KUALA LUMPUR 27 MEI : Keterpaksaan kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengekalkan harga RON95 membuktikan kepimpinan itu semakin goyang, manakala Pakatan Rakyat pula semakin kuat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, adalah menjadi kelaziman kepada pemimpin dunia yang menghindarkan kepentingan rakyat selama ini, tersentak tatkala menjelangnya pilihan raya di negara mereka.
Justeru itu menurut Idris, pimpinan Umno kini sedaya upaya menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat demi memancing undi, lapor portal Harakahdaily.net.
Namun malangnya ujar beliau, pilihan raya yang bakal menjelang bukan lagi seperti era 60-an dan 70-an.
“Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat,” kata Idris.
Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.
“Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik,” ujarnya.
Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.
“Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang,” ujarnya lagi.
PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.
Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.
Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.
Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.
“PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.
“Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.TVSNEWS

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..