SHAH ALAM 18 JAN: Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat FELDA di seluruh negara oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai 'janji Santa Claus' oleh Mazlan Aliman.
Ini kerana katanya yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan atau ANAK, Datuk Seri Najib Razak tampak jelas berniat untuk meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihanraya umum ke-13
Taktik ini sering diutarakan pemimpin Umno-Barisan Nasional(BN) setiap kali menjelang atau menghampiri kemuncak pilihanraya. Tetapi mengabaikan nasib peneroka selepas berakhir.
"Bila berlaku pilihanraya, barulah mereka hadir dengan pelbagai janji seperti 'Santa Clous', sedangkan dari pemantauan selepas pilihanraya kecil janji itu tidak dilaksanakan.
"Sememangnya menjadi tabiat pemimpin BN, sering kali mengunakan angka mengelirukan rakyat apabila beliau (Najib Razak) mengumumkan RM1.6 billion itu menggunakan wang siapa.
"Jadi kita sebagai rakyat perlu tahu, RM1.6 billion itu beliau menggunakan wang siapa, samada diambil dari wang rezab FELDA ataupun wang kerajaan,"katanya.
Mazlan ketika dihubungi Tv Selangor turut menjelaskan ada dikalangan penduduk menyatakan inilah kali pertama Perdana Menteri melawat kawasan mereka.
Hari ini Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang dan pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di FELDA Chemplak, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka FELDA.
Realitinya, Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya Umno selama ini.
Mengulas pengumuman tersebut, Mazlan menyatakan ia hanya satu gimik yang sama dilakukan pada PRK Hulu Selangor April lalu dan sehingga kini tiada sebarang pembangunan projek dilakukan seperti yang dijanjikan kepada penduduk di FELDA Soeharto.
Pengumuman tersebut dibuat ketika BN bersedia menghadapi PRK DUN Tenang hujung bulan ini jelas membuktikan FELDA bukan sahaja kubu kuat mereka malah ia juga merupakan talian hayat buat mereka.TVSNEWS
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..