Nik Aziz: Bukan Islam Boleh Petik Ayat Al-Quran

SHAH ALAM 30 NOV: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang lalu.

Menceritakan pengalamannya semasa berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, tokoh PAS itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.Pada Kongres Nasional PKR itu, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Dilapor Bernama, PKR memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.

“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid.

TVSNEWS

Ulasan