GEORGE  TOWN 15 FEB: Kira-kira 1,500 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) Kerajaan  Pulau Pinang diberikan sejumlah RM150,000 sempena sambutan Maulidur  Rasul di negeri itu hari ini, lapor Malaysiakini.
Ketua  Menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100  seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.
"Pembayaran  ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan  berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta  kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya  sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara  2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency  International.
Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada  guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan  itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.
Sementara itu, mengulas  sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak  Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan  bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.
Memetik  pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata,  kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan  keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.
"Kerajaan  negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira  agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama  kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan,"  katanya.TVSNEWS
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..