Dua syarikat internet dan pengarahnya didenda RM20 juta




KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat perusahaan internet serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM20 juta oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pelbagai tuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM), mempromosi skim piramid dan terlibat dalam pengubahan wang haram sejak 2012.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat MFace International Sdn Bhd (Mface), Syarikat MBI Marketing Sdn Bhd (MBI), pengarah Mface, Kau Fong Seng, 35, dan pengarah MBI, Teow Wooi Huat, 52, selepas wakil syarikat tersebut dan kedua-dua lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes  hari ini.

Syarikat Mface didenda  masing-masing RM7 juta dan RM2.5 juta bagi pertuduhan mempromosikan skim piramid iaitu skim MFC Club dan pertuduhan mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di No 2, Avenue 1, Ampang Avenue, di sini antara 3 Jun 2012 dan 17 Mac 2018.

Pertuduhan skim piramid dikemukakan mengikut Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 27B(2)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta manakala pertuduhan instrumen adalah mengikut Seksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.....

Bernama

www.gajimasyuk.com

Ulasan