Anwar Hadapi Serangan Dalaman Setelah Fitnah Umno Gagal

PETALING JAYA 27 NOV: Perwakilan Kongres PKR hari ini melahirkan rasa kesal atas keghairahan individu tertentu yang mencemar parti dengan kritikan melulu termasuk mempertikaikan jawatan Ketua Umum yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa mengetahui latar belakang di sebalik pengwujudan jawatan berkenaan.

Perwakilan Terengganu Fariz Musa berkata, serangan dalaman itu berlaku apabila tohmahan, tuduhan dan fitnah Umno gagal memberikan sebarang kesan."Di blog, Facebook juga sebut Anwar Ibrahim hilang arah, sebab itu perlu ditegur. Kita tak pertikai kebebasan bersuara dan hak mengkritik, tetapi sudah pasti biarlah dalam keadaan beradap.

Jangan cemarkan parti yang kita sayang ini ," katanya yang juga bekas timbalan ketua Pemuda PKR sesi lalu.Berucap membahaskan ucapan dasar presiden dalam kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Fariz juga menolak bahawa Anwar menerajui parti atas nama jawatan ketua umum secara tidak demokratik."Anwar Ibrahim bukan angkat diri sendiri menjadi Ketua Umum, tapi ia dilantik dalam kongres 2007.

Yang angkat (pilih dia)adalah kita sendiri."Ini tindakan yang demokratik kerana diputuskan oleh badan paling atas dalam parti," katanya.Fariz seterusnya berkata, sejak tahun 2009, PKR diserang secara sistematik oleh Umno-BN bermula dengan lapan pemimpin yanng terdiri daripada ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen 'lompat parti'.

Serangan diteruskan dengan dakwaan dan tuduhan palsu mengunakan isu pasir di Selangor dan kemuncak serangan dapat dilihat apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendedahkan kaitan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri dengan APCO dan Isreal."Kita (PKR) lahir dari serangan dan tuduhan tetapi bagi kita lawan tetap lawan. Kalau takut risiko, jangan bicara soal perjuangan!" kata beliau lagi.

TVSNEWS

Ulasan