Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Sabtu, 25 November 2017

Sengsara 'ketua' pelabur kena kelentong

BERIKUTAN dituduh menipu dan melarikan wang yang dilabur peserta skim pelaburan mata wang digital, seorang guru di Kota Bharu trauma apabila kerap diganggu serta menerima ugutan pihak tidak berpuas hati.
Mohamad Azmi Hamat, 57, yang menjadi ketua dan menyertai skim anjuran sebuah syarikat tempatan itu sejak Oktober tahun lalu, sudah mengutip pelaburan melebihi RM300,000 daripada 86 pelabur.
Malangnya, dia dikatakan gagal memberi pulangan keuntungan dan bonus pemasaran seperti dijanjikan penganjur skim dalam tempoh sebulan selepas menyertai dengan bayaran serendah RM2,000.

Sedangkan, Mohamad Azmi berkata, dia sendiri tertipu dengan pelaburan berkenaan dan hanya sempat merasa imbuhan selama tiga bulan sahaja.
"Rata-rata pelabur menyalahkan saya dan menuduh saya melarikan wang pelaburan mereka sedangkan, saya sendiri ditipu syarikat ini serta tidak pernah lagi menerima imbuhan selepas tiga bulan.
"Saya turut menjadi mangsa, bagaimana saya hendak membantu mereka. Ada kalangan pelabur yang bertindak agresif hingga ke rumah saya di Kota Bharu untuk lepaskan ketidakpuasan hati.
"Tidak kurang juga yang mengugut dan saya hampir ditetak kerana mereka berang serta fikir saya menipu.
"Jadi hari ini saya hendak jelaskan saya tidak melarikan duit mereka. Syarikat penganjur yang mengambil semuanya dan saya juga ditipu," katanya dalam sidang media diadakan di Kota Bharu, hari ini.
Sidang media itu turut disertai 10 daripada 70 orang mangsa dan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Syahmi Syafiq Rosdi, 28, berkata, dia tertekan apabila ada ahli keluarganya dicederakan oleh pelabur yang tidak berpuas hati.
Katanya, dia mempunyai 80 pelabur di bawahnya dan mengambil inisiatif sendiri dengan membayar semula duit pelabur menggunakan wang simpanannya.
"Saya tidak mahu mereka mengganggu keluarga saya lagi sebab itu saya ambil langkah ini. Saya bayar secara ansuran kepada mereka," katanya.
Susulan penipuan skim itu, 10 pelabur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, kelmarin.
Sementara itu, Dr Mohd Fared berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penipuan skim berkenaan yang membabitkan 150 pelabur di Kelantan.
"Kelmarin 10 daripada 70 pelabur sudah membuat laporan polis dan anggaran kerugian mereka berjumlah sebanyak RM300,000.
"Mereka ini menyertai skim sejak ia dibuka pada September 2016 dan ahli hanya menerima pembayaran pulangan keuntungan sebulan hingga tiga bulan sahaja daripada tempoh kontrak perjanjian 12 bulan.
"Sedangkan janji penganjur adalah memberi keuntungan setiap bulan sebanyak 10 peratus berdasarkan modal selama 12 bulan selain bonus pemasaran sebanyak 10 peratus lagi kepada ahli yang melakukan penajaan ahli baru selain imbuhan lain," katanya.
Susulan itu, beliau berkata, PPIK akan cuba membantu mengetengahkan isu dihadapi mangsa dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

iklan : www.gajimasyuk.com


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 9:58 PM
www.hmetro.com.my

Khamis, 16 November 2017

Pita data sokongan hilang, CIMB tingkat keselamatan

CIMB Bank

CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.
Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai PengesahanKad (CVV).
“Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali,” menurut CIMB Group dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bank memilih untuk mengambil langkah konservatif dalam menitikberatkan​​​​​​​keselamatan dan perlindungan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa selain mengandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggan.
Oleh kerana pita tersebut mengandungi data sokongan, maklumat pelanggan masih lagi bersama CIMB.
Berikutan insiden itu, CIMB telah memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat, nombor telefon, e-mel bagi kad debit serta kad kredit; pemindahan​​​​​ ​​wang/urusan pembayaran  tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baharu.

“Buat masa ini, tiada apa-apa langkah  yang perlu diambil para pelanggan. Bagaimanapun, CIMB​​​​​​​menyarankan agar para pelanggan sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya atau cawangannya di seluruh negara.
Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya mengambil berat akan tanggungjawab terhadap para pelanggan dan yakin langkah-langkah tambahan tersebut akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan
​​​​​​​”Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang.

“Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan langkah-langkah keselamatan buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan insiden ini,” katanya
Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi mana-mana nombor berikut: +603 6204 7788(Perbankan Pengguna); +603 6204 7799 (Kad Premier); 1300 88 5300 (Utama); 1300 88 8828 (Pusat Panggilan Perniagaan – Perbankan Komersial/Perusahaan) dan 1300 88 8068 (Pusat Panggilan Perniagaan – Korporat).
Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui mana-mana cawangan CIMB atau halaman web melalui www.cimbbank.com.my or www.cimb-bizchannel.com.my. –Bernama

Selasa, 7 November 2017

Bisnes Online, Hanya Daftar dan Terima duit ke CIMB atau Maybank anda.

Modal anda RM1100 anda akan dapat RM8000.
Modal anda RM2200 anda akan dapat RM16,000.
Modal anda RM3300 anda akan dapat RM24,000.
Modal anda RM4400 anda akan dapat RM32,000.
Modal anda RM5500 anda akan dapat RM40,000.
Untuk maklumat layari
Nota : sebelum join sila faham plan dan konsep bisnes real ini. Jangan buat keputusan terburu-buru.

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog