Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 12 Disember 2018

Love Scam: Empat Awang Hitam ditangkap

Love Scam: Empat Awang Hitam ditangkap



BAYAN LEPAS - Empat lelaki warga Nigeria ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penipuan dalam talian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, keempat-empat warga asing itu ditahan disyaki terlibat dalam penipuan parcel dan scam cinta (Parcel and Love Scam).

Menurutnya, kesemua lelaki berusia dari 21 hingga 28 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium Villa Emas, Persiaran Bayan Indah di sini.

“Hasil pemeriksaan, terdapat empat lelaki Nigeria sedang bersembunyi di balkoni rumah terbabit dan siasatan di rumah itu mendapati mereka menjalankan kegiatan parcel and love scam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.“Semua lelaki warga asing itu ditahan pada jam 6.15 petang. Serbuan dibuat di sebuah pangsapuri dan mendapati terdapat kelibat orang yang mencurigai dalam rumah tersebut.

Anbalagan berkata, pihaknya turut merampas empat komputer riba dan lapan telefon bimbit pelbagai jenama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan.

sinar harian

Sabtu, 24 November 2018

30 dakwa jadi mangsa penipuan mata wang digital

KAJANG: Seramai 30 daripada kira-kira 300 mangsa warga tempatan membuat laporan polis berhubung pelaburan mata wang digital atau bitcoin dianggar membabitkan kerugian mencecah RM22 juta.
Seorang mangsa, Mohd Alif Basari, 27, mendakwa melabur lebih RM60,000 sejak menyertai pelaburan pada April 2016 tetapi pelaburan diperoleh kurang daripada RM2,000.
Beliau yang pernah bertugas sebagai jururawat hospital swasta berkata, pelaburan ‘bitcoin’ itu menarik minatnya selepas menghadiri taklimat di ibu negara.
Katanya, pelaburan berkenaan dianjurkan seorang penerbit filem tempatan.
“Kami dijanjikan dividen bulanan berdasarkan pembelian satu bitcoin berharga RM1,800. Pada bulan pertama, saya mendapat pulangan kira-kira RM500 hingga RM600 secara tunai.
“Pulangan itu meyakinkan saya untuk terus melabur dengan membeli enam hingga 20 bitcoin sehingga Julai 2016.
“Bagaimanapun, sistem pelaburan itu mulai goyah apabila proses pengeluaran dividen dalam bentuk tunai kerap tergendala.
“Ia menyebabkan saya curiga terhadap pelaburan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.
Mohd Alif adalah antara 30 mangsa yang membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap sebuah syarikat pelaburan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, berkata lebih 300 individu tampil membuat aduan ke pihaknya berhubung penipuan pelaburan mata wang digital itu.
Katanya, mangsa meminta bantuan MCCA untuk mengetengahkan isu berkaitan bitcoin yang didakwa cenderung bagi tujuan pelaburan palsu.
“Mangsa yang membuat aduan kerugian antara RM10,000 hingga ke RM600,000 selepas menyertai sindiket berkenaan sejak 2015.
“Syarikat itu mendakwa lebih 50,000 orang menyertai pelaburan berkenaan,” katanya.
www.bharian.com.my

Khamis, 1 November 2018

Tone Group perkenal program pemasaran Tone Wow

KUALA LUMPUR: Tone Group memperkenalkan inisiatif terbarunya, Tone Wow, program pemasaran prabayar mudah alih yang memberi pengguna peluang menikmati perkhidmatan mudah alih disamping menjana pendapatan pasif.
Melalui program pemasaran itu, Tone Group menyasarkan tambahan 500,000 ahli baru untuk produk Tone Wow, ditawarkan melalui rangkaian 4G Plus Digi, pada hujung tahun 2019.
Ia turut merancang untuk menawarkan pelbagai lagi produk dan inovasi, serta perkhidmatan dan program pemasaran yang berkaitan untuk memanfaatkan pengguna mudah alih di Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi Tone Group, Robert Chew dalam kenyataannya berkata pihaknya telah membuktikan menerusi program pemasaran uniknya, syarikat berjaya menunaikan janji untuk memberi pendapatan pasif bulanan yang berulang, sekaligus membantu meringankan beban kos sara hidup ketika ini.
“Ada di kalangan ahli kami telah pun menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjalankan promosi program ini. Secara ikhlasnya, kami sentiasa berhasrat untuk memberi ahli kami produk mudah alih yang kompetitif dan servis berkualiti tanpa kompromi.
“Kami percaya produk baru ini akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan kewangan,” katanya.
Tone Group merupakan pengasas program dengan konsep yang sama di bawah jenama Tone Excel International Sdn Bhd (Tone Excel) dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus) dan telah bertapak di Malaysia sejak lebih dari 8 tahun.
Pengguna boleh melayari www.tonewow.net untuk mendapatkan maklumat lanjut. – BERNAMA

Sabtu, 20 Oktober 2018

Maxis catatkan prestasi berdaya tahan pada suku ketiga

Maxis

MAXIS Bhd memperlihatkan prestasi yang berdaya tahan pada suku ketiga berakhir 30 September 2018, dipacu oleh peningkatan pertumbuhan data dan keputusan yang positif daripada pengoptimuman kos dan inisiatif pemasaran yang agresif.  

Pada suku yang dinilai, untung bersih syarikat telekomunikasi itu berjumlah RM513 juta berbanding RM564 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas, sementara perolehan adalah RM2.26 bilion berbanding RM2.33 bilion pada suku sama sebelumnya.

Menurut syarikat itu, segmen pascabayar terus memberikan prestasi baik dengan perolehan berkembang 2.8 peratus kepada RM1.025 bilion, dipacu oleh pertumbuhan langganan dengan perolehan purata setiap pengguna (ARPU) yang kukuh dan tinggi sebanyak RM93.

Bagaimanapun, perolehan prabayar susut 10.1 peratus kepada RM851 juta, tahun ke tahun, mencerminkan persaingan harga yang berterusan di pasaran sementara perolehan gentian kediaman meningkat 14.3 peratus kepada RM80 juta manakala asas pelanggan berkembang kepada 202,000 suku ini, kata Maxis dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Nason, berkata syarikat berkenaan mempunyai prestasi operasi suku tahunan yang baik yang dipacu oleh pertumbuhan data dan permintaan untuk tawaran inovatifnya daripada pelanggan dan perniagaan.Pada suku yang dinilai, Maxis mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak lima sen sesaham

“Kami sangat gembira dengan teras prestasi kami yang kukuh dan dalam menjejaki sasaran yang dibuat, kami menjangkakan kemunculan satu keadaan yang membawa pengurangan dalam perolehan borong kami, kesan akibat cukai jualan dan perkhidmatan, pelaburan di dalam tawaran baharu gentian kami dan persaingan harga yang berterusan sengit,” tambahnya.  - Bernama

Rabu, 19 September 2018

RHB perkenal aplikasi perbankan mudah alih baharu

RHB perkenal aplikasi perbankan mudah alih baharu

RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB Reflex yang baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan.
RHB berkata aplikasi tersebut membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih, termasuk pembayaran pukal, pembayaran tunggal, pengurusan gaji dan pembayaran bil.

Ng berkata langkah itu sejajar dengan inisiatif transformasi digital bank dan setakat ini, bank itu menyaksikan peningkatan pelanggan baharu bagi platform digitalnya sebanyak 25 peratus dari segi tahun ke tahun.“la turut membolehkan pengguna melihat semua akaun dan transaksi yang dilakukan oleh syarikat dan anak syarikat mereka,” kata Ketua Perbankan Perniagaan dan Transaksi Kumpulan Jeffrey Ng Eow Oo dalam kenyataan hari ini.

Pelanggan RHB Business Current Account dan RHB Reflex di Malaysia dan Singapura kini boleh memuat turun aplikasi mudah alih Reflex di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma dan tanpa sebarang pendaftaran baharu. - Bernama

Rabu, 12 September 2018

U Mobile tandatangan perjanjian kemudahan pinjaman RM1bilion

U Mobile

U Mobile Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman bertempoh berjumlah RM1 bilion selama tiga tahun bersama United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bagi tujuan pembiayaan program perbelanjaan modalnya (CAPEX).
Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, jumlah ini akan digunakan bagi memperluaskan dan memperbaiki rangkaiannya di seluruh negara.

"Suntikan segar ini juga berupaya beri lonjakan dan mempercepatkan strategi pembangunan rangkaian kami. Tidak lama lagi, pelanggan akan menikmati pengalaman penggunaan rangkaian yang jauh lebih baik di seluruh Malaysia," katanya.      "U Mobile gembira atas sokongan UOB Malaysia. Perjanjian kemudahan kredit sebanyak RM1 bilion ini adalah antara perjanjian terbesar dan ia mencerminkan keyakinan pihak bank kepada kualiti kredit dan asas perniagaan U Mobile.

sinar harian

Khamis, 30 Ogos 2018

Lavida Coin tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

Lavida Coin tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

SHAH ALAM: Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

Senarai yang dikemas kini hari ini(29/8/18) menyenaraikan syarikat dan laman web tersebut tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh BNM.
Sebanyak 423 syarikat berserta laman web yang telah disenaraikan oleh BNM dalam Amaran Pengguna Kewangan.

Orang awam boleh menyemak senarai syarikat melalui rangkaian yang disediakan di laman web rasmi BNM.

www.astroawani.com

www,gajimasyuk.com

Rabu, 29 Ogos 2018

Keberkesanan pemasaran atas talian

mybazar

CINTAMAMA Enterprise, butik sehenti keperluan ibu dan anak, yakin mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini ke atas produk penjagaan kehamilan, serta kelengkapan ibu dan anak setelah berjaya menembusi pemasaran atas talian.

Pengusahanya, Norizan Ayob berkata, sebelum ini, Cintamama bergerak secara ‘offline’ dan jualan dicatatkan hanyalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk sebulan.

“Ditambah pula, Cinta­mama mulai memasarkan produk di bawah program Blee kendalian platform e-dagang MyBazar awal tahun ini, sememangnya saya yakin Cintamama Enterprise mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini melihat kepada keberkesanan pema­saran atas talian,” katanya.“Bagaimanapun, setelah menyertai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang membantu memperkasakan peniaga tempatan untuk pertum­buhan ekonomi digital, Cintamama berjaya menca­tatkan jualan sekali ganda pada 2018.

Norizan yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak lima tahun lalu, berkata, beliau akui walaupun Cintamama Enterprise sudah berada lama di pasaran, tetapi jenama itu masih belum dikenali ramai.

“Bagaimanapun, Alham­dulillah, selepas bersa­ma MDeC dan Mybazar kini, jena­ma Cintamama Enter­prise lebih dikenali, hasil pemasaran menerusi atas talian. Sedikit sebanyak ia membantu mengukuhkan jenama sekaligus pertum­buhan jualan dapat diperting­katkan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, selain mengeluarkan produk keper­luan ibu dan anak di bawah jenamanya, Cinta­mama turut menyediakan kepelbagaian jenama produk di bawah satu bumbung seperti keperluan bersalin antaranya barut , ubatan herba tradisional dan herba mandian.
"Produk lain yang boleh sama didapati adalah bengkung berpantang zip atau bertali, barut bayi samada bertali, berpelekat velcro atau barut gantung, tuam bayi herba, bantal kekabu, selimut bertopi atau berpelekat, nursing cover untuk ibu menyusu, kurung, jubah, dan lain-lain.

"Di samping itu, Cinta­mama turut menjadi penge­dar jenama popular termasuk Pureen, Babylove, Autumnz, Mumdreams, Spectra Pumps, Tommee Tippee, Avent dan banyak lagi.
"Bagaimanapun, Cinta­mama masih mengutamakan roduknya yang sudah ten­tunya memberi ‘nilai tambah’ kepada perniagaan contoh baju-baju menyusu yang boleh dipakai sama ada di rumah, bersantai mahupun ke pejabat.  

Sinar Harian Online

Jumaat, 17 Ogos 2018

Dua syarikat internet dan pengarahnya didenda RM20 juta




KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat perusahaan internet serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM20 juta oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pelbagai tuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM), mempromosi skim piramid dan terlibat dalam pengubahan wang haram sejak 2012.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat MFace International Sdn Bhd (Mface), Syarikat MBI Marketing Sdn Bhd (MBI), pengarah Mface, Kau Fong Seng, 35, dan pengarah MBI, Teow Wooi Huat, 52, selepas wakil syarikat tersebut dan kedua-dua lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes  hari ini.

Syarikat Mface didenda  masing-masing RM7 juta dan RM2.5 juta bagi pertuduhan mempromosikan skim piramid iaitu skim MFC Club dan pertuduhan mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di No 2, Avenue 1, Ampang Avenue, di sini antara 3 Jun 2012 dan 17 Mac 2018.

Pertuduhan skim piramid dikemukakan mengikut Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 27B(2)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta manakala pertuduhan instrumen adalah mengikut Seksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.....

Bernama

www.gajimasyuk.com

Rabu, 15 Ogos 2018

Celcom, Huawei jalin kerjasama guna platform pengkomputeran

Celcom, Huawei

CELCOM Axiata Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggunakan Platform Penyelesaian Operasi Pengkomputeran Awan dan Perisian Sebagai Perkhidmatan.

Menerusi perjanjian itu, Celcom menjadi yang pertama di negara ini menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi berasaskan Pengkomputeran Awan sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.  

Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad, Amandeep Singh berkata, melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat mengetengahkan penyelesaian AUTIN™ dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usaha mencapai operasi rangkaian lebih divisualkan, diautomasi dan pintar.Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS) Huawei, yang akan mempertingkatkan kecekapan Celcom dalam menguruskan rangkaian dan perkhidmatan yang semakin rumit sekali gus membolehkan transformasi operasi harian Celcom daripada reaktif kepada proaktif dan ramalan, serta terus mengukuhkan strateginya memberi pengalaman hebat kepada pelanggan.

"Perjanjian ini memperlihatkan komitmen Celcom memberi pengalaman rangkaian terbaik," katanya. 

sinar harian online

Khamis, 2 Ogos 2018

Pelabur jangan panik!

ASNB
AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga pengurus tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), menasihati para pelabur berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi dan pelaburan dengan pihak yang tidak dikenali.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin menasihati para pelabur supaya tidak melayan sebarang panggilan yang bertanyakan mengenai butiran pelaburan walaupun pemanggil mendakwa mereka adalah pegawai bank mahupun pegawai ASNB sendiri.

"Sebagai pengurus unit amanah yang mengurus lebih 229 bilion unit dalam edaran milik lebih 13.4 juta pemegang akaun, ASNB sentiasa komited melindungi wang pelabur dengan menggunakan sistem keselamatan terbaik.“Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigakan, pelabur disarankan jangan mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitkan pengeluaran ASB atau unit amanah ASNB yang lain.

"Pelabur diminta untuk peka dan mengambil tahu mengenai kewujudan sindiket seperti “Macau Scam” kerana ASNB tidak boleh membantu menggantikan wang pelaburan mereka sekiranya wang berkenaan dikeluarkan oleh pelabur sendiri setelah dipengaruhi sindiket tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahntya, antara modus operandi “Macau Scam” yang telah dikenal pasti ialah pemanggil mendakwa dirinya pegawai bank memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan dadah sebagai strategi memperdayakan mangsa.
Beliau berkata, kes penipuan seumpama “Macau Scam” adalah antara tujuan ASNB menganjurkan program pendidikan berasaskan pelaburan seperti Seminar Pelaburan 360 Hari.

"Menerusi program seperti ini, kami dapat berkongsi ilmu dengan orang ramai mengenai pelaburan, perancangan kewangan, produk dan perkhidmatan ASNB.  
"Pada masa yang sama, orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat lanjut dengan ber­tanyakan terus kepada pegawai kami jika terdapat sebarang persoalan berkaitan ASNB.
"Seminar Pelaburan 360 Hari yang dianjurkan ASNB setiap hari sejak 2003, telah disertai 666,003 peserta dan dianjurkan di 6,918 lokasi seluruh negara sehingga 30 Jun lalu," katanya.

Terdahulu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad  menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati 1,000 unit Amanah Saham Wawasan 2020 kepada warga kerja salah sebuah ejen ASNB yang  berjaya membantu seorang pelabur ASB daripada diperdaya sindiket “Macau Scam”.

"Dalam kejadian berkenaan, pelabur tersebut menerima pang­gilan daripada seorang pemanggil yang menyamar sebagai pegawai bank dan mendakwa beliau terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram, serta mengarahkan beliau memindahkan wang berjumlah RM120,000 untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

"Pelabur yang panik  pergi ke cawangan ejen ASNB berdekatan untuk mengeluarkan semua wang pelaburan ASBnya untuk dipindahkan ke akaun baharu sepertimana diarahkan pemanggil. Namun, pelabur berkenaan bernasib baik kerana keresahan beliau disedari oleh warga kerja ejen ASNB yang mengambil inisiatif bertanya lebih lanjut dan kemudiannya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis," katanya.  

Sinar Harian

Selasa, 24 Julai 2018

Maybank jenama bank paling bernilai

Maybank

MAYBANK mengekalkan kedudukannya sebagai jenama bank terunggul di Malaysia menurut laporan Brand Finance Banking 500 Brand Value Report 2018.

Brand Finance, syarikat penilaian jenama dan perundingan strategik memberitahu, nilai jenama Maybank telah meningkat sebanyak 24 peratus dengan mencatat peningkatan kepada AS$3.16 bilion berbanding AS$2.54 bilion pada 2017.

Menurut syarikat itu, di Asean, Maybank adalah jenama bank kelima terbaik manakala di dunia Maybank telah memperbaiki kedudukannya apabila melonjak dari kedudukan 90 ke 83 sebagai jenama bank paling bernilai.Maybank juga mengekalkan penarafan AAA-, sekali gus menjadi jenama bank paling kukuh untuk empat tahun berturut-turut di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pencapaian ini menunjukkan usaha kolektif kakitangan Maybank dalam menyediakan pengalaman jenama yang konsisten untuk pelanggan di seluruh dunia.

“Misi Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan merupakan elemen penting yang telah mendorong ke arah kejayaan ini.
"Misi ini juga telah membolehkan Maybank membina satu rangkaian pekerja terbaik yang bersemangat untuk terus mencipta pengalaman jenama unik untuk pelanggan kami di serata dunia,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pasifik, Samir Dixit berkata, Maybank telah berkembang dengan pesat dalam tempoh lima tahun dan ini dilihat menerusi peningkatan nilai jenama secara organik yang telah berganda dalam masa tujuh tahun.
Laporan kaji selidik tahunan Brand Finance menilai beberapa ribu jenama syarikat terbesar di dunia.

Keputusan analisis ini seterusnya dibandingkan dengan 500 jenama bank paling bernilai di dunia yang disenaraikan di Brand Finance Banking 500.

Sinar Harian Online

Rabu, 11 Julai 2018

Sekolah Niaga: Peradaban digital

sekolah niaga

SEPANJANG minggu ini saya berada di Jakarta. Anak anak muda dalam tim bisnes kami sedang mengatur gerak langkah. Pemasaran secara digital berjalan lancar.
Gerak tindak lanjut dalam pengiklanan di FB, Google Adwords dan Youtub Marketing berjalan sebagai sepatutnya dan ia nampaknya mengena pada sasaran.

Dapatkan data. Data adalah perkara mahal dan berharga. Dengan data yang ada kita boleh guna pelbagai pendekatan untuk pengaruhi mereka (baka pelanggan) untuk akhirnya membeli apa yang kita mahu jual. Data dan informasi menjadi basis penting dalam perekonomian dan ia adalah senjata strategis dalam persaingan.Kesimpulan utama yang saya fahami minggu ini adalah perusahaan harus berubah dari “product based” kepada “platform based”. Jadi kata kuncinya apa ? Platform FB. Platform Instagram. Platform Twitter. Platform What’sapp. Platform Youtube. Baea semua ini ke Website.
Ia perkara baru bagi generasi lama seperti saya. Perubahan dari peradaban revolusi industri, era saya belajar untuk jadi pintar bistari, kepada peradaban baru digital. Peradaban milik mereka yang berakal yang tidak mahu berterusan jadi orang dangkal.

SENTIASA PEGANG KENDALI

Garisbawahi, perubahan kehidupan sedang berlaku dengan cepat. “Lebih baik kita pegang kendali dari dikuasai”. Ubah cara pandang dengan berlapang dada dan lebarkan pandangan untuk hari muka.
Usah salahkan keadaan. Jangan hanya kerana satu dua kerikil kecil, kita harus kembali mundur kembali ke belakang. Pengaruh perubahan peradaban ini sangat penting. Ia rentas bisnes, ekonomi dan politik. Ia adalah gaya hidup masa depan.
Fakta nyata ketika platform berubah, kehidupan dan bisnis pun berpindah. Sekali lagi, tatakala kami tekun meneliti, Indonesia berdasarkan lapuran dari syarikat perunding terkemuka dunia, McKinsey -”Indonesia masih dipandang sebagai pemula atau baru berada pada tahap kelahiran digitalisasi”
Lihat pula perkembangan ini. Pada tahun 2014 pengguna internet di Indonesia adalah 55 juta. 3 tahun kemudian, pada tahun 2017 , pengguna internet di Indonesia telah capai 143 juta pengguna. Dalam tempoh tiga tahun, mereka berkembang hampir tiga kali ganda. Angka tidak berbohong.
Apakah peluangnya? Sehingga kini internet hanya baru dipakai sebagai alat komunikasi mobile di Indonesia. Belum sampai peringkat menggila dimanfaatkan untuk peningkatan produktiviti.
Kesan internet untuk pertumbuhan ekonomi belum dirasakan. Apakah maksud penggunaan internet yang lebih produktif itu? Ia harus tampak dalam IOT, pemakaian Cloud Technology dan Big Data Analytics. Semakin besar perusahaan yang mahu kita bina , semakin perlu akan tiga perkara di atas.

EMPAT ELEMEN REVOLUSI DIGITAL

Dunia telah berubah. Kita akan terus lemah ketika kita masih saling salah menyalahkan. Hasil penelitian McKinsey (2015) sejauh ini Amerika Syarikat, Hong Kong berada di atas dalam hasil perbaikan digitalisasi dalam meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
Sementara negara-negara seperti India, Filifina, Thailand dan Indonesia masih tertinggal di belakang Malaysia atau Rusia dan sangat tertinggal di belakang berbanding Jepun, Korea atau Jerman.
Penggunaan internet untuk ekonomi produktif bukan hanya untuk menghibur. Main “game, FB dan Insta atau untuk WA” sebagaimana yang dibuat oleh ramai orang sekarang. muat naik dan muat turun foto. Atau untuk membaca berita isu isu terkini. Setakat itu saja dan sejauh ini saja.
Banyak orang masih dalam kejutan teknologi. Guna pakai teknologi sekadar untuk menunjukkan apa yang mereka lakukan di masa lalu dan masa kini, bukan apa yang bisa mereka lakukan di masa depan.
Ada empat elemen Revolusi Digital. Pertama, Internet selular (mobile internet). Alat yang panggilan Indonesia, di sebut telefon bimbit telah jadi pintu utama untuk berkomunikasi dengan guna internet.
Kedua, apa yang disebut Cloud Computing. Pelaburan (investasi) di server. Ini akan menjadi tingkatkan akses data jarak jauh.
Ketiga, Internet of Things (IoT). Belanja untuk tingkatkan sensor dan aktivator. Ini untuk membantu operasi teknologi jarak jauh dan untuk melakukan “mesin pintar -manusia cerdas”.
Keempat, Big Data dan Analytics. Alat, kapasiti, kemampuan manusia untuk internet bagi memprediksi dan operasin kerja. Adanya empat perkara ini akan bolehkan satu perusahaan memecut laju ke depan.

GERAK TINDAK LANJUT

Ada 143 juta pengguna internet. Mereka ramai. Tapi dalam dunia bisnis online Indonesia baru bermula.
Pengiklanan FB di sini, kurang saingan. Belum sampai penuh. Berdasarkan pengalaman, apabila dapat data tepat kawasan mana yang padat dengan pendapatan isi rumah yang tinggi, kita boleh “drop pin” - dan hasilnya luar biasa. Sambutan mereka lebih atas dari lumayan.
Dalam tempoh 3 tahun ke depan, kehidupan dunia akan berubah dari apa yang perlu dipelajari  “what to learn” kepada bagaimana untuk mempelajarinya “how to learn”.
Kehidupan dan bisnes warga Indonesia akan berpindah secara masif ke dalam platform.
Dampak perpindahan kehidupan dari dunia lama ke platform tidak hanya terbatas pada aspek sektor. Ia menjangkau pada cara metode usaha , dari “owning economy” kepada “sharing economy”.  Tiada lagi bangga pada pemilikan sendiri . Ia lebih pada perkongsian dan kolaborasi.
Dari produk dasar kepada platform dasar. Dari pendekatan tunggal kepada “ambidextrous” dan meluas menjadi multi industri. Banyak pekerjaan yang kita kenal dalam abad lalu, telah digantikan oleh pekerjaan baru yang berasaskan teknologi.
Ini bukan bermakna pekerjaan lama telah tiada secara keseluruhannya. Ia tetap diperlukan, asalkan pelakunya boleh memperkasakan diri dengan aplikasi teknologi baru. Pada masa kini, pendidikan banyak dipengaruhi oleh algoritma dan kecerdasan artifisial.
Pengajaran, teknologi dan kualiti banyak mempengaruhi “manusia yang laku jual” di tempat kerja pada masa depan. Dunia kerja akan datang bukan lagi tempat untuk mereka yang bermentaliti penumpang. Apa yang diperlukan adalah penggemblengan mental secara berterusan. Semua otak otak terbaik apabila dapat melupakan “ego besar” dan duduk bersama membentuk tim genius akan dapat membina masa depan gemilang yang diimpikan.

EKOSISTEM DIGITAL

Rumusannya dalam mendepani dunia peradaban digital ini, kita wajar berlapang dada, berpandangan terbuka serta beradaptasi tanpa ada halangan minda. Ia sulit bagi mereka yang mendabik dada, “hanya aku yang pandai dan terrer”. Ia payah bagi mereka yang terbelenggu dengan kebesaran masa lalu.
Ia mudah bagi mereka yang sedia membangunkan ekosistem baru. Ekosistem Digital. Habitat alami komunitas berisi ilmu dan tahu diri. Keberhasilan dalam hidup tidak pernah bersifat final atau kekal. Ia tidak terhenti pada pangkal. Ia adalah kembara sepanjang masa, meniti usia dan yakin pada doa. Satu masa kita akan berada dipuncak jua.

***Roslan Ab Hamid menulis catatan minggu ini dari Kantor Perusahaan, Jalan Jenderal Gatot Subroto, Jakarta Selatan. Beliau boleh dihubungi di FB : Roslan Ab Hamid

Sinar Harian Online

Selasa, 3 Julai 2018

Teknik langsai hutang rumah dalam masa 10 tahun

hartanah

SECARA umumnya, kebanyakan pembeli rumah khususnya kepada mereka yang pertama kali pertama akan membuat perjanjian dengan pihak bank untuk melunaskan bayaran ansuran selama 30 tahun.
Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan selama 30 tahun itu, jika difikirkan kembali memang memakan masa yang lama.  

Bagaimanapun, tempoh bayaran balik pinjaman perumahan 30 tahun itu sebenarnya boleh dipendekkan sekiranya pembeli tahu dan faham cara-caranya.Contoh, jika kita di usia 30 tahun membeli rumah, pada usia 60 tahun barulah bayaran balik pinjaman perumahan kepada pihak bank langsai.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan pada tahun-tahun permulaan mereka membayar hutang, mereka hanya membayar nilai faedahnya sahaja.
Selepas nilai faedahnya habis dibayar, barulah nilai pokoknya mula dibayar.
Inilah salah satu mitos dan salah faham kebanyakan orang yang berhutang rumah dengan bank.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada nilai hutang dan nilai bayaran balik hutang kita kepada bank ini?
Pengasas Hartanahguru merangkap Pengasas Bersama celikhartanah.com, Abdul Aziz Ahmad berkongsi ilmu dan teknik ‘killer’ yang boleh melangsaikan hutang rumah dalam masa 10 tahun sahaja.

Kena paham konsep pinjaman

Senario yang berlaku pada hari ini, ramai bimbang pembayaran balik pinjaman perumahan tidak dapat dilangsaikan mengikut tempoh yang diberikan oleh pihak bank meskipun dalam perjanjian pihak bank menetapkan bayaran ansuran selama 30 tahun.
Bagaimanapun, tempoh yang diberi itu tidak semestinya kekal 30 tahun, kita mesti langsaikan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Kita boleh menyelesaikan lebih awal, asalkan jangan lebih dari jangka masa 30 tahun itu.

Katanya, bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan mereka perlu tahu, terdapat dua komponen utama iaitu nilai pokok dan nilai faedah.

“Apabila kita mula membayar balik hutang kepada bank setiap bulan, jumlah tersebut digunakan untuk membuat bayaran balik sejumlah nilai pokok dan sejumlah nilai faedah.
“Nilai faedah dikira daripada baki nilai pokok atau baki hutang kita. Sebagai contoh, Hutang rumah kita RM200,000 dan setiap bulan kita bayar RM1,000. Daripada RM1,000 yang kita bayar untuk bulan pertama, RM200 akan dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM800 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi baki hutang kita sudah kurang RM200 menjadi RM199,800.

“Bulan kedua, RM210 dibayar untuk nilai pokok dan selebihnya RM790 akan dibayar untuk nilai faedah. Jadi hutang kita RM199,800 sudah berkurang RM210 menjadi RM199,590. Begitulah seterusnya. Sebab itu pada peringkat permulaannya kita nampak baki hutang kita lambat kurangnya.

"Jadi konsep pinjaman perumahan ini perlu dipahami oleh semua agar pembeli tidak tertanya-tanya mengapa bayaran ansuran rumah tidak langsai 'ontime',” katanya.

Siap sedia apabila OPR naik

Menurut Abdul Aziz, kita perlu bersiap sedia dari segi pembayaran balik sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kenaikan baharu OPR atau Overnight Policy Rate atau 'Kadar Faedah Semalaman'.
“Apabila berlakunya kenaikan OPR, sudah tentu kita terpaksa membayar jumlah bayaran sepertimana yang diarahkan oleh pihak bank.
“Jika gagal mematuhi arahan pembayaran ansuran yang ditetapkan, sudah tentu akan menjadi masalah kepada diri kita sendiri kerana pembayaran balik bayaran ansuran rumah akan menjadi lebih panjang.
“Jadi formulanya, apabila kenaikan baru OPR, kita kena mengubah jumlah bayaran bulanan daripada kadar sepatutnya ke jumlah tertentu. Ikut kepada arahan yang diberi oleh pihak bank, bagi atasi masalah di kemudian hari," katanya.
beliau berkata, sebagai peminjam perumahan, kita perlu sentiasa mengambil tahu dan peka akan setiap perubahan yang berlaku pada kadar OPR.

Cara memendekkan tempoh bayaran

Langkah untuk memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman bagi pembeli rumah boleh dilakukan menerusi kaedah pembayaran prinsipal secara pukal.
Menurut Abdul Aziz, apabila kita membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kita membayar dua perkara iaitu bayaran prinsipal atau pokok dan keduanya, bayaran faedah (interest) yang dikenakan ke atas pembeli oleh pihak bank.
“Jadi, untuk memendekkan tempoh pinjaman perumahan kepada 10 tahun, setiap enam bulan sekali, kita boleh mengambil langkah dengan membayar secara pukal pinjaman prinsipal sepenuhnya kepada bank.

“Dengan cara beginilah kita dapat pendekkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun kepada 10 tahun, berbanding lazimnya,” katanya.

Boleh keluarkan wang caruman KWSP

Selain itu, katanya, pembeli juga boleh mengeluarkan wang caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun dua, jika tidak mempunyai jumlah amaun yang mencukupi sebagai altenatif bayaran.
“Pengeluaran daripada akaun dua KWSP boleh dibuat berdasarkan tiga perkara. Pertama, untuk membuat bayaran pembelian rumah kali pertama.
“Sebab kedua, pengeluaran yang dipanggil‘holiday payment’ iaitu jika kita mempunyai masalah hutang, kita mahu melangsaikan hutang-hutang, kita boleh buat pengeluaran menerusi kaedah kedua ini.

“Dan kaedah ketiga bagi mengurangkan nilai prinsipal atau 'principal reduction',” jelasnya.
Katanya, daripada ketiga-tiga kaedah itu, bolehlah digunakan untuk membuat pembayaran prinsipal secara pukal.
“Bagaimanapun, berapa jumlah bayaran untuk pengurangan prinsipal mesti dirujuk kepada surat perjanjian di antara pembeli dan bank.

“Sebagai contoh, sekiranya jumlah pinjaman bank yang dibuat oleh pembeli rumah ialah RM200,000 maka bayaran prinsipal setiap enam bulan sekali adalah RM5,000.
“Dengan pencerahan yang diberikan ini saya berharap dapat membantu pembeli-pembeli rumah di luar sana untuk memendekkan tempoh bayaran balik bank,” katanya.

Sinar Harian Online

Jumaat, 22 Jun 2018

AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment Bank) dinobatkan empat anugerah

ambank
Empat anugerah yang dimenangi adalah bukti usaha dan ketabahan AmInvestment Bank dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran korporat dan Sukuk.

AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment Bank) dinobatkan sebagai pemenang bagi empat anugerah pada anugerah tahunan Liga RAM kali ke-15 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Empat anugerah berkenaan dimenangi bagi kategori Pengurus Utama (Sukuk) 2017; Anugerah Pengurus Utama X 2017 bagi Nilai Program; Anugerah Lead Manager 2017; dan Anugerah Pengurus Utama (Sukuk) 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank dan Pengarah Urusan Perbankan Borong AmBank Group, Amina Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, menerima penghargaan ini daripada RAM adalah testimoni kepada inisiatif Kumpulan AmBank dalam memulakan perjalanan Top 4 kumpulan melalui usaha dan ketabahan dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran korporat dan Sukuk

sinar Harian online.

Selasa, 12 Jun 2018

RAHSIA JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH HANYA DENGAN APLIKASI ANDROID AJAIB

RAHSIA JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH HANYA DENGAN APLIKASI ANDROID AJAIB JUTAWAN APPS!!


Pening memikirkan mahu cari duit tambahan?

Bagaimana mahu mencari duit tambahan secara santai-santai sahaja dengan mudah dan berkesan. Kini ada Aplikasi Android Jutawan App yang dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri bagi cari duit tambahan dengan handphone sahaja. Beli Aplikasi Android Jutawan App tersebut dan pasang sahaja Apps tersebut, maka Android anda mula boleh menjana duit tambahan dengan banyak setiap hari.

ANDA tak percaya ke ada kaedah cari duit tambahan dengan handphone sahaja? Teknologi sekarang sangat maju dan ada mereka yang bijak mampu mencipta Aplikasi Android untuk menjana duit tambahan untuk ANDA setiap hari.
.
Ianya sangat mengujakan semua orang. Ini bukti pendapatan & bayaran saya sendiri yang menggunakan Aplikasi Android tersebut hanya bermula pada 9 Ogos 2016 sahaja. Saya juga sama, percaya tidak percaya, namun memberanikan diri untuk beli dan pasang. Kemudian saya ikut satu per satu panduan mudah yang disertakan bersama bagaimana untuk menggunakan Aplikasi Android Jutawan App ini untuk menjana duit tambahan dengan handphone Android saya sahaja.


RM200 BERTUBI-TUBI KE AKAUN SAYA!!!

Apa itu Aplikasi Jutawan App?

Aplikasi Jutawan App adalah Apps Android yg dibangunkan oleh En. Mohd Afiq Danial. Apps ini menggabungkan ratusan produk-produk ebook panduan bisnes, kewangan, kesihatan, copywriting, dll + software kewangan & pelaburan +APPLIKASI AJAIB CARA DAPAT DUIT HARI2 DENGAN MUDAH & AUTOMATIK.


Bagaimana untuk bermula jana duit dgn Aplikasi Jutawan App ini?

Didalam laman jualan Jutawan App dibawah sekali ada cara membeli. Klik disana dan isi nama, email & butiran lain yang diperlukan. Kemudian klik hantar. Sistem akan balas email untuk bayaran dan borang yang perlu diisi untnk membuat tempahan. Selepas semua selesai klik hantar. Tunggu beberapa sela masa untuk admin approved dan beri kita link download dan panduan lengkap JANA DUIT SECARA AUTO DENGAN APLIKASI JUTAWAN APP INI.



Install Apps & boleh dapat duit? Macammana tu?

Inilah kelebihan kepada Aplikasi Jutawan App ini yang mana selepas kita install, isi semua butiran bank lengkap kita. Sistem akan simpan ID kita dan hasilkan ID yang unik (Khas hanya untuk kita).. kemudian sistem Aplikasi Jutawan App ini akan sync dengan akaun gmail, contact, wechat, telegram, fb, tweeter, line, whatsapp dll. Kerja kita melakukan sebaran link ID kita yang unik tadi. Lakukan bila-bila masa & dimana-mana sahaja dengan 1 klik yang mudah dan automatik ini. 
.
Dengan sebaran ini kita berkongsi dengan semua.. jika mereka juga berminat menggunakan Aplikasi Jutawan App ini. Kita menerima komisyen sebanyak RM200 setiap unit. Disebabkan ianya mudah, tanpa kerja yang banyak serta leceh, tanpa perlu ilmu IT yang tinggi, boleh dilakukan sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja menjadikan Aplikasi Jutawan App ini laris. 
.
Oleh yang demikian potensi ANDA untuk jana duit yang banyak dan berterusan adalah sangat tinggi. (Panduan lengkap yang ringkas & mudah untuk guna apps ini ada disertakan oleh admin produk & talian bantuan juga disediakan yang boleh dihubungi bila-bila masa)


Ada risiko guna Aplikasi Jutawan App ini?

Pada hemah saya.. beli Apps ini dan menggunakannya dengan cara diajarkan dengan betul memang menjanjikan pendapatan yang lumayan dan banyak. Admin produk memberi masa kepada ANDA 60 hari untuk membuat tuntutan wang dikembalikan.. Dalam masa 60 hari ini. ANDA gunakan betul-betul Aplikasi Jutawan App ini untuk ANDA menjana 10kali ganda atau lebih dari nilai pelaburan ANDA.


KAJIAN KES

Saya jumpa iklan Apps ini pada jam 8pagi 9hb Ogos 2016.  
Saya baca salesletter produk, buat sikit kajian, walau ada bimbang-bimbang sikit. Namun rasa ingin mencuba. Jam 10.15pagi, Saya buat keputusan untuk cuba Apps ini & terus membuat pembelian.

Jam 2ptg 9hb Ogos 2016, saya terima link download.. kemudian baca dan fahamkan cara kerjanya.
Jam 3ptg 9hb Ogos 2016, saya mula install dan running Apps HANYA GUNA WHATSAAP sahaja kepada rakan-rakan & kenalan dalam contacts. Selepas sebaran dilakukan.. Jam 7ptg 9hb Ogos 2016.. komisyen pertama RM 200 dah masuk.

Status hari ni.. 11hb Ogos 2016, Jam 6ptg.. sejumlah RM 1400 jumlah komisyen telah diterima.

                                                                                                                            

Assalamualaikum Semua,
Apa yang saya ingin cerita ini patut dijadikan teladan untuk semua.

Hanya beberapa minggu lepas, saya terpaksa keluarkan RM50ribu untuk membayar perbelanjaan perubatan ayah saya yang sakit di KPJ Kajang. Oleh kerana tiada sumber pendapatan, terpaksa lah menggunakan kad kredit saya dan bila tak cukup terpaksa pinjam along pula.

Saya tahu memang takkan dapat bayar semua ini dan mungkin akan kena pukul dengan along selepas ini, tetapi memandangkan ayah saya perlukan pembedahan ini terpaksa lah saya lakukan.

Kemudian, tiba-tiba terjumpa aplikasi ajaib yang gila ini. Serta-merta dalam sekelip mata langsai semua hutang dan sekarang buat duit banyak nak mampos. Saya nak jerit kat anda – BELI jangan tak beli.

Fazil Ismail

Kajang, Selangor

Lagi Testimoni Dari Orang Ramai

Dengar sendiri testimoni bersumpah kukuh dari pelanggan-pelanggan yang telah memasang aplikasi ajaib ini ke dalam telefon bimbit mereka. Hampir semua yang gigih berusaha sudah berjaya menjana pendapatan.


Saya telah muat turun dan install ke telefon bimbit saya minggu lepas dan Alhamdulillah, mula berjaya pendapatan harian dengan hanya klik MULA seperti yang di arahkan dalam buku panduan. Aplikasi yang senang sekali dan berbaloi untuk digunakan.

Mazlifah Haron, Beranang, Selangor


Aplikasi ini benar-benar membantu saya menyelesaikan segala hutang tertunggak. Ini memang lain sekali dari segala program yang saya pernah cuba sebelum ini. Ia bukan program atau skim tetapi sebuah aplikasi yang begitu ajaib sekali. Terima kasih dan harap anda semua download dengan segera.
Aina Fateha Ismail, Kota Bharu, Kelantan


Apa yang dikatakan di laman nie betul belaka. Semuanya betul. Saya berbangga sekarang dapat menjadi seorang yang duduk di rumah tak buat apa-apa, takyah kerja lagi dah weh! Kalau anda tak mahu kerja lagi seumur hidup selepas ini dan duduk hidup senang lenang di rumah, download…. Jangan tak download!
Pak Hamid, Arau, Perlis


Saya dapat RM1,000 semalam saja dengan buat benda yang disuruh iaitu install apps dan run the software inside my Samsung handphone. Jika anda belum download, download sekarang. Jika anda tiada handphone, beli mah! Buat semua, ikut sahaja. Terima kasih Afiq!

Steven Lim, Puchong, Selangor


ANDA NAK CUBA JUGA KE?

Mungkin anda sudah banyak masuk pelbagai program skim cepat kaya, masuk macam-macam MLM, membeli e-book yang susah diikuti dan tak menjadi dan lain-lain. Mungkin juga anda pernah membeli software yang susah untuk di install. Ini lain sama sekali. Ini adalah sebuah aplikasi ajaib yang anda hanya perlu install ke dalam handphone dan klik, jalan dan duit masuk ke akaun bank anda.


Memperkenalkan Aplikasi Ajaib JUTAWAN APP

Lubuk Duit Terkini

Aplikasi mudah install SATU klik sahaja. Hanya untuk telefon Android sahaja (iPhone / iPad / Windows tidak boleh). Masukkan nombor akaun bank dan nama penuh anda ke dalam Aplikasi Ajaib JutawanApp ini. Klik MULA untuk robot dalam aplikasi yang menggunakan teknologi canggih ini untuk berjalan sendiri!!!


Tetapi sebelum saya bercerita panjang lagi, anda mungkin akan lega untuk mendengar bahawa aplikasi telefon bimbit luar biasa saya ini BUKANmengenai:

·       BUKAN Direct Selling: Tak payah buang masa, terus terang saya cakap anda MESTI gagal punya! Gunakan aplikasi ini. Aplikasi ini adalah seolah-olah sebuah robot masa akan datang yang berfikir sendiri dan memasuki lubang-lubang yang anda atau sesiapa pun tidak tahu wujud sebelum ini.

BUKAN Kaedah SEO: Tak payah teruk-teruk nak mencuba bagi halaman blog anda keluar nombor satu (PR Ranking) di Google. Buang masa dan buang beras aje!

BUKAN Google Adwords / FB Ads: teknik saya ini tidak ada kena mengena dengan sebarang pay per click (PPC) seperti Adwords, FB Ads atau Nuffnang dan sebagainya. Tidak perlu belanja duit untuk jana duit...

BUKAN Skim Pelaburan Internet: Saya tahu ramai yang benar-benar percaya jika melabur sejumlah wang yang banyak akan dapat pulangan tetap sehingga 1% sehari atau 30% sebulan. Biar saya terangkan bahawa kebanyakan skim ini adalah skim Ponzi pak men telo yang haram dan merugikan.

BUKAN Skim Piramid atau MLM: Ini memang sah bukan sebarang skim piramid atau pun MLM samada yang mempunyai AJL atau tidak. Tidak ada kena mengena dengan MLM. Ia hanya sebuah aplikasi yang melakukan sesuatu yang luar biasa dan ajaib. Itu sahaja

BUKAN E-Bay, Forex dan lain-lain: Bukan... bukan... bukan... bukan seperti yang anda pernah dengar sebelum ini. Saya jamin!




Fikirkan….

Saya minta anda tenung SEKARANG ke air muka suami / isteri dan anak-anak tersayang anda sekarang. Dan fikirkan adakah anda sanggup gadaikan kebahagian dan masa depan mereka hanya kerana memikirkan takut membelanjakan duit yang mungin nampak aje banyak tetapi sedikit sekali berbanding dengan kemungkinan untuk mendapatkan pendapatan ratusan ribu dan tetap buat selama-lamanya selepas ini.
.
Sesungguhnya, ini adalah satu peluang yang datang sekali sahaja seumur hidup anda, dan mungkin anda tidak akan berjaya menjumpai apa-apa yang seajaib ini lagi selepas ini.
Jadi, jangan ambil risiko untuk tidak mencuba sesuatu yang akan mengubah hidup anda dan keluarga tersayang anda. 
.
Fikir bukan sahaja sekadar untuk melangsaikan hutang tetapi fikir untuk menyelamatkan NYAWA anda dan keluarga anda serta MASA DEPAN mereka.
Saya ikhlas ingin membantu anda dan ini adalah cara untuk saya memberi bakti kembali kepada anda semua.
.
Kehidupan yang sempurna menanti anda dengan hanya satu klik di bawah... anda perlu mengambil tindakan sekarang juga. Ini mungkin satu-satunya peluang anda untuk mencapai kebebasan kewangan.


Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog