Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen yang lain kembali ke Dewan Rakyat hari ini selepas menjalani hukuman digantung enam bulan.
Anwar (PKR-Permatang Pauh) bersama Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) diberi sambutan meriah oleh rakan-rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Mereka dihadiahkan empat jambangan bunga oleh penyokong Pakatan. Sivarasa dilihat memegang sebuah pembesar suara bagi melambangkan kebebasan bersuara yang cuba disekat berikutan penggantungan mereka itu.
Anwar diarahkan keluar dewan pada Disember lalu selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mendapati beliau bersalah kerana cuba memesongkan Dewan Rakyat berhubung kempen 1Malaysia kerajaan.
Karpal, Azmin dan Sivarasa, pula diarahkan keluar kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkannya mempertahankan dirinya pada sidang tahun lalu.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..