Muktamar PAS ke-57 yang berakhir 5 Jun lalu menyaksikan sekali lagi impian Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS berkecai. Ia menjadi topik utama Suara Keadilan edisi ke 19.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan parti itu menutup pintu kepada kerajaan perpaduan (UG) yang dicadangkan Umno dan ia noktah muktamad.
Di sebalik kehangatan isu kerajaan perpaduan, Suara Keadilan kali ini menampilkan kontroversi perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendakwa raya sengaja melengahkan perbicaraan kerana membenarkan hanya beberapa orang saksi sahaja daripada 25 orang untuk ditemubual.
Tindakan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah yang mengarahkan Anwar membela diri pada 16 Mei lalu membuktikan keputusan pra-penghakiman bias menurut peguamnya, Sankara Nair.
‘Hadiah’ kerajaan kepada rakyat berupa kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus bermula 1 Jun menampilkan kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope.
Manakala, berita notis pembatalan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang kemudiannya ditarik balik oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dimuatkan di muka lima.
Bendahari KEADILAN, William Leong mencabar kerajaan dan Kementerian Kewangan mendedahkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang ditandatangani dengan penjana kuasa bebas (IPP)
Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan beliau bukan orang ketiga yang bersama Razak Baginda dan mendiang Altantuya Shariibuu dalam penerbangan ke Macau.
Katanya, Najib perlu tampil memberi penjelasan sebelum perbicaraan kes Scorpene sebelum perbicaraan kes itu di Perancis Julai depan.
Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di muka surat lapan menyatakan kemantapan jentera penerangan KEADILAN mampu membantu Pakatan Rakyat (PR) mengalahkan Umno.
Kata beliau, KEADILAN mempunyai banyak peluru isu untuk menumbangkan gergasi antaranya kenaikan harga barang, petrol, penyelewengan kuasa dan gejala rasuah.
Ruangan rencana kali ini menampilkan tulisan Ooi Heng bertajuk PRU-13 tahun ini untuk selamatkan Malaysia dan tulisan Syafiq Kamal berhubung Himpunan Sejuta Belia Putrajaya disifatkan sebagai umpan BN menjelang PRU-13.
Suara Keadilan melaporkan penyerahan memorandum oleh pimpinan KEADILAN kepada Ketua Polis Negara berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
KEADILAN mendesak kerajaan melakukan siasatan segera kerana selepas dua bulan insiden itu, namun masih tiada tangkapan dibuat.
Berita-berita ini hanya boleh didapati dari Suara Keadilan 19 yang telah pun berada di pasaran. Dapatkan segera sebelum dirampas!.KeadilanDaily
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..