Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno.....kian parah!!!!!!

TUMPAT, 30 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.
Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam. Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada su…

Apakah laman web yang paling ramai dikunjungi pelayar internet tahun 2011?

HHRS 2.0 - Lembaga penyelidikan Nielsen mengeluarkan alamat laman web yang selalu menjadi tumpuan para pengguna internet selama setahun terakhir ini. Alhasil, Google, Facebook, dan Youtube merupakan laman web yang sering dikunjungi pengguna internet.
Seperti dilaporkan dari CNet, Nielsen mengkategorikan hasil kajiannya ke dalam tiga bahagian, iaitu Top 10 US Web Brands di 2011, Top 10 US Social Networks & Blog di 2011, dan Top 10 US Online Destinations untuk Video. Kajian itu dilakukan hanya di Amerika Syarikat. Untuk Indonesia, berdasarkan data dari Alexa.com, lima laman utama yang paling sering dikunjungi tidak jauh berbeza dengan di Amerika Syarikat. Nielsen mengukur hasil surveinya berdasarkan jumlah pelawat unik (unique visitor) satu bulan yang melawat tiap-tiap laman web yang disurvei. Rata-rata, yang menjadi kedudukan teratas dalam keputusan kajian tersebut merupakan syarikat internet gergasi yang sudah lama berkecimpung di internet.
10 US Web Brands di 2011 (da…

Geng Umno desak!!! Saifuddin Abdullah letak jawatan

ASPIRASI desak Saifuddin letak jawatan jika...
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) akan mengadakan petisyen untuk mendesak Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan ekoran satu insiden bendera perdana menteri diturunkan oleh seorang mahasiswa.

Kumpulan pro-BN itu bertegas supaya Saifuddin meletak jawatan sekiranya kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia, yang menganjurkan demonstrasi ketika insiden tersebut berlaku, tidak memohon maaf atas tindakan tersebut.
Presiden ASPIRASI Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 5 Januari kepada Saifuddin untuk memberi maklumbalas ke atas tuntutan memorandum mereka bertarikh 21 Disember.

Selepas tarikh itu, ASPIRASI akan mula mengutip tandatangan untuk petisyen berkenaan, katanya.

"Hari ini adalah hari kesepuluh (selepas memorandum dihantar). Kita harap ada perkembangan. Kalau beliau tidak mahu bertanggungjawab, Solidariti Mahasiswa Malaysia tidak mahu…

Video ni buat Hasan Ali...

Live!!!! dari kelantan Kuliah Jumaat sesi pertama sedang disampaikan oleh YB Ust Abdullah Yaakob, ADUN Ayer Lanas

UmnoBN Kian!!! Hancur!!!! Panas!!!!!!!!!

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira…

Ayat Kursi tangani gangguan makhluk halus

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011 KUALA TERENGGANU - Jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH, tegas Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.

Menurutnya, orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu takut kepada hantu kerana ia adalah jelmaan iblis, syaitan atau jin dan semua­nya itu adalah makhluk ALLAH.
“Saya bimbang bila orang kita terlalu takutkan hantu sehingga mengatasi kekua­saan ALLAH. Kita tidak perlu gusar atau takut, mungkin apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH tetapi kita perlu ikhtiar dengan bergantung kepada ALLAH TAALA.
“Kejadian diganggu hantu sepatutnya menjadikan kita lebih dekat pada ALLAH dan lebih banyak muhasabah diri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gangguan hantu Kak Limah yang dikatakan berlaku di Marang.
Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Aizi berkata, dia tidak menolak kemungkinan kejadian sihir atau gangguan iblis, syaitan atau jin tetapi dalam bentuk jelmaan, untuk menakutkan or…

(HOT!!!) Penjelasan Isu Ustaz RASUL DAHRI - Ustaz Azhar Idrus (video)

10 berita terhangat 2011

Pilihan pembaca: 10 berita terhangat 2011 Berbeza daripada tradisi Malaysiakini sejak sedekad lalu, kali ini pembaca diberi peluang untuk memilih topik berita terpenting sepanjang 2011.

Seramai 1,056 pembaca mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan pada minggu lalu.
Pembaca ini memilih tajuk yang diminati mereka daripada kesemua 21 topik yang disediakan Malaysiakini – dengan memberi nilai '0' untuk yang terendah dan '10' untuk tajuk yang paling diminati.

Tidak hairanlah, perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai menjadi topik paling popular di kalangan pembaca untuk tahun ini.

Mengekor rapat di nombor dua ialah liputan berita untuk skandal dalam National Feedlot Corporation – hanya ketinggalan 91 undi di belakang berita nombor satu untuk 2011.

Kontroversi di sebalik cincin bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mencuri tempat di nombor tiga, lebih tinggi daripada minat yang ditunjukkan untuk tajuk berita berkaitan…

(Lawak) Mat Rempit / Penagih Dadah Mati - Ustaz Azhar Idrus (video)

Carta Blog Popular Hari Ahad, 25/12/2011 Minggu 34

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Ahad, 25/12/2011 Minggu Ke34...: Senarai Blog 25/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog 18/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog ...

Lambang mirip kalimah ALLAH - (Hina Islam)

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 25, 2011 KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.

Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.

“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.

“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia meng…

Pasti Panas!!!!!!! Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

KUALA LUMPUR, 25 Dis:Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan M…

Berita Panas!!!! Puak2 Umno Desak Saifudin Abdulah Letak Jawatan!! (video)

Resign now, pro-gov't students tell Saifuddin


Adam! Anda tidak berseorangan - Pemuda PAS

Oleh : SH ONLINE/NURHAZLIN LYDIA MOHAMAD NAZRI
Tarikh : December 23, 2011 SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mengecam tindakan mengugut untuk  meludah, memukul dan ugutan bunuh kepada Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kalaupun tindakan Adam dianggap sebagai satu kesalahan besar namun, ia perlu diselesaikan secara baik.

Menurutnya, Adam merupakan mahasiswa, selaku intelek muda tentunya dia mempunyai asas kukuh mengapa ia bertindak sedemikian.

"Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya. Saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya.

"Sebagai contoh, saya sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu sebagai satu isyarat kerana ada rakyatnya yang menghina Nabi Besar Muhammad S.A.W.,” katanya dalam keny…

Ceramah Terkini!!!!! Mat Sabu!! (video)

20111218 Rapat Rakyat - Mat Sabu


Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.
“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.
Beliau ya…

Najib didakwa lulus skim cepat kaya!!

KUALA LUMPUR 21: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program skim cepat kaya yang menyebabkan 200,000 menjadi mangsa penipuan.
Skim berkenaan yang sebelum ini disiar dalam media arus perdana, dikaitkan dengan seorang pengajur bergelar ustaz dan kini menjadi buruan polis.

Menurut laporan Harakahdaily, skim berkenaan yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen, diluluskan Najib semasa menjadi timbalan perdana menteri pada 26 April 2008.
Dua hari selepas itu, pejabat timbalan perdana menteri melalui setiausaha sulit kanannya turut mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu.
Berbekalkan surat dan tandatangan Najib, kempen dibuat oleh pengajur bergelar ustaz berkenaan ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai.

Harakahdaily melaporkan, sumber memberitahu, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 hingga RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta dalam masa setahun.
Portal itu turut memetik laporan akhbar …

PAS Selangor perjelas isu Hasan Ali (video)

Komen : Sudah Sampai masa PAS pusat menganbil tidakan kepada Dr Hasan Ali (pecat)

Ceramah Power!!!! Chegubard (video)

Bukti UMNO menghina Raja-raja Melayu


Umno Bapak Penipu


BEREBUT MIC DEKAT KAROAKE - UST AZHAR IDRUS (video)

Carta Blog Popular Hari Ahad, 18/12/2011 Minggu 33

CARTA BLOG POPULAR..!!: Carta Blog Popular Hari Ahad, 18/12/2011 Minggu Ke 33..: Senarai Blog 18/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog 11/12/2011 Ranking Dunia Ranking CartaBlog Turun/ Naik ...

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu...kah kah kah terbongkar!!!!!

KUALA LUMPUR, 18 Dis:Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewang…

Jawapan Abby Abadi yang menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Inilah gambar yang sedang tersebar dengan rancak di beberapa wall facebook dan twitter. Perubahan positif Abby Abadi yang mendekatkan diri dengan ceramah agama mendapat pelbagai respon positif para facebookers especially para peminat Abby Abadi yang tak putus-putus mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Abby Abadi selepas rumahtangga yang dibinanya bersama Norman Hakim hancur di tengah jalan pada beberapa tahun yang lepas. Dan di bawah neh ialah reaksi balas Abby Abadi terhadap penyebaran gambar neh ; Dalam erti kata lain.. biarlah dia berusaha berhijrah dengan cara dia sendiri. Risau juga dia andai hari neh pergi kuliah agama, esok lusa berlakon buka tudung, orang kata dia hipokrit bagai pula. Slow2. Bagi dia masa.. bagi dia belajar dan mendekati diri dengan ilmu islam. Sama2 doakan agar dia bertambah2 positif dari hari ke hari. Insya-Allah. Sumber : SINI
Sumber : Jkk.

Media dalam era Malaysia pasca-BN

"Jika dan apabila pembangkang mendapat kuasa, dari saat pertama, meraka harus segera menjawab kepada akhbar sebenar yang kuat dan tidak bersifat penakut," kata penulis Dean Johns.
"Malaysia akan mempunyai ruang media yang luar dengan pelbagai akhbar yang menyajikan segala macam pandangan dalam dunia pasca-BN," tambah kolumnis Malaysiakini itu.
Johns (kanan) menyertai Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan sebagai anggota panel dalam forum "Peranan media dalam dunia pasca-BN" di sebuah universiti di Kuala Lumpur malam tadi.
"Media arus perdana, tidak hanya akhbar, tetapi semua media  akan mempunyai peranan penting dalam Malaysia pasca-BN.

"Dan pasaran berada dalam keadaan untuk memutuskan yang mana akan bertahan," Johns membuat jangkaan.
Manakala Gan pula membandingkan Malaysia dengan negara lain di rantau ini dengan berkata, jika berlaku perubahan, ia mungkin tidak sekata.
"Terdapat ketidakpastian - yang dijangka unt…

Pelaburan KWSP meningkat

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 17, 2011 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mencatatkan pulangan memberangsangkan bagi pelabu­ran ekuiti sekali gus meningkatkan pendapatan pelaburan sebanyak 18.32 peratus atau RM6.8 bilion pada suku ketiga tahun ini berbanding RM5.75 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan pelaburan ini turut dikukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli aset pelaburan KWSP yang meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion pada akhir tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pencapaian prestasi suku ketiga melebihi jangkaan di mana pada suku ketiga, kedua-dua pasaran domestik dan global berada di bawah tekanan jualan berikutan penurunan gred taraf kredit Amerika Syarikat dan kesan krisis hutang zon Eropah.

“Prestasi pelaburan KWSP yang baik ini khususnya disumbangkan oleh usaha pe­ngurus dana ekuiti KWSP yang telah melaksanakan strategi pengambilan untung de­ngan mengunci keuntungan terutama…

'Durian runtuh' hanya sekali..!!!

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Fel…

Sidang Media YB Nurul Izzah Terkini!! (video)

PKR wants Pakatan to make state institutions UUCA-free


Aliran wang haram RM150 bilion 2009

KUALA LUMPUR 15 Dis: Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

Pada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, dalam laporan terkini – dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 – GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama – China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$…

Gergasi internet ingatkan AS tak ikut Malaysia

Gergasi internet ingatkan AS tak ikut M'sia Pengasas Google, Twitter, Yahoo!, eBay dan beberapa gergasi Internet menyatakan kebimbangan terhadap Kongres Amerika Syarikat yang mahu memperkenalkan undang-undang untuk menghapuskan masalah cetak rompak dalam talian.

Mereka memberi amaran, undang-undang yang dicadangkan itu akan memberikan Washington kuasa menapis internet, sama seperti yang berlaku di China, Malaysia and Iran, lapor AFP.

Akta Hentikan Cetak Rompak menerima sokongan daripada kedua-dua pihak dalam dewan perwakilan dan versi yang diperkenalkan kepada senat dikenali sebagai Akta Kecurian Harta Intelek.

Undang-undang itu menerima sokongan daripada Hollywood, industri muzik, gabungan perisian perniagaan, persatuan pengilang, Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan kumpulan lain.MalaysiaKini