Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Selasa, 24 Julai 2018

Maybank jenama bank paling bernilai

Maybank

MAYBANK mengekalkan kedudukannya sebagai jenama bank terunggul di Malaysia menurut laporan Brand Finance Banking 500 Brand Value Report 2018.

Brand Finance, syarikat penilaian jenama dan perundingan strategik memberitahu, nilai jenama Maybank telah meningkat sebanyak 24 peratus dengan mencatat peningkatan kepada AS$3.16 bilion berbanding AS$2.54 bilion pada 2017.

Menurut syarikat itu, di Asean, Maybank adalah jenama bank kelima terbaik manakala di dunia Maybank telah memperbaiki kedudukannya apabila melonjak dari kedudukan 90 ke 83 sebagai jenama bank paling bernilai.Maybank juga mengekalkan penarafan AAA-, sekali gus menjadi jenama bank paling kukuh untuk empat tahun berturut-turut di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pencapaian ini menunjukkan usaha kolektif kakitangan Maybank dalam menyediakan pengalaman jenama yang konsisten untuk pelanggan di seluruh dunia.

“Misi Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan merupakan elemen penting yang telah mendorong ke arah kejayaan ini.
"Misi ini juga telah membolehkan Maybank membina satu rangkaian pekerja terbaik yang bersemangat untuk terus mencipta pengalaman jenama unik untuk pelanggan kami di serata dunia,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pasifik, Samir Dixit berkata, Maybank telah berkembang dengan pesat dalam tempoh lima tahun dan ini dilihat menerusi peningkatan nilai jenama secara organik yang telah berganda dalam masa tujuh tahun.
Laporan kaji selidik tahunan Brand Finance menilai beberapa ribu jenama syarikat terbesar di dunia.

Keputusan analisis ini seterusnya dibandingkan dengan 500 jenama bank paling bernilai di dunia yang disenaraikan di Brand Finance Banking 500.

Sinar Harian Online

Rabu, 11 Julai 2018

Sekolah Niaga: Peradaban digital

sekolah niaga

SEPANJANG minggu ini saya berada di Jakarta. Anak anak muda dalam tim bisnes kami sedang mengatur gerak langkah. Pemasaran secara digital berjalan lancar.
Gerak tindak lanjut dalam pengiklanan di FB, Google Adwords dan Youtub Marketing berjalan sebagai sepatutnya dan ia nampaknya mengena pada sasaran.

Dapatkan data. Data adalah perkara mahal dan berharga. Dengan data yang ada kita boleh guna pelbagai pendekatan untuk pengaruhi mereka (baka pelanggan) untuk akhirnya membeli apa yang kita mahu jual. Data dan informasi menjadi basis penting dalam perekonomian dan ia adalah senjata strategis dalam persaingan.Kesimpulan utama yang saya fahami minggu ini adalah perusahaan harus berubah dari “product based” kepada “platform based”. Jadi kata kuncinya apa ? Platform FB. Platform Instagram. Platform Twitter. Platform What’sapp. Platform Youtube. Baea semua ini ke Website.
Ia perkara baru bagi generasi lama seperti saya. Perubahan dari peradaban revolusi industri, era saya belajar untuk jadi pintar bistari, kepada peradaban baru digital. Peradaban milik mereka yang berakal yang tidak mahu berterusan jadi orang dangkal.

SENTIASA PEGANG KENDALI

Garisbawahi, perubahan kehidupan sedang berlaku dengan cepat. “Lebih baik kita pegang kendali dari dikuasai”. Ubah cara pandang dengan berlapang dada dan lebarkan pandangan untuk hari muka.
Usah salahkan keadaan. Jangan hanya kerana satu dua kerikil kecil, kita harus kembali mundur kembali ke belakang. Pengaruh perubahan peradaban ini sangat penting. Ia rentas bisnes, ekonomi dan politik. Ia adalah gaya hidup masa depan.
Fakta nyata ketika platform berubah, kehidupan dan bisnis pun berpindah. Sekali lagi, tatakala kami tekun meneliti, Indonesia berdasarkan lapuran dari syarikat perunding terkemuka dunia, McKinsey -”Indonesia masih dipandang sebagai pemula atau baru berada pada tahap kelahiran digitalisasi”
Lihat pula perkembangan ini. Pada tahun 2014 pengguna internet di Indonesia adalah 55 juta. 3 tahun kemudian, pada tahun 2017 , pengguna internet di Indonesia telah capai 143 juta pengguna. Dalam tempoh tiga tahun, mereka berkembang hampir tiga kali ganda. Angka tidak berbohong.
Apakah peluangnya? Sehingga kini internet hanya baru dipakai sebagai alat komunikasi mobile di Indonesia. Belum sampai peringkat menggila dimanfaatkan untuk peningkatan produktiviti.
Kesan internet untuk pertumbuhan ekonomi belum dirasakan. Apakah maksud penggunaan internet yang lebih produktif itu? Ia harus tampak dalam IOT, pemakaian Cloud Technology dan Big Data Analytics. Semakin besar perusahaan yang mahu kita bina , semakin perlu akan tiga perkara di atas.

EMPAT ELEMEN REVOLUSI DIGITAL

Dunia telah berubah. Kita akan terus lemah ketika kita masih saling salah menyalahkan. Hasil penelitian McKinsey (2015) sejauh ini Amerika Syarikat, Hong Kong berada di atas dalam hasil perbaikan digitalisasi dalam meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
Sementara negara-negara seperti India, Filifina, Thailand dan Indonesia masih tertinggal di belakang Malaysia atau Rusia dan sangat tertinggal di belakang berbanding Jepun, Korea atau Jerman.
Penggunaan internet untuk ekonomi produktif bukan hanya untuk menghibur. Main “game, FB dan Insta atau untuk WA” sebagaimana yang dibuat oleh ramai orang sekarang. muat naik dan muat turun foto. Atau untuk membaca berita isu isu terkini. Setakat itu saja dan sejauh ini saja.
Banyak orang masih dalam kejutan teknologi. Guna pakai teknologi sekadar untuk menunjukkan apa yang mereka lakukan di masa lalu dan masa kini, bukan apa yang bisa mereka lakukan di masa depan.
Ada empat elemen Revolusi Digital. Pertama, Internet selular (mobile internet). Alat yang panggilan Indonesia, di sebut telefon bimbit telah jadi pintu utama untuk berkomunikasi dengan guna internet.
Kedua, apa yang disebut Cloud Computing. Pelaburan (investasi) di server. Ini akan menjadi tingkatkan akses data jarak jauh.
Ketiga, Internet of Things (IoT). Belanja untuk tingkatkan sensor dan aktivator. Ini untuk membantu operasi teknologi jarak jauh dan untuk melakukan “mesin pintar -manusia cerdas”.
Keempat, Big Data dan Analytics. Alat, kapasiti, kemampuan manusia untuk internet bagi memprediksi dan operasin kerja. Adanya empat perkara ini akan bolehkan satu perusahaan memecut laju ke depan.

GERAK TINDAK LANJUT

Ada 143 juta pengguna internet. Mereka ramai. Tapi dalam dunia bisnis online Indonesia baru bermula.
Pengiklanan FB di sini, kurang saingan. Belum sampai penuh. Berdasarkan pengalaman, apabila dapat data tepat kawasan mana yang padat dengan pendapatan isi rumah yang tinggi, kita boleh “drop pin” - dan hasilnya luar biasa. Sambutan mereka lebih atas dari lumayan.
Dalam tempoh 3 tahun ke depan, kehidupan dunia akan berubah dari apa yang perlu dipelajari  “what to learn” kepada bagaimana untuk mempelajarinya “how to learn”.
Kehidupan dan bisnes warga Indonesia akan berpindah secara masif ke dalam platform.
Dampak perpindahan kehidupan dari dunia lama ke platform tidak hanya terbatas pada aspek sektor. Ia menjangkau pada cara metode usaha , dari “owning economy” kepada “sharing economy”.  Tiada lagi bangga pada pemilikan sendiri . Ia lebih pada perkongsian dan kolaborasi.
Dari produk dasar kepada platform dasar. Dari pendekatan tunggal kepada “ambidextrous” dan meluas menjadi multi industri. Banyak pekerjaan yang kita kenal dalam abad lalu, telah digantikan oleh pekerjaan baru yang berasaskan teknologi.
Ini bukan bermakna pekerjaan lama telah tiada secara keseluruhannya. Ia tetap diperlukan, asalkan pelakunya boleh memperkasakan diri dengan aplikasi teknologi baru. Pada masa kini, pendidikan banyak dipengaruhi oleh algoritma dan kecerdasan artifisial.
Pengajaran, teknologi dan kualiti banyak mempengaruhi “manusia yang laku jual” di tempat kerja pada masa depan. Dunia kerja akan datang bukan lagi tempat untuk mereka yang bermentaliti penumpang. Apa yang diperlukan adalah penggemblengan mental secara berterusan. Semua otak otak terbaik apabila dapat melupakan “ego besar” dan duduk bersama membentuk tim genius akan dapat membina masa depan gemilang yang diimpikan.

EKOSISTEM DIGITAL

Rumusannya dalam mendepani dunia peradaban digital ini, kita wajar berlapang dada, berpandangan terbuka serta beradaptasi tanpa ada halangan minda. Ia sulit bagi mereka yang mendabik dada, “hanya aku yang pandai dan terrer”. Ia payah bagi mereka yang terbelenggu dengan kebesaran masa lalu.
Ia mudah bagi mereka yang sedia membangunkan ekosistem baru. Ekosistem Digital. Habitat alami komunitas berisi ilmu dan tahu diri. Keberhasilan dalam hidup tidak pernah bersifat final atau kekal. Ia tidak terhenti pada pangkal. Ia adalah kembara sepanjang masa, meniti usia dan yakin pada doa. Satu masa kita akan berada dipuncak jua.

***Roslan Ab Hamid menulis catatan minggu ini dari Kantor Perusahaan, Jalan Jenderal Gatot Subroto, Jakarta Selatan. Beliau boleh dihubungi di FB : Roslan Ab Hamid

Sinar Harian Online

Selasa, 3 Julai 2018

Teknik langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

hartanah

SECARA umumnya, kebanyakan pembeli rumah khususnya kepada mereka yang pertama kali pertama akan membuat perjanjian dengan pihak bank untuk melunaskan bayaran ansuran selama 30 tahun.
Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan selama 30 tahun itu, jika difikirkan kembali memang memakan masa yang lama.  

Bagaimanapun, tempoh bayaran balik pinjaman perumahan 30 tahun itu sebenarnya boleh dipendekkan sekiranya pembeli tahu dan faham cara-caranya.Contoh, jika kita di usia 30 tahun membeli rumah, pada usia 60 tahun barulah bayaran balik pinjaman perumahan kepada pihak bank langsai.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan pada tahun-tahun permulaan mereka membayar hutang, mereka hanya membayar nilai faedahnya sahaja.
Selepas nilai faedahnya habis dibayar, barulah nilai pokoknya mula dibayar.
Inilah salah satu mitos dan salah faham kebanyakan orang yang berhutang rumah dengan bank.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada nilai hutang dan nilai bayaran balik hutang kita kepada bank ini?
Pengasas Hartanahguru merangkap Pengasas Bersama celikhartanah.com, Abdul Aziz Ahmad berkongsi ilmu dan teknik ‘killer’ yang boleh melangsaikan hutang rumah dalam masa 10 tahun sahaja.

Kena paham konsep pinjaman

Senario yang berlaku pada hari ini, ramai bimbang pembayaran balik pinjaman perumahan tidak dapat dilangsaikan mengikut tempoh yang diberikan oleh pihak bank meskipun dalam perjanjian pihak bank menetapkan bayaran ansuran selama 30 tahun.
Bagaimanapun, tempoh yang diberi itu tidak semestinya kekal 30 tahun, kita mesti langsaikan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Kita boleh menyelesaikan lebih awal, asalkan jangan lebih dari jangka masa 30 tahun itu.

Katanya, bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan mereka perlu tahu, terdapat dua komponen utama iaitu nilai pokok dan nilai faedah.

“Apabila kita mula membayar balik hutang kepada bank setiap bulan, jumlah tersebut digunakan untuk membuat bayaran balik sejumlah nilai pokok dan sejumlah nilai faedah.
“Nilai faedah dikira daripada baki nilai pokok atau baki hutang kita. Sebagai contoh, Hutang rumah kita RM200,000 dan setiap bulan kita bayar RM1,000. Daripada RM1,000 yang kita bayar untuk bulan pertama, RM200 akan dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM800 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi baki hutang kita sudah kurang RM200 menjadi RM199,800.

“Bulan kedua, RM210 dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM790 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi hutang kita RM199,800 sudah berkurang RM210 menjadi RM199,590. Begitulah seterusnya. Sebab itu pada peringkat permulaannya kita nampak baki hutang kita lambat kurangnya.

"Jadi konsep pinjaman perumahan ini perlu dipahami oleh semua agar pembeli tidak tertanya-tanya mengapa bayaran ansuran rumah tidak langsai 'ontime',” katanya.

Siap sedia apabila OPR naik

Menurut Abdul Aziz, kita perlu bersiap sedia dari segi pembayaran balik sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan baharu OPR atau Overnight Policy Rate atau 'Kadar Faedah Semalaman'.
“Apabila berlakunya kenaikan OPR, sudah tentu kita terpaksa membayar jumlah bayaran sepertimana yang diarahkan oleh pihak bank.
“Jika gagal mematuhi arahan pembayaran ansuran yang ditetapkan, sudah tentu akan menjadi masalah kepada diri kita sendiri kerana pembayaran balik bayaran ansuran rumah akan menjadi lebih panjang.
“Jadi formulanya, apabila kenaikan baru OPR, kita kena mengubah jumlah bayaran bulanan daripada kadar sepatutnya ke jumlah tertentu. Ikut kepada arahan yang diberi oleh pihak bank, bagi atasi masalah di kemudian hari," katanya.
beliau berkata, sebagai peminjam perumahan, kita perlu sentiasa mengambil tahu dan peka akan setiap perubahan yang berlaku pada kadar OPR.

Cara memendekkan tempoh bayaran

Langkah untuk memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman bagi pembeli rumah boleh dilakukan menerusi kaedah pembayaran prinsipal secara pukal.
Menurut Abdul Aziz, apabila kita membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kita membayar dua perkara iaitu bayaran prinsipal atau pokok dan keduanya, bayaran faedah (interest) yang dikenakan ke atas pembeli oleh pihak bank.
“Jadi, untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan kepada 10 tahun, setiap enam bulan sekali, kita boleh mengambil langkah dengan membayar secara pukal pinjaman prinsipal sepenuhnya kepada bank.

“Dengan cara beginilah kita dapat pendekkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun kepada 10 tahun, berbanding lazimnya,” katanya.

Boleh keluarkan wang caruman KWSP

Selain itu, katanya, pembeli juga boleh mengeluarkan wang caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun dua, jika tidak mempunyai jumlah amaun yang mencukupi sebagai altenatif bayaran.
“Pengeluaran daripada akaun dua KWSP boleh dibuat berdasarkan tiga perkara. Pertama, untuk membuat bayaran pembelian rumah kali pertama.
“Sebab kedua, pengeluaran yang dipanggil‘holiday payment’ iaitu jika kita mempunyai masalah hutang, kita mahu melangsaikan hutang-hutang, kita boleh buat pengeluaran menerusi kaedah kedua ini.

“Dan kaedah ketiga bagi mengurangkan nilai prinsipal atau 'principal reduction',” jelasnya.
Katanya, daripada ketiga-tiga kaedah itu, bolehlah digunakan untuk membuat pembayaran prinsipal secara pukal.
“Bagaimanapun, berapa jumlah bayaran untuk pengurangan prinsipal mesti dirujuk kepada surat perjanjian di antara pembeli dan bank.

“Sebagai contoh, sekiranya jumlah pinjaman bank yang dibuat oleh pembeli rumah ialah RM200,000 maka bayaran prinsipal setiap enam bulan sekali adalah RM5,000.
“Dengan pencerahan yang diberikan ini saya berharap dapat membantu pembeli-pembeli rumah di luar sana untuk memendekkan tempoh bayaran balik bank,” katanya.

Sinar Harian Online

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog