Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 12 September 2018

U Mobile tandatangan perjanjian kemudahan pinjaman RM1bilion

U Mobile

U Mobile Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman bertempoh berjumlah RM1 bilion selama tiga tahun bersama United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bagi tujuan pembiayaan program perbelanjaan modalnya (CAPEX).
Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, jumlah ini akan digunakan bagi memperluaskan dan memperbaiki rangkaiannya di seluruh negara.

"Suntikan segar ini juga berupaya beri lonjakan dan mempercepatkan strategi pembangunan rangkaian kami. Tidak lama lagi, pelanggan akan menikmati pengalaman penggunaan rangkaian yang jauh lebih baik di seluruh Malaysia," katanya.      "U Mobile gembira atas sokongan UOB Malaysia. Perjanjian kemudahan kredit sebanyak RM1 bilion ini adalah antara perjanjian terbesar dan ia mencerminkan keyakinan pihak bank kepada kualiti kredit dan asas perniagaan U Mobile.

sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog