UMNO tadbir Malaysia macam Tahi Judi Kemaruk Judi..

Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya terdedah juga hakikat sebenarnya. Bahawa hutang kerajaan Malaysia bawah UMNO berjumlah RM 378 billion ringgit. Maklumat dari Laman Web Bank Negara..

Kita hairan, mengapa negara mesti berada dalam hutang yang sebegitu teruk memandangkan:

1.0 Kita ada sumber petroleum yang banyak. Mengikut maklumat dari Dr Mahathir sendiri, hasil petroleum di Malaysia berjumlah RM456 billion semenjak zaman Tun Hussein Onn.

2.0 Kita juga ada sumber-sumber kekayaan alam yang lain seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya

3.0 Malaysia juga mempunyai industri perkilangan yang besar. Malahan, sektor perkilangan adalah komponen terbesar ekonomi Malaysia. Eksport barangan elektrik dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada eksport negara. (48 billion suku pertama 2010)

4.0 Malaysia ada sumber pertanian, perikanan dan pembalakan yang besar berbanding negara lain. (RM 1.8 billion suku pertama 2010)

5.0 Selain itu, Malaysia juga ada sumber dari perlancongan dan perhotelan yang terbaik di Asia Tenggara. (RM 24 billion)Pada waktu yang sama, rakyat Malaysia tidaklah mendapat banyak bantuan dari kerajaan pun:

1.0 Jalan semua kena tol. Jalan yang tiada tol, rakyat Malaysia perlu bayar cukai jalan.

2.0 Harga kereta mahal. Rakyat Malaysia kena bayar harga kereta 3 kali ganda harga pasaran. Misalnya, kalau di negara lain harga Honda City adalah RM25k, tapi di Malaysia ia jadi RM84k. Kalau kereta rosak, harga "spare parts" pun mahal. Hendak repair kereta pun sudah menjadi beban kewangan kepada rakyat Malaysia.

3.0 Harga minyak mahal dan pengangkutan awam adalah yang terburuk di rantau Asia Tenggara.

4.0 Gaji rakyat Malaysia adalah rendah dan tidak pernah naik mengikut kos hidup. Purata gaji siswazah tamat pengajian sekita RM1200 sahaja

5.0 Purata gaji pekerja kilang, mengikut statistik Bank Negara adalah RM2206 sebulan. Apa yang pekerja kilang boleh buat dengan RM2206 sebulan? Belanja makan sebulan pun dah dekat RM1500.

6.0 Harga barang makananan semakin mahal dan semakin menghimpit kehidupan rakyat jelata.

7.0 Harga rumah pun mahal. Bayaran rumah sebulan sahaja pun sudah memakan setengah dari gaji.

8.0 Ibu bapa terpaksa berkerja untuk mencari pendapatan yang cukup. Itupun, hanya cukup-cukup makan sahaja. Anak-anak terbiar dan terdedah kepada penyakit sosial.

9.0 Kalau rakyat Malaysia hilang pekerjaan, kerajaan tidak membantu dari segi memberi elaun sementara menanti pekerjaan baru, tidak seperti di negara-negara maju

10.0 Kos perubatan semakin lama semakin tinggi. Kualiti perubatan awam juga semakin buruk menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja tinggi untuk perubatan.

11.0 Tiada program kerajaan memberi makanan percuma pada orang miskin dan memerlukan.Dengan kata lain, tiada apa sangat yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk keselesaan hidup rakyat Malaysia..


sumber : Facebook

Ulasan