena tengok yang itu... bandingkan sahaja, sudah cukup.

"Sebab apa? BN, dia mempunyai kuasa, kita tak mempunyai kuasa," kata beliau pada pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi sempena Kongres Nasional PKR yang bermula hari ini.

PKR menyelesaikan proses pemilihan pusat menggunakan sistem satu ahli satu undi baru-baru ini tetapi dicemari dengan dakwaan wujudnya manipulasi dan penyelewengan dalam proses pengundian.

Selain calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada persaingan, bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala membwa kes dia dilarang bertanding ke mahkamah tetapi permohonannya ditolak.

Beberapa pihak minta pemilihan dibatalkan dan diadakan semula.

Yang terbaru semalam bekas setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim, yang melepaskan jawatannya Februari lalu, membuat dakwaan surat palsu pemecatan Jenapala kononnya ditandatangani oleh beliau, digunakan sebagai surat sokongan afidavit balas oleh ibu pejabat PKR dalam kes Jenapala itu.

Mengulas lanjut, kata Dr Wan Azizah, penilaian seharusnya dibuat secara keseluruhan terhadap Pakatan Rakyat tanpa hanya memfokus pada PKR sendiri.

"Jangan lihat pada PKR (sahaja). Lihat dari segi Pakatan, apa yang dilakukan di Selangor, Kedah, Kelantan... ya, Kelantan sudah lama, dan Pulau Pinang.... yang ini yang kita hendakkan, bagaimana ia mencerminkan kalau Pakatan menang," katanya.

Mengenai tindakan Zaid pula kata Dr Wan Azizah, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan kelihatan tidak sabar dan seharusnya lebih memahami parti terlebih dahulu.

"Apabila beliau hendak bersama kami, kami semua fikir bahawa beliau boleh sertai," kata beliau.

Zaid mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru tahun depan susulan keluar PKR.

"Saya merasakan beliau kurang sabar," kata Dr Wan Azizah.

Mengenai Azmin yang memenangi jawatan timbalan presiden dan akan disahkan esok, kata beliau, Ahli Parlimen Gombak itu seorang pemimpin yang telah terauji dan pemimpin yang setia.

"Seorang yang muda, memang sudah lama dengan parti, sudah teruji, setia. Kita mempunyai darah baru Walaupun saya menghargai sangat Dr Syed Husin kerana mencari seorang seperti Dr Syed Husin, saya rasa kehilangan itu masih ada, walaupun saya tahu bahawa kita ini, dalam parti kena ada lapisan muda... kesinambungan itu penting dalam mana-mana perjuangan, tapi kita hendakkan semualah," katanya.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang tidak mempertahankan kerusinya.

Pemilihan kali ini juga memilih empat muka baru sebagai naib presiden iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

Dr Wan Azizah juga mempertahankan pemilihan Nurul Izzah, yang juga anak sulungnya sebagai naib presiden dengan berkata "Puteri Reformasi" itu menang atas kebolehannya sendiri.

"Saya tidak berkempen untuk beliau, begitu juga bapanya. Ada laporan yang mengatakan ayahnya tidak gembira, tetapi dia masih menang," kata Dr Wan Azizah.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nurul Izzah mendapat undi terbanyak.

"Dia diberi undi kali ini dan seperti yang lain dia kena membuktikan dirinya. Dia berdiri sendiri. Dia sudah dewasa," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah juga menolak tanggapan bahawa partinya akan diuruskan secara eksklusif oleh keluarganya ekoran kemenangan Nurul Izzah.

"Di sana ada Azmin, Tian Chua, Fuziah dan Mansor. Jadi, kami akan bekerja sebagai satu pasukan," katanya lagi.

"Sesiapa yang menang, kami masih dalam pasukan, malah yang kalah juga adalam pasukan kami," katanya lagi.

"Sudah tentu kami tidak bersetuju dengan apa saja, tetapi apabila keputusan sudah dibuat, kami datang sebagai satu pasukan," kata Dr Wan Azizah.

Mengenai perjalanan pemilihan kali ini, Dr Wan Azizah mengakui ada kelemahan dan kekurangan tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki.

"Hendak kata berpuas hati keseluruhan tidak, masih boleh diperbaiki, ada ruang untuk diperbaiki. Itu saya akui, memang ada kelemahan, yang mana perkara yang baik tidak diketengahkan, yang mana kekecohan digambarkan keseluruhan parti, itu tidak baik... tapi saya kira tidak, keseluruhan OK. Yang mana yang tidak betul, kita betulkan," katanya lagi.

"Ini pertama kali (pemilihan berlangsung) dalam suasana yang begitu mencabar kerana BN, yalah macam (saya) katakan BN ada segala-gala mekanisme, 'instrumental power'... ini satu percubaan, permulaan.

"Saya tidak mahu mencari alasan... niat murni, niat baik kita, dalam pemilihan kali ini, dengan segala keterbatasan, kita berapa peratus.... tak perlu kira peratuslah, ini ada 70,000 ahli mengundi berbanding dengan 2,000 perwakilan dalam Umno, bagi satu parti yang sudah lama, yang lebih setengah abad berbanding dengan kita (PKR hanya) 11 tahun.

"Kita baru hendak masuk ambil UPSR, tak boleh banding, niat hati kita bagus, murni, baik... saya kira kita bolehlah perbaiki keadaan, cuba sedaya upaya kita boleh baiki... itu proses kematangan, macam kita masak nasi pun, kalau silap, ia boleh rosak," kata beliau sambil mengakui bahawa "persiapan macam cukup tak cukup" dan lebih-lebih lagi selepas Salehuddin keluar parti.

Ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan dakwaan-dakwaan kecacatan dan kepincangan, Dr Wan Azizah berkata, "kalau anda tengok, ada dakwaan, memang persepsi kata kita tidak ambil tindakan."

"Macam Dr Molly (Cheah) kata, macam mana anda tahu kami tidak ambil tindakan, dalam mesyuarat kami ambil tindakan, yang ini yang ini... tetapi katakanlah dakwaan mengatakan benda ini (kepincangan) berlaku, kita hendak bukti, penelitian tentang apa yang berlaku... kalaupun kalau kita dapati ada video ini berlaku, memang kita hantar kepada jawatankuasa disiplin, itu memang tak kira siapa, tetapi mestilah kita ada satu badan yang kita anggap berkecuali yang menangani dan melihat kembali apa masalah yang kita hadapi," katanya.

-The Malaysian Insider- dan TVSNEWS

Jumaat, 26 November 2010

Fariz rayu 'kedudukan baik' untuk Chegubard

Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini.
"Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK. "Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah."Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita).
Selesaikanlah," katanya.Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini."Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah.
"Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru.Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti.
"Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya.Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco.Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan".
Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini."Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam.
Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham.Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan.

MalaysiaKini..

Video Syed Husin: Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK)

Majlis Peguam bidas Mahkamah

KUALA LUMPUR 26 NOV : Majlis Peguam Malaysia berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus enggan membenarkan beliau mendapat dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan guaman Anwar meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenarkan mendapat kenyataan Saiful kepada polis dan bahan bukti lain.Semalam mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL), Dr Siew Shueue Feng.

Laporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit.Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan menganggap keputusan mahkamah sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh."Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil), " kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang merangkumi hak mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan.

Ragunath juga menerangkan seksyen ini dibuat bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan perbicaraan adil."Kami percaya seksyen 51 A KPJ ini dibuat bagi memperkembang dan memperkuat prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," kata beliau.Antara dokumen yang dihalang oleh Mahkamah untuk Anwar ialah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi.

Ragunath menyatakan bahawa amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak bias."Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di Mahkamah," kata beliau.Ragunath mendakwa keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem pengadilan negara ini.
"Majlis Peguam Malaysia mendesak Mahkamah melaksanakan seksyen ini ...bagi mengekalkan hak seseorang yang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman, " kata Ragunath lagi.

TVSNEWS

Khamis, 25 November 2010

VIDEO RAPAT UMUM 19 NOV 2010 PKR















Ceramah Anwar Di Pahang Membuktikan Dakyah Pihak Media Umno bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat

Oleh: WFAUZDIN NS

DS Anwar telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PKR Pahang di Beserah pada 23 Nov 10 baru-baru ini. Pada sebelah malamnya, Ketua Umum PKR tersebut telah memberikan ceramah umum di tapak ceramah di dalam kawasan Ibu Pejabat PKR tersebut.Turut hadir pada malam tersebut di antaranya adalah Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman, MP Kuantan bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah Salleh, MP Indera Mahkota YB Azan Ismail, Adun Triang dari DAP YB Leong Ngah Ngah, Adun Beserah dari PAS dan beberapa pimpinan negeri dari PKR juga pimpinan PR Pahang.

Saya tidak dapat meramalkan kehadiran orang ramai pada malam tersebut, tapi apa yang pasti tapak ceramah dipenuhi oleh ribuan para penyokong PR sehingga di bahagian atas berhampiran pentas ceramah juga padat dengan orang ramai yang ingin mendengar pidato dari DS Anwar dan juga pemimpin PR Pahang.Sebelum ini, jangkaan ramai pihak bahawa DS Anwar akan menggunakan kesempatan malam itu untuk membelasah Dato Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan PKR akibat tidak yakin dengan kepimpinan parti. Ternyata jangkaan itu meleset, DS Anwar sebaliknya menghormati pilihan Dato Zaid.

Beliau menerangkan apa yang terjadi kepada PKR sekarang, telah lama berlaku di dalam semua parti samada PAS, DAP malahan Umno juga.PAS kata beliau, lebih teruji apabila Presidennya sendiri keluar parti seperti Dato Asri Muda dan juga Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno. Begitu juga dengan DAP seperti Dato Lee Lam Thye dan beberapa tokoh DAP lainnya. Namun, parti PAS dan DAP masih mampu bertahan sehingga kini malah semakin kuat.DS Anwar turut menyebut bahawa Umno lebih dahsyat lagi kerana bekas Presiden Umno dan PM sendiri pun di akhir hayat mereka di luar Umno.

Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar juga mati di luar Umno. Bekas PM, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga tidak bersama Umno hingga hujung nyawa. Mantan PM Tun Mahathir pula, sedikit pelik kerana beliau lebih suka keluar masuk Umno. DS Anwar yakin, Tun Mahathir akan memasuki PKR apabila PR menghuni Putrajaya nanti.Sepanjang lebih kurang 1 jam setengah beliau berucap, DS Anwar juga menyindir Utusan Malaysia yang setiap hari akan membawa cerita berkenaan dirinya. "Utusan Malaysia perlu ditukar kepada nama Utusan Anwar", selorohnya.

Sebelum DS Anwar berucap, saya ternanti-nanti akan ucapan dari bakal Naib Presiden PKR YB Fuziah SAlleh yang saya minati itu. Malangnya beliau tidak sempat berucap kerana memberi peluang kepada DS Anwar untuk berucap lebih panjang. YB Azan Ismail juga turut berucap sebelum DS Anwar dan beliau banyak menceritakan apa yang berlaku dalam perbahasan bajet di Parlimen. Kerajaan Bn katanya, sudah tidak releven lagi di mana terlalu banyak perbelanjaan membazir sehingga terpaksa meminta peruntukan yang lebih besar kali ini. `Bajet seluar dalam' seperti yang dikatakan oleh YB Azan meriuhkan suasana ceramah malam tersebut.

Walaupun ceramah malam itu tidak diwar-warkan lebih awal, namun sambutan orang ramai yang hadir amat memberangsangkan. DS Anwar amat berpuas hati di atas sambutan malam itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada PKR Pahang serta PR yang berjaya melaksanakannya walaupun tidak dirancang lebih awal. Saya yang hadir malam itu tidak berkesempatan untuk mengambil gambar suasana malam itu kerana sibuk merakam melalui video kamera. Gambar-gambar yang saya siarkan di sini hanya sempat diambil sambil lalu sahaja melalui kamera telefon bimbit sahaja.

Kesimpulannya, ceramah malam itu membuktikan dakyah pihak media mereka bahawa PKR dan PR semakin goyah tidak tepat. Jangkaan mereka bahawa DS Anwar atau beberapa pemimpin PKR Pahang akan menyerang Zaid Ibrahim habis-habisan ternyata meleset. Ini adalah kerana PKR mahu menumpukan kepada agenda yang lebih besar untuk rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

“Umno guna Apco Yahudi" Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berpandangan usaha BN menarik sokongan rakyat dengan menukar lambang dacing akan menjadi sia-sia selagi pemimpinnya di tahap dan takuk yang lama.
Katanya, pelbagai lagi senarai panjang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membuktikan pemimpin BN bukan seperti dacing.

“Pempin BN dilihat seperti dacing senget sebelah, mengamal sikap pilih kasih dalam agih projek, rasis, kronisme, mengamalkan dasar yang menzalami rakyat,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Sebenarnya, kata beliau pemimpin BN kena faham bahawa rakyat menolak BN bukan kerana logo dacing tetapi rakyat menolaknya disebabkan perangai mereka idak seperti dacing.
“Entah apa pula lambang baru BN, dah banyak hari fikir tak ada idea nak berikan. Kalau gambar kapal bocor nak tenggelam, senget sebelah OK juga,” tulisnya dalam laman twitter.
Menurutnya, tidak pernah terbayang BN boleh berhasrat menukar lambang dacing tetapi mungkin berbuat demikian kerana nasihat Apco Yahudi.
Namun, ujarnya harus diingat tidak selamanya BN dan Umno boleh berjaya dengan kerja jahat mereka.
Justeru, katanya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti adalah peluang terbaik rakyat untuk menghukum BN.

Menurutnya, sejak lebih 50 tahun BN dan Umno bertahan menggunakan taktik kotor dengan propaganda media memburukkan lawan dan menyolek diri sendiri kononnya semuanya baik.
“Umno guna Apco Yahudi untuk jadi penasihat sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng guna nasihat beberapa orang pimpinan PAS untuk bercakap Islam, siapa lebih baik,” ujarnya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
HarakahDailay

Nizar : Tiada 1Malaysia di Perak

SHAH ALAM 24 NOV : Tiada 1Malaysia di Perak, jelas Ahli Parlimen Bukit Gantang Nizar Jamaluddin ketika diminta mengulas program pro-perkauman membabitkan ketua-ketua kampung negeri itu di satu taklimat Majlis Keselamatan Negara di Cameron Highlands, baru-baru ini.

Nizar berpendapat program-program berunsur hasutan ini adalah persedian Umno-BN menghadapi kemungkinan pertukaran kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang.
"Program itu sejak dahulu lagi. semasa kami dalam kerajaan lagi, kerja menghasut penghulu telah dibuat semasa pemerintahan pakatan rakyat," katanya ketika dihubungi oleh TV Selangor hari ini.

"Ramai diantara penghulu lama itu tidak menerima hasutan umno-bn apabila kita mengurus kerana dulu kita berurusan secara terus dengan mereka. jadi sebahagian besar mereka menyokong pakatan rakyat. jadi setelah bn merampas kuasa mereka ingin menghasut semula penghulu-penghulu memainkan peranan supaya rakyat di akar umbi membenci pakatan rakyat," katanya lagi.

Menurut sumber, para penceramah yang dijemput ke sesi taklimat itu membangkitkan perasaan perkauman ketika membincangkan isu-isu sensitif.
Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan Umno BN terus kekal memerintah negeri Perak.
Menurut sumber itu lagi, para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama.

TVSNEWS

Selasa, 23 November 2010

Hakim Berundur Dan Saksi Dikena Tindakan : Kapal

KUALA LUMPUR 23 NOV: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu esok pagi.
Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang."Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa.

Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," jelas Anwar.Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Adzlan, khususnya apabila pakar Patologis Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan hari ini.Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota. Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian."Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.Perbicaraan tegang seketika apabila Anwar, peguam Karpal Singh dan Sankara Nair bertikam lidah dengan pendakwaraya Yusuf Zainal Abiden.

Anwar menuduh Zainal sebagai bertindak keterlaluan dalam usaha untuk menghalang dokumen-dokumen tertentu daripada dikemukakan kepada mahkamah.

Menyifatkan prosiding kes sebagai sabotaj, Anwar berkata tingkah laku Dr Siew hari ini jelas membuktikan cubaan nyata untuk menyembunyikan nota-nota awal pemeriksaan terhadap Saiful."Jadi pada pendapat saya ialah memang ada cubaan tidak mendedahkan maklumat yang benar. Kalau dia buat nota masa pemeriksaan Saiful, mengapa dia takut beri keterangan. Ini isu asas dalam undang-undang. Anda buat keterangan, anda buat cacatan. Dua bulan kemudian anda buat laporan. Sebahagian itu diserahkan, tapi catatan bermati-matian dihalang oleh pendakwa daripada dikemukakan," tegas beliau lagi.


TVSNEWS

Video Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur




dan juga : Tegang di mahkamah, polis dikerah

PKR Sedia Mencetus Lonjakan- Anwar

KUALA LUMPUR 23 NOV: Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersiap sedia mencetus lojakan pada kongres minggu hadapan bagi membawa gelombang perubahan demokrasi selepas selesai memilih kepimpinan semalam.


Perkara ini dilontarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Beliau percaya tumpuan kongres lebih kepada persedian pilihanraya justeru optimis tumpuan masyarakat yang mula memandang parti sebagai pencetus perubahan dalam sistem pentadbiran negara kini.

"Sekarang pemilihan telah selesai dan kita akan menghadapi kongres. Tumpuan tentu kepada pilihanraya akan datang," jelas Anwar.

Tambahnya lagi, keraguan rakyat terhadap ketelusan demokrasi pemilihan kepimpinan PKR dianggap cabaran justeru membalas dengan penjelasan terbuka sekaligus menarik perhatian sejumlah besar masyarakat yang mencari pendekatan demokrasi mutlak baru.

Kepimpinan Johor menurut beliau sangat menggalakkan selain mempamerkan pendekatan yang amat unik.

Dalam temubual itu, Anwar turut menzahirkan rasa was-was kreadibiliti Zaid Ibrahim mencipta haluan politik baru di Malaysia justeru sinikal terhadap sokongan yang akan diterima bekas calon timbalan presiden PKR itu apabila mengorak langkah kelak.

"Tidak perlu saya untuk respon kepada beliau kerana dia (Zaid) belum menunjukkan senarai nama ahli baru yang beliau dakwa akan bersamanya," ujar beliau di sini.

Anwar turut berpendapat pejuang-pejuang rakyat yang ingin berlagak 'hooligan' tidak ada tempat dalam PKR justeru beliau memberitahu pendekatan PKR kini adalah memperkenalkan pemimpin-pemimpin muda.

"Untuk kongres minggu hadapan, kita akan tampil lebih kuat dengan memperkenalkan ahli pasukan baru terdiri daripada golongan pemimpin muda yang lebih profesional," kata beliau kepada media.

Anwar berkata beliau akan terus memimpin parti Pakatan Rakyat kerana yakin gabungan PAS dan DAP sedang memberi reaksi terbaik menperkukuh prinsip parti justeru akan memberi laluan mudah kepada pakatan pembangkang mengorak langkah membina sebuah kerajaan demokrasi tulen.

"Sehingga kini Pakatan Rakyat bersetuju cara kita membawa pendekatan ini, jadi kita akan teruskan. Kita akan mengadakan pertemuan Rabu ini untuk menghurai perjalanan akan datang dan saya rasa itu bukan isu. Melainkan Umno yang mahu saya keluar," jelas beliau lagi.

Anwar juga berpendirian tindakan Zaid meninggalkan parti bukan isu yang perlu diberi fokus. Beliau juga mengesa agar PKR lebih proaktif memperlihat kematangan justeru memberi kerjasama terbaik kepada jentera kepimpinan parti.

Ditanya padangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ramalan PKR berjaya mengekalkan dua pertiga kerusi pada pilihanraya akan datang, beliau berkata PKR bersedia menawan dua negeri lagi.

"Pandangan beliau boleh dikatakan relevan pada ketika ini kerana pada 2008 dia fikir kita tidak akan berjaya sehingga kita buktikan ia salah. Jadi kita akan cuba dapatkan satu atau dua negeri lagi," kata beliau kepada media.

(Hadri Yaziz)TVSNEWS

Isnin, 22 November 2010

Video A.Ali : Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula



Terus berjuang!!!!! AA....... Dan JUga...

Jangan Bawa Politik UMNO Dalam PKR - Weblog Ibnu Hasyim

Video Kekecohan di Ceramah Mat Sabu di Pasti Felda Taib Andak 20 Nov 10

Polis ibarat anjing UMNO, terjelir-jelir, bila tuannya kasi arahan dia terpaksa ikut, ada yg ikut alar kadar sebab tak logic dan tak sesuai dgn jiwa mereka tetapi ada yg ikut dgn suka hati...Yg ni nampaknya ikut arahan dgn suka dan rela hati. Musuh sebenarnya bukan polis tapi tuannya yg jahat melebihi binatang.



TERIMA RM7480 SEHARI!!!!!!!!

Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermula

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang. "Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

Malaysiakini

Ahad, 21 November 2010

Ya allah.. teruk betul perangai pejuang islam Zul Nordin

TOLONG SAMPAIKAN PADA ZUL NORDIN
SANDIWARA POLITIK PKR SUDAH LENGKAP – berita hairan

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin,
berkata pengumuman bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim, untuk meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara dimainkan kepemimpinan PKR selama ini.“Kecundangnya Zaid, sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun kecil yang mendokong falsafah politik matlamat menghalalkan cara, menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.
Kepada Zul Nordin:
Saudara,
Tiga hari dahulu saya mendapat panggilan talipon. Ketika panggilan masuk saya berada dibilik mandi. Selesai mandi saya ternampak ada tanda pangilan tidak dijawab dan belum pun sempat saya melakukan sesuatu - satu susulan pesanan ringkas masuk.
Pesanan meminta kebenaran untuk bercakap jika saya sibuk dan tidak mahu diganggu. Pesanan ini saya tahu dari siapa. Saya amat kenal hamba allah ini. Ini kenalan dan kawan lama saya.Kami berkenalan dan berkawan ketika kami muda. Kami berkenalan dan berjuang ketika kami anak anak mahasiswa. Hamba allah ini juga adalah ahli majlis ke 16 Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya dimana saya menjawat Setiausaha Agung PMUM.
Untuk masa ini biarlah saya tidak mengenalkan nama hamba allah ini kepada umum. Tetapi saudara Zul Nordin pasti amat amat mengetahui siapa hamba allah yang saya maksudkan ini.Biar saya teruskan surah ini. Saya pun menalipon kenalan lama saya ini. Apa yang saya tulis dibawah ini ini adalah hasil dari perbualan talipon kami.
Bagini isinya:
Saya diberiathu bahawa apabila parlimen dibubarkan pada tahun 2008 dahulu, nama Zul Nordin telah dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat sebagai calon parlimen.Zul Nordin telah berkesah tentang namanya sebagi calon kepada ramai orang. Zul Nordin bercerita bahawa dia amat amat kekurangan duit. Malah Zul Nordin becerita yang dia tidak memiliki duit untuk untuk wang pertaruhan.
Zul Nordin telah mengkesahkan ‘ kesusahan’ ini kepada seorang seniman. Sang Seniman ini kemudian telah pergi menemui hamba allah kawan saya itu dan meminta sesuatu dilakukan.Sebenarnya sang Seniman, hamba allah ini dan saya adalah dalam satu angkatan. Kami sama sama di jalan raya pada Disember 1974 dahulu. Sang Seniman ini adalah juga kawan baik saya.
Si hamba allah ini dengan baik hati telah menguruskan 15ribu ringgit duit Malaysia untuk digunakan oleh Zul Nordin. Wang sebanyak ini telah dipinjamkan agar dapat digunakan sebagai duit pertaruhan yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya -SPR.
Telah dijelaskan antara si pemberi dan si penerima bahawa wang sebanyak ini hanyalah untuk dipinjamkan sahaja. Sesudah piliharanraya selesai wang pertaruhan ini akan dikembalikan.Zul Nordin ketika itu adalah anggota PKR telah menang dan diangkat sebagai ahli parlimen.
Hamba allah kawan saya ini telah membiarkan beberapa bulan sebelum cuba menghubungi Zul Nordin untuk menuntut kembali wang sebanyak 15ribu ringgit ini. Semuanya gagal. Zul Nordin, si Pejuang Islam dan si Penjihad agama ini tidak ambil pot.Telah beberapa kali cuba dihubungi, si Pejuang Islam ini buat deeeeek sahaja. Justeru hamba allah ini tidak ada pilihan melainkan menalipon Tukar Tiub.Itulah saja isi perbualan talipon antara saya dengan hamba allah yang meminjamkan duit kepada Zul Nordin.
Saudara Zul,
Saya berharap saudara Zul membaca surat saya ini.
Atau jika ada sesiapa yang kenal atau ada hubungan dengan Zul Nordin sila sampai berita hutangnya yang belum berbayar.Marilah kita sama-sama ingat mengingati bahawa sebelum kita berbuih-buih mulut untuk berjihad lebih baik kita selesaikan hutang piutang kita. Sebelum kita meloncat loncat bercakap tentang Islam lebih baik kita uruskan hal hutang kita.
Saya kurang arif dalam hal hukum hakam Islam justeru saya tidak tahu apakah hukumnya jika kita memiliki wang tetapi enggan membayar hutang lama kita. Saya harap mereka yang arif dalam hal ini akan berbaik hati untuk menerangkan kepada saya yang jahil ini.Tetapi dalam budaya dan lingkungan saya yang kurang didikan agama dan tidak pernah berjihad dan tidak melaung-laungkkan Islam – kami akan menyelesaikan hutang piutang kami. Bukan kerana kami hendak masuk syurga tetapi cakap kami adalah janji kami. Janji kami tidak bersayap. Apa yang dikata akan dikota. Ini pegangan hidup kami walau pun kami tidak berjihad atau berbuih-buih mulut bercakap tentang Islam.

Sekian wassalam

Isham Rais

p/s:saya menulis surat iniuntuk menyatakan rasa simpatisaya kepada hamba allah kawansaya yang duitnya telah saudarapinjam. malah kawan saya itutidak ada jalan lain lagi untukmendapatkan kembali duit itu.

Anwar dan Suu Kyi, Dua Tokoh Pejuang Kebebasan Tulen

SHAH ALAM 21 NOV : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua parti pembangkang Myanmar yang dibebaskan baru-baru ini, Aung Sang Suu Kyi merupakan dua tokoh pejuang kebebasan tulen di negara masing-masing yang berlandaskan prinsip perjuangan yang sama.

Membidas dakwaan Rachel Motte yang menyatakan perjuangan Anwar dan Suu Kyi amat berbeza, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Akin berkata ramai di kalangan tokoh-tokoh politik di Malaysia terlalu terpengaruh dengan idea dan propoganda parti pemerintah, Barisan Nasional hinggakan gagal menilai persamaan antara perjuangan Suu Kyi dan Anwar.

Media arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional sebelum menggunakan hujah Motte di akhbar mereka masing-masing untuk menghentam kewibawaan Anwar sebagai tokoh pejuang di negara ini."Perjuangan untuk kebebasan ini bukan hanya sekadar kebebasan fizikal terhadap Suu Kyi, malah kebebasan adalah dalam erti kata yang lebih luas, kebebasan demokratik atau 'democratic freedom', kebebasan untuk pilihnaraya yang adil, kebebasan mendapatkan akses kepada media, dan kebebasan-kebebasan lain sepertimana yang dijamin di bawah hak asasi manusia sepertimana yang diterimapakai secara standart di seluruh dunia," jelas beliau yang dihubungi TV Selangor.

Katanya lagi, Anwar berjuang untuk perkara yang sama iaitu bagi mendapatkan satu pilihanraya yang bebas dan telus, dan kebebasan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnnya di mahkamah.
"Perjuangan-perjuangan ini yang disebut sebagai kebebasan demokrasi merupakan perjuangan yang menjadi asas yang sama dengan perjuangan Suu Kyi untuk membebaskan Myanmar daripada cengkaman tentera junta serta menjadikan Myanmar sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi," tegas beliau lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan, buat masa ini Suu Kyi hanya diberi kebebasan fizikal, bukan kebebasan sepenuhnya kerana masih tidak diketahui samada Suu Kyi akan dibenarkan bergiat aktif dalam parti politik secara bebas, mendapat akses kepada media dan tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk bertemu dengan rakyat Myanmar."Kita melihat bagaimana media disekat di Malaysia, tiada ruang yang bebas untuk Anwar memberikan pandangannya dan sekatan terhadap liputan-liputan positif terhdap beliau di dalam media. Banyak sekatan dikenakan terhadap beliau samada dalam ceramah umum ataupun didalam ceramah-ceramah di universiti," kata beliau lagi.
Shamsul seterusnya menjelaskan, perjuangan Anwar di Malaysia adalah sama sepertimana yang dilalui oleh Suu Kyi dari segi perjuangan untuk kebebasan demokratik di negara masing-masing.

TVSNEWS

Memali: Kemuncak Umno takut berhujah

BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.
"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.
"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.
Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.
Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.
"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.

Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.
Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.

Sekat kebangkitan PAS

Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.
Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.

Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.
Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
HarakahDaily

Sabtu, 20 November 2010

Renungan!! Umno tergugat - Nik Aziz jawab : Video

UMNO menghina DSAI....Siri penghinaan pembesar2 UMNO terhadap DSAI semakin giat dijalankan. Akhir2 ini senario itu bertukar melampau2. Apakah maknanya itu....??? terlalu byk fitnah terhadap DSAI, tak lebih drp UMNO berniat jahat utk menjahanamkan pakatan rakyat semata2....

PEMILIHAN PKR - PEMIMPIN UMNO BIMBANG JIKA IA BERJAYA

Sistem Pemilihan PKR....UMNO Mahu Ianya Gagal

Oleh: Iqbal

"Seprti biasa umno bergerak menggunakan media2 serta agensi-agensi milik kerajaan. Ini kerana mereka merasakan kemudahan-kemudahan ini nenek moyang mereka punya. Setiap kali bila musim pemilihan barisan pemimpin parti-parti dalam PR berlangsung maka liputan yang luar baisa diberikan sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Sebenarnya di alaf baru ini, alaf maklumat dihujung jari dimana maklumat tiada sempadan. Malah majoriti masyarakat hari ini bukannya seperti zaman Pak Pandir. Masyarakat hari ini lincah bukan saja dari segi gerak gerinya malah lincah dalam menilai sesuatu maklumat.

Di Malaysia budaya politknya masih bersifat ortodok ( yang masih dikekal diamalkan oleh parti umno ).Hari ini dimana ganjaran ,laba dan wang ringgit menjadi taruhan maka budaya politik yang bersifat ortodok ini memberi natijah yang buruk. Oleh kerana memiliki kekuasaan mak ini memberi peluang yang tanpa sempadan untuk para pemimpin tertinggi umno untuk mengumpul dan menghimpun seberapa banyak harta dan wang ringgit. Projek-projek mereka boleh ada-adakan. Kelulusan ditangan mereka. Maka sebab tiap kali datang musim pemilihan dalam umno , ini ialah saat keemasan bagi para perwakilan umno mengumpul 'sedikit ' wang dan habuan. Para calon pula tidak teragak-agak melabur untuk memastikan perwwakilan mengundi mereka.

Oleh sebab itu apabila PKR memperkenalkan sistem pemilihan baru , ianya memberi tamparan kepada umno. Kebimbangan umno ialah sekiranya sistem pemilihan secara terbuka kepada semua ahlinya berjaya, maka tidak dapat tidak akan kedengaranlah suara dari ahlinya atau bekas pemimpinnya supaya memperkenalkan sistem seperti PKR. Sistem ini tentunya tidak akan dipersetujui sama sekali poleh para pewakilan dan dalam kalangan pemimpin tertinggi umno.

Para pemimpin umno bukannya jenis reti berusaha dan berkerja keras. Mereka dibesarkan dengan budaya JANGAN PINTAS. Nak kaya ada jalan pintas. Begitu juga nak jadi ketua ada jalan pintasnya iaitu MEMBERI SOGOKAN kepada para perwakilan. Rasuah adalah sindrom yang tidak dapat diubati dalam umno.

Oleh itu kita dapati umno melalui media yang mereka kuasai dan juga melalui ejen2 upahan yang berpura menjadi ahli PKR , berusaha keras dalam percubaan mereka menggagalkan proses pemilihan PKR.
Kepada PKR teruskan langkah anda melakukan perubahan bukan saja dalam parti tetapi juga perubahan di Putrajaya . Jangan bimbang dengan rintangan dan halangan. Ingat bukan satu yang mustahil untuk menyingkirkan umno dari tampok pemerintahan. Umno seperti manusia juga ada had umurnya./Tranungkite

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog