CINTAMAMA Enterprise, butik sehenti keperluan ibu dan anak, yakin mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini ke atas produk penjagaan kehamilan, serta kelengkapan ibu dan anak setelah berjaya menembusi pemasaran atas talian.
Pengusahanya, Norizan Ayob berkata, sebelum ini, Cintamama bergerak secara ‘offline’ dan jualan dicatatkan hanyalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk sebulan.
“Ditambah pula, Cintamama mulai memasarkan produk di bawah program Blee kendalian platform e-dagang MyBazar awal tahun ini, sememangnya saya yakin Cintamama Enterprise mampu mengunjurkan jualan tiga kali ganda pada akhir tahun ini melihat kepada keberkesanan pemasaran atas talian,” katanya.“Bagaimanapun, setelah menyertai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) yang membantu memperkasakan peniaga tempatan untuk pertumbuhan ekonomi digital, Cintamama berjaya mencatatkan jualan sekali ganda pada 2018.
Norizan yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak lima tahun lalu, berkata, beliau akui walaupun Cintamama Enterprise sudah berada lama di pasaran, tetapi jenama itu masih belum dikenali ramai.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah, selepas bersama MDeC dan Mybazar kini, jenama Cintamama Enterprise lebih dikenali, hasil pemasaran menerusi atas talian. Sedikit sebanyak ia membantu mengukuhkan jenama sekaligus pertumbuhan jualan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata, selain mengeluarkan produk keperluan ibu dan anak di bawah jenamanya, Cintamama turut menyediakan kepelbagaian jenama produk di bawah satu bumbung seperti keperluan bersalin antaranya barut , ubatan herba tradisional dan herba mandian.
"Produk lain yang boleh sama didapati adalah bengkung berpantang zip atau bertali, barut bayi samada bertali, berpelekat velcro atau barut gantung, tuam bayi herba, bantal kekabu, selimut bertopi atau berpelekat, nursing cover untuk ibu menyusu, kurung, jubah, dan lain-lain.
"Di samping itu, Cintamama turut menjadi pengedar jenama popular termasuk Pureen, Babylove, Autumnz, Mumdreams, Spectra Pumps, Tommee Tippee, Avent dan banyak lagi.
"Bagaimanapun, Cintamama masih mengutamakan roduknya yang sudah tentunya memberi ‘nilai tambah’ kepada perniagaan contoh baju-baju menyusu yang boleh dipakai sama ada di rumah, bersantai mahupun ke pejabat.
Sinar Harian Online
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..