Pelaburan KWSP meningkat

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 17, 2011
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mencatatkan pulangan memberangsangkan bagi pelabu­ran ekuiti sekali gus meningkatkan pendapatan pelaburan sebanyak 18.32 peratus atau RM6.8 bilion pada suku ketiga tahun ini berbanding RM5.75 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan pelaburan ini turut dikukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli aset pelaburan KWSP yang meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion pada akhir tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pencapaian prestasi suku ketiga melebihi jangkaan di mana pada suku ketiga, kedua-dua pasaran domestik dan global berada di bawah tekanan jualan berikutan penurunan gred taraf kredit Amerika Syarikat dan kesan krisis hutang zon Eropah.

“Prestasi pelaburan KWSP yang baik ini khususnya disumbangkan oleh usaha pe­ngurus dana ekuiti KWSP yang telah melaksanakan strategi pengambilan untung de­ngan mengunci keuntungan terutamanya sebelum kelembapan pasaran dan disokong dividen baik yang diterima daripada syarikat-syarikat tersenarai,” katanya.SinarHarian

Ulasan