Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Sabtu, 29 Disember 2012

Aliran wang haram RM200 bilion disiasat apabila Pakatan menang - DSAI

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.

“Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu.

“Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan.  Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat,” katanya  pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam.

Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI),  Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu  RM200 bilion.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak.

“Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat.

“Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara,” katanya.

Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam./KeadilanDaily


Jumaat, 28 Disember 2012

Khamis, 27 Disember 2012

Akhbar tiada ‘masa lebih’ untuk semak kebenaran, kata peguam Utusan kepada mahkamah

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Peguam Utusan Malaysia Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa akhbar berbahasa Melayu itu “tidak mempunyai masa yang lebih” untuk menyemak kebenaran laporan, apabila melihat kepentingan laporan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu.
Firoz membuat penerangan tersebut dalam kes saman Anwar (gambar) terhadap akhbar tersebut pada Januari lalu bahawa menuduh beliau menyokong pergerakan gay, dan mendakwa beliau berkata demikian dalam temuramah di televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini.

Firoz berkata berita mempunyai “jangka hayat yang pendek,” berkata televisyen dan radio mungkin akan membawa berita sama.
“Jika akhbar perlu menyemak proses untuk memastikan kebenaran secara teliti, mereka sudi untuk melaporkan pada keesokan hari,” kata Firoz.

Firoz mengatakan bahawa media tidak mempunyai “masa lebih” untuk menyemak kesahihan “fakta” dalam setiap berita yang disiarkan, dengan berkata “tidak ada apa yang dapat disiarkan” jika melakukan sedemikian.
Tetapi peguam Anwar N Surendran mengatakan walaupun “berita penting” dan “tidak boleh basi” tidak bermakna “akhbar boleh melaporkan kenyataan yang salah.”
Surendran mengatakan Utusan Malaysia tidak bertanya pada Anwar tentang komennya sebelum meletakkannya di dalam akhbar mereka.

Firoz turut berkata laporan Utusan terhadap bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali adalah “salinan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tanpa sebarang penambahan”.
“Orang ramai perlu tahu apa pandangan beliau (Hasan), dia seorang ahli politik. Tidak ada apa yang peribadi di sini.”
Firoz berkata Utusan harus mempunyai hak untuk mempertahankan laporan tersebut, kerana menyiarkan “laporan secara verbatim” terhadap apa yang dikatakan Hasan.

Beliau mempertahankan akhbar tersebut dengan berkata Utusan mempunyai “tugas untuk menyiarkan isu yang melibatkan orang awam,” seperti undang-undang dan pandangan ahli politik mengenai isu ini.
Tetapi Surendran mendakwa terdapat unsur-unsur fitnah, dimana kedua-dua ketua pengarang dan ketua pengarang berita telah gagal memberitahu jawapan sebenar dalam sesi soal jawab sebelum ini samada laporan itu adalah benar atau tidak.

Pada 23 Oktober, ketua pengarang berita Zulkiflee Bakar memberitahu mahkamah beliau “tidak pasti” sama ada laporan itu benar atau tidak, dengan berkata Utusan hanya menyiarkan berdasarkan “salinan penuh” yang tidak diubah berkenaan dengan kenyataan Hasan.
Surendran bertanya jika Zulkiflee bersetuju terdapat “elemen benar, atau mungkin tidak benar”, dimana Zulkiflee menjawab kedua-duanya sekali.
Zulkiflee turut memberitahu Firoz bahawa laporan tersebut berdasarkan kenyataan Hasan, dan Hasan seharusnya mengetahui bahawa kenyataan itu benar atau tidak.

Hari ini, Surendran mendakwa bahawa ketua pengarang Datuk Abdul Aziz Ishak “cuba mengelak” dan “tidak yakin” apabila ditanya pada 13 Ogos sama ada berita tersebut adalah benar.
Anwar pada Januari lalu memfailkan saman malu berjumlah RM50 juta dan injuksi untuk menghalang Utusan Malaysia dan ketua pengarangnya dari meneruskan laporan berita tentang beliau menyokong pergerakan hak asasi gay.
Pada sesi pendengaran pada 18 Julai, Anwar memberitahu mahkamah bahawa “sudah menjadi pengetahuan orang ramai” bahawa Utusan Malaysia adalah akhbar yang dimiliki Umno dan menerima arahan dari presiden parti.

Anwar bersetuju bahawa homoseksual perlu ditentang untuk melindungi kesucian perkahwinan, tetapi memberi pandangan bahawa undang-undang yang ada sekarang perlu dilihat semula bagi mengelakkan orang yang tidak bersalah dari dihukum.
Awal tahun ini, Anwar didapati tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantu lelakinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, apabila Mahkamah Tinggi mendapati dakwaan tersebut tidak cukup untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful.

Selepas beberapa hari Anwar dibebaskan, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk “Anwar ulas isu gay”, mendakwa pemimpin de-facto Pakatan Rakyat (PR) memberitahu BBC bahawa undang-undang terhadap homoseksualiti di Malaysia sudah “lapuk” dan “tidak relevan”.
Dalam dua artikel yang disiarkan Utusan Malaysia, Hasan melaporkan merujuk kepada temubual BBC apabila menghentam Anwar kerana menuduh beliau bersetuju homoseksualiti harus dibenarkan dalam negara ini.

Hakim Mahkamah Tinggi VT Singham berkata kedua pihak perlu menyampaikan keterangan mereka hari ini dan akan membuat keputusan pada 21 Januari tahun hadapan./TheMalaysiaInsider


Salam Selangor – Siaran Langsung Dari TV Selangor Jam 12:00 (video)

‘Latihan undi BN untuk Orang Asal’, Pengerusi SPR mesti letak jawatan

KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan.
“Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan ‘latihan mengundi BN’ sangat menjijikkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Membenarkan latihan tersebut diteruskan bermakna memperlekeh hak Orang Asal. Ini tindakan intimidasi kepada kelompok yang terpinggir,” tegas Maria.
“Pihak yang terlibat seperti sengaja memilih kumpulan masyarakat ini. Tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi di Sabah dan Sarawak,” bimbangnya.

Dalam pada itu, kata Maria, Bersih dan 82 NGO yang bernaung di bawahnya akan membincangkan mengenai tindakan ke atas laporan tersebut.
Sementara itu, berhubung kenyataan Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa proses pilihan raya di negara ini masih lagi belum lengkap seperti sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya, Maria berkata, ia adalah kesalahan bekas Pengerusi SPR itu sendiri.

“Sebelum ini dia yang sibuk canang untuk adakan perubahan perlembagaan dan struktur SPR, tapi tiada apa yang berlaku.
“Semasa jadi Pengerusi SPR mengapa tak buat? Mengapa sekarang baru bercakap? Kita telah hantar 15 tuntutan melalui memorandum pada 2010. Sampai sekarang tak disentuh.

“Dari lapan tuntutan, hanya satu yang hanya baru untuk ditunaikan (penggunaan dakwat kekal),” kata Maria menempelak dolak-dalik Abdul Rashid.

“Apa yang paling penting adalah SPR itu bebas, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPR patut melapor terus kepada Parlimen dan anggota Dewan Rakyat.
“SPR juga sepatutnya mempunyai kuasa dan badan penguatkuasaannya sendiri,” jelas Maria sambil menambah, ‘latihan mengundi BN’ di Perak tidak berlaku sekiranya SPR mengambil tindakan./KeadilanDaily


Isnin, 24 Disember 2012

'Pesta liar' di PD gagal

PORT DICKSON – Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi.

Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih.

Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.

Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut./SinarHarianOnline

Jumaat, 21 Disember 2012

Pemegang unit ASB dapat dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen

December 21, 2012
KUALA LUMPUR, 21 Dis — Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai  2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.
“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus,” katanya.

Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.
Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. — Bernama


AGEN DSAI....: Pembahagian kerusi PR 90% selesai - DSAI

AGEN DSAI....: Pembahagian kerusi PR 90% selesai - DSAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim    PETA...

AGEN DSAI....: Aliran wang haram bukti rasuah Malaysia berleluasa - DSAI

AGEN DSAI....: Aliran wang haram bukti rasuah Malaysia berleluasa...: Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wa...

Rabu, 19 Disember 2012

'Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah'

ULASAN Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang peka dan tajam pemikirannya.
Tulisan Zainudin yang merupakan bekas ketua pengarang Utusan dan mantan menteri penerangan, mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlien) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.

NONEKemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.

Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi.  Pada era pemerintahan Soeharto,  hampir separuh anggota kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.

Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia- Indonesia di zaman Mahathir.

Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia.

Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin.

NONEHabibie menjadi presiden Indonesia pada Mac 1998 bukannya 20 Oktober 1999 seperti yang Zainudin tulis. Beliau menjadi presiden selama satu tahun enam bulan dan mengundur diri dengan rela hati selepas membina asas reformasi dan transformasi Indonesia daripada sistem autoritarian kepada demokrasi.

Beliau tidak pernah menjadi gunting dalam lipatan Soeharto, sebaliknya beliaulah pendukung utama yang memacu perkembangan teknologi, khususnya Industri Pesawat Terbang Indonesia (IPTN).
Kejayaan beliau ini menyebabkan negara Barat bimbang akan kemungkinan Indonesia di satu hari nanti bisa menghasilkan jet pejuang dan kelengkapan perang yang lain. Antara syarat yang dikenakan IMF kepada Indonesia ialah melarang IPTN membuat pinjaman untuk penyelidikan dan pembangunan.

Zainudin sebenarnya buta fakta bila menuduh Habibie dan Anwar sebagai anjing imperialis. Tuduhan ini adalah fitnah yang amat jahat. Sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Zainudin sudah lupa bahawa Rasulullah SAW melarang sama sekali umatnya mengelar sesiapa pun dengan panggilan nama binatang, sementelahan pula binatang itu seekor anjing.

NONEPendirian Habibie mengenai isu Timur Timor amat konsisten dengan sikapnya yang anti-imperialisme Barat. Di kala beliau menentang kolonialisme Barat dan penindasan ke atas rakyat Palestin, Bosnia, Chechnya dan sebagainya, apakah alasannya untuk menghantar tentera dan membunuh penduduk Timur Timor?

Justeru beliau menyarankan pungutan suara bagi menentukan masa depan pulau itu, walaupun pendekatan ini tidak digemari khususnya oleh angkatan tentera.

Zainudin mungkin terlupa, sebelum pilihan raya Presiden Indonesia pada Mac 1998, mantan perdana menteri Singapora, Lee Kuan Yew membuat kenyataan sinis kononnya jika Soeharto memilih Habibie sebagai timbalan presiden, matawang rupiah Indonesia akan menjunam turun.

Dalam temubual selepas menjadi presiden, Habibie ditanya mengenai komen Lee Kuan Yew. Beliau menjawab dengan menuding jari ke arah peta dunia di pejabat presiden sambil berkata 'Singapore was just a red dot on the map'.

NONEPada 13 Oktober 1998, Habibie mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina Joseph Estrada di Batam. Kedua-dua mereka amat prihatin dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir Mohamad. Berikutnya Kementerian Luar Indonesia dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia membebaskan Anwar daripada tahanan.

Seluruh dunia mengakui dan menghormati jasa Habibie sebagai pengasas demokrasi di Indonesia. Malah musuh politik Habibie di Indonesia sendiri mengakui bahawa Habibielah peneraju utama mengubah Order Baru Soeharto kepada demokrasi.

Selain membebaskan semua tahanan politik di hari pertama bergelar presiden, Habibie turut menghapuskan segala sekatan yang mencekam kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan berhimpun.  Beliaulah pengasas Trias Politica Indonesia iaitu pembahagian kuasa di antara eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Dalam masa yang singkat Habibie berjaya mengurangkan keterbabitan militar dalam pemerintahan dan membina imej baru untuk pegawai kerajaan dan kakitangan sivil. Zainudin juga mungkin tidak sedar bahawa Habibielah yang menandatangani Law No 22 dan 25/1999 yang membolehkan kewujudan kerajaan autonomi di wilayah Indonesia.

Dalam masa 18 bulan Habibie berjaya melaksanakan perubahan struktural yang hebat bagi masa depan Indonesia yang lebih gemilang. Beliau mengundur diri secara terhormat tidak seperti yang ditohmahkan Zainudin. Beliau bukanlah pemimpin yang gila kuasa seperti sesetengah pemimpin di Malaysia yang mahu terus berkokok walaupun suaranya sumbang kerana sudah lama bersara.

Zainudin memalukan bukan sahaja Umno dan Najib malah seluruh warga Malaysia kerana menuduh Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa Indonesia'. Sedangkan seluruh bangsa Indonesia menyanjung tinggi sumbangan Habibie untuk negara dan bangsanya.

Memandangkan Zainuddin mantan menteri kanan Umno maka tentulah wajar kerajaan Indonesia menuntut Malaysia dan Zainuddin memohon maaf kepada rakyat Indonesia.

Sekali lagi Zainuddin buta fakta bila menuduh Mahathir memungut Anwar daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) seolah-olah Anwar sampah yang tidak berguna. Fakta ini mesti diperbetulkan kerana generasi yang lahir dan besar di zaman Mahathir mudah diperdayakan dengan fitnah seperti ini. Sementelahan pula Zainudin kini menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dr Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia pada 1981 ketika seluruh dunia mendapat tempias kebangkitan Islam selepas Revolusi Islam Iran 1979. Pertama kalinya seluruh dunia menyaksikan kemunculan pelbagai NGO Islam.

Di Amerika dan Eropah, pelajar Islam dari Malaysia, Timur Tengah, India, Pakistan, Indonesia dan benua Afrika berganding bahu menubuhkan persatuan dan pertubuhan yang berorientasikan Islam.

Mahathir yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan tidak memiliki imej Islam untuk berdepan dengan gelombang kebangkitan semula Islam. PAS mendapat manfaatnya apabila pelajar yang ditaja oleh kerajaan pulang menyertai PAS.

Penyertaan golongan profesional - peguam, jurutera, doktor, ahli ekonomi dan sebagainya dalam parti itu, telah melonjak naik pengaruh PAS sebagai parti yang dinamik untuk mencabar hegemoni politik Umno.

Mahathir sedar kekurangan beliau lantas memujuk Anwar yang ketika itu sebagai presiden Abim menyertai Umno. Anwar pada mulanya tidak berminat menyertai Umno kerana dirinya lebih rapat dengan PAS. Hubungan persahabatannya dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor amat intim sehinggalah ke akhir hayatnya.

Janji Mahathir untuk melaksanakan Islam dalam pentadbirannya berjaya memikat Anwar. Mahathir sedar sekiranya Anwar menyertai PAS, jangka hayat Umno mungkin tidak panjang.

Dengan kemasukan Anwar, pelbagai projek dan program Islam dilaksanakan. Dasar penerapan nilai-nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Bank Islam, dan sebagainya berjaya menyekat golongan profesional daripada terus berhijrah ke PAS.

Sejarah akan merekodkan fakta kemasukan Anwar ke dalam Umno berjaya menyelamatkan Mahathir dan Umno daripada gelombang kebangkitan semula Islam. Kalau dulu Wanita Umno melangkah ke Perhimpunan Agung dengan sanggul bermacam jenis, kini majoriti sudah bertudung.

Penyertaan Anwar ke dalam Umno dibantah oleh ramai rakannya dari Abim. Mereka bimbang kalau-kalau Anwar akan ditelan oleh budaya dan sistem fikir sekular Umno dan mengorbankan asas dan manhaj Islam yang menjadi asas perjuangan mereka.

Kebimbangan rakan-rakan dalam Abim terbukti tidak benar. Anwar tetap dengan prinsip perjuangannya dan tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketegasan Anwar mempertahankan ketelusan dan keadilan dalam menangani krisis kewangan 1997 menyebabkan beliau akhirnya merengkok di penjara selama enam tahun.

Keengganan Anwar menuruti telunjuk Mahathir dalam mengurus ekonomi ketika dunia dilanda kemelesetan adalah punca sebenar mengapa beliau dipecat. Anwar tidak berganjak mempertahankan Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja daripada digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni.

Anwar tidak mahu wang Petronas dibelanja sewenangnya untuk menyelamatkan syarikat kroni. Anwar menentang hasrat Mahathir hendak mengisytiharkan darurat ekonomi kerana langkah ini bermakna menggantikan demokrasi berparlimen dengan pentadbiran ala diktator.

Untuk membunuh karier politik seorang tokoh seperti Anwar bukanlah mudah. Menyedari betapa sukarnya Mahathir menangani krisis Umno 1987 sehingga Umno diharamkan, maka Mahathir perlu mengatur strategi yang lebih detail untuk membunuh karier politik Anwar.

Apakah kekuatan Anwar? Kekuatan Anwar terletak kepada imej dan maruah Islamnya. Beliau dilihat sebagai jambatan yang menghubungkan pemimpin dan tokoh Islam sedunia dengan Barat.

Latarbelakang Islamnya yang mantap diadun dengan pemikiran dan falsafah Barat yang dikuasainya, menjadikan Anwar seorang pemimpin Islam yang hebat. Justeru itu tidak hairanlah seluruh dunia Islam prihatin bila beliau dipenjarakan oleh Mahathir.

Kita akui Mahathir pemimpin yang cerdik dan bijak. Untuk membunuh karier politik Anwar, Mahathir mesti merobek imej Islam beliau bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadapnya.

Peringkat awalnya, Anwar ditahan di bawah ISA. Menyedari tekanan antarabangsa, Anwar kemudiannya didakwa atas salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa. Seluruh tenaga polis, kehakiman dan media masa dikerah habis-habisan untuk menghalalkan tindakan Mahathir menyingkir dan memenjarakan Anwar.

Dari 1998 hingga kini media arus perdana milik BN tidak pernah berasa letih menggodam, mencemar dan mengaibkan Anwar dan keluarganya.  Alhamdulillah semakin Anwar digodam dan dicaci, beliau semakin popular dan diminati.

Kita memahami mengapa Zainuddin marah dan berdendam dengan Anwar. Selepas Anwar dipenjarakan Zainuddin kembali mendekati Mahathir melalui penulisan buku sehinggalah akhirnya beliau dilantik sebagai menteri penerangan.

Malangnya dalam pilihan raya 2008, Zainudin adalah satu-satunya menteri Umno yang dikalahkan oleh PKR. PM Abdullah Badawi terus mengenepikan Zainudin dan beliau menjadi mantan menteri yang semakin dilupai.

Mungkin dengan membelasah Habibie dan Anwar sedemikian rupa nama Zainudin Maidin kembali menjadi sebutan. Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Zainudin lupa jutaan pengundi asal keturunan Indonesia terguris hati dan marah. Penjelasan Zainudin dalam blognya menyerlahkan lagi sikap sombongnya. Beliau berbangga kerana namanya kembali menjadi sebutan jutaan rakyat Indonesia.

Beliau menuduh rakyat Indonesia sedang mengalami euporia demokrasi sedangkan Malaysia sudah  lama mengamalkan 'Manchester democracy'.  Ini bukan kesilapan ejaan. Mungkin kerana panik, bimbang atau sememangnya beliau tidak tahu asal usul istilah Westminster democracy.

Begitu naifnya Zainuddin sehinggakan beliau tidak sedar tulisannya menjadikan suatu beban buat Umno. Justru Umno tidak boleh berlepas tangan dalam isu ini.

Pertamanya Zainuddin adalah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan yang semua orang tahu isu kandungan akhbar itu dikawal sepenuhnya oleh kepimpinan Umno, khususnya Najib sebagai presiden Umno.

Pada sisi lain episod ini menyerlahkan kelemahan Najib sehingga tidak bermaya sama sekali menegur Zainudin ketika terserlah kemarahan rakyat Indonesia akibat penghinaan Zainudin secara terang-terang dan berterusan terhadap pemimpin dan rakyat Indonesia.

Saya percaya rakan-rakan yang masih rasional dalam Umno turut kesal dengan tulisan Zainudin. Walaupun itu pendapat peribadi, sebagai mantan menteri Umno dan disiar pula oleh media milik Umno maka bantahan dan kemarahan Indonesia ada asasnya.

Rakan-rakan dalam Umno juga tertanya-tanya, apakah Zainudin sengaja mencari musuh baru ketika pucuk pimpinan Umno berhempas pulas mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum ke13?

Sementara reputasi Anwar sekelumit pun tidak terjejas dengan tulisan Zainuddin, isu ini lebih menyerlahkan politicking dalaman Umno sendiri. Anwar kekal sebagai pemimpin tahan uji. Bak kata pepatah arab “emas yang terbaik ialah emas yang terhasil apabila dibakar berulangkali”. Manakala Umno pula menhitung hari menanti rebah.


NONEDATUK SAIFUDDIN NASUTION adalah setiausaha agung PKR dan ahli parlimen Machang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini. Artikel ini adalah versi suntingan.


AGEN DSAI....: MEJA BULAT (Edisi 13) - Ulama' sebagai pemimpin (video wajib tonton)

AGEN DSAI....: MEJA BULAT (Edisi 13) - Ulama' sebagai pemimpin (v...: JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Isnin, 17 Disember 2012

PKR sandarkan kepada pemimpin muda untuk memenangi PRU 13 - Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Saifuddin Nasution berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengiktiraf kepetingan undi golongan muda dan akan menggunakan anak-anak muda untuk mengepalai beberapa jentera parti tersebut untuk memenangi PRU 13. — Gambar fail
PETALING JAYA, 17 Dis — Pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35 peratus daripada senarai calon PKR bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai langkah agresif parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting merebut undi golongan muda, kata setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dengan PRU 13 perlu diadakan selewat-lewatnya Jun depan, tumpuan kepada demografi ini semakin meningkat, yang dikatakan berjumlah 60 peratus daripada 13 juta pengundi.
Dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, Saifuddin memberitahu parti tersebut mengiktiraf kepentingan undi golongan muda dan bakal meletakkan calon dari sektor tersebut paling ramai berbanding rakan Pakatan Rakyat (PR) PAS dan DAP dalam pilihan raya akan datang.
“Atas sebab yang paling mudah, satu sebabnya kerana 20 peratus daripada 12.9 juta pemilih yang akan mengundi pada pilihan raya kali ini adalah merupakan pengundi baru, first timer (pengundi kali pertama) yang pertama kali akan tengok kertas undi.

“Tapi kalau kita ambik cut-off 35 tahun ke bawah, peratusan tu jauh lebih besar, jadi yang boleh memahami citarasa anak muda, kehendak golongan muda, sudah tentulah parti Keadilan kena respon kepada perubahan ini,” kata Saifuddin.
Ahli parlimen Machang itu menjelaskan, PKR sudah mula membariskan kepimpinan muda sebagai calon pilihan raya semenjak pilihan raya 2008 lagi.

Ramai daripada kepimpinan muda ini sudah berada di arus perdana, tambah beliau.
“Misalnya, Nurul Izzah (Anwar), Yusmadi (Yusoff), Amiruddin Shari, Suhaimi (Shafie), Gan Pei Nei, Chang Lih Kang, Chan Ming Kai, S Kesavan, ini menyebut beberapa lama.
“Yang sedang menunggu giliran ini termasuklah saudara Rafizi (Ramli), Shamsul Iskandar dan ramai lagi,” tambah beliau.

Kata beliau PKR, adalah sebuah parti yang sangat akomodatif, menawarkan peluang sama rata kepada setiap segmen komuniti dan kumpulan umur yang ada dalam parti tersebut.
“Sama ada ianya NGO, student leader (pemimpin mahasiswa), pimpinan muda, profesional, pemimpin akar umbi, pesara kerajaan, ini semua selain daripada pemegang jawatan dalam parti, pilihan raya kali ini kami akan menampilkan calon-calon yang dianggap mewakili seluruh segmen masyarakat ini,” terang Saifuddin.

Selain diletakkan sebagai calon, PKR juga akan menggunakan anak-anak muda untuk mengepalai beberapa jentera parti tersebut untuk memenangi PRU 13 sepertimana dilakukan parti AK di Turki yang meletakkan anak-anak muda untuk mengetuai jentera strategik dan media baru untuk memantapkan lagi penguasaan di internet.

“Dan dalam engagement saya dengan mereka (parti AK) itu, saya dapati juga keadaan itu boleh kita apply (laksanakan) dalam konteks Malaysia kerana anak muda ini, dia tidak berminat lagi dengan media tradisi ini, bahkan media parti pun dia dah tak berapa minat dah.
Sebagai respon kepada ini, parti Keadilan juga merekrut aktivis anak muda khusus untuk menangani kempen media baru ini sahaja.

“Masih di bawah saudara Nik Nazmi (Nik Ahmad), tetapi rekrut baru yang kita buat termasuk saudara Praba Ganesan, Sim (Tze Tzin) dan ada lagi beberapa recruitment terus kepada pejabat Ketua Pembangkang.

