Hudud: PAS Dah Kena Main


Hudud mesti selari dengan Perlembagaan, kata Khairy

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pendirian Putrajaya dalam isu hudud mesti selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara tersebut.
Khairy berkata sebarang undang-undang dalam negara perlu berpandukan kepada Perlembagaan yang menjadi asas kepada negara Malaysia sejak merdeka.

"Negara kita berpandu kepada Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi.

"Jadi apa-apa undang-undang yang diluluskan mesti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, ini termasuklah hudud," kata Khairy pada sidang media selepas perasmian Hari Sukan Negara di Kuala Lumpur petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut hadir semasa majlis petang ini bagaimanapun tidak bersama dengan Khairy pada sidang media yang diadakan kerana bergegas ke program lain.
 
Khairy bagaimanapun berkata Kabinet akan membuat pendirian rasmi mengenai isu hudud yang dijangka mengambil kira beberapa perkara antaranya agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Pendirian rasmi akan dibuat oleh Najib tidak lama lagi.

"Pendirian akhir ini bukan sahaja akan mencerminkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi juga selari dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara," katanya.

Minggu lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Pindaan tersebut diluluskan dengan majoriti sebulat suara yang mendapat sokongan daripada pembangkang Umno di negeri Kelantan.

Semalam, bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz memberi kritikan keras dalam isu hudud dan berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya sebagai "bodoh"‎.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata adalah mustahil hudud dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang Islam yang cuba dibawa PAS Kelantan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Ahli Parlimen Batang Sadong itu yang memegang portfolio undang-undang berkata, beliau merasakan ahli Parlimen Sarawak tidak akan mengundi membenarkan hudud dilaksanakan.

“Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang Umno tapi di Sarawak, saya tidak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (ahli Parlimen Sarawak),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Najib sebelum ini berjanji akan mengumumkan pendirian rasmi Putrajaya dalam isu hudud, namun sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan dinyatakan presiden Umno itu. – TMI


Mustahil laksana hudud di Malaysia, kata menteri undang-undang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri berkata adalah mustahil hudud dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang Islam yang cuba dibawa PAS Kelantan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu yang memegang portfolio undang-undang berkata, beliau merasakan ahli Parlimen Sarawak tidak akan mengundi membenarkan hudud dilaksanakan.


“Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang Umno tapi di Sarawak, saya tidak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (ahli Parlimen Sarawak),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jumlah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sarawak adalah seramai 23 orang iaitu 14 wakil dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), seorang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta masing-masing empat wakil dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).


Nancy berkata kajian mendalam perlu dilakukan terhadap kandungan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Kita sudah mempunyai Perlembagaan Persekutuan jadi kita perlu melihat kesalahan di bawah hudud.

"Banyak peruntukan (hudud) sudah berada di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi perlu ada kajian semula jika nak membenarkan hudud diluluskan,” katanya.
-TMI

Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz

Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud,"
katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.

"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."

Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud.
-TMI
ULASAN GB

Selepas membenarkan (mengarah?) ADUN-ADUN UMNO Kelantan menyokong Pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan, kini Najib buat bodoh. Tak keluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai hudud walaupun dilaporkan sebelum ini oleh menteri MCA bahawa Najib, di dalam mesyuarat kabinet, telah menyatakan tidak bersetuju dengan hudud.

Selepas itu timbul satu demi satu kenyataan oleh menteri-menteri UMNO seperti di atas - bahawa hudud bertentangan dengan perlembagaan, oleh itu mustahil boleh dilaksanakan.

Oleh itu surat notis pemberitahuan yang dihantar oleh Presiden PAS, Haji Hadi meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud dibentang di Parlimen tidak akan mendapat sokongan. MP-MP dari parti bukan Islam tanpa mengira PR atau BN (DAP, MCA, Gerakan dll) sudah pasti tidak menyokongnya. PKR pula berpegang kepada pendirian Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan hudud bukan awaliyyat, UMNO sepastinya mengikut pendirian Najib... yang telah pun diketahui pendiriannya (melalui mesyuarat Kabinet) menolak hudud.

Jadi yang menyokong hanyalah MP-MP PAS sahaja....

Wal hasil balik asal. Akhirnya takda apa-apa. Isu hudud hanyalah satu perlecehan untuk menutup isu-isu 1MDB, GST, Jet peribadi dan lain-lain yang dihadapi oleh Najib...dan dalam masa yang sama Najib telah berjaya merosakkan hubungan PAS dengan parti-parti komponen PR.

Siapa bodoh? Tak betul GB cakap sebelum ini, ayam terlepas tangan bau tahi?

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... tetapi ulama-ulama PAS tak pernah mahu belajar dari ayat manzurah, hanya membaca dan menghafal ayat-ayat maqru'ah... disokong pula oleh pengikut-pengikut taksub yang berpernagai syaitaniah, bertempik memaki hamun, berkahak tuii tak tentu hala, dan mereka mendabik dada menyatakan "kami pro-ulama", "kami pejuang hudud", tapi bebalnya tak terkata...

Nak perjuangkan Islam, nak perjuangkan hudud, tapi tanpa ilmu di dada... hanya menggunakan nafsu semata-mata... akibatnya khianat, memaki hamun menjadi wasilahnya... takkan berjaya! 
 
Kredit : http://greenboc.blogspot.com/2015/03/hudud-pas-dah-kena-main-najib-buat.html

Ulasan

  1. Rakyat secara majoritinya melihat bahawa PAS telah dipermainkan oleh UMNO dalam isu hudud. Ianya sangat jelas dan nyata. Dari segi prosedurnya, isu agama di peringkat Parlimen, sebarang pindaan di peringkat Perlembagaan Persekutuan memerlukan keizinan Majlis Raja-Raja kerana semua persoalan agama Islam adalah di bawah Majlis Raja-Raja Melayu. Keduanya, ia mestilah diluluskan Kabinet terlebih dahulu baharulah boleh dikemukakan kepada Parlimen melalui notis pembentangan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh pihak yang mencadangkan rang undang-undang persendirian tersebut. Pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dua per tiga dari ahli Parlimen. Namun, tiada tanda-tanda sokongan yang mencukupi. Apa pun, keadaan yang berlaku seperti usaha yang sia-sia sahaja. Jelasnya, perjalanan Hudud di Kelantan masih jauh. Usaha yang dilakukan seperti melepaskan batuk di tangga.

    BalasPadam
  2. saudara2 sekalian..mana satu anda mahu pilih..
    1. undang2 Allah
    2. undang2 thaghut british a.k.a perlembagaan persekutuan.
    saya pilih undang2 Allah.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Wr Wb

    Nama saya Henry Gunawan, saya memiliki kemunduran yang sangat besar dalam bisnis saya beberapa waktu yang lalu dan saya tidak memiliki apa-apa, dalam proses ini mulai meminjam dari beberapa teman untuk bertahan hidup dan keluarga saya menderita krisis keuangan saya, pada bulan Desember 2018 saya mendengar tentang sebuah perusahaan pinjaman online melalui seseorang yang datang ke sebuah kafe untuk mencetak beberapa dokumen yang terdokumentasi dan saya terpaksa bertanya tentang perusahaan itu dan dia hanya menjelaskan beberapa hal kepada saya dan memberi saya alamat email perusahaan, ketika saya kembali ke rumah saya dengan cepat buka internet dan hubungi perusahaan dan saya mendapat tanggapan dari mereka segera dan itulah bagaimana saya memulai proses, saya meminta pinjaman 800jt dan saya diminta untuk menyelesaikan beberapa langkah lain dan menyerahkan KTP saya dan dalam dua hari kemudian setelah saya telah sepenuhnya menyelesaikan proses saya menerima pinjaman dan perusahaan segera mengirim beberapa dokumen kepada saya, untuk mengisi, menandatangani dan menyerahkan kepada mereka. hari ini saya orang yang sangat bahagia dan saya telah membangun bisnis lagi. Allah akan terus memberkati Femi Otedola Loan Firm

    Ada dua hal yang membantu saya.Saya berada di tempat yang tepat pada waktu yang tepat, Allah mengirim wanita-wanita itu ke kafe itu untuk mencetak dokumen-dokumen itu ketika saya masih di sana.Kedua, saya tidak membiarkan apa yang dikatakan orang lain berkecil hati, teman-teman saya menertawakan saya dan mengatakan ada begitu banyak penipuan online, saya berkata pada diri sendiri bahwa saya akan mengambil kesempatan itu. hari ini saya yang memiliki senyum terakhir, jadi saya berjanji untuk membagikan kabar baik ini.jika Anda memiliki masalah keuangan dan Anda mencari perusahaan Pinjaman 100% yang sah untuk mendapatkan pinjaman, ini adalah kesempatan Anda. Saya ingin memperkenalkan Anda kepada Femi Otedola Loan Firm, mereka dapat dipercaya dan dapat diandalkan. mereka telah membantu saya dan saya dapat dengan berani menyarankan Anda menghubungi mereka dan meningkatkan keuangan Anda.

    Hubungi Mereka Dengan.

    Perusahaan: Femi Otedola Loan Firm
    Email: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    WA: +1(469)464-5833
    Panggil mereka dengan: +1(469)464-5833


    Detail pribadi saya adalah:

    Nama: Henry Gunawan
    E-mail: henrygunawan583@gmail.com
    Negara: Indonesia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..