ALOR SETAR: Mohd Faris Anuar, salah seorang rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dalam rakaman video penyembelihan rakyat Syria oleh kumpulan Negara Islam (IS) disifatkan sebagai seorang yang baik, pendiam dan tidak pernah meninggalkan solat.
Laman mStar Online menyingkap seorang lagi yang dituduh terlibat dengan IS dari Kedah pula.
Menurut saudaranya yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Su, 40-an, berkata, Mohd Faris, 20, seorang yang gemar menyendiri.
"Dia bukan seorang yang tidak baik tetapi dia jarang bercampur dengan budak-budak lain," kata Pak Su, merupakan tukang kebun dan mendakwa dirinya mempunyai pertalian saudara dengan ibu Mohd Faris.
Katanya, beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai penglibatan Mohd Faris dalam IS.
"Dia selalu pakai pakai seluar jeans dan kasut sukan, dan menaiki motosikal untuk berjalan kelilingi kampung dan pergi ke masjid.
"Dia bukannya pakai jubah atau celak," katanya.
Pak Su berkata, keluarga Mohd Faris meninggalkan rumah mereka di Kampung Jelatang, Jalan Raya Gurun di Gurun sehari selepas berita mengenai Mohd Faris dilaporkan. Rumah mereka didapati berkunci sewaktu dikunjungi The Star pada Jumaat.
Pak Su menyifatkan bapa Mohd Faris iaitu Anuar Salleh yang merupakan pesara polis sebagai seorang yang baik. Pak Su berharap Mohd Faris akan kembali ke pangkal jalan, dengan ibu bapanya yang begitu risau sejak dia pergi menghilangkan diri tahun lepas.
"Dia masih muda, masa depannya masih cerah," katanya sambil menambah bahawa ibu bapa Mohd Faris sentiasa mendoakan anaknya itu sejak dia menghilangkan diri tahun lepas.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini terdapat 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita manakala jumlah tangkapan terkini di negara ini terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS, mencecah 71 orang.
Soalnya, mengapa orang-orang baik sertai IS? Sebelum ini, sekolah agama dianggap sarang merebaknya IS? Adakah IS sebuah gerakan yang baik, sebab itu ia diminati oleh orang-orang yang baik?
Mereka mahu negara Islam, mengapa kerajaan Malaysia tidak memikirkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tulin, yang akan menghapuskan pembiakan kuman-kuman IS? Mungkinkah saloran demokrasi di Malaysia sudah tertutup untuk mendapatkan sebuah negara Islam, menyebabkan mereka mencari saloran lain untuk dapatkan kebebasan melaksanakan Islam sepenuhnya, walaupun bercorak militan?
Renungkanlah kata-kata seorang pemimpin Islam di Malysia,
"Tidak sempurna iman (sebuah mahkota yang paling-paling bernilai bagi seorang Muslim) seseorang itu, kalau sekiranya negaranya tidak menjadi negara Islam yang sebenarnya."
Tidaksempurna iman, bukan main-main?
Lihat sebelum ini..

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..