Gejala ponteng sekolah di Melaka pada tahap serius

Kerajaan negeri Melaka besar kemungkinan akan memaparkan gambar wajah dan gelagat pelajar ponteng sekolah di dalam satu laman web khas yang akan dihasilkan tidak lama lagi.

Rakaman berkenaan yang akan diambil oleh orang awam sebagai satu langkah drastik menangani gejala ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi, selain menjadi bukti kepada ibu bapa mengenai aktiviti negatif anak mereka itu.

pig farmer vigil 210907 gan tian looPengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo berkata, pihaknya sedang berurusan dengan pakar-pakar Teknologi Maklumat (IT) untuk mewujudkan laman web berkenaan.

Menurutnya, apabila siapnya nanti, orang awam boleh memuatnaikkan sebarang gambar pelajar ponteng sekolah di dalam laman berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

"Kita terpaksa mengambil langkah ini sebagai usaha menangani gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa, terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah di kawasan bandar.

"Bukan itu sahaja. Ibu bapa juga sering menafikan anak mereka ponteng apabila dimaklumkan pihak sekolah. Dengan adanya laman web ini, sekurang-kurangnya akan ada bukti untuk ditunjukkan kepada mereka," katanya.

Menurut Gan, setiap sekolah menengah mempunyai data lengkap mengenai pelajar mereka dan gambar mana-mana pelajar yang dipaparkan dalam laman berkenaan akan dapat dikesan sekolah.

"Kita terpaksa mengambil langkah drastik ini untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Sekiranya ini tidak dilakukan, ia berkemungkinan menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk," katanya.

adam yong abdullah plaza melaka raya corruption 130307 front 02Sambil menamakan beberapa lokasi seperti Melaka Sentral dan Dataran Pahlawan sebagai lokasi mereka membuang masa, Tian Loo berkata, budaya lepak ini bukan sahaja menular dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.

Menurutnya, ini terbukti ketika operasi membanteras gejala ponteng baru-baru ini, apabila ramai pelajar lelaki dan perempuan didapati melepak di sebuah pusat membeli-belah popular di Bandaraya Melaka.

"Mereka ini seolah-olah tidak peduli berjalan di khalayak ramai dengan berpakaian seragam sekolah sedangkan pada waktu itu mereka sepatutnya berada di sekolah," katanya.MalaysiaKini

Ulasan

  1. cari pluang rembat duit ka? facebook ada, portal e-gomen ada, nak buat laman web jadah apa lg?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..