“Beberapa aktivis mahasiswa yang diberikan tugas khusus untuk kendalikan ahl ehwal yang berkaitan dengan kempen parti dalam menggunakan instrumen media baru,” katanya.
Perlumbaan untuk golongan muda dan undi golongan pertengahan dijangka sengit diantara BN yang memerintah dan pembangkang persekutuan oleh kerana lebih 80 peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah 45 tahun dan ke bawah manakala sekurang-kurangnya separuh daripadanya berusia di bawah 25 tahun.

Datuk Seri Najib Razak mempersiapkan tenteranya dalam BN dan semasa perhimpunan agung Umno bulan lepas, perdana menteri menghantar satu mesej yang jelas kepada ahli-ahli parti untuk menangani demografi utama ini bagi menjamin penguasaan mereka ke atas Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian beliau di perhimpunan itu, presiden Umno mengetuai beribu-ribu ahli berikrar untuk melakukan segala-galanya dengan kuasa yang mereka ada untuk memenangi hati dan minda rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa pengundi hari ini adalah jauh lebih muda daripada sebelum ini, dan bijak “kerana dapat membezakan antara apa yang sebenar dan apa yang tidak”.
Pengerusi BN juga memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin parti secara tertutup agar tidak terlalu bergantung kepada pengundi luar bandar, pengundi etnik Melayu dan bergerak ke golongan pertengahan, memberi amaran mereka boleh mengulangi calon presiden Amerika Syarikat Mitt Romney jika mereka berhenti di atas kejayaan.

Beberapa hari kebelakangan ini, DAP sekutu PKR telah juga menghantar mesej yang sama kepada ahli-ahlinya.
Dalam artikel untuk The New York Times / International Herald Tribune Sabtu lepas, Najib menggesa negara-negara Islam agar memahami dengan baik kehendak golongan muda dengan cara mengambil tahu dan mengerti perubahan demografi dan teknologi yang menyelubungi dan menjejaskan kehidupan mereka.

Beliau berkata dunia Islam sedang mengalami “kebanjiran golongan muda”. Pada 2010, golongan di bawah umur 30 adalah kira-kira 60 peratus populasi di negara-negara yang majoriti penduduknya Islam kata Najib dalam artikel beliau bertajuk ‘The Challenge of Muslim Youth’ (Cabaran Belia Islam).
“Kebanjiran golongan belia telah memperkenalkan tenaga pendam kepada ekonomi dan masyarakat sesebuah negara. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi tenaga penyahstabilan.”
Najib berkata dunia hari ini banyak berbeza daripada 21 tahun dahulu akibat daripada teknologi yang berkembang.

“Era maklumat mempunyai generasinya sendiri, golongan pengguna digital — mereka yang hanya bergantung kepada dunia siber untuk berhubung. Mereka mengharapkan maklumat adalah bebas, demokrasi menjadi responsif, komunikasi menjadi global. Mereka mahukan peranan aktif dalam ekonomi digital.

“Diperkasakan oleh teknologi, golongan muda boleh melahirkan kekecewaan mereka kepada audien global. Ini mempunyai implikasi besar: kemunculan kesedaran baru mengenai politik antarabangsa,” tulis Najib dalam artikel tersebut./TheMalaysiaInsider


AGEN DSAI....:Bongkar !!! Umno Pindah Semula Pengundi Terengganu Ke Selangor - Datuk Husam Musa

AGEN DSAI....: Bongkar !!! Umno Pindah Semula Pengundi Terengganu...: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menaw...

Sabtu, 15 Disember 2012

AGEN DSAI....: CHECKMATE!!! BUAT NAJIB DAN UMNO/BN.....

AGEN DSAI....: CHECKMATE!!! BUAT NAJIB DAN UMNO/BN.....: Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai i...

Jumaat, 14 Disember 2012

AGEN DSAI....: DESAK!!!! SPR jangan jadi alat Umno...!!!

AGEN DSAI....: DESAK!!!! SPR jangan jadi alat Umno...!!!: SPR jangan jadi alat Umno...!!! 1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Moh...

Jumaat, 7 Disember 2012

Selasa, 4 Disember 2012

Rabu, 28 November 2012

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog