Hah..Haha...Umno Kena Tipu..!!!!

Demo PKR: Polis dikerah kawal Utusan

Meskipun Pemuda PKR (AMK) hari ini menunda cadangan mereka untuk berhimpun di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur, namun kerajaan tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengerahkan sekumpulan anggota polis berkawal di sana.

NONESelain polis, turut hadir hari ini adalah ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang untuk berkumpul bagi mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya bangunan itu diserang.

Bagaimanapun keadaan di sekitar pejabat akhbar milik Umno itu dilaporkan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Perhimpunan AMK itu bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu sepatutnya diadakan selepas solat Jumaat bagaimanapun ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

NONE"Oleh itu kita mengambil sikap (terlibat) dalam perhimpinan anti-Lynas kerana lebih kepada agenda rakyat, jadi tenaga kami diperlukan untuk memobilisasi anak muda.

"Maka kita ubah fikiran (menunda bantahan)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Rozan berkata penundaan itu juga dibuat kerana wujudnya dakwaan usaha 'sabotaj' menggagalkan perhimpunan AMK oleh PERKASA dan Pemuda Umno yang turut hadir ke Utusan bagi mempertahankan akhbar itu.

"Oleh itu, kami berpandangan supaya tidak dituduh melakukan provokasi, menimbulkan huru hara dan mengelakkan provokasi, maka kami menundanya kepada tarikh yang lain," katanya.

Justeru itu, bagi mengelakkan yang tidak diingini Rozan berkata pihaknya membuat keputusan untuk menunda cadangan mereka untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum ke tarikh baru.

Sebelum ini dilaporkan pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada PERKASA yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar arus perdana itu.

NONEDiminta mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa penundaan itu dibuat kerana takut kepada PERKASA dan Pemuda Umno, Rozan yang juga Ketua AMK Batu menolak tanggapan tersebut.

"Kita risau berlakunya konfrontasi kerana ada usaha sabotaj... Kami tidak mahu terperangkap," tegasnya.

Bahkan katanya, penundaan itu dibuat berdasarkan tinjauan beliau di sekitar pejabat Utusan sekitar jam 2 hingga 3 pagi tadi mendapati terdapat tiga sekatan menuju ke pejabat Utusan.

Sementara itu, dua memorandum menyokong akhbar Utusan Malaysia oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno diserahkan kepada ibu pejabat Utusan Melayu.

NONEPenolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali pada pukul 2.20 petang sebelum disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, 10 minit kemudian.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.MalaysiaKini


Ulasan