Pizza Hut tawar hadiah hampir RM10j

Pizza Hut



PIZZA Hut Malaysia menawarkan hadiah tunai bernilai RM35,000 setiap seorang kepada 10 pemenang bertuah, menerusi Peraduan Gores & Senyum yang dilancarkan sempena ulang tahun restoran itu ke-35.
Peraduan itu terbuka kepada pelanggan yang berbelanja RM35 atau lebih di rangkaian restoran Pizza Hut tidak termasuk Pizza Hut Express, dan berpeluang membawa pulang sama ada tunai, baucar ataupun produk dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM10 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Berhad, Merrill Pereyra berkata, pelanggan layak menerima satu kad gores dengan berbelanja RM35 dalam satu resit untuk mana-mana produk Pizza Hut, sama ada menikmati hidangan di restoran, membeli secara dalam talian, bawa pulang mahupun menerusi penghantaran.
"Pelanggan dikehendaki menggores kad tersebut untuk mengetahui hadiah yang mereka menangi. Semakin banyak pelanggan berbelanja di Pizza Hut, semakin banyak kad gores mereka terima.

"Ini peluang terbaik bukan sahaja untuk meraikan kejayaan Pizzat Hut Malaysia, tetapi juga berterima kasih kepada pelanggan di Malaysia atas sokongan mereka selama 35 tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.
Peraduan Gores & Senyum bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2017, terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Sinar Harian


Ulasan